Anda di halaman 1dari 27

LAPORAN PROGRAM

PROGRAM : Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

TARIKH : 2 Mei 2017 (Selasa)

MASA : 8.00 am hingga 5.00 pm

TEMPAT : Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia

ANJURAN : Pelajar Tahun 4 Fakulti Sains


LAPORAN AKTIVITI

1.0 NAMA PROGRAM


Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

2.0 PENGANJUR
Pelajar Tahun 4 Fakulti Sains dengan kerjasama Unit Perhubungan Alumni
Universiti Teknologi Malaysia

3.0 TARIKH
2 Mei 2017

4.0 TEMPAT
Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia

5.0 JUMLAH PESERTA


105 orang

6.0 PENGISIAN PROGRAM

6.1 AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM


Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017 dianjurkan bagi menghubungkan
mahasiswa dengan alumni Fakulti Sains (FS) yang telah berjaya dan berkerjaya sebagai
model dan sumber inspirasi. Program ini juga membuka peluang yang lebih luas kepada
mahasiswa untuk berinteraksi dengan alumni FS berkaitan prospek kerjaya mengikut
bidang masing-masing selain dapat memantapkan persediaan mahasiswa mahasiswi
untuk berhadapan dengan cabaran pencarian kerjaya yang sesuai. Para pelajar junior FS
juga mendapat maklumat awal berkaitan latihan industri dan latihan penyelidikan melalui
poster-poster yang dibuat oleh pelajar-pelajar Tahun 4 dan ditampal di luar C17-DK2 FS.

Seramai 30 orang pelajar Tahun 4 terpilih untuk meyertai pertandingan poster


yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa. Poster tersebut hendaklah dicetak atas kertas A1
dan memenuhi beberapa kriteria yang ditetapkan antaranya pengalaman di tempat latihan
industri (latihan penyelididkan), latar belakang institusi tersebut, perkara baru yang
dipelajari sepanjang tempoh tersebut dan pelbagai lagi. Poster-poster tersebut hendaklah
dipamerkan di tempat yang telah disediakan pada 2 Mei 2017 dan akan dinilai oleh para
pensyarah yang telah dilantik. Seramai tiga orang pemenang daripada setiap jabatan akan
dipilih dan diumumkan ketika Majlis Penutupan Program Bersama Alumni FS 2017.

Program ini bermula dengan sesi pendaftaran pelajar seawal 8.00 pagi di C17-
DK2 FS. Pada pukul 9.00 pagi diadakan Majlis Perasmian Program Bersama Alumni FS
2017 yang dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Azlee Bin Wan Abu Bakar, Timbalan Dekan
Penyelidikan dan Inovasi FS. Turut bersama-sama memeriahkan majlis tersebut ialah
para pensyarah dan alumni-alumni FS serta pelajar-pelajar FS.

Seterusnya, program diteruskan dengan forum bersama tiga orang alumni yang
mewakili setiap jabatan di FS iaitu Jabatan Sains Matematik (JSM), Jabatan Kimia (JK)
dan Jabatan Fizik (JF). Forum yang bertajuk “Open Your Mind, Build Your Future”
tersebut membincangkan tentang cabaran dunia pekerjaan semasa, cara merebut peluang-
peluang pekerjaan yang ada, qualiti yang perlu ada dalam setiap pelajar supaya mendapat
pekerjaan, perbezaan dunia seorang pelajar dan orang yang bekerja dan sebagainya.
Pelajar-pelajar turut terlibat bertanyakan berbagai jenis soalan kepada ahli panel. Minda
para pelajar lebih terbuka mengenai alam pekerjaan selepas menyertai forum tersebut.
Forum selama dua jam tersebut berhenti pada pukul 12 tengah hari dan bersambung
semula pada pukul 2.00 petang.

Pada sebelah petang, para pelajar dibahagikan mengikut jabatan masing-masing


untuk sesi perkongsian daripada alumni FS. Sesi perkongsian ini lebih fokus kepada
kerjaya mengikut jabatan masing-masing. Berbeza dengan forum di sebelah pagi, sesi
perkongsian bersama alumni melibatkan lebih daripada dua orang alumni di jabatan
masing-masing. Alumni-alumni yang hadir banyak berkongsikan mengenai pengalaman
mereka untuk mendapatkan pekerjaan pertama selepas bergelar graduan sehingga dapat
kekal ke tahap yang lebih baik. Selain itu, mereka juga berkongsikan pengalaman untuk
mempromosikan diri ketika sesi temuduga dan cara untuk memikat hati penemuduga.
Selain itu, ada antara alumni yang berkongsi pengalaman bekerja dengan bidang yang
sangat berbeza dengan apa yang dipelajari di universiti. Banyak kata-kata nasihat dan
motivasi diberikan kepada para pelajar supaya lebih bersedia untuk menempuh alam
pekerjaan.
Pada pukul 4.00 petang, para pelajar, alumni-alumni dan para pensyarah
berkumpul di C17-DK2 FS untuk majlis penutupan dan pemberian cenderahati kepada
alumni-alumni yang hadir dan pemenang pertandingan poster. Majlis penutupan telah
disempurnakan oleh Dekan FS, Prof. Dr. Norsarahaida Saidina Amin. Turut hadir pada
majlis penutupan ialah Prof. Madya Dr. Mohamad Ibrahim Mohamad, Pengarah Kanan
Unit Perhubungan Alumni UTM. Program Bersama Alumni berakhir dengan sesi
fotografi bersama-sama tetamu jemputan, alumni-alumni dan para pelajar.

Sebagai konklusinya, program seperti ini sangat membantu para pelajar untuk
menempuhi alam pekerjaan kelak. Semoga mahasiswa dapat membina jaringan sosial
yang positif dengan alumni yang telah berjaya dan berkerjaya, serta menjadikan mereka
sebagai model dan sumber inspirasi untuk lebih bersedia menghadapi alam kerjaya sebaik
sahaja tamat pengajian. Selain itu, diharapkan mahasiswa mendapat maklumat terkini
berkaitan prospek kerjaya yang bersesuaian dengan bidang masing-masing melalui
interaksi dengan alumni secara langsung. Program ini juga diharapkan memberi impak
kepada mahasiswa junior untuk memperolehi maklumat awal secara lebih berkesan
berkaitan latihan industri dan latihan penyelididkan melalui poster yang dipamerkan.

6.2 SENARAI ALUMNI YANG HADIR

FORUM

BIL NAMA JAWATAN JABATAN


1 Puan Norsu’aidah binti Amir Unit Trust Consultant Jabatan Sains Matematik
2 Mohammad Dzarul bin Dol Malek Pengusaha Buah Tin Jabatan Fizik
3 Dr. Sheela a/p Chandren Lecturer Jabatan Kimia, UTM Jabatan Kimia

SESI PERKONGSIAN

BIL NAMA JAWATAN JABATAN


1 Shahrizar bin Roslan Kumaran CEO Accurve Solutions
Director Southern Real Estate Jabatan Fizik
2 Saw Chee Wei
Sdn. Bhd.
Senior Demand Fulfillment
3 Chai Kuok Chiew
Analyst
4 Mohd Kauthar bin Rozmal Finance Consultant Jabatan Sains Matematik
5 Dr Anis Zafirah Azmi Lecturer UiTM Tapah
6 Khadijah Aqilah binti Sallehuddin Data Analyst, Japan
Lecturer Faculty of Industrial
7 Dr. Wan Norfazilah binti Wan Ismail
Sciences and Technology, UMP
8 Mohd Ismail Fahmy bin Ramli Clariant Oil Service Jabatan Kimia
Schlumberger WTA (M) Sd.
9 Phuah Shok Han
Bhd.

6.3 GAMBAR-GAMBAR PROGRAM

Gambar 1 Sesi perkomgsian dengan salah seorang alumni Jabatan Matematik


Gambar 2 Sesi perkongsian bersama alumni Jabatan Kimia

Gambar 3 Sesi perkongsian bersama alumni Jabatan Fizik.


Gambar 4 Majlis penutupan yang disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains

Gambar 5 Penyampaian cenderahati kepada alumni-alumni yang telah hadir.


LAPORAN

UNIT
LAPORAN UNIT PROTOKOL DAN PENDAFTARAN

AHLI JAWATANKUASA:

1. Siti Najihah Binti Huzaidi 940607015744


2. Nur Azzanizawaty Binti Yahya 941023115658
3. Armaeni Binti Agus 941115155016

SKOP TUGAS UNIT :

1. Menjemput tetamu VVIP dan memastikan kehadiran untuk perasmian dan penutupan
majlis.
2. Memastikan majlis perasmian dan pentupan berjalan dengan lancar.
3. Menjaga meja pendaftaran semasa program.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Menghantar surat jemputan kepada tetamu-tetamu
1
VIP.
Menyediakan teks ucapan untuk pengerusi majlis,
2
perasmi dan penutup majlis. 05/04/2017 01/05/2017
3 Menyediakan tentetif majlis
Mendapatkan kepastian tentang kehadiran VVIP
4
untuk hadir ke majlis

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Memastikan teks ucapan pegerusi majlis adalah betul
Menjemput dan mengiringi tetamu VVIP hadir ke
2
majlis 02/05/2017 02/05/2017
3 Memastikan majlis berjalan dengan lancar
4 Mengambil kehadiran para pelajar
3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Mengemas dewan kuliah agar kelihatan bersih dan
kemas
2 Membantu unit poster menaggalkan poster-poster di
papan kenyataan 03/05/2017 03/05/2017
3 menyediakan laporan penuh bagi unit protokol untuk
dihatar kepada setiausaha.
4 Mengambil kehadiran para pelajar

PERMASALAHAN:

1. Kelewatan mahsiswa-mahasiswa menghadirkan diri dan mendaftar semasa program


berlangsung.
2. Kehadiran dan sambutan yang diberikan oleh mahasiswa Fakulti Sains kurang
memberangsangkan dan amat mengecewakan.
3. Penyusunan tentatif yang tidak dikemaskinikan oleh unit multimedia disebabkan
maklumat yang tidak jelas daripada unit protokol.
4. Kehadiran VVIP dan alumni jemputan yang tidak menepati masa menyebabkan pihak
lain harus menunggu.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mendapat maklumat tentang perubahan tentatif mengenai penyampain hadiah lebih awal.
2. Mengadakan raptai dengan semua unit secara keseluruhan.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat perubahan tarikh
dan tempat, serta kesilapan tutur kata daripada pengerusi majlis. Namun, objektif utama
program ini dapat dicapai dengan jayanya. AJK protokol dan unit lain memberi kerjasama
yang sangat baik sama ada dari segi masa dan tugas. Diharapkan agar program seperti ini
dapat dijalankan lagi pada masa akan hadapan.
LAPORAN UNIT AKTIVITI

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nur Amalina Binti Mohd Farid Woo 941010-10-5848


2. Jessy B5781610
3. Klinsmann Cheong Lee Khang 931120-01-5641
4. Nurhafizah binti Sama’on 940620016506

SKOP TUGAS UNIT :

1. Merancang aktiviti-aktiviti untuk forum dan sesi perkongsian.


2. Merangka tentatif program mengikut aktiviti yang telah dirancang.
3. Menyiapkan soalan-soalan untuk forum.
4. Memastikan program berjalan dengan lancar dan mengikut masa yang telah ditetapkan.
5. Membahagikan slot-slot untuk alumni yang hadir.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Memutuskan forum bertajuk “Open Your Mind,
1 Build Your Future” dan juga “Sharing Session”
daripada pihak alumni sebagai aktiviti program.
Melantik seorang moderator daripada Jabatan Sains
2
dan Matematik.
Menyiapkan soalan untuk moderator yang akan
3 ditanyakan kepada ahli panel semasa forum
berlangsung. 16/04/2017 01/05/2017
Memikirkan topik yang akan dibicangkan semasa
4 sesi perkongsian bersama alumni sebagai garis
panduan kepada pihak alumni.
Berbincang bersama unit alumni dan juga moderator
5
tentang aturcara aktiviti yang akan dijalankan.
6 Menyusun slot yang berbeza untuk setiap alumni.
7 Memastikan dewan kuliah dan bilik-bilik yang
hendak digunakan dalam keadaan bersih dan
peralatan seperti PA sistem, LCD, projector,
penghawa dingin dan pembesar suara dalam keadaan
baik.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Memastikan kelengkapan barang disediakan sebelum
1
setiap aktiviti bermula
Memastikan aktiviti berjalan dengan lancar seperti
2 02/05/2017 02/05/2017
yang telah dirancang dalam tentatif.
Memberikan masa untuk sesi soal jawab pada setiap
3
aktiviti.

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Menjemput alumni-alumni ke majlis penutupan dan
1
penghargaan kepada alumni 02/05/2017 03/05/2017
2 Menyiapkan laporan unit.

PERMASALAHAN:

1. Forum berakhir dengan lebih cepat berbanding jangkaan sebenar menyebabkan alumni
terpaksa menunggu untuk makan tengahari kerana makan tengahari sampai pada waktu
yang telah ditetapkan.
2. Sesi perkongsian bagi Jabatan Fizik berakhir dengan lebih cepat berbanding jabatan yang
lain kerana salah seorang alumni daripada jabatan tersebut tidak dapat hadir kerana ‘high
fever’.
PENAMBAHBAIKAN:

1. Masalah pertama diselesaikan dengan menambah lebih banyak soalan untuk diutarakan
kepada alumni-alumni supaya forum boleh berjalan dengan lebih panjang lagi. Untuk
penambahbaikan, unit aktiviti perlu lebih bijak melaras waktu supaya forum berakhir
seperti yang telah dirancang.
2. Oleh sebab seorang alumni tidak dapat hadir kerana ‘high fever’, Dr Yap selaku
pensyarah Fizik FS dan juga alumni FS menggantikan tempat alumni tersebut. Dr Yap
memberikan perkhidmatan percuma untuk menyemak resume pelajar Tahun 4, Jabatan
Fizik yang telah dihantar menerusi email.
3. Mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap untuk membincangkan gerak kerja dengan
lebih awal.
4. Raptai penuh sebelum majlis berlangsung perlu dilakukan supaya semua unit cakna
dengan aktiviti yang telah diatur oleh unit aktiviti.
5. Perlu ada plan B jika alumni tidak dapat hadir akibat perkara yang tidak dapat dielakkan.

KESIMPULAN:

Program berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang walaupun kehadiran pelajar
pada sesi pagi tidak memberansangkan, manakala kehadiran pelajar pada sebelah petang
meningkat secara mendadak. Objektif program ini iaitu menjalinkan hubungan antara
alumni FS dan para pelajar tercapai. Hal ini kerana, secara tidak lansung melalui sesi soal
jawab para pelajar telah membina hubungan yang rapat dengan alumni. Alumni-alumni juga
memberikan pandangan yang berbeza mengenai perjalanan karier masing-masing.
LAPORAN UNIT POSTER

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nurul Izzaty binti Ismail 941211045036


2. Nur Idayu binti Alimon 940320016766
3. Najwa binti Ahmad Kuthi 940630015558
4. Zainur Atiqah binti Ibrahim 941005015696

SKOP TUGAS UNIT :

1. Menghubungi pelajar-pelajar tahun akhir (daripada setiap jabatan) yang telah dicalonkan
untuk menyertai pertandingan poster.
2. Merangka kriteria poster, borang penilaian dan poster ID.
3. Menghubungi pensyarah-penyarah (tiga orang daripada setiap jabatan) bagi tujuan
penilaian poster semasa pameran dijalankan.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Hubungi pelajar-pelajar yang tercalon untuk
menyertai pertandingan poster.
Jabatan Kimia:
1. Dhinesh A/L Sugumaran
2. Khairiyah Amirah binti Kamaruddin
3. Tee Zhe Leng
4. Syahriezan bin Hamin
1 5. Wasta Adik 21/03/2017 01/05/2017
6. Nurul Basyirah binti Amiruddin Khan
7. Denny binti Desmond Manja
8. Hasaneltrabi Tajuddin Alssir Ahmaydy
9. Adriana Joanes Leong
Jabatan Fizik:
1. Ahmad Wafee bin Nordin
2. Muhd Ezuddin bin Omar Saifuddin
3. Nurfatihah binti Jamil
4. Nadhiranatasha binti Mohamad Sabri
5. Muhammad Nurhakim bin Pandak
6. Noorfadilah binti Mohd Nor
7. Syazleen binti Ismail
8. Fazira binti Mohd Zainudin

Jabatan Sains Matematik


1. Muhammad Amirul Afiq bin Sam
2. Nurul Natasha bin Che Said
3. Anis Amirahanani binti Mohd Kamal
4. Atiqah binti Hairel Anuar
5. Siti Aisyah Abdullah
6. Alcey binti Joset
7. Bahriah binti Malik
8. Nurhazirah binti Mohamad Yunos
9. Saiful Haqiqi bin Hassan
Merangka kriteria-kriteria untuk poster dan borang
2 penilaian– berdasarkan Latihan Industri dan Latihan
Penyelidikan
Pembahagian senarai nama pelajar mengikut jabatan,
3
utuk tujuan penyediaan poster ID
Melantik pensyarah-pensyarah daripada setiap
jabatan untuk tujuan penilaian poster
Jabatan Fizik:
1. En. Mohd Khalid Kasmin
2. Dr. Abd. Khamim bin Ismail
3. Dr. Muhammad Firdaus bin Omar

4 Jabatan Kimia:
1. Dr. Syafreena Attan
2. Dr. Siti Aminah Setu

Jabatan Sains Matematik:


1. Puan Norhaslinda
2. Dr. Taufiq
3. Tn. Haji Hamisan Bin Rahmat
Mengumpul semula barangan yang dipinjam (poster
5
boards) atau dibeli (cellophane tape dan pen).
2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Memastikan barangan yang diperlukan dibawa
1
semasa hari kejadian.
Membantu peserta-peserta menampal poster mereka
2
semasa hari kejadian.
Menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan
3
oleh pensyarah untuk tujuan penilaian poster.
Mengumpulkan kesemua borang penilaian/
4
pemarkahan dari setiap pensyarah.
Mengemaskini senarai nama pelajar yang memenangi
pertandingan poster dengan unit protokol

Jabatan Kimia:
1. Dhinesh A/L Sugumaran 02/05/2017 02/05/2017
2. Tee Zhe Leng
3. Syahriezan binti Hamin

5 Jabatan Fizik:
1. Muhd Ezuddin bin Omar Saifuddin
2. Muhammad Nurhakim bin Pandak
3. Nurfatihah binti Jamil

Jabatan Sains Matematik


1. Saiful Haqiqi bin Hassan
2. Anis Amirahanani binti Mohd Kamal
3. Alcey binti Joset

3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Mengupulkan semula kesemua poster untuk tujuan
pameran di sekitar kawasan fakulti.
2 Pemulangan semula segala barangan yang telah 02/05/2017 03/05/2017
dipinjam
3 Menyiapkan laporan unit.
PERMASALAHAN:

1. Kebanyakan pelajar tahun akhir yang telah dicalonkan oleh jabatan tidak dapat menyertai
pertandingan diatas komitmen mereka menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM).
2. Kesulitan mencari poster/ partition board yang sesuai untuk memuatkan kesemua poster
pelajar.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mengadakan program yang sebegini bukan pada hari Selasa memandangkan ramai
pelajar tahun akhir terlibat dengan labwork mereka bagi tujuan PSM.

KESIMPULAN:

Alhamdulliah, program ini berjalan dengan lancar walaupun bilangan pelajar yang
menyertai pertandingan ini dan yang hadir semasa program ini tidaklah begitu ramai.
Namun, objektif utama program ini telah tercapai. AJK unit poster juga telah mempamerkan
kerjasama yang baik dalam memastikan kelancaran program ini. Diharapkan agar program
sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
LAPORAN UNIT TEKNIKAL DAN PERALATAN

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nursyafira binti Ramlan 941203-05-5402


2. Aina Nadia binti Mohammad 940814-03-5326
3. Tee Zhe Leng 930129-01-6216

SKOP TUGAS UNIT :

1. Memastikan segala kelengkapan aktiviti disediakan sebelum program dilangsungkan.


2. Membuat tempahan dewan kuliah serta bilik-bilik kuliah untuk tujuan aktiviti dijalankan.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Membuat penempahan tempat untuk menjayakan
1
program ini
Menempah papan poster daripada syarikat luar dan
2 meminjam bunting stand daripada pensyarah dan
Jabatan Kimia
Membeli barang seperti marker pen, salotape dan 01/04/2017 01/05/2017
3
kertas mahjong.
Memastikan dewan kuliah dan bilik-bilik yang
hendak digunakan dalam keadaan bersih dan
4
peralatan seperti PA sistem, LCD, projector,
aircond dan microfon dalam keadaan baik

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Memastikan barangan yang dipinjam, disewa dan
1 dibeli semuanya dibawa semasa hari kejadian. 02/05/2017 02/05/2017
2 Membantu unit lain yang memerlukan bantuan.
3. Selepas:

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Menghantar semula barangan yang telah dipinjam
1 dan disewa.

Memastikan dewan kuliah dan bilik-bilik kuliah


dalam keadaan kemas dan bersih selepas 02/05/2017 03/05/2017
2
digunakan.

3 Menyediakan laporan unit teknikal dan peralatan.

PERMASALAHAN:

1. Penetapan tarikh program yang tidak sesuai kerana bertindih dengan Program Festival
Konvokesyen UTM, menyebabkan kesukaran untuk menyewa dan meminjam peralatan
daripada pihak Pejabat Harta Bina (PHB) UTM.
2. Terdapat masalah dari segi penyewaan papan poster kerana syarikat yang membekalkan
papan poster kurang memberikan kerjasama yang baik.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Menetapkan tarikh program yang bersesuaian supaya tarikh tidak bertindih dengan
program lain untuk memudahkan peminjaman barang dari pihak PHB.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar walaupun terdapat perubahan


tarikh beberapa kali. Namun, objektif utama program ini dapat dicapai. AJK teknikal dan
peralatan juga sangat memberi kerjasama yang baik sama ada dari segi masa dan tugas.
Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
LAPORAN UNIT MAKANAN

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nur Fatin Nasuha Binti Jaafar 940602-01-5972


2. Nur Fatin Nasuha Binti Jaafar 940624-06-5284

SKOP TUGAS UNIT :


1. Menempah makanan untuk makan tengah hari dan minum petang untuk 55 orang (AJK,
tetamu VIP dan alumni)
2. Memastikan makanan datang tepat pada waktunya.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Berbincang dengan pengarah tentang menu yang
1
hendak ditempah.
Membuat “survey” di kedai -kedai makanan yang
2
ada di UTM. Membuat perbandingan harga.
Membuat tempahan di kedai yang telah dipilih dan 12/04/2017 25/04/2017
3
membayar deposit sebanyak RM150.00
4 Membeli air mineral dan cawan polystyrene.
Menempah bilik meeting sebagai tempat makan
5
VIP.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Mengemas tempat makan VIP.
2 Memastikan makanan sampai tepat pada waktunya.
3 Menghidangkan makanan untuk VIP dan alumni 2/5/2017 2/5/2017
Membahagikan air mineral kepada para alumni dan
4
AJK.
3. Selepas:

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Mengemas barang-barang yang telah digunakan dan
1 memastikan barang yang dipinjam telah
2/5/2017 2/5/2017
dipulangkan.
2 Membayar penuh duit makanan.

PERMASALAHAN:

1. Makanan lambat sampai dalam masa 15 minit untuk makan tengah hari. Tambahan pula,
forum tamat terlalu awal daripada yang dijangkakan dalam tentatif. Tetapi untuk minum
petang segalanya mengikut dalam tentatif.
2. Bilik makan VIP ditingkat atas menyebabkan AJK terpaksa mengangkat dan membawa
semula segala barang-barang makanan ketingkat atas. Tambahan pula, tiada pertolongan
daripada katerer.
3. Ada diantara AJK yang mengambil makanan lebih menyebabkan ada AJK yang tidak
dapat makanan.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mencari tempat atau bilik makan yang searas dengan tempat program.
2. Memastikan makanan datang awal dari masa jangkaan di dalam tentatif.
3. Memastikan AJK tidak mengambil bahagian AJK yang lain.

KESIMPULAN:

Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya
banyak penukaran tarikh untuk mencari tarikh yang sesuai. Sambutan untuk program ini pada
sesi pagi kurang memberangsangkan, salah satu faktornya adalah ramai diantara pelajar
tahun 4 yang sibuk dengan Projek Sarjana Muda. Untuk mengelakkan dari perkara ini
berlaku lagi, tarikh yang dipilih hendaklah pada awal semester dan semua pensyarah haruslah
menggalakkan supaya semua pelajar hadir ke program ini. Namun begitu, pada sesi akhir
ramai pelajar yang hadir untuk memeriahkan program ini. Dengan akhir kata, diharap
program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
LAPORAN UNIT SIJIL DAN CENDERAHATI

AHLI JAWATANKUASA:

1. Siti Nazirah Binti Jamaluddin 941014-08-6218


2. Syahirah Binti Saupi 940214-06-5548
3. Nora Vun 940915-12-5136

SKOP TUGAS UNIT :

1. Menyediakan sijil-sijil kepada AJK program, alumni dan peserta poster.


2. Menyediakan cenderahati kepada alumni yang hadir dan hadiah kepada pemenang poster.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Membeli hadiah untuk pemenang poster.
2 Menyediakan cenderahati untuk alumni.
Menyediakan sijil kepada AJK, alumni dan peserta 01/04/2017 02/05/2017
3
poster.
4 Meminjam dulang dengan fakulti Sains.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Memastikan semua sijil-sijil, cenderahati dan
1
hadiah telah disediakan.
02/05/2017 02/05/2017
Menyampaikan sijil-sijil, cenderahati dan hadiah
2
semasa majlis penutupan.
3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Memulangkan dulang kepada Fakulti Sains
Menyediakan sijil untuk pemenang dan semua
03/05/2017 03/05/2017
2 peserta poster dan semua peserta program yang
datang pada sesi pagi dan petang.

PERMASALAHAN:

1. Kekurangan dana menyebabkan penyediaan sijil dan hamper sedikit terjejas.


2. Ketiadaan maklumat penuh tentang alumni menyebabkan proses penyediaan sijil menjadi
lambat.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Mencari dana lebih awal untuk menampung perbelanjaan ketika hendak membeli barang-
barang yang diperlukan.
2. Mengumpul maklumat kesemua AJK dan alumni yang terlibat dari awal program.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan objektif utama program ini dapat
dicapai. Kesemua AJK sijil dan cenderahati memberi kerjasama yang baik sepanjang
program dijalankan terutamanya dari segi masa dan tugas. Diharapkan agar program seperti
ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.
LAPORAN UNIT PUBLISITI DAN MULTIMEDIA

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nurfarahin Binti Borhanudin 940630-11-5022


2. Nurulafikah Barek Binti Idrus 940723-01-7050

SKOP TUGAS UNIT :

1. Membuat facebook page dan menyebarkannya kepada warga fakulti.


2. Reka poster dan banting program. Menempah banting program.
3. Mencetak dan menampal poster di sekitar kawasan fakulti.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Membuat facebook page aktiviti dan sebarkan
1
kepada warga fakulti
Reka poster program dan menampal di sekitar
2
fakulti
12/04/2017 27/04/2017
Memasukkan poster program di setiap dekstop
3
dewan kuliah
4 Reka banting program dan menempahnya
5 Mencetak brochure tentatif program untuk VIP

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Membantu unit-unit lain
Gambar program diambil oleh photographer yang
2 2/05/2017 2/05/2017
telah diupah
3 Montaj penutup disediakan oleh photographer
3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Mengemas dewan kuliah yang digunakan semasa
1
program
2/05/2017 2/05/2017
Menyediakan laporan unit dan menyerahkan resit
2
kepada bendahari

PERMASALAHAN:

1. Banyak perubahan tempat dan aktiviti menyebabkan kelewatan menyiapkan poster


program.
2. Tidak dapat memasukan poster dalam setiap desktop bilik kuliah kerana komputer
tersebut tidak dapat dihidupkan.
3. Berlaku tentatif disaat-saat akhir.

PENAMBAHBAIKAN:

1. Menetapkan tempat dan aktiviti dengan segera.


2. Mengubah tentatif dan mencetak brochure untuk tetamu semasa program.

KESIMPULAN:

Alhamdulillah, program yang dianjurkan dapat berjalan dengan lancar walaupun terdapat
beberapa kekurangan. AJK pelaksana program bersikap proaktif untuk menutup segala
kekurangan yang ada. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi di masa akan datang
dan segala permasalahan yang berlaku ketika program kali ini tidak berlaku di masa akan
datang.Tahniah kepada semua AJK pelaksana yang telah terlibat.
LAPORAN UNIT ALUMNI

AHLI JAWATANKUASA:

1. Nur Idayu Binti Alimon 940320-01-6766


2. Nur Athirah Binti Mohd Isam 940822-05-5394
3. Noorazura Shahira Binti Yusniman 940707-01-6904
4. Nur Amalina Binti Mohd Farid Woo 941010-10-5848
5. Nurul Alfatihah Binti Mohd Arifin 940509-11-5098

SKOP TUGAS UNIT :

1. Mendapatkan nama dan nombor telefon alumni Jabatan Sains Matematik.


2. Mendapatkan lima orang alumni untuk hadir ke Program Bersama Alumni FS 2017.
3. Menetapkan masa yang diperuntukkan kepada seorang alumni.
4. Mendapatkan maklumat diri seperti biodata dan latar belakang pelajaran alumni.

GERAK KERJA :

1. Sebelum

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


Mendapatkan nombor telefon alumni daripada
1
setiap pensyarah.
Menghubungi alumni-alumni untuk persetujuan
2
hadir ke program. 13/04/2017 1/05/2017
3 Mendapatkan segala maklumat diri alumni.
Memastikan perjalanan alumni ke UTM tanpa
4
sebarang masalah.

2. Semasa

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Memastikan alumni hadir ke program tepat pada
masa. 2/05/2017
2 Memastikan program berjalan lancar.
3. Selepas

Bil Jenis tugas/aktiviti Tarikh mula Tarikh akhir


1 Menyediakan laporan unit . 2/05/2017 3/05/2017

PERMASALAHAN:
1. Terdapat kesukaran untuk mendapatkan alumni yang berkesempatan untuk hadir ke
program akibat tarikh program adalah jatuh pada hari bekerja.

PENAMBAHBAIKAN:
1. Menghubungi alumni beberapa bulan lebih awal daripada tarikh program agar alumni
tersebut dapat menyusun jadualnya dan memohon cuti.

KESIMPULAN:
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Diharap program seperti ini dapat
diteruskan dalam jangka masa yang panjang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

________________________ _____________________________
NURAINI BINTI HASHIM MUHAMMAD AZFAR FIRDAUS
Setiausaha Pengarah
Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017 Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017

Disahkan oleh;

________________________
DR. NURSYAFREENA ATTAN
PENASIHAT
Program Bersama Alumni Fakulti Sains 2017
No. Pekerja : 12942
No IC : 870803-01-5724

Anda mungkin juga menyukai