Anda di halaman 1dari 11

Bahagian A Tahun 6

Tema: Di Sekolah
A) Kata-kata kerja
Nombor Kata Kerja
1 Membaca Di bilik darjah
2 Menulis
3 Melukis
4 Mewarna
5 Mengajar
6 Memadam papan hitam
7 Mengelap tingkap
8 Menyusun
9 Menyapu sampah
10 Bermain bola Di padang
11 Berlari
12 Bersenam
13 Memanaskan badan
14 Melompat
15 Bertanding
16 Mendengar arahan
17 Membaling bola
18 Menyepak bola
19 Menyambut bola
20 Berbaris/beratur Di dewan
21 Berdiri tegak
22 Menyanyikan lagu
23 Membaca ikrar
24 Memberi ucapan
25 Mendengar
26 Memberi nasihat
27 Menerima hadiah
28 Menaikkan bendera
29 Mengadakan persembahan
30 Membeli makanan Di kantin
31 Menjual makanan
32 Melayan
33 Mencuci tangan
34 Mengawasi murid
35 Duduk di kerusi
36 Membayar harga makanan

9
Bahagian A Tahun 6

B) Menulis Ayat berdasarkan Gambar


Bil Gambar Ayat
1 Mei Ling menyapu sampah yang
bertaburan dengan sebatang penyapu di
dalam kelas.

2 Ali dan rakannya membuat latihan


menggelecek bola sepak di padang.

3 Seorang pegawas sedang menaikan


bendera dan murid-murid berdiri tegak
sambil menyanyikan lagu Negaraku.

4 Ai Ling menatang makanan dan


minuman yang dibelinya di kantin sambil
berjalan dengan berhati-hati.

5 Budak perempuan itu mencuci


tangannya sehingga bersih di sebuah
singki sebelum menjamu selera di kantin.

6 Ali memadam papan hitam sambil


menunggu ketibaan guru kelasnya.

10
Bahagian A Tahun 6

7 Perpustakawan sedang menyusun buku


yang dipulangkan oleh murid-murid.

8 Budak perempuan itu mencuci


tangannya sehingga bersih di sebuah
singki.

9 Murid-murid beratur dengan tertib untuk


meminjam buku semasa di
perpustakaan.

10 Guru besar memberi ucapan di atas


pentas dalam perhimpunan sekolah yang
diadakan pada setiap hari Isnin.

11 Murid-murid sedang pasang telinga


mendengar ucapan daripada guru besar
sewaktu perhimpunan.

12 Cikgu Tan mengawasi murid-murid yang


sedang membersihkan kelas.

13 Para penonton memberi tepukan


gemuruh semasa Ali menerima hadiah
dari guru besar.

11
Bahagian A Tahun 6

C) Latihan Pengukuhan
Gambar menunjukkan suasana di bilik darjah. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.

1. Seorang murid lelaki sedang mengelap tingkap dengan sehelai kain.

2. Dua orang murid perempuan membaca notis yang ditampal pada


papan kenyataan.

3. Abu membersihkan papan tulis supaya bersih dan kemas.

4. Amira dan Aminah bertugas menyapu sampah di dalam kelas.

5. Penolong ketua kelas meletakkan sebuah pasu bunga di atas meja


guru.

12
Bahagian A Tahun 6

Gambar menunjukkan suasana di kantin sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.

1. Beberapa orang murid sedang menjamu selera di kantin sekolah.

Seorang murid lelaki membawa mangkuk yang berisi sup panas


2.
sambil berjalan dengan perlahan-lahan.

Ramai murid yang berbaris menunggu giliran untuk membeli


3.
makanan kegemaran mereka.

Pakcik Manan sibuk melayan murid-murid yang hendak membeli


4.
makanan yang dijualnya.

Siti membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di


5.
kantin sekolah itu.

13
Bahagian A Tahun 6

Gambar menunjukkan suasana di perpustakaan. Tulis lima ayat yang lengkap


tentang gambar tersebut.

1. Seorang pustakawan sedang menyusun buku-buku dengan rapi di


atas rak buku.

2. Encik Abu duduk di atas sofa sambil membaca senaskhah surat


khabar.

3. Seorang pustakawan sedang melayan murid-murid yang hendak


meminjam buku di kaunter perpustakaan.

4. Dua orang murid perempuan sedang beratur untuk meminjam buku di


kaunter perpustakaan.

5. Ahmad sedang mencari buku yang sesuai untuk dipinjam sebagai


bahan rujukan.

14
Bahagian A Tahun 6

Gambar menunjukkan suasana di bilik rawatan gigi. Tulis lima ayat yang
lengkap tentang gambar tersebut.

1. Sekumpulan pelajar sedang mendengar penerangan mengenai gigi


yang disampaikan oleh seorang jururawat .

2. Seorang jururawat sedang memberikan penerangan kepada para


pelajar mengenai penjagaan gigi yang betul.

3. Beberapa orang pelajar sedang berbaris sambil menunggu giliran


bagi mendapatkan rawatan gigi.

4. Seorang guru sedang mengawasi murid-muridnya yang berbaris di


hadapan bilik rawatan gigi.

5. Seorang doktor sedang memberikan rawatan gigi kepada seorang


murid sekolah.

15
Bahagian A Tahun 6

Gambar menunjukkan suasana di padang. Tulis lima ayat yang lengkap


tentang gambar tersebut.

1. Sekumpulan pelajar sedang bermain bola dengan riang di padang


sekolah.

2. Siti melambung bola ke arah rakannya sambil diperhatikan oleh rakan


yang lain.

3. Cikgu Badrul memerhatikan para pelajarnya bermain bagi


memastikan keselamatan mereka terjamin.

4. Ali sedang mengambil gelung rotan yang telah tersedia di atas


padang sekolah.

5. Seorang pelajar sedang berlari di kawasan padang sekolah.

16
Bahagian A Tahun 6

Gambar menunjukkan suasana di taman sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.

1. Ahmad mencabut rumput yang tumbuh di taman sekolah lalu


dimasukkan ke dalam karung sampah.

2. Rita menyiram pokok bunga berhampiran pagar supaya sentiasa


cantik dan subur.

3. Seorang pelajar perempuan sedang memberi makanan kepada ikan


yang dipelihara di dalam kolam taman sekolah.

4. Dua orang pelajar sedang menanam pokok bunga di taman sekolah


untuk mencantikkan kawasan taman sekolah.

5. Ali memangkas daun pokok bunga menggunakan gunting pokok


supaya kemas dan rapi.

17
Bahagian A Tahun 6

Gambar menunjukkan suasana di makmal sains. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang gambar tersebut.

1. Seorang guru sedang memberi penerangan kepada beberapa orang


pelajarnya tentang mentol.

2. Tiga orang pelajar mendengar penjelasan guru sains mengenai


mentol dengan tekun.

3. Dua orang pelajar sedang memerhatikan alatan sains yang terdapat


di dalam makmal sains.

4. Sani menggunakan sebuah mikroskop yang tersedia di dalam


makmal sambil diperhatikan oleh rakannya.

5. Dua orang pelajar perempuan cuba menggunakan stetoskop untuk


mendengar bunyi degupan jantung.

18
Bahagian A Tahun 6

Gambar menunjukkan suasana di pintu pagar sekolah. Tulis lima ayat yang
lengkap tentang gambar tersebut.

1. Ahmad turun dari kereta ayahnya setelah kereta itu berhenti di


hadapan perkarangan sekolah.

2. Beberapa orang pelajar yang baru tiba sedang berjalan masuk ke


dalam kawasan sekolah.

3. Seorang pengawas yang bertugas di pintu pagar sekolah sedang


mengawasi pelajar yang baru tiba.

4. Encik Abu menghantar anaknya ke sekolah dengan menunggang


motosikal.

5. Beberapa orang pelajar sedang turun dari bas sekolah dengan


riangnya.

19

Anda mungkin juga menyukai