Anda di halaman 1dari 1

TINGKATAN 5

TEMA PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP


BIDANG PEMBELAJARAN BAB 1: MIKROORGANISMA
TAJUK EKSPERIMEN 1.1 UNTUK MENGKAJI TAHAP KEBERSIHAN JARI TANGAN DENGAN
JUMLAH BILANGAN KOLONI BAKTERIA
RUJUKAN BUKU TEKS MUKA SURAT 17-18

ARAHAN TUGASAN PEKA

PUTRAJAYA: Orang ramai diingatkan sentiasa membasuh tangan dan bukan sekadar
membasahkan tangan bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan membasuh tangan,
virus terbabit boleh dihapuskan.
“Ramai orang apabila sebelum makan, hanya sekadar membasahkan tangan, bukan membasuh
tangan. Cara yang paling baik adalah membasuh tangan dengan menggunakan sabun. Ini kerana
virus terbabit mengandungi selaput ‘lipit’ dan apabila kita membasuh tangan menggunakan sabun,
selaput itu akan mati,” katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

1. Berdasarkan pernyataan di atas, rangka dan jalankan satu eksperimen mengkaji tahap kebersihan
jari tangan dengan jumlah bilangan koloni bakteria. Anda diminta menulis satu laporan bagi
eksperimen tersebut. Laporan amali anda hendaklah mengandungi:

(a) Pernyataan masalah


(b) Tujuan
(c) Hipotesis
(d) Pemboleh ubah
(e) Radas dan bahan
(f) Prosedur
(g) Penjadualan data

2. Anda juga dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut:

i. Lukiskan graf yang menghubungkan pemboleh ubah dimanipulasi dan bergerak balas.
ii. Nyatakan inferens bagi dapatan eksperimen tersebut.
iii. Berdasarkan dapatan eksperimen, tuliskan satu hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasi
dan pemboleh ubah bergerak balas.
iv. Nyatakan definisi secara operasi bagi pertumbuhan bakteria.
v. Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini.

3. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut:


i. Dalam kes penularan penyakit, bagaimanakah amalan kebersihan ini boleh dipraktikkan dengan
berkesan?
ii. Cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu.
iii. Adakah dapatan eksperimen yang anda peroleh boleh diterima? Jelaskan jawapan anda.

Anda mungkin juga menyukai