Anda di halaman 1dari 1

Hal-hal penempahan makanan di kantin:

1. Murid tidak dibenarkan makan di kantin. Semua murid perlu makan di dalam kelas masing-masing.
2. Murid-murid perlu menempah makanan sehari sebelum yang diperlukan.
3. Makanan yang ditempah akan dihantar ke kelas masing-masing oleh pekerja kantin.
4. Untuk menjaga kebersihan, makanan adalah dibekalkan dalam bekas plastik. Pihak kantin tidak akan
menyediakan garpu dan sudu. Murid-murid perlu membawa sudu, garpu atau penyepit sendiri setiap
hari. Anda perlu mencuci peralatan kamu selepas menggunakannya.
5. Murid-murid boleh menempah makanan dari 6.10 pagi hingga 6.50 pagi setiap hari di kantin atau
melalui whatapps. Murid-murid digalakkan untuk menyimpan duit anda dalam sampul atau beg plastik.
Sampul dan beg plastik tersebut akan dikembalikan kepada murid untuk kegunaan kali lain.
6. Langkah penempahan makanan melalui Whatapps (xxxxxxxx Encik Wong):
A.<Nama murid> space <kelas> space <kod menu> space <harga>

Contoh:Lai Wai Min - 2A - D2 - RM2.00

B.Pengusaha kantin membalas ‘ok’ sebagai tanda penempahan diterima.


C.Murid yang menempah makanan, perlu membuat bayaran di kantin.
7. Sekiranya murid tidak hadir pada hari tersebut, makanan yang ditempah tidak akan dibayar balik.
(No refund)

Anda mungkin juga menyukai