Anda di halaman 1dari 12

BAB

9
KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN
ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL

Pengenalan

9.1 Hubungan etnik dan integrasi nasional adalah isu yang penting dalam
pembinaan negara Malaysia yang berbilang etnik. Selain etnik
Melayu, Cina dan India, terdapat etnik-etnik lain seperti Orang Asli,
Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian
ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua etnik ini
dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan
syak wasangka dan tidak selamat.

9.2 Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara


(kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan) ditubuhkan bagi menggerakkan program-program yang
boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat.
Selanjutnya pelbagai program dari Rukun Tetangga sehingga kepada
program Sekolah Wawasan dan Program Khidmat Negara, telah
direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untuk menangani dan
memupuk perpaduan dan integrasi secara lebih menyeluruh. Selain
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

itu, perkongsian perayaan di peringkat nasional seperti ‘Kongsi Raya’


yang diwujudkan juga mempunyai tujuan yang sama.

9.3 Dalam satu dekad kebelakangan ini, pengenalan kursus-kursus yang


memfokuskan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang
berbeza di institusi pengajian tinggi pula cuba menimbulkan perasaan
menghargai dan kefahaman yang lebih di kalangan mahasiswa kepada
budaya dan tamadun yang berbeza yang ada di sekeliling mereka. Ini
dilakukan dengan pengenalan kursus Tamadun Islam dan Tamadun
Asia dan seterusnya, pengenalan konsep Islam Hadhari tidak lama
dulu di peringkat nasional. Kursus Hubungan Etnik yang
diperkenalkan sejak tahun 2006 di pusat pengajian tinggi pula adalah
satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering
menjadi isu dalam pembangunan negara. Ianya bukan hanya
memberikan pendedahan kepada konsep-konsep hubungan etnik,
malah pelajar diberikan peluang untuk melakukan aktiviti bersama
untuk membolehkan kefahaman yang lebih mendalam bagaimana
masyarakat pelbagai etnik dapat bekerjasama dan berinteraksi.

9.4 Namun, penerapan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional


hendaklah dilakukan di peringkat awal lagi, iaitu ketika di usia kanak-
kanak dan remaja. Ini lebih mudah dilakukan kerana pada peringkat
ini mereka mudah dididik dan diasuh untuk hidup dalam harmoni di
antara satu sama lain. Pada peringkat ini juga, mereka masih lagi tidak
didedahkan kepada perjalanan hidup yang kompleks yang
memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Institusi

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--2
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam membentuk


generasi yang harmoni dan bertoleransi.

Bilangan Kajian dan Dana


9.5 Memandangkan hubungan etnik dan integrasi nasional adalah penting
dalam pembangunan negara dan pembentukan masyarakat, maka
ianya menjadi satu bidang kajian yang amat penting dalam sains sosial
termasuk bidang pembangunan sosial. Kajian-kajian mengenai
pelbagai dimensi persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional
dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar Sarjana dan
PhD dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu terdapat
penyelidik dari universiti-universiti lain yang menjalankan
penyelidikan dalam tema yang sama termasuk universiti-universiti
baru.

9.6 Secara keseluruhannya, terdapat 133 kajian mengenai pelbagai aspek


tentang hubungan etnik dan integrasi nasional yang dijalankan oleh
pengkaji daripada pelbagai universiti bagi tempoh 2001-2005 yang
boleh digolongkan dalam bidang pembangunan sosial. Daripada
kesemua kajian ini, 79 buah (59.4%) adalah kajian asas/gunaan
manakala 51 buah atau 38.3% peratus terdiri daripada penyelidikan
tesis di peringkat Sarjana dan PhD. (Daripada jumlah tesis, kajian
PhD sebanyak lapan buah, manakala kajian Sarjana 43 buah).

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--3
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

9.7 Dari segi dana pula, kajian asas/gunaan mencatatkan pembiayaan


sebanyak RM718,392, dengan kadar purata yang kecil iaitu RM5,526
bagi satu penyelidikan asas/gunaan. Mengikut pecahan pembiayaan,
sebanyak 53 buah kajian menerima pembiayaan RM25,000 ke bawah,
tujuh buah kajian pula menerima pembiayaan diantara RM25,000 –
RM50,000, empat buah kajian menerima pembiayaan diantara
RM50,001 – RM100,000. Manakala sebanyak sembilan buah kajian
sahaja menerima pembiayaan sebanyak RM100,001 hingga
RM500,000. Ini jelas menunjukkan bahawa pembiayaan yang
diterima dalam kajian hubungan etnik dan integrasi nasional adalah
kecil seperti juga bidang-bidang lain.

Kategori dan Tema Kajian

9.8 Secara umum, kajian-kajian bidang hubungan etnik dan integrasi


nasional boleh dianalisis menurut dua kategori iaitu: (1) Hubungan
antara etnik yang merupakan satu komponen penting pembangunan
sosial dalam pembinaan negara; dan (2) Kajian yang bersifat dalaman
etnik itu sendiri, misalnya kajian tentang ritual, budaya atau kelakuan
etnik itu secara khusus, tetapi isinya mempunyai pengajaran untuk
pembangunan sosial.

9.9 Kajian-kajian mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional


menunjukkan kepelbagaian tema yang agak menarik dan penting.
Antaranya, termasuk:
 Integrasi di kalangan pelajar
 Toleransi agama

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--4
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

 Pendidikan
 Bahasa, kebudayaan dan cara hidup
 Sosioekonomi
 Peranan media dalam menjaga dan memupuk hubungan etnik
dan integrasi nasional

Tahap Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional di Kalangan Pelajar


Pelbagai Etnik

9.10 Pelajar dan belia merupakan pelapis kepada pembinaan dan


pembangunan negara. Golongan ini yang akan menentukan tahap
hubungan etnik dan integrasi nasional pada masa hadapan. Oleh itu,
kajian mengenai tahap hubungan dan integrasi dilakukan dari
peringkat sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi untuk
Comment [P1]: S0023
menilai statusnya. Kajian Hazri Jamil et.al (2004), USM berjudul
“Hostiliti atau Harmoni dalam Interaksi Sosial Pelajar Budaya
Majmuk di Sekolah-sekolah Menengah Pulau Pinang” (asas/gunaan)
menilai keharmonian dalam interaksi sosial pelajar majmuk di
sekolah.

9.11 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula cuba membangun


para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara dengan
pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal, mental,
pembinaan karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada
awal tahun pelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan
lebih-lebih lagi dari segi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai
pihak bahawa program ini dapat membentuk sikap yang lebih positif
di kalangan generasi muda pelbagai kaum terhadap diri, keluarga,

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--5
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

masyarakat dan negara. Di samping itu, pergaulan di antara etnik juga


dapat diperbaiki dengan penglibatan semua peserta dalam aktiviti
kerjasama dan berkumpulan. Penemuan seperti ini terdapat dalam
Comment [P2]: J0209
kajian Zaliha Hussin (2005), UiTM berjudul “Kajian Tinjauan
Mengenai Kaedah Pengurusan dan Pengendalian Program Khidmat
Negara” (asas/gunaan).

9.12 Kajian tentang tahap hubungan etnik dan integrasi di kalangan pelajar
Comment [P3]: M0070
diteruskan lagi di peringkat pengajian tinggi. Kajian Nga Lay Hui @
Janice Nga (2005), UMS berjudul “Integrasi Antara Kaum di
Kalangan Penuntut-Penuntut di Institut Pengajian Tinggi”
(asas/gunaan) mengkaji corak pergaulan dan integrasi di kalangan
golongan pelajar supaya fahaman etnosentrik dan kelemahan yang
dikesan dapat diminimumkan manakala perpaduan sebenar dapat
dipergiat dan diteruskan. Kajian ini cuba meneliti bagaimana
perbezaan ras dan kekurangan akibatnya dapat dikurangkan bagi
mengelak kejadian yang tidak di ingini yang mungkin mengancam
kestabilan sosial, ekonomi dan politik untuk mendorong pembinaan
bangsa Malaysia. Ini adalah kerana golongan pelajar inilah merupakan
bakal pemimpin negara dan akan memasuki golongan kelas menengah
pada masa hadapan. Sekiranya tahap hubungan dan integrasi
memuaskan, maka akan wujud satu masyarakat Malaysia yang
harmoni dan berperibadi tinggi, begitu juga sebaliknya.

Comment [P4]: L0080


9.13 Kajian yang dilakukan oleh Fatimah Daud (2002), UM berjudul
“Polarasi Kaum di Kalangan Pelajar-Pelajar Universiti” (asas/gunaan)
pula memberi tumpuan kepada hubungan etnik dan polarisasi kaum di

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--6
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

kalangan pelajar-pelajar di universiti dengan persoalan adakah ethnic


maintenance masih kuat atau berkurangan di kalangan generasi muda
sekarang. Kajian dilakukan untuk melihat sejauh mana golongan
pelajar ini bergaul dan berinteraksi dalam sebuah komuniti kampus
dan adakah akan mempengaruhi cara pergaulan dan interaksi mereka
dengan struktur masyarakat luar yang lebih kompleks. Kajian ini
mendapati program yang melibatkan aktiviti bersama, pertukaran
program budaya, meningkatkan tahap kefasihan bahasa, dan
pemahaman antara agama dapat meningkatkan persefahaman dan
perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.

Toleransi Agama

9.14 Aspek asimilasi sosial dan toleransi agama menjadi aspek penting
dalam kajian pembangunan sosial. Kajian-kajian yang dilakukan
menunjukkan bahawa di bawah sistem pemerintahan yang
mendukung agama Islam sebagai agama rasmi, agama-agama lain
tetap boleh dipraktikkan tanpa gangguan. Ini dijamin dalam
Perlembagaan di bawah kebebasan beragama yang telah lama
dipegang dan diamalkan.

9.15 Ketegangan agama kerap berlaku di mana sahaja, namun di Malaysia


Comment [P5]: I0180
ianya masih di tahap yang dapat dikawal. Kajian oleh Abdul Salam
Muhammad Shukri (2005), UIAM berjudul “Does Religious Tension
Exist in Malaysia? A Survey of Malaysian Newspaper Report on
Religious Tension Incidents From 1997-2003” (asas/gunaan)
membuat analisis terhadap suratkhabar-suratkhabar arus perdana.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--7
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

Kajian ini mendapati ketegangan agama memang wujud di Malaysia,


namun ia dapat dikawal sehingga tidak merebak dan merosakkan
masyarakat. Sebarang tragedi dan peristiwa dapat ditangani dan
dikawal oleh pihak kerajaan khasnya dan masyarakat secara umumnya
yang tidak mahu melihat keamanan negara yang telah dikecapi sekian
lama musnah begitu sahaja.

9.16 Imej Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan oleh media barat
lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September 2001 sedikit sebanyak
mengundang persepsi negatif dari masyarakat bukan Islam di
Malaysia. Ketegangan juga boleh wujud akibat dari ketidakfahaman
di antara penganut-penganut agama yang ada di Malaysia, juga
persepsi yang timbul sejak awal terhadap penganut agama yang
Comment [P6]: I0308
berlainan. Masalah ini dikaji oleh Thameem Ushama (2006), UIAM
melalui penyelidikan berjudul “The Image of Islam and Muslims
Among Non-Muslims in Malaysia” (asas/gunaan). Kajian ini meneliti
imej Islam dari pandangan bukan Islam di Malaysia, khususnya
mengenai sikap dan penerimaan mereka terhadap Islam dan orang
Muslim di Malaysia. Kajian ini mengkaji tahap keyakinan mereka
untuk hidup di bawah pemerintahan Islam dan kesediaan mereka
untuk menerima undang-undang Islam

Bahasa, Kebudayaan dan Cara Hidup

9.17 Menarik diketahui bahawa untuk meningkatkan integrasi antara kaum


dan etnik, faktor penguasaan bahasa memainkan peranan yang
memang penting. Bahasa sudah lama memainkan peranan sebagai
satu wadah yang dapat mengeratkan integrasi dan hubungan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--8
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

Kefahaman dan kefasihan bahasa yang tinggi akan memudahkan


komunikasi dan seterusnya dapat memupuk perpaduan dan integrasi.
Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan mendorong
ke arah ini. Pada masa yang sama, penguasaan bahasa kaum lain
memang membantu perpaduan.

9.18 Pembelajaran bahasa Mandarin diperhatikan menjadi satu pelajaran


Comment [P7]: J0464
pilihan yang meningkat popular. Kajian Heng Buai Chin et.al (2005),
UiTM berjudul “Pendidikan Bahasa Cina di Kalangan Pelajar Melayu,
Satu Kajian Kes di Negeri Kelantan” (asas/gunaan) meneliti dan
mengenalpasti apakah faktor-faktor pendorong yang menyumbang
kepada penghantaran anak-anak Melayu ke SJKC di Kelantan.
Kajian itu menunjukkan ibu bapa Melayu mahukan anak mereka
menguasai tiga bahasa. Di samping Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris, mereka juga berharap anak mereka boleh menguasai
Bahasa Cina yang nilai ekonominya semakin tinggi. Ia disebabkan
juga oleh faktor ekonomi yang mendorong ramai ibu bapa menghantar
anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Kebanyakan dari pelajar tidak menghadapi kesukaran belajar di
sekolah jenis kebangsaan Cina, hanya segelintir dari pelajar miskin
menghadapi masalah dalam pembelian buku latihan yang banyak dan
mahal.

Comment [P8]: J0479


9.19 Kajian Cheun Heng Huat et.al (2002), UiTM berjudul “Attitude
Towards the Learning of Chinese Characters among Students in
Universiti Teknologi MARA” pula meneliti sikap pelajar di institut
pengajian tinggi khasnya di UiTM dalam proses pembelajaran tulisan

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--9
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

Cina. Hasil kajian mendapati bahawa proses pembelajaran adalah


agak sukar akibat kekangan masa pembelajaran serta sifat tulisan
bahasa Cina yang agak sukar. Namun, ramai yang beranggapan
bahawa bahasa Cina akan menjadi salah satu bahasa yang penting
pada masa hadapan.

9.20 Juga terdapat kajian-kajian yang mengkaji etnik minoriti peribumi


seperti kajian terhadap cara hidup, amalan seharian, bahasa dan
budaya mereka. Kebanyakan etnik yang dikaji adalah di kalangan
peribumi masyarakat Borneo yang jauh dari arus pembangunan.

9.21 Sebagai contoh kajian Hanafi Hussin (2001) UM, berjudul “Ritual
Moginom di Kalangan Masyarakat Dusun Tatana, Kuala Penyu
Sabah” (asas/gunaan) yang mengkaji dan mendokumentasikan ritual
Moginom oleh komuniti Tatana untuk beberapa tujuan seperti jamuan
tahunan kepada roh nenek moyang, pengubatan dan pembayaran niat.
Sehingga kini, ramai pengamalnya, sedikit demi sedikit mula
meninggalkan amalan ritual Moginom sehingga ianya jarang dan
hampir tidak dilakukan lagi kerana menganggap amalan tersebut
ketinggalan zaman. Ianya satu kehilangan sekiranya kajian dan
dokumentasi ritual Moginom ini lewat dilakukan.

Peranan Media dalam Menjaga dan Memupuk Hubungan Etnik dan


Integrasi Nasional

9.22 Media massa sama ada media cetak dan elektronik di Malaysia
mempunyai kesan dan pengaruh yang tinggi terhadap masyarakat dan
pembangunan sosial negara. Dalam masyarakat Malaysia yang

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--10
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

berbilang kaum, media mempunyai tanggungjawab yang lebih besar


untuk memastikan penerbitan mereka boleh mendorong perpaduan
Comment [P9]: J0245
dan harmoni. Kajian Baharuddin Aziz (2003), UiTM berjudul “Media,
Patriotisme dan Pembangunan Nasional, Satu Analisa Mengenai
Peranan Media dan Penghayatan Hari Kemerdekaan (31 Ogos) Di
Kalangan Rakyat Malaysia” (asas/gunaan) hendak mengenalpasti
bagaimana media dapat memupuk semangat patriotik di kalangan
masyarakat dengan menganalisis peranan media dan penghayatan
Hari Kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara etnik dan
kaum dapat dipererat dan lebih mesra melalui kempen kesedaran
dalam menyambut sambutan perayaan Hari Kebangsaan.

Kesimpulan
9.23 Secara keseluruhannya, daripada 133 buah kajian yang dijalankan
tentang hubungan etnik dan integrasi nasional, hanya satu sahaja
kajian rundingan/kontrak yang dilakukan. Manakala 60% adalah
kajian asas/gunaan dan selebihnya penyelidikan tesis Sarjana dan
PhD.

9.24 Persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional sememangnya diakui


merupakan perkara yang penting, lebih-lebih lagi dengan keadaan
masyarakat Malaysia yang berbilang. Namun, sedikit sekali
penyelidikan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional dalam
bidang rundingan/kontrak dari tahun 2001-2005. Kekurangan kajian
dalam kategori penyelidikan rundingan/kontrak memang tidak seiring
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--11
Laporan Akhir “Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial di Malaysia 2001-2005” –
Bab 9 Kajian Mengenai Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

dengan situasi sekarang di mana hubungan etnik dan integrasi


nasional menjadi satu isu penting.

9.25 Juga kurangnya kajian tentang etnik Cina dan India dan etnik
peribumi lain. Banyak kajian yang dijalankan tentang perbandingan
etnik Melayu atau Islam dengan etnik atau agama lain. Namun,
kurang dilakukan kajian perbandingan di antara etnik-etnik lain atau
di antara agama-agama lain dan kajian yang ada lazimnya kajian
mengenai budaya atau bahasa etnik itu sahaja. Amalan, budaya dan
cara hidup mereka dan ini merupakan satu kerugian kepada khazanah
warisan negara sekiranya ianya tidak didokumentasikan segera.
Kajian mengenai tahap integrasi belia pelbagai etnik samada dari
peringkat sekolah rendah, menengah dan IPT juga agak kurang.
Kekurangan ini perlu ditampung pada masa akan hadapan.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9--12

Anda mungkin juga menyukai