Anda di halaman 1dari 10

Rujukan kami MAYC/KDH/SKP/22-05

Tarikh 6 Februari 2022

Yang Berhormat Encik Azman bin Nasrudin


EXCO Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengangkutan, Pembangunan Insan, dan Industri Utama.
Wisma Negeri,
Bandar Alor Setar,
05000 Alor Setar, Kedah

Yang berhormat,
Permohonan Dana Program Program Motivasi Melangkah Ke Alam Sekolah Menengah 2022

Dengan segala hormatnya, perkara diatas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa MAYC Negeri Kedah berhasrat untuk mengadakan program
persediaan untuk pelajar Sekolah Kebangsaan Inrahim, Sg Petani bagi menyediakan mereka untuk
mengharungi alam persekolahan peringkat menengah.

3. Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah hati memohon jasa Yang Berhormat EXCO
andai dapat kiranya memberikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu
Sahaja) bagi membantu kami meneruskan misi ini. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan kepada:

Nama Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Negeri Kedah


No. Akaun 1005061000040103 (Agro Bank)

4. Turut dilampiran kertas kerja program untuk rujukan Yang Berhormat EXCO. Jika terdapat
sebarang pertanyaan, pihak YB Senator boleh menghubungi En Shaharul (Pengarah Program) di
talian 018-3190773

5. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan Yang Berhormat EXCO, dalam perkara ini
amat saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam.

Yang benar,

SHAHARUL YAHYA
Pengarah Program
Program Motivasi
Melangkah ke Alam
Sekolah Menengah 2022
Murid – murid Tahun 6, SRK Ibrahim, Sg Petani, Kedah
Anjuran MAYC Kedah
▪ Negara pada masa kini semakin menuju ke arah pembangunan yang lebih
mantap dan sebagai salah satu langkah yang giat dijalankan ialah membentuk
warisan negara yang berkualiti.
▪ Oleh itu, demi menjalankan tanggungjawab dalam membentuk warisan
negara yang berkualiti, semua pihak haruslah menyumbangkan tenaga
masing-masing.
▪ Program ini mengajak mahasiswa ke arah mewujudkan masyarakat belia yang
memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah,
bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi
penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara, selari dengan visi
Kementerian Pengajian Tinggi.

MAYC Kedah
▪ Memberi pendedahan kepada murid sebagai persediaan melangkah ke
alam sekolah menengah.

▪ Memberi motivasi dan inspirasi kepada murid untuk menyesuaikan diri


dengan persekitaran baru dan menanam usaha dari awal persekolahan
untuk memastikan kejayaan cemerlang di dalam pelajaran dan masa
depan.

▪ Membantu murid sekolah rendah dengan berkongsi kaedah


pembelajaran secara efektif dan berkesan melalui pengalaman
fasilitator yang terlibat.

▪ Memberi pengisian dan pengetahuan dari segi mental dan fizikal


kepada murid tahun 6 selepas menghadapi peperiksan UPSR.

MAYC Kedah
• Pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan
Ibrahim, Sungai Petani

• Melibatkan sebanyak 113 orang murid


yang bakal menghadapi UPSR tahun
ini

MAYC Kedah
• Cadangan tarikh adalah pada 4,5 dan 11
Mac 2022 (Jumaat dan Sabtu)
• Lokasi yang dicadangkan
• Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani,
Kedah
• Sekolah Menengah Ibrahim.
• Lokasi ini dipilih kerana kedua-dua sekolah
adalah bersebelahan sekaligus
memudahkan urusan pergerakan murid

MAYC Kedah
Hari Pertama Hari Kedua
07:30 pagi Pendaftaran peserta & sarapan 07:30 – 8:00 pagi Sarapan pagi
08.30 - 10.00 pagi Slot 1: Seisi ice-breaking 08.00 - 10.00 pagi Slot 4: Cabaran Sekolah Menengah
10.00 - 10.30 pagi Minum pagi 10.00 - 10.30 pagi Minum pagi
10.30 - 12.30 tghri Slot 2: Tingkatkan Kesedaran Diri 10.30 - 12.30 tghri Slot 5: Teknik ulangkaji & pembelajaran
12.30 - 2.00 tghri Makan tengah hari & solat Zohor 12.30 - 2.00 tghri Makan tengah hari & solat Zohor
02.00 - 4.00 tghri Slot 3: Pentingnya displin & jatidiri 02.00 - 3.00 tghri Ceramah motivasi
04.00 – 05.30 petang Minum petang & solat Asar 03.00 – 5.00 ptg Minum petang & Seisi bergambar
05.30 petang Bersurai 05.00 petang Program tamat

MAYC Kedah
# Perkara Kos seunit Bilangan Jumlah
1 Penceramah RM 1,000.00 per penceramah 2 orang RM 2,000.00
2 Fasilitator RM 400.00 per fasilitator 10 orang RM 4,000.00
3 Makanan peserta RM 21.50 per peserta 150 orang RM 3,225.00
4 Kit akiviti RM 5.00 per peserta 150 orang RM 750.00

Jumlah Keseluruhan RM 9,975.00

• Program dijangka berjalan selama 2 hari melibatkan 150 pelajar.


• Fasilitator seramai 10 orang akan dilantik dari ahli MAYC Kedah.
Keutamaan diberikan kepada ahli MAYC yang menuntut di IPTA sekitar
Kedah

MAYC Kedah
• Program ini dijalankan bagi menyediakan pelajar sekolah rendah untuk mengharungi
cabaran menghadapi UPSR dan menyediakan mereka untuk menempuh sekolah
menengah.
• Dengan persediaan yang diberikan, diharap para peserta juga dapat mengelakkan diri
dari terjebak dengan masalah sosial yang mungkin mereka tempuhi semasa dari
peralihan fasa kanak-kanak kepada remaja
• Peserta kem ini juga dipersediakan dengan ilmu asas Teknik pembelajaran dengan
harapan mereka dapat menggunakan ilmu tersebut semasa sekolah menengah

MAYC Kedah

Anda mungkin juga menyukai