Anda di halaman 1dari 1

Catatan Lawatan ke Zoo Negara

Isnin, 3 Ogos 2021

8.00 pagi
Aku bangun awal. Selepas bersarapan, bapa membawa kami sekeluarga
bertolak ke Zoo Negara. Bapa memandu dengan berhati-hatinya untuk
menjaga keselamatan kami sekeluarga.
 
9.00 pagi
Kami sampai di Zoo Negara. Kami melihat banyak orang di sana seperti
ikan dalam belat. Bapa terus ke kaunter untuk membeli tiket.
 
9.30 pagi
Kami pun beratur masuk ke dalam zoo. Kawasan di zoo sangat besar dan
bersih. Kami dapat melihat pelbagai jenis haiwan. Haiwan-haiwan itu
terbahagi kepada dua jenis, iaitu haiwan liar dan haiwan jinak. Antara
haiwan yang dilihat termasuklah gajah, singa, harimau, ular, burung dan
sebagainya.
 
12.30 tengah hari
Kami menikmati makanan yang sedap dengan berseleranya kerana terlalu
lapar. Selepas makan, kami berehat sekejap kerana terlalu penat sambil
makan aiskrim yang lazat untuk menghilangkan dahaga kerana cuaca
sungguh panas.
 
1.30 petang
Kami meneruskan lawatan. Kami berpeluang menyaksikan pertunjukan
haiwan yang menarik. Aku berasa teruja melihat kebolehan yang
ditunjukkan oleh haiwan-haiwan tersebut. Kami mengambil gambar dengan
telefon pintar yang canggih untuk dijadikan kenangan yang manis.
Sebelum pulang, kami membeli cenderamata yang cantik dan unik untuk
kawan-kawan.

3.00 petang
Kami pun pulang ke rumah dengan puas hati. Saya berasa gembira kerana
dapat melihat binatang dengan lebih dekat di samping memperoleh
pengetahun yang baharu dan bermanfaat. Saya berharap agar dapat
melawat ke zoo lagi.

Anda mungkin juga menyukai