Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN PEMBANGUNAN DAN NAIK TARAF

SISTEM INFRASTRUKTUR BEKALAN ELEKTRIK 33KV, 11KV DAN


415
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JALAN SULTAN YAHYA PETRA, KUALA LUMPUR

SKOP PERUNDING

Tugas-tugas dan tanggungjawab yang perlu dijalankan oleh perunding adalah


seperti di dalam senarai di bawah ini. Walau bagaimanapun, senarai ini tidak
boleh dianggap muktamad dan pihak UTM berhak menambah atau
mengurangkan tugas-tugas perunding:

1) Mengkaji sistem bekalan elektrik 11kV dan 415V sedia ada untuk
penyediaan rekabentuk.

2) Menyediakan rekabentuk, memantau kerja dan mengesahkan


pentauliahan sistem infrastruktur bekalan elektrik 33kV, 11kV dan
415V bagi perkara-perkara berikut:-

a) Sistem elektrikal voltan tinggi termasuk Vacuum Circuit Breaker


(VCB) atau Gas Insulated Switchgear (GIS), alat ubah 33/11kV,
underground cabling system, earthing & surge protection system
dan kerja-kerja lain/aksesori yang berkaitan.

b) Peralatan control & relay protection sistem voltan tinggi 33kV


termasuk bateri, pilot cable & kerja-kerja lain/aksesori yang
berkaitan.

c) Peralatan elektrik voltan sederhana 11kV termasuk VCB atau


GIS, underground cabling system, control & relay protection dan
kerja-kerja lain/aksesori yang berkaitan.

d) Sistem retikulasi bekalan elektrik 11kV/415V dan semua


feeders dari pencawang elektrik sedia ada (5 buah pencawang
elektrik) termasuk VCB, alat ubah 11kV/415V, underground
cabling system, earthing & lightning protection system dan kerja-
kerja lain/aksesori yang berkaitan.

e) Peralatan elektrik voltan rendah 415V termasuk LV


board/feeder pillar, underground cabling system, earthing &
lightning protection system, generator sets dan kerja-kerja
lain/aksesori yang berkaitan.

f) Menyemak keadaan semasa tapak dan mengenal pasti semua


agihan pepasangan sistem elektrik 33kV, 11kV, 415V dari
pencawang ke pencawang dan dari pencawang ke bangunan
sedia ada yang perlu dibuka, diganti dan ditambah baru.
Perunding bertanggung jawab untuk menasihatkan UTM semua
tindakan dan penyelesaian yang perlu dibuat.
g) Menyemak bangunan pencawang elektrik serta infrastruktur
sedia ada yang perlu dibaiki atau dinaiktaraf mengikut
keperluan. Perunding bertanggung jawab untuk menasihatkan
UTM semua tindakan dan penyelesaian mengikut kesesuaian.

2) Menyedia dan mengemukakan design calculation.

3) Menyediakan dokumen perolehan dan anggaran harga lengkap


dengan skop kerja, spesifikasi dan Bill of Quantities (BQ) mengikut
format UTM.

4) Membuat penilaian tender dan menyediakan laporan tender


mengikut format yang ditetapkan dan dipersetujui oleh UTM.

5) Melaksanakan pemantauan kerja-kerja di tapak.

6) Menyediakan laporan aktiviti kerja secara dwi-mingguan.

7) Menyemak dan mengesahkan jadual kerja dan laporan


kemajuan.

8) Menyedia dan memperakukan bayaran interim.

9) Menyedia dan menguruskan kerja-kerja perubahan (VO) dan


perlanjutan masa (EOT).

10) Menyediakan sijil-sijil kontrak.

11) Menyemak, memperaku dan memastikan As-Installed Drawing


disediakan dan dikemukakan kepada pihak UTM lengkap dengan
salinan softcopy dan hardcopy dalam tempoh tiga (3) bulan
selepas tarikh CPC.

12) Di dalam tempoh tanggungan kecacatan, perunding adalah


bertanggungjawab untuk memantau dan mengesahkan kerja-
kerja pembaikan kecacatan serta menyediakan laporan
pembaikan kecacatan mengikut keperluan dan kehendak UTM.
Perunding juga bertanggungjawab untuk memberi cadangan dan
nasihat yang bersesuaian didalam perlaksanaan kerja-kerja
pembaikan kecacatan tersebut.

13) Perunding bertanggungjawab untuk berurusan dan berhubung


terus dengan pihak berkuasa tempatan dan agensi yang
berkaitan seperti Suruhanjaya Tenaga Malaysia, Tenaga Nasional
Berhad, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam
Sekitar dan lain-lain jabatan yang berkaitan dengan skop kerja
ini bagi mematuhi semua keperluan yang ditetapkan.

14) Membuat penyelarasan bersama kontraktor Reka & Bina projek


Student Accommodation Complex (SAC) untuk memastikan semua
keperluan rekabentuk dan pembangunan sistem infrastruktur
bekalan elektrik 33kV, 11kV dan 415V yang disediakan
mematuhi dan memenuhi kehendak rekabentuk peralatan
33/11kV projek SAC.

15) Menyediakan perakuan muktamad projek.

16) Perunding bertanggungjawab membuat kajian di tapak bagi


memastikan faktor-faktor/halangan yang perlu diambilkira
dalam rekabentuk. Pihak perunding bertanggungjawab untuk
memastikan semua skop kerja yang diperlukan bagi memastikan
projek ini berfungsi sepenuhnya. Mana-mana perubahan kerja
(VO) yang berlaku disebabkan oleh kecuaian/ketidakcekapan
perunding, kos kerja tambahan tersebut akan ditanggung oleh
perunding sepenuhnya.

17) Sekiranya berlaku kecacatan atau kegagalan kepada projek ini


semasa atau selepas tempoh pembinaan yang disebabkan oleh
kecuaian dan kesilapan didalam rekabentuk atau pemantauan di
tapak, perunding adalah bertanggungjawab untuk menanggung
semua kos pembaikan tersebut.

18) Semua kerja perundingan di dalam penyediaan rekabentuk,


dokumentasi, pemantauan di tapak dan lain-lain kerja yang
berkaitan mestilah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan dan
dipersetujui oleh pihak UTM.

Anda mungkin juga menyukai