Anda di halaman 1dari 4

Tugasan 14: Pengujian dan penilaian pencapaian hasil pembelajaran

PENGUJIAN, PENILAIAN, ANALISIS DAN REFLEKSI PDPC DALAM PENDIDIKAN


KESIHATAN

Mengenalpasti pencapaian murid

1. Hasil pembelajaran yang ditetapkan dalam satu sesi pengajaran mesti diuji, dinilai dan
dianalisis.
2. Proses yang berlaku ialah:
1. Pengajaran
2. Pengujian (Menggunakan lembaran kerja(kognitif), (Melalui pemerhatian(afektif)
3. Penilaian (Menilai pencapaian murid)
4. Analisis (Menganalis pencapaian murid yang telah dinilai).
5. Refleksi pengajaran
6. Cadangan penambahbaikan untuk pengajaran akan datang

3. Pencapaian murid dari aspek kognitif direkodkan melalui borang pemerhatian seperti
berikut:
Sekolah Rendah Sri Labis, Segamat, Johor
Pendidikan Kesihatan Tahun 4 Intelligent

(A) Borang Penilaian Aspek Kognitif

Tarikh 18 Julai 2019


Masa 8.30 am – 9.00 pagi
Kelas 4 Intelligent
Bil. Murid 36 orang murid
Modul Modul 2: Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial
Tajuk Kekeluargaan
Standard Kandungan 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan
dalam kehidupan harian.
Standard Pembelajaran 2.3.1 Menjelaskan cara menyayangi diri sendiri dan ahli keluarga.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Kognitif: Menyatakan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 cara untuk menyayangi
diri sendiri dan ahli keluarga pada lembaran kerja.
Afektif : Bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan sepanjang sesi pembelajaran

Bil Nama Markah/5 Catatan


1 CHANG JING SIAN 5 Cemerlang
2 CHEN EU KEOK 5 Cemerlang
3 CHEW CHIN JOO 5 Cemerlang
4 CHONG SHU TING 4 Baik
5 FANNY LING LU EI 5 Cemerlang
6 FENNY LAU YEO FENG 4 Baik
7 HUNG SIEW SIEW 4 Baik
8 KEE GUEK FEN 4 Baik
9 KHOO PHAU LIANG 3 Sederhana
10 LAW KOK CHUN 5 Cemerlang

Catatan: 1(Sangat lemah) 2 (lemah) 3(Sederhana) 4(Baik) 5(Cemerlang)

4. Analisis pencapaian pelajar


Markah Bilangan Peratus Catatan
1 0 0% Sangat lemah
2 0 0% Lemah
3 1 10% Sederhana
4 4 40% Baik
5 5 50% Cemerlang

Analisis

Seorang murid(10%) memperoleh markah 3


4 orang murid (40%) memperoleh markah 4
5 orang murid (50%) memperoleh markah 5.

Ini bermakna hasil pembelajaran dari aspek kognitif tercapai kerana 9 orang murid (90%)
berjaya menjawab sekurang-kurangnya 4 daripada 5 cara untuk menyayangi diri sendiri dan ahli keluarga
pada lembaran kerja

Refleksi/Cadangan penambahbaikan:

Oleh kerana seorang pelajar tidak berjaya mencapai sasaran berdasarkan saya bercadang untuk mengadakan satu
sesi pdpc khas berkaitan tajuk pdpc ini untuk murid ini pada hari Khamis pukul 10.00 hingga 10.15 pagi.

LATIHAN 1:

Berdasarkan maklumat berikut, sila lengkapkan borang pencapaian, analisis serta refleksi/cadangan penambah
baikan bagi Hasil pembelajaran dari aspek Afektif: Bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan sepanjang
sesi pembelajaran

5. Pencapaian murid dari aspek afektif direkodkan melalui borang pemerhatian berikut:

Sekolah Rendah Sri Labis, Segamat, Johor


Pendidikan Kesihatan Tahun 4 Intelligent

( C )Borang Penilaian Aspek Afektif


Tarikh 18 Julai 2019
Masa 8.30 am – 9.00 pagi
Kelas 4 Intelligent
Bil. Murid 36 orang murid
Modul Modul 2: Kesihatan Mental, Emosi Dan Sosial
Tajuk Kekeluargaan
Standard Kandungan 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan
dalam kehidupan harian.
Standard Pembelajaran 2.3.1 Menjelaskan cara menyayangi diri sendiri dan ahli keluarga.
Hasil Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
Kognitif: Menyatakan sekurang-kurangnya 4 daripada 5 cara untuk menyayangi diri
sendiri dan ahli keluarga pada lembaran kerja.
Afektif : Bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan sepanjang sesi
pembelajaran

Bil Nama Markah/5 Catatan


1 CHANG JING SIAN 5 Sangat bekerjasama
2 CHEN EU KEOK 5 Sangat bekerjasama
3 CHEW CHIN JOO 5 Sangat bekerjasama
4 CHONG SHU TING 3 Bekerjasama secara sederhana
5 FANNY LING LU EI 3 Bekerjasama secara sederhana
6 FENNY LAU YEO FENG 4 Bekerjasama dengan baik
7 HUNG SIEW SIEW 5 Sangat bekerjasama
8 KEE GUEK FEN 3 Bekerjasama secara sederhana
9 KHOO PHAU LIANG 5 Sangat bekerjasama
10 LAW KOK CHUN 4 Bekerjasama dengan baik
Catatan: 1(Sangat tidak bekerjasama) 2 (kurang bekerjasama) 3(Bekerjasama secara sederhana) 4(Bekerjasama
dengan baik) 5(Sangat bekerjasama)

6. Analisis pencapaian pelajar


Markah Bilangan Peratus Catatan
1 0 0% Sangat tidak bekerjasama
2 0 0% Kurang bekerjasama
3 3 30% Bekerjasama secara sederhana
4 2 20% Bekerjasama dengan baik
5 5 50% Sangat bekerjasama

Analisis

3 orang murid (30%) memperoleh markah 3


2 orang murid (20%) memperoleh markah 4
5 orang murid (50%) memperoleh markah 5

Hasil pembelajaran dari aspek afektif berjaya dicapai kerana 7 orang murid (70%) berjaya
bekerjasama dengan baik bersama rakan-rakan sepanjang sesi pembelajaran.

Refleksi/Cadangan penambahbaikan:

Sungguhpun begitu, terdapat 3 orang murid yang bekerjasama secara sederhana. Oleh itu,
saya bercadang untuk menambahkan aktiviti berkumpulan dalam sesi pembelajaran untuk
menguatkan lagi nilai kerjasama murid untuk bekerja bersama rakan-rakan mereka.
LATIHAN 2:

Lakarkan graf bar sebagaimana butiran berikut:

1. Graf bilangan murid (paksi-y) lawan pencapaian murid (paksi-x) bagi hasil pembelajaran Kognitif
2. Graf bilangan murid (paksi-y) lawan pencapaian murid (paksi-x) bagi hasil pembelajaran Afektif

Anda mungkin juga menyukai