Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN REFLEKTIF

Seni adalah suatu ciptaan atau atau ekspresi terhadap sesuatu yang dianggap
indah. Ia memenuhi keperluan-keperluan naluri ekstetik dan fizikal manusia yang
dipengaruhi oleh faktor-faktor . Antara faktor – faktor yang terlibat ialah termasuk
kegamaan , kebudayaan , ruang dan masa . Mengikut Kamus Pelajar Bahasa
Malaysia,terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1988),"Seni bermaksud kecil
sekali,halus,molek atau elok,kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah-
indah". Seni visual mampu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman. Seni juga sebagai
alat komunikasi, Selain itu, seni visual mampu menajamkan kepekaan dan pengamatan.
Seseorang yang mendalami seni visual lebih peka dan dapat melakukan apresiasi dan
kritikan seni dengan baik . Terdapat juga beberapa elemen yang perlu dimasukkan untuk
menampakkan lagi kekemasan di dalam seni visual tersbut .

Di dalam pelaksanaan kit persembahan ini perlu dimasukkan elemen – elemen yang
penting untuk menarik perhatian orang ramai untuk melihat dan menonton kit persembahan
tersebut . Antara elemen yang wajib dimasukkan di dalam kit persembahan itu antaranya
elemen seni visual . Elemen itu akan kelihatan pelbagai unsur seni seperti warna ,
pergerakkan dan ruang .Bagi elemen seni muzik pula ia alan dapat dihayati dengan memilih
lagu yang sepatutnya untuk dimasukkan di dalam kit persembahan itu . Muzik merupakan
antara salah satu elemen yang penting kerana dengan pemilihan muzik yang baik ia akan
menarik perhatian penonton . Akhir sekali , elemen seni pergerakkan yang merupakan
bentuk elemen yang akan Nampak pergerakkan di dalam kit persembahan itu . Dengan
pergerakkan yang ditayangkan di dalam kit persembahan itu , ia akan menampakkan kit
persembahan itu lebih menarik dan dihayati oleh penonton . Elemen seperti yang
dinyatakan seperti berikut , kit persembahan tersebut akan kelihatan lebih tertarik untuk
diperlihatkan oleh orang lain .
2.1 ELEMEN SENI VISUAL

Antara kekuatan yang terdapat di dalam kit persembahan yang melibatkan elemen
seni visual itu ialah ruang yang terdapat di dalam kit persembahan tersebut . Dengan
penggunaan ruang yang maksima di sesuatu tempat ia akan menampakkan sesebuah
aktiviti yang dilakukan akan kelihatan kemas dan teratur . Selain itu , pergerakkan yang
dilakukan juga telah menampakkan kekuatan yang tersendiri di dalam lit persembahan itu .
Walaupun terdapat kekuatan yang telah ditonjolkan tetapi terdapat juga kekurangan dan
kelemahan di dalam kit persembahan yang dilaksanakan itu . Antaranya ialah harmoni yang
melibatkan Antaranya ialah harmoni yang melibatkan keseragaman bentu serta
kepelbagaian saiz yang terdapat pada bahagian – bahagian tertentu . Keseragaman juga
antara perkara yang penting di dalam elemen harmoni untuk kelihatan lebih kemas dan
menarik perhatian penonton .

2.2 ELEMEN SENI MUZIK

Di dalam kit persembahan iu juga telah dimasukkan elemen seni muzik yang
tujuannya untuk menampakkan keseimbangan dalam setiap aktiviti yang dilakukan . Antara
kekuatan dan kelebihan yang terdapat di dalam elemen seni muzik ini ialah irama lagu yang
dimainkan semasa kit persembahan itu dijalankan . Dengan lagu irama yang sesuai ia akaa
menarik perhatian para penonton untuk menghayati kit persembahan itu . Pemilihan irama
yang baik antara salah satu kepentingan yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan
sesuatu yang lebih baik . Seterusnya , kelemahan yang terdapat yang melibatkan seni muzik
di dalam kit persembahan ini ialah antaranya tiada unsur ekspresi di dalam pergerakkan di
dalam kit persembahan tersebut . Perkara itu akan membuatkan keserasian antara
pergerakkan dan dan irama lagu tersebut . Jadi , di dalam pelaksaan pemilihan lagu ,
ekspresi juga penting untuk menghasilkan kit persembahan dalam elemen seni muzik .
2.3 ELEMEN SENI PERGERAKKAN

Elemen seni pergerakkan juga turut dimasukkan sebagai elemen yang penting di
dalam kit persembahan ini . Seni pergerakkan ini dapat dilihat melalui keadaan objek yang
bergerak , bergegar , bergoyang , bersinar dan berayun . Dengan elemen seni pergerakkan
ini akan menjadikan kit persembahan itu lebih menarik , hidup dan seolah – olah bernyawa .
Di dalam pelaksanaan kit persembahan ini , antara kekuatan yang dimasukkan dengan
elemen seni pergerakkan ialah hayunan kaki dan pergerakkan bola . Aktiviti itu dilakukan
untuk menampakkan sesebuah aktiviti itu lebih bernyawa dan menarik . Dengan ulangan
yang dilakukan itu juga akan menampakkan unsur seni pergerakkan yang lebih sistematik
dan menarik perhatian penonton . Di samping itu , antara masalah kelemahan yang terdapat
di dalam kit persembahan itu yang melibatkan elemen seni pergerakkan ialah unsur alam
semulajadi . Alam semulajadi merupakan salah satu unsur di dalam elemen seni
pergerakkan . Kekurangan alam semulajadi di dalam kit persembahan membuatkan
keindahan alam sebagai penerang mata di dalam itu tidak kelihatan menarik . Unsur itu
perlu dimasukkan untuk menampakkan lebih menarik dan tertarik .

Kesimpulannya , penerapan elemen seni dalam pendidikan sangat penting dalam


mewujudkan suasana pembelajaran yang berbeza . Hal ini dikatakan demikian kerana ,
setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza mengikut kecerdasan masing –
masing . Memandangkan ini adalah kali pertama dalam melakukannya , diharapkan
mendapat banyak peluang untuk melakukan tugasan seperti ini pada masa akan datang .
RUJUKAN

Amran Aris (2016). Modul Seni Dalam Pendidikan. Retrieved from


https://www.slideshare.net/mobile/amranaris67/modul-seni-dalam-pendidikan

Noreen Rudy (2011). Elemen Muzik Dalam P&P. Retrieved from


https://www.slideshare.net/mobile/noreenrudy/elemen-muzik-dalam-pp

Intan Najihah (2016). Pergerakan. Retrieved from


https://www.slideshare.net/mobile/intan555/pergerakan-60644074

Anda mungkin juga menyukai