Anda di halaman 1dari 54

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Soalan ini kerap kali ditanya oleh

seseorang apabila membincangkan mengenai personaliti.Adakah personaliti ini

mempunyai kaitan dengan tingkah laku manusia ? Dalam tajuk personaliti ini kami akan

membincangkan mengenai konsep personaliti yang sebenar berdasarkan daripada

pendapat-pendapat beberapa ahli psikologi yang terkenal seperti Alder, Crow and Crow

dan sebagainya Selain itu kami akan mengkaji mengenai perbezaan di antara personaliti,

watak dan trait. Disini kita akan mengetahui sama ada personaliti, watak dan trait adalah

berbeza ataupun merupakan satu konsep yang sama. Personaliti juga dapat

diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang utama iaitu ekstrovert, introvert dan

ambivert yang juga akan dibincangkan di dalam tugasan ini.

Kami juga akan melihat mengenai teori psikoanalisis yang telah diasaskan oleh

Sigmund Freud dan membincangkan mengenai perkembangan personaliti berdasarkan

teori psikoanalis serta aplikasi teori ini di dalam bilik darjah dimana semua guru harus

mempraktikkannya. Kami juga akan membincangkan mengenai faktor-faktor yang

mempengaruhi personaliti dan bagaimanakah faktor-faktor ini mempengaruhi personaliti

seseorang?.Aspek terakhir yang akan dikaji didalam tugasan ini adalah mengenai

pengaruh personaliti terhadap pembelajaran serta bagaimana cara guru melayani

personaliti murid yang berbeza.

Diharapkan, kajian ini sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman terhadap

konsep personaliti yang sebenar serta diharapkan kajian ini juga dapat membantu bakal

pendidik untuk mengaplikasikan konsep personaliti ini didalam proses pembelajaran agar

falsafah pendidikan kebangsaan dapat diteruskan untuk generasi yang akan datang.

1
PENGERTIAN PERSONALITI

Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari kita

dapat mendengar kenyataan-kenyataan seperti ’Encik A memang mempunyai personaliti

yang baik’, ’Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal’.

Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan

seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa

pendapat seperti berikut :

PEMBENTUKAN
PSIKOLOGI MISHEL (1968)

BAHASA LATIN
PENGERTIAN ALLPORT (1961)
PERSONALITI

WATSON (1919)

EYSENCK
KAGEN,J &
SEGAL,J (1988)

BAHASA LATIN

Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng

muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakon–pelakon Yunani di atas pentas untuk

berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak

dipersembahkan.

2
PEMBENTUKAN PSIKOLOGI

Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara

kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut:

 Perangai
 Kecerdasan
 Sentimen
 Sikap
 Minat
 Kepercayaan
 Cita-cita
 Nilai-nilai

Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah

laku mengikut suatu cara tertentu.

MISHEL (1968)

Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang

individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud

segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan

personality mereka yang sebenar.

ALLPORT (1961)

Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem

psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang

khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti

tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait

seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula

merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang

terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf

dan tubuh badan

3
HANS EYSENCK (1981)

Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek,

bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap

persekitarannya.

KAGEN,J & SEGAL,J (1988)

Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan

seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa,

bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.

WATSON (1919)

Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang

dan behaviorisme.

4
Perbezaan antara personaliti, watak dan trait

Watak dan personaliti merupakan dua istilah yang dapat dibezakan. Personaliti

merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran,

perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Daripada huraian tadi jelas diketahui

bahawa watak itu hanya merupakan sebahagian daripada personaliti.

PERSONALITI

WATAK

Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli

masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak

biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-

menghormati dan sebagainya. Kesemua ini adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara yang

ditentukan oleh sesuatu masyarakat.

Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. Selain daripada trait-trait yang

dinyatakan, trait-trait lain termasuk kerjasama, agresif, pasif, tenang, cemas,

tanggungjawab, terbuka, mudah mesra dan sebagainya.

Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilai personaliti seseorang.

Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz

badan dan juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara

dia bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Sebaliknya watak lebih merupakan

suatu penilaian seseorang individu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakat

atau alam sekitar.

5
Klasifikasi Personaliti

Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan

kepada tiga kumpulan yang besar seperti berikut :

 Ekstrovert
 Introvert
 Ambivert

Ekstrovert

Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri

seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau

gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat

bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

Introvert

Individu yang disifatkan sebagai introvert pula menonjolkan ciri-ciri seperti pasif,

gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih

dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang

terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.

Ambibert

Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar

digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai

ambivert. Ambivert mempunyai trait-trait seorang ekstrovert dan introvert.

6
Pendapat ahli psikologi lain mengenai klasifikasi personaliti

Block (1971), dalam satu kajiannya yang melibatkan 100 orang lelaki dan

perempuan masing-masing selama 25 tahun telah merumuskan bahawa ciri-ciri individu

seperti kawalan emosi, minat, kesabaran, dan kebolehpercayaan tidak banyak berubah.

Conley (1984), menegaskan bahawa dengan berlalunya masa, kita tidak banyak

berubah dari segi gaya, emosi dan cara kita berinteraksi dengan orang lain.

Mishel (1984), pula menyatakan bahawa kita tidak selalu bertingkah laku secara

tekal dalam situasi yang amat berbeza. Contohnya, tingkah laku seseorang semasa

melawat sebuah keluarga yang kehilangan seorang yang tersayang adalah amat berbeza

dengan tingkal laku seseorang itu ketika berada dalam satu majlis perkahwinan atau hari

jadi.

Epstein (1983), pula menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak

stabil serta boleh diramal.

7
Cara-cara guru menolong seorang Introvert

Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar

psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika

proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert.

Yang pertama libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia

akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus

menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini

guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar

pelajar ytersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan

bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa.

Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang

disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya.

Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan

melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi.

Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti ‘bodoh’ , ‘si

gemuk’ atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah

digunakan untuknya.

8
Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti

berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua

kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya

dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan

ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat

ini harus dikikiskan daripada seorang pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat

berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu.

Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti

punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu

guru haruslah mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat

berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu

menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan

beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan

individu-individu yang lain.

Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut

meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu

seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya.

9
TEORI PSIKOANALISIS

Pengenalan

(Sigmund Freud >> sumber Wikipedia)

Teori psikonalisis ini merupakan sebuah gerakan falsafah dan juga cabang

psikolagi yang diasaskan oleh Sigmund Freud (6 Mei 1856 - 23 September 1939). Beliau

merupakan seorang ahli neurologi Austria dan ahli psikologi dalam aliran psikoanalisis.

Sigmund Freud dilahirkan di Freiburg, Moravia (sekarang dikenali sebagai

Czechoslovakia) pada 6 Mei 1856. Sebahagian besar hidup beliau dihabiskan di Vienna.

Namun begitu, beliau menghembuskan nafas terakhir di London pada tahun 1939 pada

umur 83 tahun. Beliau mendapat pendidikan formal hingga ijazah perubatan dari

Universiti Vienna.

Pada awalnya, beliau menunjukkan minat yang mendalam dan melakukan

berbagai-bagai penyelidikan dalam bidang neurologi. Pengalaman dan minatnya yang

meluas dalam bidang itu mendorong beliau membuka klinik persendirian yang memberi

rawatan khusus bagi penyakit saraf sahaja.

10
Semangat dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam bidang neurologi mendorong

beliau meninggalkan dunia akademik di universiti dan menjadi pengamal perubatan pada

tahun 1886. Pada tahun yang sama, beliau mendirikan rumah tangga denag Martha

Bernays. Keluarga bahagia ini dikurniakan empat orang anak. Salah seorang daripada

anak beliau adalah Anna, iaitu tokoh psikologi yang terkenal. Beliau menulis beberapa

buah buku penting yang masih dikaji sehingga sekarang. Antaranya adalah The

Interpretation of Dreams, The Psychopathology of Everyday Life, Beyond The Pleasure

Principle, The Ego and The Id dan Civilization and Its Discontents.

Psikoanalisis ditakrifkan rawatan yang dilakukan kepada seseorang yang

mengalami tekanan jiwa dengan bertanyakan pengalamannya yang lalu untuk

mencungkil masalah dan perasaannya yang tersembunyi yang menjadi punca penyakitnya

(Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed

pula menyatakan bahawa psikoanalisis itu sebagai satu kaedah merawati seseorang

individu yang meminta bantuan berkaitan dengan masalah emosinya manakala melalui

fahaman triadisi pula psikoanalisis lebih dianggap merawati individu yang mana masalah

personalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Psikoanalisis juga dikenali sebagai Psiko

dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.

11
Ciri- ciri utama teori psikoanalisis adalah berdasarkan kepada manusia itu sendiri.

Freud percaya bahawa manusia lahir berdasarkan desakan atau dorongan kepada naluri

semulajadi manusia. Daripada pandangan itu timbul pendapat yang menyatakan bahawa

manusia ini tidak rasional (antirasionalisma). Maksudnya, manusia itu seringkali

didorong oleh keinginan daging sendiri yang kelaknya merosakkan dirinya dan sekaligus

mempengaruhi kepada nasib haluannya. Tingkah laku manusia itu biologikal atau

dipengaruhi oleh dorongan kepuasan diri sendiri. Oleh sebab itu, ciri- ciri sosialisma

harus ada, maksudnya manusia perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman yang

pernah berlaku dalam masyarakat.

12
PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS

Teori psikoanalisis berpendapat bahawa perkembangan personaliti manusia

dipengaruhi oleh tenaga psike. Tenaga psike ini

adalah pentig untuk mengetahui lebih lagi

mengenai konsep psikoanalisis itu sendiri. Ini

adalah meliputi kepada beberapa konsep iaitu

konsep penentuan psike dan konsep tahap

kesedaran.

Penetuan Psike
Penetuan psike ini menerangkan konsep yang

mana sebab-sebab tertentu itu mempengaruhi

tingkah laku dan reaksi emosi manusia. Ini

adalah berkait rapat dengan tahap sedar dan tahap tidak sedar, pemikiran yang rasional

dengan tindakan atau kehendak emosi yang sertamerta. Ini secara keseluruhannya

merangkumi kepada hubungan antara sesama insan.

Tenaga psike( tenaga kejiwaan) ini adalah lebih kepada konsep LIBIDO,iaitu

dorongan atau desakan yang terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan.

Walaubagaimanapu ini tidak tertumpu kepada maksud seksual yang sempit tertapi

termasuk kepada kehendak nafsu untuk memenuhi kepuasan sendiri. Selain itu dorongan

dan desakan lain dalam tenaga psike kehendak mati.

13
Daripada dorongan- dorongan atau desakan-desakan itu, semuanya merupakan

keinginan naluri yang sebenarnya sudah wujud secara semulajadi sejak seseorang itu

dilahirkan. Oleh itu, setiap individu akan mengalami kesukaran untuk mengaturnya yang

sekaligus akan mencorakkan haluan hidupnya. Contohnya konflik yang kecil

berpanjangan walaupun itu adalah bermula daripada masalah yang kecil.

Tahap Kesedaran

Teori psikoanalisis berpendapat bahawa tahap kesedaran adalah sama penting

dengan konsep pentuan pskie dalam perkembangan personaliti seseorang. Ada tiga tahap

kesedaran yang dikemukakan dalam teori

psikoanalisis. Tahap-tahap itu ialah tahap

sedar, tahap prasedar dan tahap bawah sedar.

Peringkat sedar ini adalah peringkat

yang disedari oleh seseorang. Ini adalah

merangkumi kepada tingkah laku, tindakan,

perasaan, pemikiran dan ingatan. Contoh

perbuatan atau pemikiran sedar ialah

minum, berjalan, berasa gembira atau sepi.

Peringkat prasedar pula, sesorang akan mengalami sedikit kesukaran untuk

menyedari sesuatu yang berlaku. Walaubagaimanapun, jika tumpuan atau dilakukan

secara bersungguh-sungguh ianya mampu diingat semula. Keseluruhannya peringkat ini

lebih kepada pemikiran yang berkaitan dengan perasaan. Contohnya penilaian manusia

terhadap tahap kesejukan atau kepanasan. Manusi mampu berfikir sejauh mana tahap

kesejukan dan kepanasan berdasarkan pengalaman.

14
Tahap bawah sedar berdasarkan teori psikoanalisis ialah tahap yang paling

penting. Ini kerana ianya sangat mempengaruhi kepada pembentukan tingkah laku

sesorang. Pada tahap ini semua naluri dan keinginan manusia membentuk

keperibadiannya. Akhirnya seseorang itu akan menunjukkan tingkahlaku yang suka

diterima oleh oleh orang ramai. Oleh sebab itu, peralihan tahap dari bawah sedar ke sedar

adalah sangat sukar. Ianya perlu merujuk atau memerlukan pembimbing yang lebih arif

dan bertauliah contohnya counselor . Umumnya teori psikoanalisis berpendapat bahawa

perasaan pemikiran bawah sedar ini melalui suatu proses yang mana situasi yang

dihadapi disekat oleh kenyataan. Maksudnya individu itu biasanya beranggapan bahawa

dia tidak dapat menerima kenyataan dan persepsi masyarakat juga tidak dapat menerima

kenyataan itu. Contohnya khayalan sesorang atau mimpinya.

15
PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT TEORI PSIKOANALISIS

Personaliti secara ringkasnya adalah keperibadian

atau perwatakan sesorang (Kamus Dewan Edisi ketiga –

DBP). Berdasarkan teori psikoanalisis, umumnya

personaliti manusia ini adalah dipengaruhi oleh kesan

kesedaran dalam diri seseorang. Psikoanalisis telah

membahagikan pesonaliti manusia kepada tiga struktur

iaitu id, ego dan super ego.

Model struktur personaliti

Frued>http://www.wilderdom.com/personality/L83TopographyMindIceberg.html.

16
Id (Prinsip Kenikmatan - Pleasure Principle)

Id adalah bahagian minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar.

(Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Teori psikoanalisis pula menyatakan bahawa semua

perbuatan atau gejala manusia yang neutral dalam pemikiran manusia itu adalah id.

Keadaan id atau ciri-ciri id seseorang itu sudah wujud sejak ianya dilahirkan. Maksunya

id itu diturunkan, semulajadi dalam diri, elemen yang diwarisi, dan memang suda ada

sedia dalam diri manusia itu. Id keseluruhannya merupakan perbuatan atau tingkah laku

bawah sedar iaitu menjadi sumber kepada LIBIDO (Naluri Kehidupan- life instinct) dan

THANATOS( Naluri Kematian- death instinct), lebih primitif , tidak tersusun, tidak

rasional, dan lebih kepada oreintasi kehendak nafsu. Objektif atau tujuan keseluruhannya

adalah lebih kepada kepuasan.

Ego (Prinsip Realiti - prinsip reality)

Ego adalah persepsi seseorang tentang harga dirinya yang seterusnya

mempengaruhi kepada keyakinan dirinya (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP). Ego

secara keseluruhannya terbentuk melalui pengalaman. Ini berbeza daripada id herana ego

tidak wujud sewaktu kelahiran. Ego berkembang secara berperingkat. Ego penuh dengan

pelbagai persepsi, inginkan kemajuan, dan boleh beradabtasi dengan fungsi ego itu

mengikut keadaan. Ego berkembang dengan hubungan atau perantaraan secara sosial

dengan orang lain atau alam sekeliling. Keseluruhannya ego mempengaruhi personaliti

seseorang dan perkembangan ego haruslah melalui proses pendidikan.

17
Fungsi ego yang yang boleh didapati adalah ego dapat bertindak terhadap keadaan

yang mendatangkan kecemasan.keadaan yang digunakan konsep ego dalam keadaan

kecemasan ini adalah melalui pengalaman. Maksudnya penyelesaian masalah lebih

berasaskan kepada pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu helah yakni

pemesongan keadaan yang sebenar kepada tidak sebaliknya. Proses ini adalah dikenali

sebagai makenisma bela diri ego.

Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)

Super ego adalah bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan kita

tentang kebaikan dan keburkan sesuatu, dan yang menbuatkan kita berasa bersalah

sekiranya kita melakukan kesalahan (Kamus Dewan Edisi ketiga – DBP).

Umumnya super ego adalah suatu struktur yang ketiga dalam pemikiran

tingkahlaku psikoanalisis. Ia lebih terarah kepada hati naluri seseorang atau kesedaran

suara hati seseorang. Super ego ini penting untuk penentuan kepada tingkahlaku moral

yang baik. Perkaitan super ego berdasarka moral dipelajari melalui asuhan ibubapa,

dipelajari daripada masyarakat, dan seterusnya kepada penerapan moral itu sehinnga

sebati dalam diri.

Keseluruhannya super ego ini adalah penetuan kepada ego dan id. Super ego ini

mengenal ego dan id. Pendek kata super ego ini bertindak sebagai makenisma pengingat

yang tertumpu kepada kebaikan seseorang.

18
PERKEMBANGAN PERSONALITI BERDASARKAN TEORI PSIKOANALISIS

Secara keseluruhannya perkembangan ini terbahagi kepada lima peringkat.

Peringkat - peringkat itu ialah;-

a.) Peringkat Oral

b.) Peringkat Anal

c.) Peringkat Falik

d.) Peringkat Latensi

e.) Peringkat Genitial

Peringkat Oral

Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi

yang berumur antara 0 hingga 18 bulan.

Keseronokan dan kepuasan bayi itu boleh dicapai

melalui mulut. Ini kerana mulut adalah zon erotik

yang aktif bagi bayi. Ini dibuktikan bahawa bahawa

hampir semua objek dibawa ke mulut oleh bayi.

Selain itu bayi lebih menghabiskan masanya

bermain dengan mulut contohnya ibunya

menyusunya atau menyusu jarinya sendiri.

19
Peringkat Anal

Peringkat anal ini berlaku pada lingkungan umur 2 hingga 4 tahun. Pada peringkat

ini sudah mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang najis. Pada peringkat ini

lebih kepada rangsangan melalui dubur. Kanak kanak dilatih bagaimana kaedah atau

cara yang lebih sesuai untuk membuang najis. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa

kepuasan dapat dicapai sekiranya kanak-kanak mampu membuang najis berdasarkan

kehendaknya sendiri. Keseluruhannya psikoanalisis menerangkan bahawa semua latihan

tunjuk ajar yang dilalui oleh kanak-kanak akan membentuk sahsiahnya.

Peringkat Falik

Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 4 hingga 6 tahun. Teori psikoanalisis

berpendapat bahawa pada masa ini kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat

dibuktikan dengan kanak-kanak pada peringkat umur ini sering memegang organ

jantinanya. Pada peringkat ini juga berlaku perkembangan kepada Oedipus kompleks dan

Elektra kompleks. Oedipus kompleks ini berlaku kepada kanak-kanak lelaki yang lebih

cenderung dengan ibunya manakala Elektra kompleks pula berlaku kepada kanak-kank

perempuan yang lebih cenderung dengan bapanya.

Peringkat Latensi

Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 6 hingga 12 tahun. Teori

psikoanalisis berpendapat bahawa pada masa ini pemikiran seksual mula berkembang.

Maksudnya kanak-kanak mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain

selain daripada ibubapanya. Ini dapat dilihat bahawa kanak-kanak pada umur begini

sudah mula bergaul dengan kanak-kanak yang berlainan jantina dengannya.

20
Peringkat Genitial

Peringkat ini berlaku pada lingkungan umur 12 tahun keatas. Kebiasaannya

kanak-kanak sudah mencapai baligh pada masa ini. Teori psikoanalisis menerangkan

lebih banyak tentang oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja

mula tertarik dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.

Perkembangan ini membentuk kematangan dan pemikiran kepada haluan masa depan

iaitu alam perkahwinan.

APLIKASI TEORI PSIKOANALISIS DALAM BILIK DARJAH

Teori psikoanalisis ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak

langsung. Daripada keseluruhan perbincangan mengenai teori psikoanalisis peringkat

umur yang lebih diketengahkan adalah umur dalam lingkungan persekolahan. Oleh itu

para pendidik harus memahami teori psikoanalisis untuk mengatahui perwatakan anak

murid.

Beberapa cadangan yang harus dipertimbangkan oleh setiap pendidik berdasarkan

hujah dan teori psikoanalisis ini. Anataranya para pendidik harus mengubah suai keadaan

pengajaran dan pembelajaran supaya ianya dapat mengambil kira sikap, persepsi, dan

tingkah laku pelajar secara keseluruhannya. Maksudnya pengajaran dan pembelajaran

hendaklah mampu mengimbangi sikap,persepsi dan tingkah laku pelajar.

21
Selain itu, para pendidik harus peka kepada keadaan pelajar-pelajar yang

bermasalah. Ini kerana pelajar-pelajar yang bermasalah ini selalunya mengalami

kecaleruan dalam memotivasikan diri mereka sendiri. Oleh itu, para pendidik hendaklah

mendekati pelajar-pelajar ini secara diplomasi dan berikan mereka motivasi yang

sepatutnya mereka terima.

Keupayaan atau kemampuan seseorang pelajar itu dipengaruhi umur. Semakin

meningkat umurnya maka pengetahuannya juga bertambah. Oleh itu, para pendidik harus

peka dan tahu akan potensi atau setakat mana keupayaan pelajarnya. Ini adalah penting

untuk mentukan tugasan atau latihan yang sesuai yang sesuai kepada mereka. Jika

tugasan dan latihan yang diberikan oleh para pendidik itu sesuai untuk mereka, kepuasan

boleh dicapai dalam diri mereka.

Selain itu, pelajar-pelajar pada umumnya belajar daripada nilai yang mereka

pelajari. Penerapan nilai yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran ini adalah amat

penting. Ini kerana penerapan nilai agama dan moral yang baik ini yang mepengaruhi

keseluruhan sahsiah dan perwatakan pelajar seterusnya. Keseluruhannya teori

psikoanalisis ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan

pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

22
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI

Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang

itu.Dua faktor yang utama tersebut adalah factor baka/genetik dan factor persekitaran.

Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti

seseorang individu tersebut.

1. 0 FAKTOR BAKA/GENETIK

Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan

mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan,

keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.

a.Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat

dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan

manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang

berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba

ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia

dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan.

23
Jenis bentuk badan Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti
Endomorf Bulat dan lembut Trait Viscerotinia:

Suka bergaul, cepat mesra,

berlega, mengandur.
Mesomorf Otot-otot kuat, Trait Somatotonia:

berkemahiran psikomotor Tegas, agresif, suka riadah,

sedia menghadapi cabaran.


Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia:

Tidak suka bergaul,

introvert, tidak suka aktiviti

fizikal.

b. Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit

seperti lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakkannya

disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi perkembangan personaliti

seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat

menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan

perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan

personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti introvert dan

bersifat pendiam serta pemalu.

c. Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang

adalah berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan

peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan personaliti

24
seseorang. Misalnya, individu yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi

biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara,

berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping itu, kadangkala pelajar

yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian sosial. Ini adalah

kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan dengan itu boleh

menjadikannya tidak popular.

d. Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi

personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak

stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala

seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat

mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih

popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.

2.0 FAKTOR PERSEKITARAN

Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti

seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan

25
perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan

sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

A. KELUARGA

Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula

dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah

tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan

perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan

menjamin suasana rumah yang tenteram yang amat diperlukan untuk

perkembangan personaliti seseorang individu tersebut.

Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam

perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang

disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari

peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan

membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan

mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu.

Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan

didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan

sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh

disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang

26
disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya

kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang memperoleh pencapaian

akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik

memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu

yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

B. KEBUDAYAAN

Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza.

Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan

mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam

kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni

sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi

nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan

seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan

menonjolkan personaliti yang seimbang.

C. PENGARUH SEKOLAH

Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajar-pelajar. Oleh

sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh

keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi

27
perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak

pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak

pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti

pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika

sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan

menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan

takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk

perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru

adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif

yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

D. RAKAN SEBAYA

Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting

didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap

rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang

28
kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan

tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun

sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.

E. MEDIA MASSA

Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan

medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak

hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam

membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan

kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan

personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan

video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka

mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika

kanak-kank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti

taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek

seseorang pelajar.

F. PENGALAMAN AWAL

Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan

personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanak-kanak yang selalu dihukum

kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor

29
dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang

dan bersalah.

Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman

prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu

membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun

satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri

positif seseorang kanak-kanak.

G. MASYARAKAT

Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi

pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat

kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.dengan

itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan

harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan

masyarakat yang sanggup menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan

rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas

bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yag tidak diiingini.

Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat,

individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota

masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk

berkorban kerana hendak menolong orang lain.

30
PENGARUH PERSONALITI TERHADAP PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran ialah cara seseorang individu itu belajar dengan tujuan

memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif. Oleh itu, setiap pelajar

mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Terdapat pelajar yang suka belajar secara

berkumpulan dan ada juga yang yang gemar belajar secara bersendirian.

31
Daripada perbezaan ini, dapat disimpulkan bahawa personaliti seseorang pelajar

itu mempengaruhi gaya pembelajarannya. Menurut Dunn dan Dunn (1981), gaya

pembelajaran merujuk kepada cara bagaimana elemen-elemen dari lima rangsangan asas

mempengaruhi keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak

balas kepada persekitaran pembelajaran.

Elemen-elemen tersebut ialah rangsangan persekitaran, rangsangan emosi,

rangsangan sosiologi, rangsangan fisiologi dan rangsangan psikologi.

Bermula daripada awal zaman kanak-kanak lagi, seorang murid mula membentuk

gaya pembelajaran ini. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran

tersebut di dalam pelajarannya. Menurut Duna dan Duna (1981), elemen-elemen yang

mempengaruhi gaya pembelajaran para pelajar adalah seperti berikut:

1) Aspek persekitaran
2) Aspek emosi
3) Aspek sosiologi
4) Aspek fisiologi
5) Aspek psikologi

Aspek persekitaran

Aspek persekitaran merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi gaya

pembelajaran seseorang. Oleh itu, bunyi merupakan salah satu aspek tersebut. Kajian

menunjukkan terdapat sebahagian pelajar yang belajar dengan berkesan apabila

32
mendengar muzik. Manakala ada pula pelajar yang hanya boleh belajar dengan berkesan

tanpa mendengar muzik.

Perbezaan ini bergantung lepada individu tersebut.Cahaya juga salah satu aspek

persekitaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak memerlukan cahaya yang sikit sahaja

untuk relajar. Tetapi apabila mereka membesar, mereka memerlukan cahaya yang lebih

untuk belajar. Aspek yang lain adalah suhu. Kesan suhu terhadap keberkesanan

pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, bilik yang berhawa dingin adalah lebih

selesa dan mendorong pembelajaran

Aspek Emosi

Emosi merupakan aspek yang mempengaruhi secara mendalam dalam gaya

pembelajaran seseorang murid itu. Aspek perlu dipandang tinggi pengaruhnya kerana

akan membawa kesan yang mendalam kapada pelajar. Apabila seseorang murid itu

mempunyai motivasi yang tinggi, maka dia akan menunjukkan pembelajaran yang lebih

berkesan. Motivasi diperlukan untuk menaikkan semangat dan keazaman dalam sesuatu

pembelajaran.

Terdapat sebahagian pelajar yang akan menyempurnakan tugasan dengan

sekaligus apabila mereka mempunyai keazaman dan semangat yang tinggi. Tetapi

terdapat juga pelajar yang memerlukan rehat dan hentian sejenak sebelum tugasan itu

diselesaikan. Sifat bertanggungjawab perlu ada dalam setiap pelajar kerana dengan sifat

33
ini, mereka akan sentiasa menghasilkan kerja yang bermutu. Mereka juga akan melalui

pembelajaran yang lebih berkesan apabila sifat ini sentiasa dipraktikkan.

Di dalam aspek emosi ini, faktor struktur akan menentukan kebolehan seseorang

pelajar itu. Terdapat pelajar yang suka membuat tugasan apabila menerima atau mengikut

arahan daripada gurunya. Bagi pelajar yang lebih kreatif, mereka lebih gemar

menyempurnakan tugasan atas iniasitif mereka sendiri.

Aspek Sosiologi

Didalam aspek sosiologi ini, kita dapat melihat kecenderungan pelajar itu

bersosiologi dengan erti kata yang lain, terdapat pelajar yang sukakan pelajar secara

bersendirian manakala terdapat pelajar yang sukakan belajar secara berkumpulan. Maka

dari sini kita telah mendapati bahawa pelajar telah mengaplikasikan aspek sosiologi

dalam pembelajaran mereka secara tidak sengaja.

Aspek Fisiologi

Fisiologi bermaksud secara umum adalah *anggota fizikal*. Aspek ini penting

kerana melibatkan pergerakkan dan tubuh badan seseorang pelajar. Dalam aspek ini, gaya

pembelajaran seseorang pelajar berlainan antara satu dengan yang lain kerana mereka

mempunyai kekuatan persepsi yang berbeza seperti pelajar visual(pandang), pelajar

auditor dan pelajar kinesthetic-tactile. Melalui kekuatan inilah mereka dapat membentuk

gaya mereka sendiri dalam pembelajaran dan akan berkekalan selagi ianya tidak diubah.

Pelajar visual(pandang) ialah jenis pelajar yang belajar dengan melihat carta, graf

dan gambar rajah. Dengan cara pembelajaran begini, mereka akan lebih mendalami

sesuatu konsep tersebut dan mudah mengingatinya. Selain itu, pelajar dari kategori ini

34
gemar membaca kepada diri sendiri, menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari

objek-objek dengan cepat.

Kategori pelajar auditor pula adalah pelajar yang gemar belajar dengan cara

membaca dan menyebut perkataan-perkataan .pelajar kategori ini akan melakukan

perkara demikian bertujuan sebagi kaedah untuk mereka mengingati sesuatu konsep

Ketegori yang seterusnya adalah pelajar kinesthetic-tictile. Jenis pelajar

kinesthetic-tactile adalah pelajar yang gemar belajar dengan menyentuh dan merasa.

Mereka suka bergerak ke sana dan ke mari dan ingin memanipulasikan objek-objek yang

berada di sisi mereka supaya dapat memahaminya dengan lebih mendalam. Pergerakkan-

pergerakan yang dilakukan ini akan memudahkan seseorang pelajar itu memahami dan

mengingati sesuatu perkara itu dengan cepat.

Makanan dan minuman juga merupakan salah satu gaya pembelajaran bagi

sesetengah pelajar. Mengikut kajian yang dijalankan, terdapat murid yang belajar dengan

lebih baik apabila mereka dibenarkan makan dan minum.Sebaliknya apabila mereka tidak

dibenarkan untuk makan atau minum, mereka gagal untuk menyiapkan sesuatu tugasan

dalam masa yang tertentu. Kebanyakan pelajar jenis ini adalah terdiri daripada kelompok

pelajar perempuan.

Waktu juga merupakan peranan yang penting dalam mempengaruhi pembelajaran

seseorang pelajar itu. Secara amnya, murid-murid adalah segar dan lebih aktif di sebelah

pagi dan kurang aktif di sebelah petang. Pengalaman mendapati bahawa semasa kita di

zaman persekolahan dahulu telah mengalami situasi sebegini dimana pada waktu setelah

35
rehat sahaja, kita akan berasa cepat mengantuk atau dengan erti kata lain tidak aktif. Oleh

itu, untuk menyeimbangkan jasmani dan emosi pelajar, pelajar akan belajar pagi waktu

pagi manakala bermain pada waktu petang.

Selain daripada perkara yang telah disebutkan diatas, terdapat juga sebahagian

pelajar yang belajar dengan lebih berkesan apabila dibenarkan bergerak bebas berbanding

belajar di satu tempat sahaja.Pelajar jenis ini secara amnya lebih kearah teknikal dan

amali. Jadi satu-satunya kaedah yang dapat digunakan untuk mengatasi kebosanan pelajar

ini adalah dengan menjadikan proses pembelajaran tidak hanya di kelas sahaja. Proses

pembelajaran boleh dilakukan di bengkel, taman,kawasan peranginan dan ditempat-

tempat yang difikirkan sesuai.

Aspek Psikologi

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran tersendiri dan kekuatan gaya

pembelajaran yang dimiliki digunakan dengan sebaik mungkin dalam mendapatkan ilmu

36
dan maklumat yang diberikan oleh guru. Secara saintifiknya kita ketahui bahawa otak

manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak sebelah kanan dan otak sebelah kiri.

Didalam pemprosesan data dan maklumat yang baru, para pelajar mungkin

merupakan pengguna otak kiri atau pengguna otak kanan. Otak kanan menjalankan

fungsi sebagai mengenal wajah, corak, lukisan, kreatif san síntesis. Bagi otak kiri pula,

ianya bekerja dengan memproses maklumat berkaitan dengan nombor, logik, bahasa

(membaca dan menulis) formal dan analisis.

Bagi pelajar yang menggunakan otak kanan lebih daripada otak kiri, mereka lebih

gemar belajar dalam senyap, suka cahaya yang lebih terang, suka tempat duduk tersusun

dan sebagainya. Dan bagi pelajar yang menggunakan otak kiri lebih daripada otak kanan,

mereka lebih gemar belajar dengan muzik, keadaan sederhana terang, tempat duduk yang

informal dan sebagainya. Bagi menjelaskan perbezaan pengguna otak kanan dan kiri,

jadual disediakan seperti dibawah :

PEMPROSES OTAK KIRI PEMPROSES OTAK KANAN


1. Suka belajar di tempat senyap 1. Suka belajar dengan muzik
2. Suka kepada cahaya yang lebih terang 2. Suka pada keadaan yang sederhana

terang
3. Suka pada tempat duduk yang tersusun 3. Suka pada tempat duduk yang informal

37
4. Gigih ketika menyempurnakan tugasan 4. Memerlukan rehat sebelum dapat

menyempurnakan tugasan
5. Tidak suka makan atau minum ketika 5. Suka makan atau minum ketika membuat

membuat verja kerja


6. Gemar menyempurnakan satu tugasan 6. Gemar menyempurnakan beberapa

pada satu masa tugasan dalam satu masa


7. Lebih suka bekerja di hadapan pihak 7. Berusaha dengan lebih baik tanpa pihak

berkuasa berkuasa
8. Gemarkan tugasan berstruktur (iaitu ada 8. Lebih suka tugasan yang tidak

arahan yang jelas) berstruktur

Menurut Honey dan Murnford (1986) pula, terdapat empat gaya pembelajaran

yang utama bagi pelajar-pelajar untuk belajar dengan berkesan. Gaya yang pertama ialah

aktivis. Pelajar-pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini lebih gemar kepada sesuatu

yang baru. Mereka suka mencari pengalaman yang baru dan berfikiran terbuka. Mereka

juga mengambil tahu tentang perkara-perkara yang baru disekeliling mereka. Selain itu,

mereka lebih meminati dan suka terlibat dalam bidang perbincangan seperti debat.

Gaya yang kedua adalah gaya reflaktif. Gaya reflektif merupakan gaya pelajar

yang lebih menggemari mengumpul dan menganalisis data serta mengambil masa

membuat kesimpulan. Apabila berlaku sesuatu perkara, kesimpulan yang di buat akan

berdasarkan pada pandangan dan pemerhatian sendiri dan juga mengambil kira

pemerhatian orang lain. Tidak terkecuali perkara yang sedang berlaku dan yang telah

berlaku.

Bagi gaya ketiga pula adalah gaya teoris, gaya teoris adalah gaya para pelajar

yang bersifat objektif. Rumusan yang mereka lakukan adalah berdasarkan teori iaitu

38
bukti, analisis data dan logik. Pelajar – pelajar jenis gaya teoris ini tidak akan

mempercayai sesuatu konsep melainkan sehingga mereka menemui bukti yang bernas

mengenai konsep tersebut.

Gaya yang terakhir adalah gaya pragmatis . Gaya pragmatis ini merupakan gaya

pelajar yang lebih kepada praktikal. Ini bermaksud, mereka menggunakan idea, teori,

dan teknik untuk memastikan ianya berguna dalam situasi sebenar.Bagi pelajar-pelajar

daripada gaya pragmatis ini akan sentiasa menyifatkan bahawa jika sesuatu objek itu

berfungsi, maka ianya adalah dalam berkeadaan baik.

Cara guru melayani personaliti murid yang berbeza.

Faktor sekolah dan persekolahan telah memberi sumbangan terhadap

pembentukan dan perkembangan personaliti murid-murid. Tenaga pendidik telah

diberikan tanggungjawab untuk membentuk personaliti pelajar-pelajar selain daripada ibu

bapa mereka. Setiap pelajar mempunyai skill atau gaya pembelajaran yang tersendiri.

Ada pelajar yang suka belajar didalam keadaan yang bebas bebergerak, ada yang suka

belajar pada satu tempat sahaja dan banyak lagi gaya pembelajaran pelajar-pelajar.

Namun begitu, guru handaklah mengenal pasti personaliti setiap pelajar serta mempunyai

39
strategi-strategi pengajaran yang sesuai agar pelajar-pelajar dapat menerima apa yang

diajarkan oleh guru.

Rita dan Kenneth Dunn ada menyebut bahawa, “If children cannot learn the way

we teach them, then we must teach them the way how they learn”. Penerangan daripada

petikan tersebut adalah kita perlu mengenal pasti cara seorang kanak-kanak itu belajar

dan daripada cara itulah kita gunakannya sebagai alat (method) untuk mengajar mereka.

Terdapat bebrapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar

psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika

proses pembelajaran berlaku.

Yang pertama,gunakan teknik dapatan atau inkuiri bagi pelajar yang bersifat

berdikari. Teknik ini memerlukan guru sentiasa mengajukan beberapa persoalan-

persoalan yang dapat menimbulkan perasaan ingin tahu pelajar-pelajar terhadap sesuatu

perkara dan mereka akan menyelesaikan persoalan-persoalan tersebut dengan sendiri.

Tip yang kedua adalah dengan menggunakan teknik penerangan bagi pelajar yang

bersifat bergantung kepada orang lain. Sesetengah pelajar mempunyai daya pemikiran

yang agak lambat dan memerlukan orang lain untuk menerangkan sesuatu konsep. Maka,

guru perlulah mengaplikasikan tip ini apabila berdepan dengan situasi tersebut iaitu

dengan memberikan penerangan yang efektif kepada pelajar-pelajar tersebut.

Tip yang seterusnya adalah dengan memberikan lebih pujian kepada mereka yang

introvert. Bagi mereka yang mempunyai ciri introvert ini, dengan memberikan pujian

kepada mereka akan dapat mendorong mereka berasa lebih yakin dan berusaha dengan

lebih gigih pada masa akan datang.

40
Tip yang keempat adalah dengan mengadakan perbincangan berkumpulan dengan

kerap kepada pelajar yang bercirikanekstrovert.Bagi individu yang ekstrovert ini,

perbincangan merupakan suatu kaedah yang begitu disukai oleh mereka dan ini dapat

menimbulkan rasa minat untuk mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

Tip yang kelima adalah melakukan eksperimen dengan kerap bagi pelajar-pelajar

yang tactile. Eksperimen dapat menjadikan pelajar yang bercirikan tactile ini mudah

memahami objektif yang disampaikan serta dapat memahami sesuatu konsep dengan

senang, mudah dan praktikal.

Tip yang seterusnya adalah dengan mengendalikan lawatan sambil belajar seperti

ke kilang, estet,hutan simpan, air terjun dan tempat-tempat yang relevan. Tujuan

mengendalikan lawatan ini adalah untuk menampung personaliti-personaliti pelajar yang

berbeza. Kita dapati bahawa bukan semua pelajar mempunyai personaliti yang sama

maka, dengan menggunakan kaedah ini, objektif akan tercapai dan semua pelajar dapat

menerima proses pembelajaran dengan seadanya.

Tip yang ketujuh adalah dengan mengadakan pengajaran yang susah atau

kompleks disebelah pagi dan pelajaran yang senang di sebelah petang. Kaedah ini secara

amnya telah pun digunapakai oleh sistem persekolahan di Malaysia pada masa kini

dimana matapelajaran yang susah seperti matematik tambahan, bahasa inggeris,dan

sebaginya telah diletakkan di sebelah pagi manakala matapelajaran yang senang seperti

bahasa malaysia diletakkan di sebelah petang. Selain daripada itu, subjek yang berbentuk

kemahiran seperti amali juga diletakkan di sebelah petang.

Tip yang terakhir adalah dengan mengadakan bengkel motivasi yang dikendalikan

dari masa ke semasa. Tujuan bengkel motivasi ini diadakan adalah untuk mencungkil

41
bakat dan prestasi pelajar-pelajar supaya mereka yang mempunyai personaliti yang

berbeza ini dapat dicungkil serta bagi pelajar-pelajar yang bermotivasi tinggi sentiasa

akan menunjukkan prestasi akademik yang baik.

Artikel dan Perbincangan

Laman Redak Siapa Hubungi Arkib Lain-lain


Khamis, 14 September 2006
Utama si Kami? Kami Seminggu Media

• Nasional • Dunia • Ekonomi • Sukan • Citra • Hip • Agama • Komputer • Dimensi • Rencana • Surat •
Diagnosis • Skuad • Pendidikan • Sastera • Destinasi • Auto • Lanskap • Dekor • Edisi Utara • Edisi Timur
• Edisi Sentral • Edisi Johor • Edisi Sabah&Sarawak • Bintang Popular • Ikon • EpG • Gawang • Joran •
RSS Feed • Insertion Order •

Versi Digital

42
Mak Su tak jemu ajar orang
dewasa mengaji Hantar pada
kawan!
Oleh Nazura Ngah
Format Pencetak
USIA emas 64 tahun tidak menghalang Artikel di
bekas johan tilawah peringkat antarabangsa Perspektif :
sebanyak lima kali berbakti kepada  Demi
Negara
  masyarakat dengan mencurahkan
 Misteri:
pengetahuan dan pengalaman mengajar Tasik
Waktu solat bagi kawasan
mengaji di kelas orang dewasa. Laoye
Kuala Lumpur... Miao
SUBUH 5:48 Saban hari, rutin harian Datuk Rogayah telan
kapal,
ZUHUR 13:11 Sulong atau lebih mesra dengan panggilan askar
ASAR 16:10 Mak Su adalah sama antara jam 9 pagi  Jejak:
MAGHRIB 19:14 hingga 12 tengah hari. Perogol
ISYAK 20:23 bersiri
Waktu solat kawasan lain... Bezanya cuma lokasi, sama ada di Masjid paling
kejam
Kuala Berang, Hulu Terengganu pada setiap
Ahad, Masjid Jerangau (Isnin), Masjid  Spesies
ikan
Berita Harian dan Harian Padang Midin (Rabu), surau Tepoh, Kuala pari di
Metro - Versi PDA
Terengganu (Khamis) atau di rumahnya perairan
Berita Harian - Versi Digital
sendiri di Kampung Durian Guling pada Asia
NSTP Classifieds - tempah setiap Jumaat dan malam Selasa.  Berakhir
iklan di akhbar riwayat
Arkib Berita semenjak 1991 The
Bukan kerana pantang larang menyebabkan Crocodil
Rogayah tidak mengajar pada sebelah e
petang, cuma keadaan kesihatan tidak Hunter
Maklumat Penuh...
mengizinkannya untuk berbuat demikian.  Pari
pembun
Gawang uh
"Kudrat Mak Su tidak lagi seperti dulu,
 Membur
Bajet2006 petang adalah masa untuk rehat atau u ikan
Sumber Terbuka menghadiri majlis keagamaan dianjurkan berparu
pelbagai pihak sama ada badan kerajaan h
Galeri Video
atau bukan kerajaan," katanya yang  Pelajar
Galeri Seminggu menghidap penyakit kencing manis sejak kita
kejar
Anugerah Bintang Popular lapan tahun lalu malah beliau pernah ilmu
Perhimpunan Agung UMNO diserang angin ahmar beberapa tahun lalu. kejurute
raan di
Senarai Kabinet 2006 Hoboke
Anak murid Rogayah kebanyakannya suri
Terima Kasih Dr Mahathir n
rumah berusia antara 20 hingga 50 tahun.
 Peranti
Tidak ramai anak muridnya di kalangan pintar
lelaki, cuma dua sahaja yang berminat MyKad
?? Anda Tanya Doktor Jawab: mengikuti kelasnya di Masjid Kuala Berang.  Terumb
Tidak boleh mengandung u
selepas buang rahim karang
Malah daripada hampir 50 anak muridnya
?? Anda tanya doktor jawab: jadi
Ketulan mungkin kelenjar yang datang belajar di rumahnya setiap
tumpua
?? Anda tanya doktor jawab: Jumaat dan malam Selasa, lelaki hanya 18 n
Wanita tidak pernah hamil orang. spesies
hadapi risiko barah rahim berparu
h

43
"Mak Su pun tak pasti apa masalah mereka,  Kaki
Emel Doktor: mungkin mereka (lelaki) lebih suka berguru pancing
tanyadoktor@bharian.com.my berhabis
dengan guru lelaki berbanding wanita. Mak
duit
Su tidak pernah menolak kalau ada yang untuk
mahu belajar daripada Mak Su," katanya jinak
yang tidak mempunyai anak murid di marlin
kalangan kanak-kanak kerana tugas itu  Misteri:
diserahkan kepada anak muridnya yang Santau
guna jin
datang belajar tajwid dan ilmu taranum
 Misteri:
(mengaji berlagu). Amalan
Animism
Tidak sukar mendekati Rogayah, bagi e
mereka yang pertama kali bersua, pasti ada  Susah,
yang beranggapan Rogayah seorang yang senang
urus
tegas dan serius. Hakikatnya Rogayah jenazah
begitu cepat mesra sebaik disapa. di kota
metropo
Bukan ganjaran atau pengiktirafan yang litan
dicari, sebaliknya semangat yang ada pada  Misteri:
Marikh
Rogayah adalah semata-mata mahu melihat dunia
generasi baru dapat membaca al-Quran baru
mengikut hukum tajwid serta menguasai ilmu manusia
taranum.  Laporan
dari
London:
"Mak Su tidak mengharapkan pengiktirafan
Islamof
yang tinggi, cukup dengan apa yang obia
diberikan kerajaan negeri ketika ini. semakin
menjadi
"Mak Su amat berterima kasih kepada -jadi

kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri


Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang prihatin
terhadap kebajikan golongan yang memberi
sumbangan dalam bidang keagamaan.

"Cuma Mak Su mengharapkan kerajaan IKLANMAYA


negeri membangunkan pusat bimbingan
membantu qari dan qariah yang terpilih
mewakili negeri menggilap bakat mereka
dengan bergurukan bekas johan tilawah,"
katanya.

Ini katanya, kerana qari dan qariah


memerlukan latihan intensif sekurang-
kurangnya empat bulan bagi memantapkan
mutu bacaan dari semua aspek terutama
tajwid dan taranum.

Khidmat bekas johan qariah tilawah al-Quran


peringkat kebangsaan dan antarabangsa
serta Tokoh Maal Hijrah 2005 peringkat
Terengganu itu masih diperlukan dalam
membimbing ke arah generasi celik al-
Quran.

44
Malah, Rogayah menganggap pengurniaan
darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota
Terengganu yang membawa gelaran Datuk
daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan
Zainal Abidin sempena ulang tahun
keputeraan baginda ke-42, Julai 2004,
menyuntik semangatnya untuk terus
menabur bakti kepada masyarakat.

Cintanya terhadap al-Quran timbul seawal


usia 10 tahun sekali gus membolehkannya
memenangi pertandingan pertama
disertainya.

Kegigihan dan bakat yang ada pada


Rogayah, tidak menyukarkan ibu
saudaranya, Chik Ali, membantu
membimbing, mengasah dan menggilap
bakatnya.

Kejayaannya di peringkat kebangsaan


bermula ketika berusia 19 tahun apabila
dinobatkan sebagai johan qariah pada 1961
mengalahkan peserta yang lebih tua dan
berpengalaman.

Lebih manis lagi kejayaan pertama itu


dikongsi bersama suami tercintanya,
Allahyarham Megat Osman Megat Chik yang
tidak putus memberikan dorongan dan kata-
kata perangsang membakar semangatnya
untuk memperdengarkan bacaan ayat suci
dengan lebih baik.

"Sewaktu nama dipanggil ke pentas untuk


memperdengarkan bacaan, Mak Su rasa
gementar. Bagaimanapun, keyakinan diri
serta dorongan suami membuatkan
perasaan itu hilang," katanya.

Datuk dan ibu adalah orang yang


bertanggungjawab mengajar Rogayah
mengaji, manakala teknik berlagu dalam
bacaan al-Quran dipupuk oleh ibu saudara.

Selain itu, Allahyarham Megat Osman yang


turut mengajar Rogayah mengaji
memberikan cadangan kepada isterinya
menyertai musabaqah peringkat negeri.

Hasil usaha gigih, Rogayah berjaya


mencipta rekod terbaik iaitu muncul johan

45
qariah peringkat kebangsaan dan
antarabangsa dua tahun berturut-turut pada
1973 dan 1974.

Kali terakhir Rogayah menyertai tilawah


pada 1978 dan sekali lagi beliau muncul
juara peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Sejak itu Rogayah terus
menabur bakti kepada masyarakat dengan
mengajar mengaji kepada mereka yang
berminat untuk mendalaminya terutama
membabitkan ilmu taranum.

"Selagi Allah memberi kekuatan dan


kesihatan yang baik, insya-Allah Mak Su
akan terus mengajar anak murid menguasai
bacaan al-Quran dengan tajwid yang betul,"
katanya.

Pertemuan singkat di Masjid Padang Midin,


Kuala Terengganu, baru-baru ini digunakan
sepenuhnya kerana kesibukan Rogayah
membatasi waktunya untuk ditemu bual.

"Mak Su bersemangat memberikan yang


terbaik kerana mahu melihat Terengganu
tidak ketandusan qari dan qariah yang
mampu mengharumkan nama negeri dan
negara," katanya.

PROFIL:

NAMA: Datuk Rogayah Sulong.


UMUR: 64 tahun
TEMPAT LAHIR: Kampung Banggol Tuan
Muda, Manir, Kuala Terengganu,
Terengganu.
SUAMI: Megat Osman Megat Chik.
(Meninggal dunia pada 1999)
KEJAYAAN:
· Juara Qariah peringkat Negeri dan
Kebangsaan pada 1961, 1963, 1966, 1973,
1974, 1978 dan 1979.
· Juara Qariah Peringkat Antarabangsa
1966, 1973, 1974, 1978 dan 1979.

Iklan Teks

46
• Peluang HEBAT Ustaz BADRULAMIN 
• Menjana PENDAPATAN Melalui
ONLINE@SMS 

• BAKAL MELEDAK MENGEGAR


NEGARA ! 

• Bonus RM 500 sehari 


•  
• PERHATIAN! Lonjakan Pendapatan
Berganda

• 5335 HEBAT! PENDAFTARAN PERCUMA!


• Maklumat percuma e-dagang baru
• Tempah Kad Kahwin Secara Online!
• Perniagaan Prepaid MASTERELOAD
• Kasih Sejati Dimalam Pengantin
• Produk Halal Sempurna Iman
• Peluang Kerjaya Usahawan Takaful
• DAPATKAN YANG ORIGINAL!
• Pertama Seumpamanya Di Malaysia
• Bina Kerjaya Anda Dengan Shell
• Hartanah Untuk Dijual/Sewa

• Nasional • Dunia • Ekonomi • Sukan • Citra • Hip • Agama • Komputer • Dimensi • Rencana • Surat •
Diagnosis • Skuad • Pendidikan • Sastera • Destinasi • Auto • Lanskap • Dekor • Edisi Utara • Edisi
Timur • Edisi Sentral • Edisi Johor • Edisi Sabah&Sarawak • Bintang Popular • Ikon • EpG • Gawang •
Joran • RSS Feed • Insertion Order •

Copyright 2006 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas.

Ulasan

Menurut Alder (1948), personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu

dengan erti kata yang lain, gaya hidup mencerminkan pesonaliti seseorang. Terdapat juga

pakar psikologi yang berpendapat bahawa personaliti merangkumi segala aspek tingkah

47
laku manusia. Perbincangan pada kali ini akan membawakan kita mengenai kisah

seorang warga emas berusia 64 tahun yang sehingga kini masih mencurahkan bakti

kepada kepada masyarakat. Datuk Rogayah Sulung yang lebih dikenali sebagai Mak Su

merupakan bekas johan tilawah peringkat antarabangsa yang kini aktif dalam mengajar

orang-orang dewasa mengaji al quran di masjid-masjid serta di rumahnya.

Apa yang hendak diketengahkan disini, Mak Su mempunyai personaliti yang

begitu mulia dan patut diberikan pujian yang mengalakkan. Mak Su adalah seorang yang

aktif.Semasa usia mudanya, beliau giat menyertai pertandingan tilawah al quran dan telah

pun dinobatkan sebagai johan tilawah al quran sebanyak enam kali. Kini, apabila telah

mencecah usia tua, Mak Su telah mengambil inisiatif dengan mencurahkan bakti kepada

penduduk kampung terutamanya yang masih lagi jahil dalam pembacaan al quran. Cuba

anda bayangkan sekiranya anda seusia dengan Mak Su, adakah dalam usia sebegini anda

masih ingin mencurahkan kepakaran anda kepada mereka yang memerlukannya? Hanya

segelintir sahaja yang bersetuju dengan persoalan yang telah diutarakan tadi. Didalam

konteks personaliti, Mak Su telah mematuhi klasifikasi personaliti ekstrovert yang telah

dibincangkan pada bahagian sebelum ini. Secara deduktifnya, kita percaya bahawa bagi

seorang yang introvert sama sekali tidak mampu mencontohi apa yang telah dilakukan

oleh Mak Su. Bukti bagi pendapat ini adalah seorang yang mempunyai klasifikasi

personaliti jenis introvert ini mempunyai sikap yang pendiam dan pemalu serta tidak

mempunyai cita-cita tinggi didalam kehidupan mereka.

Selain daripada itu, mereka juga tidak akan mengambil inisiatif apa yang berlaku

disekitar mereka. Apabila kita melihat beberapa tokoh-tokoh politik, tokoh-tokoh agama

dan sebagainya, ternyata sekali mereka bercirikan ekstrovert dan tidak sesekali mereka

48
yang bergelar tokoh ini mempunyai spesifikasi introvert. Oleh itu, untuk menjadi seorang

yang mempunyai ciri kepimpinan seperti Mak Su, hanya ekstrovertlah yang memenuhi

ciri-cir seorang pemimpin yang berjaya dimasa yang akan datang.

Kesimpulan

Setelah kumpulan kami menyiapkan tugasan yang berkisar tentang personaliti ini,

kami telah mempelajari dan menimba ilmu yang baru mengenai personaliti. Secara umum

personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang.

49
Melalui tugasan ini kami telah mengkaji mengenai pengertian personaliti daripada

pelbagai aspek iaitu dari bahasa Latin yang membawa maksud topeng muka,

pembentukan psikologi, dan pendapat ahli psikologi yang terkenal. Antara ahli psikologi

yang diambil definisi mengenai personaliti adalah Mishel, Allport, Eysenck, Kagen J,

Segal J, dan Watson.

Ramai yang berpendapat bahawa personaliti dan watak merupakan satu konsep

yang sama. Tetapi pendapat mereka telah disangkal melalui tugasan yang telah kami

buat. Sebenarnya watak merupakan sebahagian daripada personaliti sahaja. Bagi

membuktikan kenyataan ini kami telah mengkaji dan menyenaraikan perbezaan di antara

personaliti, watak dan trait. Selain daripada itu kami telah mengklasifikasikan personaliti

kepada tiga unsur utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert di mana setiap unsur

tersebut mempunyai ciri-ciri yang berbeza sama sekali. dalam tugasan ini kami telah

mengkaji mengenai seorang yang bersifat introvert dan telah memberikan atau

menyenaraikan beberapa tip atau cara bagi seorang guru menolong golongan individu

berkenaan.

Teori Psikoanalis merupakan satu teori yang amat penting kerana teori ini lebih

membincangkan tentang personaliti yang lebih kompleks yang melibatkan emosi dan

jiwa. Psikoanalisis ini juga dikenali sebagai Psiko dinamik, psikoanalitik dan psiko terapi.

Perkembangan psikoanalisis penentuan psike dan tahap kesedaran. Penentuan psike ini

50
menerangkan tentang konsep LIBIDO yang lebih kepada dorongan atau desakan yang

terarah kepada seksual sebagai tenaga kehidupan. Tahap kesedaran pula membincangkan

kepada tiga tahap iaitu tahap sedar, prasedar dan bawah sedar.

Konsep personaliti yang dibincangkan dalam teori psikoanalisis ini terbahagi

kepada tiga struktur iaitu id, ego dan super ego. Ketiga-tiga pembahagian ini mempunyai

perbezaan berdasarkan konsep yang diketengahkan yakni id lebih kepada kehendak diri,

ego pula lebih kepada harga diri atau persepsi diri manakala super ego adalah hati naluri

seseorang atau kesedaran suara hati seseorang. Perkembangan personaliti berdasarkan

teori psikoanalisis dibahagikan kepada lima peringkat iaitu Peringkat Oral (0 hingga 18

bulan), Peringkat Anal (2 hingga 4 tahun), Peringkat Falik (4 hingga 6 tahun), Peringkat

Latensi (6 hingga 12 tahun) dan Peringkat Genitial 12 tahun keatas.

Secara keseluruhannya, teori psikoanalisis ini juga mempengaruhi kepada

keadaan dalam bilik darjah. Para pendidik harus memahami konsep teori ini yakni para

pendidik harus mengambil kira kepada keadaan pelajar, kemampuan pelajar, keadaan

pembelajaran dan seterusnya kepada nilai yang akan diterap dalam pembelajaran.

Di dalam pembentukan personaliti ini terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi

pembentukannya. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi pembentukan personaliti iaitu

faktor baka dan persekitaran. Dalam faktor baka ini terdapat beberapa kesan yang berlaku

akibat daripada faktor baka tersebut. Kesan yang berlaku terhadap pembentukan

personaliti adalah seperti bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan, dan emosi.

51
Berkenaan dengan bentuk badan, faktor baka sedikit sebanyak mempengaruhi

didalam pembentukan bentuk badan seseorang individu tersebut. Antaranya adalah dari

segi bentuk muka, bentuk badan dan sebagainya. Di samping itu, kecerdasan seseorang

individu tersebut juga dipengaruhi oleh keturunannyan. Individu yang mempunyai darjah

kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi

bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani.Selain itu, emosi yang diwarisi juga

boleh mempengaruhi personaliti seseorang.

Faktor yang kedua yang mempengaruhi personaliti adalah faktor persekitaran. Di

dalam faktor persekitaran ini terdapat beberapa faktor yang lain iaitu keluarga,

kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa, pengalaman awal, dan

masyarakat. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak telah mempengaruhi di dalam

pembentukan personaliti seseorang individu tersebut.

Kami juga mengkaji tentang pengaruh personaliti terhadap pembelajaran.

Personaliti seseorang pelajar akan mempengaruhi kaedah pembelajaran mereka apabila

dipengaruhi oleh lima aspek yang utama iaitu aspek persekitaran, aspek emosi, aspek

sosiologi, aspek fisiologi, dan aspek psikologi. Kelima-lima aspek ini mempengaruhi

keupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksi serta bertindak balas kepada

persekitaran pembelajaran.

Suhu,cahaya dan bunyi merupakan salah satu contoh bagi aspek persekitaran.

Aspek ini merupakan keadaan persekitaran pelajar yang mempengaruhi pembelajaran

mereka. Dari segi aspek emosi pula, para pelajar perlu mempunyai keazaman, motivasi,

tanggungjawab, dan struktur bagi membolehkan pembelajaran mereka berjalan dengan

52
baik dan berkesan. Pelajar yang mempunyai kekuatan dalam aspek ini akan lebih berasa

stabil dan tidak akan mengalami gangguan emosi ketika dalam pembelajaran mereka.

Aspek sosiologi lebih menekankan kepada cara seseorang pelajar itu berinteraksi

dengan masyarakat sekelilingnya. Aspek fisiologi pula menekankan mengenai gerakan

fizikal bagi seseorang pelajar. Gerakan ini dilakukan untuk memudahkan pembelajaran

dan membentuk personaliti seseorang pelajar itu. Contoh bagi aspek ini ialah makanan,

minuman, pergerakan dan sebagainya.Aspek yang terakhir pula ialah aspek psikologi

yang membincangkan tentang kajian terhadap minda dan jiwa seseorang pelajar itu.

Aspek ini merangkumi pemprosesan otak kiri dan otak kanan bagi pelajar.

Jadi, memang benarlah apa yang dikatakan oleh pakar psikologi yang

memberikan pendapat mereka sendiri mengenai konsep personaliti seperti Mishel,

Allport, Eysenck, Kagen J, Segal J, dan Watson. Oleh itu, personaliti merupakan satu

elemen yang amat penting bagi seseorang individu dan tingkah laku seseorang itu

melambangkan personaliti masing-masing.

Rujukan

1. Bootzin, R. R., Bower, G. H., (1991). Psychology Today, An Introduction (7th ed.).

New York : McGraw-Hill.

53
2. Kagan, J. Lang, C.(1986). Psychology and Education. New York

3. Skinner, C. E.(1970). Educational Psychology, Prentice Hall of India, New Delhi.

4. Mok, S. S., (2001). Psikologi Pendidikan, Untuk Kursus Diploma Perguruan

Semester 1 (2nd ed.). Kuala Lumpur : Percetakan Sentosa.

5. Ee, A. M., (2001). Psikologi Pendidikan 1, Psikologi Perkembangan (3rd ed.).

Selangor : Fajar Bakti.

6. Nazurah Ngah.(2006,Spetember).Mak Su tak jemu ajar orang dewasa mengaji.

Retrieved September 14,2006, from

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20060827124744/Article/

54

Anda mungkin juga menyukai