Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) UPSI

FESTIVAL GAWAI KAAMATAN UPSI 2020

18 APRIL 2020 (SABTU)/ 19 APRIL 2020 (AHAD)

Selamat malam,
Salam sejahtera,
Salam Perak Aman Jaya.

Terima kasih, saudara/saudari Pengacara Majlis.

Yang berhormat Datuk Amar Douglas Unggah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak,
Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohammad Shatar bin Sabran, Naib Canselor Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Penasihat Jalinan Anak Sarawak, Dr. Samsuddin Bin Suhaili,
Penasihat Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah, Dr Mohd Fadhil bin Abdullah, Saudari Patricia
Antai Anak Robin selaku Pengarah Program Festival Gawai Kaamatan 2020, Saudara
Nicorsons Anak Fabian, wakil Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sarawak Sesi 2019/2020
merangkap selaku Pengarah Program Bersama 1 Festival Gawai Keamaatan 2020, Saudara
Ady John, wakil Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sabah Sesi 2019/2020 merangkap selaku
Pengarah Program Bersama 2, Yang Dipertua Jalinan Anak Sarawak Sesi 2019/2020 Saudara
Elijah Inka Anak Alexander, Yang Dipertua Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah Sesi 2019/2020
Saudara Herman, Mantan wakil Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sarawak Sesi 2018/2019
Saudara Dylan Pured David Gali, Mantan wakil Majlis Perwakilan Pelajar Etnik Sabah sesi
2018/2019 Saudari Rostina, Mantan Yang Dipertua Jalinan Anak Sarawak Sesi 2018/2019
Saudara Iricsons Saging Jalong, Mantan Yang Dipertua Ikatan Sepadu Anak Jati Sabah Sesi
2018/2019 Saudara Wilfred, VVIP, VIP, hadirin dan hadirat dari Universiti Awam seluruh
Malaysia, pelajar antarabangsa dan kepada semua pelajar-pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris yang saya kasihi.

Mahasiswa dan Mahasiswi,

Tuan- tuan dan puan-puan, para hadirin sekalian,


Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin, limpah dan
kurnia-Nya, sekali lagi kita dapat bersama-sama berkumpul di Auditorium UPSI pada satu
malam yang cukup gah ini untuk menyaksikan Festival Gawai Keaamatan (FesGK) 2020
bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua
jemputan VVIP, VIP dan hadirin hadirat yang sudi untuk meluangkan masa bersama-sama
dengan kami sekali lagi bagi memeriahkan sambutan Festival Gawai Keamaatan 2020 di
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Saya juga turut berasa gembira melihat penglibatan yang
cukup memberangsangkan yang bukan sahaja menjadi antara tumpuan para pelajar dalam
kalangan siswa siswi UPSI malah kita turut didatangi oleh saudara saudari wakil pelajar dari
beberapa universiti awam seluruh Malaysia. Turut tidak dilupakan juga pelajar antarabangsa
yang sudi untuk menghadirkan diri bersama-sama dengan kita pada malam ini.

Para hadirin sekalian,

Festival Gawai Keamaatan ini telah menjadi salah satu acara tahunan di Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Semenjak permulaan penganjurannya, penyertaan dalam kalangan
pelajar sememangnya mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Ini telah menyuntik
semangat mahasiswa dan mahasiswi UPSI untuk menganjurkan program ini dari tahun ke
tahun dengan penuh komitmen tanpa mengenal erti putus asa.

Bagi kali ini, Festival Gawai Keaamatan 2020 telah seiiring dengan tema ‘Culture As
The Root Of Unity And Comradeship’ dan selama dua hari kita bersama di sini akan merasai
sendiri keunikan, keindahan dan kemeriahan suasana yang berkonsepkan unsur Borneo.
Untuk pengetahuan ramai, Program Festival Gawai Keamaatan (FesGk) 2020 ini
dilaksanakan adalah untuk menunjukkan bahawa UPSI ikon universiti yang mempunyai
pelajar yang berbilang kaum sekaligus mengalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar.

Saya percaya, mungkin masih terdapat di antara kita yang hadir pada pagi ini yang
masih kurang arif dengan perayaan Festival Gawai Keaamatan ini. Sebagai makluman hadirin
dan hadirat sekalian, Festival Gawai Kaamaatan atau di Sarawak dan Sabah yang cukup
sinonim dengan Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh kaum Bumiputera
Sabah Sarawak pada setiap tahun awal bulan Jun. Gawai Kaamataan atau Gawai Dayak ini
merupakan amalan tradisi masyarakat etnik Sabah Sarawak sejak zaman-berzaman yang
biasanya diadakan selepas selesai musim menuai padi. Selain itu, Festival Gawai Keaamatan
ini turut menjadi tanda kesyukuran dalam mengharapkan rezeki akan datang bertambah baik
dan lumayan.

Para hadirin sekalian,

Festival Gawai Keaamatan merupakan suatu landasan yang baik untuk mendedahkan
kesenian dan kebudayaan Kaum Bumiputera Sabah Sarawak kepada para mahasiswa dan
mahasiswi mahupun hadirin dan hadirat yang berasal dari luar kepulauan Borneo. Sudah pasti
melalui aktiviti-aktiviti kebudayaan seperti pertandingan yang menjadi ‘highlight’ utama
kepada Festival Gawai Keamaatan ialah Unduk Ngadau dan kali ini buat julung kalinya Miss
Cultural Sarawak diadakan bagi mengantikan Pertandingan Kumang yang pernah dianjurkan
pada festival gawai keamaatan yang lalu. Tidak dilupakan juga ‘pekit belagu’ (Pertandingan
Nyanyian dalam Bahasa Iban) dan nyanyian Sugandoi. Bagi mereka yang merindui dan ingin
merasai masakan tradisional kaum-kaum etnik Sabah Sarawak, sepanjang festival ini
berlangsung, turut diadakan penjualan makanan tradisional yang menjadi kunci kepada sajian
utama Festival Gawai Keamaatan 2020 kali ini.

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada
seluruh ahli jawatankuasa yang terlibat bagi memastikan Festival Gawai Keamaatan (FesGK)
2020 UPSI ini berjalan dengan lancar. Semoga dengan berlangsungnya Festival Gawai
Keaamatan ini akan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan semangat cintakan amalan
budaya tradisional dalam kalangan mahasiswa mahasiwi dan warga UPSI secara
keseluruhannya. Diharap semua menikmati keindahan malam kebudayaan Festival Gawai
Keaamatan ini sebagai mana saya sendiri mengalaminya.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai