Anda di halaman 1dari 10

Sumbangan dan Peranan

Abdullah seorang yang sangat berkebolehan dan bijak. Abdullah banyak memainkan peranan
dan memikul tanggungjawab seperti telah dilantik sebagai jurutulis dan penterjemah ketika
Stamford Raffles membuat lawatan ke Melaka kali ketiga. Beliau bekerja di kediaman
Raffles Bandar Hilir, Melaka. Tugas yang lakukan sebagai jurutulis Raffles antaranya
menyalin hikayat, menulis surat kiriman, menulis tentang bahasa Melayu, syair, dan
sebagainya. Sikap rajin dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Abdullah membuatkan Raffles
menyenanginya dan berasa hormat dalam kalangan Inggeris terhadap anak watan itu.
Bagaimanapun, persahabatan itu terputus apabila Raffles berpindah ke Betawi.
Ketika usianya 27 tahun, Abdullah telah mengajar Bahasa Melayu kepada Paderi
Milne tetapi pada masa yang sama Paderi Milne bersetuju menerima Abdullah belajar bahasa
Inggeris. Selain menjadi seorang guru kepada orang Inggeris, Abdullah turut mencetak buku
dan risalah. Abdullah juga telah mengajar seorang lagi Inggeris yang bernama C.H.Thomson
ketika dia datang ke Melaka pada bulan September 1815 selepas Abdullah mula belajar dan
mengajar di rumah Paderi Milne. Walaupun Paderi Thomson pernah belajar bahasa Melayu
di Jawa, dia tetap mahu menguasai lagi bidang nahu dan penulisan bahasa Melayu. Abdullah
bersetuju untuk mengajar Paderi Thomson bahasa Melayu setelah berbincang dengan Paderi
Milne dan memperuntukkan masa yang lebih berbanding Paderi Milne. Hal ini demikian
dapat dilihat bahawa orang Inggeris berminat untuk mempelajari bahasa Melayu dan
menunjukkan penyebaran penggunaan bahasa Melayu di seluruh dunia. Kehebatan anak
Melayu juga terserlah apabila mampu bekerjasama dengan orang Inggeris.
Selain itu, pada tahun 1815, peralatan percetakan telah digunakan di kediaman Paderi
Milne. Percetakan lebih giat dilakukan selepas peralatan percetakan seperti pengecap buku
dan surat, dan pembentuk huruf-huruf jawi di bawa masuk. Abdullah telah menggunakan
peralatan baru itu untuk membuat huruf-huruf, mengaturnya, dan mencetak buku serta surat.
Dengan bantuan Abdullah, Aglo-Chinese College(ACC) telah mengeluarkan terjemahan
buku matematik untuk anak-anak Melayu. Buku-buku perbualan dalam bahasa Melayu untuk
tujuan berkomunikasi dan majalah turut diterbitkan. Berdasarkan rekod sejarah, majalah
“Bustan Ariffin” telah diterbitkan di dalam dwi-bahasa, Inggeris-Melayu tiga bulan sekali.
Bagaimanapun, penerbitan majalah tersebut hanya mampu bertahan selama dua tahun sahaja .
Apabila Singapura dibuka, Abdullah telah berpindah di sana dan menjadi jurutulis
serta jurubahasa Raffles. Di Singapura, beliau tetap meneruskan kerja-kerja utamanya seperti
di Anglo-Chinese College di Melaka, iaitu sebagai jurucetak, jurubahasa dan mengajar
bahasa Melayu kepada pedagang-pedagang yang berada di Singapura. Beliau juga
bertanggungjawab menulis undang-undang Singapura atas arahan Raffles. Abdullah juga
diberi tugas untuk mengumpul bahan sastera Melayu lama seperti kitab, hikayat dan syair
untuk Raffles membawa pulang bahan itu ke England. Seorang Inggeris yang bernama
Newbold telah mengarahkan Abdullah mengkaji dan menulis adat Cina dan masyarakat
Jakun dalam bahasa Inggeris apabila Abdullah kembali ke Melaka. Tugas itu telah membawa
Abdullah mengembara ke Gunung Pancur bagi melihat dan mengkaji budaya hidup
masyarakat Jakun di sana.

Pemikiran Abdullah Munsyi


Kebanyakkan hasil penulisan yang ditulis oleh Abdullah ini ialah berdasarkan pengalaman
hidup yang pernah dilaluinya dan hal-hal realiti. Antara hasil karya yang telah ditulis
ialah Kisah Pelayaran Abdullah (1838 ketika beliau sedang mengembara ke Pahang,
Terengganu, dan Kelantan., karya Hikayat Abdullah (1849) tentang perjalanan hidupnya,
karya Kisah Pelayaran Abdullah ke Jeddah (1920), karya Syair Singapura
Terbakar(1830), Dewa-ul-kulub (1883), dan sebagainya. Sarjana bahasa bersepakat bahawa
dari segi penggunaan bahasa Melayu, Abdullah Munsyi tidak boleh dikategorikan sebagai
tokoh bahasa yang terbaik. Abdullah menggunakan bahasa Melayu yang tidak setaraf dengan
bahasa Melayu yang terdapat dalam karya-karya Melayu lama. Hal ini demkian kerana,
Abdullah dilahirkan dalam keluarga yang bertutur dalam bahasa Tamil dan pada peringkat
awal, bahasa Melayu diajar oleh bapanya sendiri. Walau bagaimanapun, dengan semangat
yang tinggi, Abdullah mempelajari bahasa Melayu secara formal, teratur, dan betul.
Abdullah boleh dianggap sebagai wartawan yang merakamkan pengalaman hidup dan
kisah-kisah yang berlaku dalam masyarakatnya. Karya yang ditulis berdasarkan hal-hal yang
menarik dan mampu memberikan manfaat kepada para pembaca kerana cerita yang
dihasilkan bukanlah cerita dongeng atau khayalan. Bahan-bahan yang ditulis Abdullah
menjadikan suatu titik persimpangan besar yang membezakan antara karya-karya Melayu
lama dengan penulisan Melayu moden. Begitu juga dengan hasil penulisan Abdullah yang
tergolong ke dalam bentuk kesusasteraan Melayu moden. Oleh itu, Abdullah Munsyi telah
diberikan penghormatan oleh golongan sasterawan Melayu sebagai “Bapa Kesusasteraan
Melayu Moden”.
4.1 Pemikiran dalam Hikayat Abdullah

Menurut Sri Lanang Jaya Hj. Rohani et al. (2016:69), pemikiran dalam karya bermaksud
subjek yang dibawakan bermula daripada idea dan pengalaman. Idea dan pengalaman
tersebut dimantapkan bersama-sama dengan imaginasi dan kreativiti untuk dijelmakan
menjadi persoalan dan tema karya. Setiap pengarang mempunyai cara yang tersendiri
memilih bahan, mengejapkannya dan kemudian menjelmakannya menjadi mesej mutiara, dan
permata karya. Siti Aisah Murad (1996:11) menyatakan bahawa setiap karya adalah catatan
pengalaman yang telah direnung, difikir, dan ditapis oleh pengarang untuk dijalin menjadi
sebuah hasil penulisan, sama ada karya kreatif ataupun deskriptif. Dalam Hikayat Abdullah,
pemikiran pengarangnya iaitu Abdullah Munsyi dapat dilihat melalui jelas kerana karya ini
merupakan sebuah karya biografi. Abdullah Munsyi merupakan seorang pengarang yang
dianggap sebagai bapa kesusasteraan Melayu moden kerana kerana tahap pemikiran beliau
yang jauh ke depan.

Salah satu aspek pemikiran yang dapat dihuraikan daripada karya ini ialah pemikiran
tentang kepentingan menguasai pelbagai bidang ilmu. Pemikiran ini dapat dilihat terus dalam
diri pengarang sendiri yang mampu menguasai pelbagai bahasa khusunya dalam bahasa
Melayu sedangkan beliau lahir daripada keturunan Arab India. Pengarang karya ini ada
menceritakan tentang peristiwa pahit dan manis yang terpaksa dilalui oleh beliau dalam usaha
mempelajari pelbagai jenis bahasa. Selain mempelajari bahasa, pengarang juga belajar
mengaji di tempat pengajian dan diajar oleh bapa beliau sendiri. Bapa beliau iaitu Abdul
Kadir merupakan seorang tegas dan gigih dalam memberi didikan kepada Abdullah. Sifat
Abdul Kadir yang sangat mementingkan ilmulah yang menjadikan Abdullah sebagai seorang
yang bijak dan mendapat gelaran Munsyi pada usia muda lagi. Hal ini membuktikan bahawa
terdapat banyak imbalannya apabila seseorang itu mementingkan penguasaan dalam pelbagai
bidang ilmu. Dalam Hikayat Abdullah, pengarang ada menyatakan nasihat tentang
kepentingan ilmu iaitu:

Nasihat: Maka bahawasanya aku wasiatkan akan nasihatku ini bagi segala kanak-kanak
yang ada dibukakan Allah mata hatinya. Maka jikau sekiranya ada umurmu seribu tahun
sekalipun, maka janganlah engkau takut membelanjakan dia sebab menuntut ilmu itu; karena
dapat tiada hamba Allah dalam dunia ini semuanya mengkehendaki kebesaran dan
kemuliaan dan kekayaan, maka seorang juapun tiada yang benci akan perkara yang tersebut
itu. Maka jikalau demikian, bahwa ilmu itulah tangganya akan menaiki segala perkara yang
tersebut itu; dan lagi jikalau ada ilmu itu bagimu sekali-kali tiada engkau akan terbuang,
dan tiada pula engkau dihanakan orang, melainkan termulia juga adanya; dan lagi yaitu
kelak boleh menolong akan dikau dari dunia sampai ke akhirat

(Hikayat Abdullah, 1975:16)

Pemikiran tentang kepentingan menguasai pelbagai bidang ilmu juga dapat dilihat pada
bab kelima iaitu tentang kisah Pawang Gajah yang sanggup diarahkan oleh Tuan Farquhar
untuk menangkap gajah liar di hutan. Pawang Gajah meminta orang untuk membuat kandang
gajah. Pengarang menceritakan kisah orang kampung yang mempercayai kesaktian Pawang
Gajah yang dpat menjinakkan gajah yang cuba untuk merempuh kandang kerana mencari
jalan keluar. Pengarang menyatakan bahawa gajah tersebut merempuh kandang kerana
kelaparan dan akan senyap apabila mendapat makanan. Situasi ini jelas menunjukkan
perbezaan Abdullah yang bijak memahami keadaan sebenar dengan orang kampung yang
diperolokkan oleh Pawang Gajah menggunakan ilmu saktinya. Dalam hal ini, pengarang cuba
menyampaikan kesan apabila kita tidak berilmu, orang lain akan mudah memperguna dan
mengambil kesempatan di atas kekurangan tersebut.

...Dan lagi kebanyakan orang Melayu dan Cina dan lainnya percaya, katanya “ Pawang ini
terlalu pandai hikmat gajah, dan lagi banyak-banyak do’a dibacakannya, sampai gajah
dihutan semuanya takut akan dia ...

(Hikayat Abdullah ,
1975: 64)

...Maka adalah pada fikiranku bahawa sekalian tu bohong, dan bodoh orang percaya
demikian ; maka adalah perkara sekalian yang dibuatnya itu dengan akal sahaja, bukannya
ubat atau hikmat ...

(Hikayat Abdullah , 1975: 64)


Selain itu, pemikiran tentang kepentingan ilmu juga ada diceritakan pada bab ketiga
dalam Hikayat Abdullah. Dalam bab tersebut, pengarang menceritakan tentang keazaman
beliau dalam menuntut ilmu daripada bapa, nenek dan bapa saudaranya walaupun sering
dipukul dan ditampar. Menurut Zahari A. Rashid (2008:207), pada zaman Abdullah
bersekolah dahulu, sudah menjadi kebiasaan murid-murid didenda dan dihukum di sekolah.
Pengarang juga menceritakan tentang adat kebiasaan masyarakat terdahulu iaitu apabila
seseorang itu hendak menghantar anaknya mengaji, ibu bapa mereka akan berjumpa dengn
guru tersebut dengan membawa sirih secerana dan sedulang penganan. Ibu bapa akan
memberikan sepenuh kuasa kepada guru untuk mendidik anak-anak mereka dengan syarat
mata dan kaki anak-anak itu tidak diapa-apakan. Disebabkan kepercayaan yang tinggi
terhadap guru, hukuman dan denda akan dikenakan ke atas mereka yang melakukan
kesalahan seperti tidak datang mengaji, tidak mendengar kata ibu bapa, melawan cakap guru,
mencuri dan sebagainya. Berdasarkan peristiwa tersebut, kita dapat menyimpulkan bahawa
sejak zaman dahulu lagi, menuntut ilmu merupakan perkara yang wajib dilaksanakan dan
guru adalah individu yang sangat disanjungi dan dipercayai. Keadaan ini jelas menunjukkan
pemikiran pengarang tentang kepentingan menuntut ilmu.

Hikayat Abdullah juga membincangkan pemikiran tentang sikap masyarakat zaman


dahulu yang begitu memuliakan adat pada zaman itu. Secara terang-terangan pengarang
menyatakan tentang kepercayaan karut yang kuat dalam kalangan masyarakat Melayu zaman
dahulu. Hikayat ini menceritakan pelbagai adat dan kepercayaan yang menjadi ikutan sejak
turun temurun sehinggakan menjadi suatu kemestian untuk diikuti. Salah satu kepercayaan
masyarakat Melayu yang diceritakan dalam hikayat ini ialah tentang adat menjual anak. Adat
menjual anak tersebut bukan bermaksud seperti menjual hamba tetapi anak tersebut akan
dijual dan duitnya akan diambil oleh ibu bapa anak tersebut untuk dibelikan makanan. Nama
anak tersebut akan dinamakan sebagai anak orang yang memberi duit tersebut namun masih
juga dipelihara oleh ibu bapanya yang sebenar. Dalam hal ini, Abdullah Munsyi menyatakan
bahawa adat lapuk yang menyimpang daripada agama Islam perlu dibuang kerana ianya akan
menjadi halangan bagi kemajuan bangsa Melayu.
Di samping itu, hikayat ini juga menceritakan pemikiran tentang kepentingan
memelihara dan menjaga bahasa khususnya bahasa Melayu. Pemikiran ini boleh dijelaskan
dengan menilai watak Abdullah dalam hikayat ini. Menurut Siti Aisah Murad (1996:15),
Abdullah Munsyi menunjukkan kecintaan yang mendalam terhadap bahasa Melayu dan
melahirkan rasa kesal dengan sikap orang Melayu yang tidak mengambil berat tentang bahasa
Melayu. Abdullah Munsyi gemar mengumpul dan membaca hikayat-hikayat lama yang
ditulis bahasa Melayu yang diperoleh beliau daripada orang Inggeris. Beliau membaca karya
tersebut untuk mempelajari rahsia-rahsia bahasa Melayu yang tersembunyi di dalam hikayat
tersebut dengan lebih mendalam dan tidak begitu mengambil kira jalan cerita hikayat
tersebut. Selain itu, Abdullah Munsyi juga menunjukkan kecintaannya dalam bahasa Melayu
apabila bekerja sebagai jurubahasa dan jurutulis dalam bahasa Melayu walaupun
pendapatannya kurang. Beliau juga sanggup berpindah semula ke Kolej Melaka sebagai guru
bahasa setelah mengetahui di kolej tersebut tiada guru yang dapat mengajar bahasa Melayu
dan menterjemah bahasa Inggeris.

Pemikiran seterusnya yang dapat dihuraikan daripada hikayat Abdullah ialah pemikiran
tentang corak kepimpinan dan pemerintahan Inggeris pada zaman tersebut. Menurut Zahari
A. Rashid (2008:211), terdapat empat perkara yang dipuji oleh Abdullah tentang orang
Inggeris iaitu berkelakuan baik, bersopan santun, menghormati orang lain dan bertimbang
rasa. Abdullah Munsyi begitu mengagumi orang-orang Inggeris seperti Tuan Raffles, Tuan
Farquhar, Lord Minto dan Tuan Milne yang melayannya dengan baik. Beliau sangat
menyenangi sikap Tuan Raffles yang sangat mencintai ilmu kerana dia banyak menghabiskan
masa dengan membaca. Beliau juga turut menceritakan tentang perwatakan Tuan Raffles dan
Tuan Farquhar yang begitu disenangi baik orang Melaka mahupun orang Singapura dalam
hikayat beliau.

Sebermula maka adalah segala orang Melaka, daripada empat bangsa pun, terlalu kasih dan
setuju berajakan Farquhar itu. Maka adalah pada masa itu negeri Melaka pun dalam
sentosanya dan dagang pun terlalu banyak keluar masuk daripada segala pihak...

(Hikayat Abdullah, 1974:57)


KRITIKAN ABDULLAH MUNSHI DALAM KISAH PELAYARAN KE KELANTAN

SOSIAL (CARA HIDUP)

1) Kritikan terhadap pemakaian orang-orang melayu yang tidak senang


dipandang.
• Pakaian yg digunakan untuk sehari-harian mereka kelihatan sangat kotor dan
menjijikkan
• Org melayu tidak tahu menjaga kebersihan diri.
• Sebab:
Kemiskinan
Raja tidak menunjukkan contoh yang baik
Larangan menyebabkan mereka takut untuk kelihatan lebih segak daripada
raja.
2) Kritikan terhadap pemakanan orang melayu yang dianggap tidak berkhasiat.
•Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat sehingga kelihatan pucat dan kurus
•Hanya dapat memakan makanan yang murah-murah sahaja
•Sebab-sebab:
–Makanan-makanan yang ‘mulia’ terlalu mahal dan mereka tidak mampu
membelinya
–Sudah adat dan terbiasa makan makanan yang ‘busuk-busuk’ belaka
–Sudah terbiasa dan selesa dengan keadaan hidup dan cara pemakanan mereka
•Abdullah mengutuk makanan orang Melayu menggambarkan makanan orang
Melayu seperti ‘busuk-busuk’
•Abdullah tidak mengerti mengapa orang Melayu tidak memakan makanan yang
dimakan oleh orang Inggeris yang dianggap ‘mulia’

3) Kritikan terhadap pekerjaan yang hanya diusahakan oleh kaum Wanita


•Kaum wanita bertungkus-lumus bekerja sementara kaum lelaki hanya bermalas-
malasan
•Sibuk berjalan-jalan dengan senjata walaupun keadaan aman
•Kesan-kesan:
–Menjejas hal rumahtangga
–Makan minum suami dan anak-anak tidak terjaga
–Kanak-kanak dibiarkan berkeliaran dan didedahkan kepada bahaya
•Abdullah menganggap bahawa jika kaum lelaki bersikap rajin dan melakukan
pekerjaan seperti mengusahakan tanah, mereka tidak akan dilanda kemiskinan.

4) Kritikan terhadap Pendidikan/penggunaan bahasa melayu yang tidak fasih.


•Orang-orang Melayu tidak mengamalkan pertuturan dalam bahasa Melayu
•Sedangkan bahasa mereka sebenarnya kedengaran manis dan bagus
•Mengagung-agungkan bahasa Arab walaupun tidak fasih
•Kesan-kesan:
–Yang dikejar tiada dapat, yang dikendong berciciran
–Pertuturan mereka kedengaran canggong/berlainan pada telinga
–Anak-anak raja juga kurang berpelajaran kelemahan kepada kerajaan Melayu
•Abdullah membangkitkan suatu peristiwa tentang keluarga Kapitan China yang fasih
berbual dalam bahasa Melayu dan tidak sedikit pun kedengaran telor Chinanya.
•Abdullah ingin menekankan bahawa agak ganjil kerana orang Melayu kedengaran
kelakar apabila berbual dalam bahasa Melayu sedangkan orang yang bukan Melayu
lebih fasih berbual dalam bahasa Melayu.

POLITIK (PENTADBIRAN NEGERI)

1) Kritikan terhadap kezaliman para raja menyalahgunakan kuasa


• Punca kemiskinan dan kesengsaraan yang dialami rakyat bukanlah kerana tanahnya
tidak subur, dirompak atau sikap rakyat yang malas bekerja. Punca sebenar ialah
penyalahgunaan kuasa oleh raja-raja untuk kesenangan mereka.
• Membentuk pemikiran rakyat yang negatif terhadap kerajaan dan kehidupan.
• tidak mengendahkan soal pekerjaan mahupun kekayaan agar raja-raja tidak
mengganggu kehidupan mereka
• rela rezeki mereka memadai untuk mereka hidup pada tiap-tiap hari
• Keadaan pemerintahan dan rakyat menakutkan para pedagang untuk berniaga di
negeri sebegitu.

• kezaliman raja menyebabkan rakyat sering ingin berhijrah ke negeri yang berada di
bawah pemerintahan Inggeris

• mereka tidak sanggup tinggal di bawah pemerintahan raja Melayu tetapi tidak
dibenarkan meluahkan ketidakpuasan mereka jika takut dihukum
• kritikan Abdullah terhadap kezaliman raja bukannya tidak berasas, kerana rakyat
sendiri tidak redha dengan perbuatan raja-raja mereka

• konsep taat dan derhaka pada sistem feudal.

• dipaksa bekerja untuk raja tanpa diberi sebarang upah atau sekurang-kurangnya
makanan untuk isteri dan anak-anak mereka

• apa yang dihajati oleh raja tidak boleh dibantah, walaupun yang dihajati isteri
mahupun anak perempuan mereka.

2) Kritikan terhadap raja yang terlalu mentah untuk menjadi pentadbir negeri.
• anak raja-raja menjadi pentadbir pada usia yang mentah dan tidak tahu sebarang ilmu
tentang pemerintahan.
• Tanpa ilmu dan kawalan terhadap nafsu, kerajaan Melayu akan binasa dan rakyatnya
akan menderita.
• Dalam ketiga-tiga negeri yang beliau pergi, raja-rajanya telah menyalahgunakan
kuasa demi kepentingan mereka. Bagi Abdullah, punca utama kesengsaraan yang
dialami rakyat ialah kedaifan raja-raja dalam ilmu pentadbiran.
• Anak raja-raja telah dibesarkan dengan sepenuh kebebasan, tanpa sebarang
perancangan untuk melengkapkan anak-anak itu dengan ilmu pentadbiran.
Disebabkan itu, apabila mereka mangkat, anak raja dibiarkan mentadbir sesuka hati
mereka.
• Abdullah, yang berbekalkan pengetahuan agama sejak kecil, sedar bahawa
tanggungjawab seorang raja amat berat dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat.
• Lantas, alternatif yang dapat diraih dan sering ditekankan sepanjang kritikan beliau
terhadap raja-raja Melayu ialah mempertingkatkan ilmu pengetahuan, terutama dalam
hal-hal pentadbiran.
• Saranan beliau wajar kerana umat Islam memang disuruh ‘menuntut ilmu sampai ke
negeri China’
3) Kritikan terhadap keegoan raja-raja terhadap kuasa mereka.

• memperlihatkan dengan ketara sikap Tengku Temena yang tidak


mengendahkan kerisauan rakyatnya
• raja-raja bersikap egois kerana kuasa ada dalam tangan mereka dan apa
sahaja yang dilakukan tidak boleh ada yang membantah
• pentadbir perlu mengambil kira suara rakyat kerana rakyat merupakan amanah Allah
SWT.
• tidak sepatutnya ada sikap ego atau riak kerana mereka merupakan ‘hamba segala
hamba Allah’.
• Alternatif: beliau telah tekankan lagi kepentingan ilmu dalam menerajui sesebuah
negeri.
• menyarankan pembacaan kitab Taju’s-salatin sebagai panduan bagi raja-raja
memperbaiki cara pemerintahan mereka
• Namun demikian, saranan ini berkemungkinan besar tidak diendahkan juga kerana
mereka tidak tahu membaca dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan guru yang
mahir dalam mengajar bahasa mereka
• adat orang-orang Melayu hanya menitikberatkan pendidikan agama sejak kecil.

Anda mungkin juga menyukai