Anda di halaman 1dari 16

SULIT

Bahagian A
Soalan Aneka Pilihan
(Soalan 1 - 20)

Soalan 1 - 6
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Apabila sahaja peristiwa ngeri itu, Pak Mail akan menangis sendirian.
A termangu C terimbas
B terngiang D terkenang

2 Ibu membeli petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.


A secekak
B selonggok
C seikat
D setangkai

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Bendahara Ali kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.


A menusukkan C menyusupkan
B menyisipkan D menyarungkan

4 Suasana di rumah Puan Shanti dengan suara cucu-cucunya yang pulang


bercuti.
A riuh-rendah
B kucar-kacir
C kelam-kabut
D huru-hara

1
SULIT

5 Para penonton yang hadir terhibur persembahan kumpulan nasyid itu.


A oleh C akan
B dengan D atas

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6 Pokok yang tumbang itu telah beberapa buah kereta di tempat letak
kereta itu.
A menghempap C menghenyak
B menghempas D menghimpit

Soalan 7 - 8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kasalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

7 Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.


A B C D

8 Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja
A B C
yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D

2
SULIT

Soalan 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9 I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.


II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi
kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan
tandakan D jika tiada kesalahan.

10 Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.


A dari dua kilometer setengah.
B daripada dua kilometer setengah.
C daripada dua setengah kilometer.
D dari dua setengah kilometer.

11 Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
A Gula-gula yang saya belikan
B Gula-gula yang dibeli oleh saya
C Semua gula-gula yang saya beli
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

3
SULIT

Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

12 “Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di
Taman Satria,” kata Aiman kepada Hafiz.

A Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini
kalau Aiman ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang,
datanglah ke rumahnya di Taman Satria.
C Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria
pada petang itu jika dia ada masa lapang.
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman
Satria pada petang ini jika dia kelapangan.

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13 I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.


II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14 I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.


II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

A I dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

4
SULIT

Soalan 15
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15 Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia
hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.
Keadaan ini diibaratkan
A orang mengantuk disorongkan bantal.
B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
C pucuk dicita ulam mendatang.
D pungguk merindukan bulan.

Soalan 16 - 20
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Sungai Layong yang mudah banjir itu menerima tetamu. Ada yang berenang,
ada juga yang duduk berceratukan di tebingnya. Ibu-ibu separuh umur terbongkok-
bongkok mencuci pinggan-mangkuk. Anak-anak muda sibuk mengangkat air. Ada
yang sempat mengusik seorang dua anak gadis yang menuju ke sungai. Beluntung
membeliakkan matanya. Apa yang terjadi? Mengapa tiba-tiba sahaja orang kampung
berada di halaman rumahnya?
Tuyog mendengus mengejutkan budak-budak yang mandi di sungai. Mereka
segera naik ke tebing. Jantung Beluntung berdebar-debar. Perasaan ingin tahu
menguasai hatinya. Dia terjun dari belakang Tuyog lalu berlari ke rumah.
“Mana ibu?” Mereka yang berada di dalam rumah itu tertinjau-tinjau ke arahnya.
“Ibu kamu di dapur memasak.” Beluntung diam dan terus ke dapur. Dia mendapati
ibu tertawa riang bersama jiran-jiran.
Beluntung memeluk ibunya sebelum keluar meninggalkan mereka. Dia
tersenyum sendirian. Ibu sihat rupanya, katanya dalam hati. Akan tetapi hatinya
masih tertanya-tanya kenapa ramai orang di rumahnya? Dia mencari-cari bapanya.
Bapanya hanya duduk tenang sesekali tergelak mendengar perbualan rakan-
rakannya di halaman rumah.
“Kenapa ramai orang di sini?”
“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.” Beluntung tersenyum lagi.
Dia mendengar Bawod menjerit-jerit. Dia berlari tetapi terlanggar tunggul kayu.
Beluntung tersungkur dan tidak sedarkan diri buat beberapa seketika. Setelah sedar,
dia berada di pangkuan bapanya.
(Dipetik daripada Bawod,
antologi Bintang Hati Tingkatan 3,
Dewan Bahasa dan Pustaka.)

5
SULIT

16 Bagaimanakah perasaan Beluntung ketika ramai orang kampung berada di


halaman rumahnya?
A Beluntung terlalu risau terhadap keselamatan ibu dan bapanya.
B Beluntung berasa gembira.
C Hati Beluntung tertanya-tanya perkara yang terjadi di rumahnya.
D Jantung Beluntung berdenyut-denyut.

17 Antara yang berikut, manakah perwatakan Beluntung berdasarkan petikan di


atas?
A seorang yang penyayang terhadap ibu bapa.
B seorang yang prihatin akan keselamatan ibu bapa.
C seorang yang penyayang terhadap haiwan.
D seorang yang lemah semangat.

“Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan kenduri.”

18 Frasa di atas mempunyai unsur gaya bahasa.


A metafora.
B personifikasi.
C hiperbola.
D sinkope.

19 Pilih pernyataan yang benar berdasarkan petikan di atas.


A Selepas sampai ke rumah, Beluntung terus berlari mendapatkan Bawod.
B Beluntung berasa takut untuk balik ke rumah setelah mengetahui ramai
orang kampung berada di halaman rumahnya.
C Bapa Beluntung berasa gembira kerana dia lulus dalam peperiksaan
darjah enam.
D Ketika Beluntung sampai di rumah, ibunya sedang melayan tetamu yang
hadir.

20 Apakah kesudahan cerpen ini?


A Tuyog sudah disembelih.
B Beluntung menganggap Bawod seperti manusia dan sahabatnya sendiri.
C Beluntung sambung belajar ke menara gading.
D Beluntung berasa gembira kerana lulus dalam peperiksaan darjah enam.

6
SULIT

Bahagian A : 20 markah
(Jawapan)

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1 A B C D 15 A B C D

2 A B C D 16 A B C D

3 A B C D 17 A B C D

4 A B C D 18 A B C D

5 A B C D 19 A B C D

6 A B C D 20 A B C D

7 A B C D

8 A B C D

9 A B C D

10 A B C D

11 A B C D

12 A B C D

13 A B C D

14 A B C D

7
SULIT

Arahan :
Bahagian B merangkumi tiga soalan. Soalan 1 ialah Sistem Bahasa, Soalan 2 ialah
Pemahaman dan Soalan 3 ialah Novel. Jawab semua soalan.

Bahagian B - Soalan 1
(Sistem Bahasa)

Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah ini sama ada ayat suruhan, ayat
larangan, ayat silaan atau ayat permintaan.

1. Jemput ke majlis perkahwinan saya.

2. Jangan lalu di kawasan peperiksaan.

3. Buang sampah ke dalam tong sampah.

4. Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku.

5. Baca soalan dengan teliti sebelum menjawabnya.

[5 markah]

8
SULIT

Bahagian B - Soalan 2
(Pemahaman)

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bahan 1 Bahan 2

Bintang Bawod
(Siti Zaleha M. Hashim) (Janathan Kandok)
Suatu malam aku duduk Dia teringat pesan ibunya. Jika menang
di halaman rumah pun tidak berguna. Jika ingin bersaing,
kulihat cantiknya bintang-bintang bersainglah dalam pelajaran. Beluntung
menghias langit yang terbentang membulatkan tekadnya. Dia mesti lulus
aku ingin terbang ke sana peperiksaan darjah enam. Barangkali
membawa pulang bintang-bintang Tuyog juga faham tujuanku, bisik hati
tentu ibu gembira Beluntung. Akan tetapi yang jelas, bapa
tentu ayah bahagia mahu aku lulus. Biar semua orang tahu
melihat rumah ini bahawa Beluntung yang berbau kerbau
penuh dengan cahaya. menjadi pelajar terbaik SRK Timbang
Pasir. Bapa akan gembira. Ibu akan
Tetapi kata ibu gembira. Orang Kampung Layong
itu tidak perlu tumpang gembira. Semua orang
ayah sudah ada bintang gembira. Kalau Si Gemuk mahu turut
begitu juga ibu gembira, boleh juga.
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka (Dipetik daripada
bintang itu adalah aku Cerpen Bawod,
bintang hati ayah dan ibu. Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)
(Dipetik daripada
Sajak Bintang,
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)

9
SULIT

(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tindakan penulis untuk


menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa. [3 markah]

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan di atas, nyatakan dua persamaan nilai


murni terdapat dalam kedua-dua bahan tersebut. [3 markah]

(iii) Anak-anak sangat penting dalam kehidupan sesebuah keluarga.

Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk
membahagiakan ibu bapa?
[4 markah]

10
SULIT

Bahagian B - Soalan 3
(Novel)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di
Tingkatan 3.

Peristiwa menarik dalam sesebuah novel dapat menyentuh perasaan pembaca


sehingga tidak dapat melupakan peristiwa itu.

Berdasarkan novel yang anda pelajari di Tingkatan 3, nyatakan tiga peristiwa


menarik yang terdapat dalam novel tersebut dan contoh peristiwa yang sesuai untuk
mengukuhkan jawapan anda.

Jawapan :

11
SULIT

[10 markah]

12
SULIT

Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah
perkataan.

CARA-CARA PENJAGAAN GIGI

⚫ menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.


⚫ makan makanan yang mengandungi kalsium.
⚫ mengurangkan pengambilan makanan bergula.
⚫ menjalani pemeriksaan gigi.

mulakan hari anda dengan senyuman!

13
SULIT

Jawapan :

[15 markah]

14
SULIT

Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya rasuah. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Rasuah bukanlah satu fenomena baru yang wujud dalam kalangan masyarakat
moden. Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini
berlaku dalam semua lapisan masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban.
Rasuah boleh diertikan sebagai penyuapan, pemerasan atau penyelewengan dalam
apa-apa juga bentuk kuasa sama ada melibatkan kewangan atau perkhidmatan untuk
sesuatu kepentingan.
Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah ini terus berleluasa
adalah kerana sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup.
Kurang didikan agama dan penghayatan terhadap nilai-nilai murni juga menjadi punca
seseorang itu mudah tertewas dengan tuntutan hawa nafsu ini. Apabila diri telah
dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang lemah, mudah dikaburi wang
ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan orang lain dan tidak
berasa puas hati dengan apa-apa yang dimiliki olehnya.
Seterusnya, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia
memantau pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan
kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak
ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal ini akan memudahkan individu tertentu
mengambil peluang untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan
rasuah. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan daripada semua
pihak khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Selain itu, sikap hidup yang
suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape asal bergaye” menjadi
amalan yang menyebabkan berlakunya rasuah.
Lebih-lebih lagi, rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam
sesuatu institusi yang berkaitan. Di samping itu, rasuah berlaku disebabkan oleh
pemahaman bahawa perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan
ganjaran atas bantuan atau perkhidmatan yang diberikan. Keadaan ini berlaku kerana
keuntungan yang diperoleh daripada kegiatan rasuah itu adalah jauh besar berbanding
risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu, amalan rasuah di negara-negara dunia
ketiga didapati lebih serius berbanding negara-negara lain.
Secara totalnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit
sehingga menjadi rangkaian kejahatan yang besar. Apabila keadaan ini berlaku, usaha
untuk membanteras rasuah akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan rasuah
tidak akan berlaku tanpa adanya dua pihak iaitu pemberi dan penerima.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memerangi Rasuah Hingga ke Akar


Umbi’ Oleh Haji Samad bin Buang, Dewan Siswa, Jun 2011)

15
SULIT

Jawapan :

[15 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

16

Anda mungkin juga menyukai