Anda di halaman 1dari 13

Ketiga-tiga jurnal yang bertajuk “Kesan Latihan Pliometrik ke atas Perubahan

Fizikal Otot Atlet Lompat Jauh” , “Keberkesanan Latihan Pliometrik Untuk Perejam
Sepak Takraw” dan “Keberkesanan Program Latihan Pliometrik Dalam Meningkatkan
Ketinggian Lompatan Vertikel Pemain Badminton” telah menjadi pilihan saya untuk
menulis laporan di tugasan penulisan PJM 1044 . Jurnal pertama iaitu “Kesan Latihan
Pliometrik Ke Atas Perubahan Fizikal Otot Atlet Lompat Jauh” merupakan hasil kajian
Prabhu A/L Ragawan dan Ruaibah Yazani Tengah dari Fakulti Sains Sukan dan
Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris ,Tanjung Malim , Perak ,Malaysia. Jurnal
kedua iaitu “Keberkesanan Latihan Pliometrik Untuk Perejam Sepak Takraw”
merupakan hasil kajian Hafizah Hj. Harun dan Mohd Azrul Fajri Bin Ghani dari Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia . Jurnal ketiga iaitu “Keberkesanan Program
Latihan Pliometrik Dalam Meningkatkan Ketinggian Lompatan Vertikel Pemain
Badminton” merupakan hasil kajian Hafizah Binti Harun dan Mohd Hafizullah Amin Bin Mat
Noor dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia .
Ketiga-tiga jurnal ini ditulis berasaskan kaedah Latihan pliometrik . Secara umumnya,
Menurut Rimmer dan Slievefi (2000), pliometrik dirujuk kepada latihan yang menggunakan
pergerakan kumpulan otot untuk betindak balas ke atas beban dan menghasilkan kuasa
eksplosif. Pliometrik adalah satu kaedah latihan yang digunakan untuk membina kuasa
eksplosif dan juga dapat meningkatkan kuasa output (Luebbers, Potteiger, Hulver, Thyfault,
Carper dan Lockwood, 2003). Kaedah latihan ini didapati boleh meningkatkan prestasi
dalam sesuatu sukan yang menggunakan kuasa eksplosif serta pergerakan kaki yang
pantas seperti permainan hoki, bola keranjang, olahraga, bola sepak dan bola tampar (Hori,
Newton, Nosaka dan Stone, 2005). Latihan pliometrik merupakan salah satu latihan yang
membolehkan otot sampai pada tahap maksimum atau dapat menghampiri kekuatan
maksimum dalam tempoh masa yang singkat (Radcliffe dan Farentinos, 1985). Ia
menggunakan simpanan tenaga elastik (keanjalan) daripada kontraksi esentrik (eccentric
contraction) kepada kontraksi konsentrik (concentric contraction) yang berlaku di otot pada
kadar yang pantas (McNeely dan Sandler, 2008).Latihan pliometrik hanya diaplikasikan
selepas atlet mencapai tahap kekuatan optimum atau mencukupi bagi mengelakkan
kecederaan terutamanya kepada tendon dan ligamen. Latihan dilakukan pada penghujung
fasa persediaan khusus sehinggalah ke fasa pra pertandingan. Objektif utama latihan ini
adalah untuk meningkatkan kuasa dan kekuatan eksplosif serta boleh dilakukan dengan
menggunakan berat badan sendiri atau alatan seperti kotak pelbagai ketinggian dan bola
segar.
Secara keseluruhannya , penulis ketiga-tiga jurnal ini mengutamakan pengendalian
latihan pliometrik dan menganalisis keberkesanan latihan tersebut terhadap perubahan
fizikal otot atlet lompat jauh , pemain yang berposisi perejam dalam sukan sepak takraw dan
peningkatkan kuasa kaki pemain terhadap ketinggian lompatan secara menegak .Penulis
ketiga-tiga jurnal ini bertujuan untuk meggambarkan kajian mereka secara lebih jelas dan
terperinci .

2.0 Kandungan
Secara umumnya , jurnal pertama iaitu “Kesan Latihan Pliometrik ke atas Perubahan
Fizikal Otot Atlet Lompat Jauh” ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan
program latihan pliometrik .Seramai 24 orang atlet lelaki berumur 12 tahun di daerah
Cameron Highland terlibat sebagai responden kajian dalam kajian ini .Kandungan yang
terkandung dalam jurnal ini ialah abstrak , pengenalan ,objektif kajian , hipotesis kajian ,
signifikan kajian , metodologi , instrument kajian , dapatan kajian ,perbincangan dan rujukan.

Seterusnya ,jurnal kedua iaitu “Keberkesanan Latihan Pliometrik Untuk Perejam Sepak
Takraw” ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan latihan pliometrik ke atas pemain yang

berposisi perejam dalam sukan sepak takraw. Subjek terdiri daripada lapan orang pemain

lelaki perejam sepak takraw berumur diantara 20 hingga 26 tahun terlibat sebagai
responden kajian dalam kajian ini . Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu
kumpulan kawalan(K)(N=2), kumpulan latihan pliometrik ‘Single Leg Lateral Box
Jump’(SLLBJ)(N=3) dan kumpulan latihan pliometrik ‘Tuck Jump’(TJ)(N=3) .Kandungan
yang terdapat dalam jurnal ini ialah abstrak , pengenalan , penyataan masalah ,objektif
kajian , kepentingan kajian,rekabentuk kajian , subjek kajian , instrument kajian ,rintis
kajian , analisis keputusan kajian dan rujukan .

Akhirnya , jurnal ketiga iaitu “Keberkesanan Program Latihan Pliometrik Dalam


Meningkatkan Ketinggian Lompatan Vertikel Pemain Badminton” ini bertujuan untuk
mengkaji keberkesanan latihan pliometrik dalam meningkatkan kuasa kaki pemain terhadap
ketinggian lompatan secara menegak.Subjek adalah seramai 15 orang, pemain badminton
lelaki peringkat negeri Johor terlibat sebagai responden kajian dalam kajian ini . Pemain
amatur MPJBT dan pelajar Sains Sukan UTM dibahagikan kepada tiga kumpulan: kumpulan
latihan rutin (BJ-Box Jump), kajian (BJSJ-Box Jump Spike Jump) dan tanpa latihan (K-
kawalan). Ujian pra dan ujian pos lompatan menegak (sergeant jump) dijadikan pengukur
bagi melihat peningkatan lompatan selepas empat minggu program latihan. Kandungan
yang terdapat dalam jurnal ini ialah pengenalan,penyataan masalah,objektif kajian ,
kepentingan kajian ,populasi dan persampelan ,instrument kajian , analisis data ,
perbincangan dan rujukan.

2.1 Kekuatan Jurnal


Penilaian saya terhadap ketiga-tiga jurnal ini adalah positif kerana ia membantu
mengenalpasti keberkesanan latihan pliometrik terhadap sesuatu komponen kecergasan
dan kemahiran dalam sesuatu sukan dengan lebih terperinci dan jelas .
Antara kekuatan yang terdapat dalam ketiga-tiga jurnal ini ialah jurnal ini ditulis
dengan padat dan jelas . Penulis menggunakan pelbagai sumber sebagai rujukan untuk
memastikan fakta yang dinyatakan adalah tepat ,sahih dan boleh dipercayai .Contohnya,
jika kita kaji jurnal pertama dengan lebih dalam , penulis menggunakan 29 rujukan bagi
menghasilkan sebuah jurnal yang mempunyai 9 muka surat . Daripada ulasan penulis , kita
dapat mengenalpasti bahawa beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang
keberkesanan latihan pliometrik ke atas perubahan fizikal otot sesorang atlet lompat jauh .
Jurnal ini juga berinformasi dan sesuai bagi pembaca yang ingin mendalami dalam bidang
perguruan bagi membantu guru dan jurulatih dalam pembentukan program latihan pliometrik
yang terancang bagi atlet kanak-kanak lompat jauh lelaki bawah 12 tahun dengan
manipulasi jangka masa latihan, tempoh masa rehat, tempoh masa latihan dan intensiti
latihan . Dengan ini jelaslah, penulis jurnal ini mempunyai pengetahuan dan fikiran yang
tersendiri untuk mengemukakan pendapat beliau .
Cara susunan fakta dan maklumat juga merupakan salah satu kekuatan yang
terdapat dalam ketiga-tiga jurnal ini . Penyusunan maklumat yang sistematik dan teratur ini
memudahkan penyampaian maklumat dengan lebih jelas dan mudah . Penulis menyusun
maklumat dengan menarik di mana tajuk utama diletakkan di atas dan diikuti dengan
abstrak , pengenalan , penyataan masalah , tujuan kajian , objektif kajian , kerangka
teoritikal kajian , sorotan kajian , reka bentuk kajian , analisis dan dapatan kajian , sampel
kajian , instrumen kajian ,kaedah kajian , perbincangan ,rujukan dan penutup . Maklumat
yang berlainan telah disusun dengan menggunakan subtopik yang berlainan . Contohya ,
jika kita kaji jurnal kedua dengan lebih dalam , penulis telah membahagikan perincian
kepada bahagian-bahagian utama iaitu abstrak , pengenalan , penyataan masalah ,objektif
kajian , kepentingan kajian ,rekabentuk kajian , subjek kajian , instrument kajian ,rintis kajian
, analisis keputusan kajian , kesimpulan dan rujukan . Dalam abstrak kajian juga telah
diletakkan beberapa kata kunci bagi memudahkan pembaca untuk memahami keseluruhan
kajian dengan lebih mudah . Contohnya , jika kita kaji jurnal ketiga dengan lebih lanjut
didapati bahawa terdapat beberapa kata kunci dalam abstrak jurnal ini , antaranya ialah
program latihan Pliometrik, ketinggian kompatan vertikel, dan pemain badminton.
Perenggan fakta juga penting dalam sesuatu jurnal dan penulis telah membuat yang
terbaik dalam memudahkan ayat-ayat dan idea supaya lebih senang difahami oleh
pembaca. Penulis juga menggunakan kata yang tepat dan baku bagi membantu para
pembaca untuk senang difahami . Beliau juga menerapkan kerapihan dalam penulisan
dengan meggunakan format tulisan ( justify ) .
Ketiga-tiga jurnal ini memiliki kelebihan pada hasilnya banyak diberikan gambaran
gambaran seperti jadual dan diagram membuat pembaca lebih mudah memahami hasil dari
penelitian jurnal tersebut . Penggunaan grafik seperti rajah atau carta juga digunakan dalam
ketiga-tiga jurnal ini bagi menjadikan pembaca lebih menarik untuk membaca dan
membantu penyampaian intipati jurnal dengan lebih mudah dan cepat . Malah , dapatan
jurnal dapat dianalisis oleh pembaca dengan senang . Contohnya , jika kita kaji jurnal ketiga
dengan lebih dalam, terdapat dua rajah (Min / purata ujian lompatan menegak & peratus
perubahan keputusan ujian menegak ) dan empat jadual ( Keputusan ujian lompatan

menegak , Peratus perubahan keputusan ujian lompatan menegak,Keputusan ujian

mengikut norma Sargent Jump & Norma ujian lompat menegak Sargent Jump ) .

Antara kelebihan jurnal ini adalah pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif yang
menggunakan satu kajian induktif bagi memahami sesuatu fenomena tanpa mempunyai 
pandangan tertentu sebelum meneroka fenomena yang dikaji.Penyelidikan kualitatif
memberikan ruang untuk pengkaji meneroka dan memperoleh kefahaman yang sangat
mendalam dan meluas mengenai fenomena yang dikaji .Dalam kajian ini penyelidik
menggunakan kaedah soal selidik ,pemerhatian. dan analisis bahan dokumen yang
berkaitan , bagi memperoleh sebanyak mungkin data deskriptif untuk gambaran sebenar
mengenai keberkesanan kaedah pliometrik di sesuatu sukan .Jika kita kaji jurnal pertama
dengan lebih dalam , penulis menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data dalam
Analisis deskriptif ukur lilit otot betis (cm) antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
pada ujian pra dan ujian pasca .Menurut Mahizer bin Hamzah daripada model yang bertajuk
kaedah penyelidikan dalam Pendidikan sekolah rendah yang menyatakan bahawa kajian
kes
digunakan untuk memahami lebih mendalam tentang subjek yang dikaji,berfokus kepada
proses berbanding output. mementingkan penemuan kajian . Kaedah ini sangat
bersesuaian untuk memperolehi objektif kajian tercapai dengan tepat.

2.2 Kelemahan jurnal

Jika kita mencari sebuah kelemahan dalam sebuah jurnal mungkin sahaja sangat
sulit untuk mencarinya kerana setiap penulis mempunyai kemampuan dan metode yang
berbeza-beza . Namun menurut saya kelemahan yang ada dalam ketiga-tiga jurnal ini
adalah dari segi sasaran pembaca di mana ianya ditujukan lebih kepada atlet atau pihak
yang berkaitan dalam bidang Pendidikan Jasmani sahaja .Hal ini kerana ketiga-tiga jurnal ini
merupakan jurnal yang bersaling kait mengenai kaedah latihan pliometrik .

Kelemahan seterusnya ialah penulis menggunakan terlalu banyak statistik yang


mungkin mengelirukan para pembaca . Pembaca yang tidak ada pendedahan atau ilmu
kaedah statistik deskriptif akan menghadapi kesusahan untuk memahami jurnal ini .
Pembaca akan menghadapi kesusahan untuk memahami ini kerana isi-isi penting dan
keseluruhan kajian jurnal ini telah diterangkan berasaskan statistik-statistik .Contohnya, jika
kita kaji jurnal ketiga dengan lebih lanjut , keseluruhan jurnal ini telah diterangkan
berasaskan statistik-statistik yang banyak .

Kelemahan seterusnya yang terdapat dalam ketiga-tiga jurnal ini ialah ini ketiga-tiga
jurnal ini terlalu pendek .Contohnya panjang jurnal pertama ialah sebanyak 6 muka surat,
jurnal kedua ialah sebanyak 7 muka surat dan jurnal ketiga pula sebanyak 9 muka surat .
Walaubagaimanapun, fakta dan huraian yang telah diberi adalah tepat, penulis juga boleh
memperbanyakkan lagi fakta dan huraian dan menjelaskannya lebih dalam supaya
pembaca memperoleh banyak lagi maklumat tentang kajian ini. Nampaknya penjelasan dan
penerangan tentang topik dalam kajian ini ringkas dan kurang mendalam. Dalam hal ini,
penulis boleh memberi contoh yang bersesuaian kepada penjelasan tentang sesuatu topik
supaya mudah difahami oleh pembaca .

3.0 Keberkesanan kaedah latihan Pliometrik


Bagi jurnal pertama iaitu ““Kesan Latihan Pliometrik ke atas Perubahan Fizikal
Otot Atlet Lompat Jauh” penulis telah mengenalpasti kesan latihan pliometrik terhadap

perubahan fizikal dalam kalangan atlet lompat jauh. Seramai 24 orang atlet lelaki
berumur 12 tahun di daerah Cameron Highland terlibat sebagai responden kajian.
Mereka dibahagikan kepada kumpulan kawalan (n = 12) dan kumpulan rawatan (n =
12). Program latihan pliometrik dijalankan sebanyak dua kali seminggu selama enam
minggu .Bagi menguji kesan latihan pliometrik terhadap perubahan fizikal dalam kalangan
atlet lompat jauh penulis jurnal ini telah melaksanakan Ujian Anova dua hala iaitu Ukur Lilit
paha dan Ukuran Lilit Otot Betis. Ukur lilit otot paha diambil 1 cm di bawah otot “gluteus”

pada titik kawasan lilitan otot yang paling besar. Pita ukur jenama Seca 201 (cm) telah
digunakan sebagai alatan kajian dalam kajian ini . Beberapa prosedur telah dilaksanakan
dalam pelaksanaan Ujian Anova ini . Pertamanya , responden berdiri dalam keadaan tegak
diatas permukaan kerusi yang rata dengan berdiri dalam keadaan kaki terbuka seluas bahu
agar berat badan stabil . Kedua , penyelidik harus mengenalpasti bahagian paha yang
paling besar iaitu 1 cm di bawah Gluteal dan ditanda. Bacaan ukuran tersebut perlu diambil
dengan sudut pandangan 90 darjah . Ukuran ini diambil sebanyak 3 kali. Purata bacaan
ukur lilit paha perlu diambil kira. Seterusnya , skor ujian dilihat dan dicatat berpandukan
bacaan ukur lilit pada bahagian otot betis yang paling lebar. Ukuran pada bahagian
ini perlu dilakukan berulang kali untuk mengenalpasti dengan tepat ukuran yang paling
lebar pada otot gastrocnemius.Alatan yang telah digunakan dalam ujian ini adalah Pita ukur
jenama Seca 201 (cm).Pertamanya, responden perlu berdiri dalam keadaan tegak di atas
permukaan kerusi yang rata dengan berdiri dalam keadaan bukaan kaki seluas bahu agar
keadaan badan lebih stabil. Kedua, penyelidik telah mengenal pasti kawasan untuk ukuran
iaitu bahagian yang paling besar antara lutut dengan buku lali. Pita ukur dililitkan pada otot
betis yang dikenal pasti besar tanpa berlaku lipatan pada bahagian kulit. Bacaan ukuran ini
diambil dengan sudut pandangan 90 darjah. Ukuran ini diambil sebanyak 3 kali. Akhirnya
mengambil kira purata bacaan ukur lilit betis. Seterusnya ,struktur otot adalah terdiri
daripada I-Band, A-Band, Z-Disc dan Sarcomere. Struktur ini merupakan tunjang utama
yang membentuk otot yang lebih kuat. Peningkatan bebanan latihan akan
meningkatkan proses miofibril otot. Proses pembentukan miofibril otot yang tinggi
membantu menghasilkan serat otot yang lebih banyak membolehkan struktur otot
yang dibentuk adalah lebih kuat. Pelaksanaan latihan pliometrik dengan bebanan yang
sesuai dapat mewujudkan kesan positif terhadap peningkatan saiz otot kaki atlet. Hasil
tinjauan dapatan kajian lepas juga banyak yang menyatakan bahawa latihan pliometrik yang
dilaksanakan dengan kriteria yang tertentu akan berkesan dalam meningkatkan saiz otot
kaki .Dapatan kajian dalam kajian ini menunjukkan bahawa berlaku pembesaran pada
diameter ukur lilit paha dan betis pada kedua dua kumpulan dengan kumpulan rawatan
menunjukkan peningkatan diameter yang lebih ketara berbanding kumpulan kawalan.
Ujian ANOVA dua hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi pembesaran
diameter otot paha dan betis antara kumpulan dan masa ujian dijalankan.
Kesimpulannya latihan pliometrik menunjukkan terdapat perubahan fizikal ukur lilit otot
pahadan otot betis dalam kalangan atlet lompat jauh. Implikasinya, latihan pliometrik
yang lebih terancang dengan bebanan yang sesuai untuk kategori umur menengah
rendah perlu dilaksanakan sebagai langkah penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi
yang lebih cemerlang .
Bagi jurnal kedua iaitu “Keberkesanan Latihan Pliometrik Untuk Perejam Sepak
Takraw” penulis telah mengenalpasti keberkesanan latihan pliometrik ke atas pemain
yang berposisi perejam dalam sukan sepak takraw. Subjek terdiri daripada lapan orang
pemain lelaki perejam sepak takraw berumur diantara 20 hingga 26 tahun terlibat sebagai
responden kajian dalam kajian ini . Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu
kumpulan kawalan(K)(N=2), kumpulan latihan pliometrik ‘Single Leg Lateral Box
Jump’(SLLBJ)(N=3) dan kumpulan latihan pliometrik ‘Tuck Jump’(TJ)(N=3) . Tempoh latihan
pliometrik yang dijalankan adalah selama enam minggu.Bagi membandingkan tahap
ketinggian bagi dua kumpulan latihan pliometrik dan kumpulan tanpa latihan ujian ‘Rejaman
Maksimum Bola Statik’(RMBS) dilaksanakan sebagai pengukur tahap ketinggian
rejaman .Latihan pliometrik ini dilaksanakan selama enam minggu. Latihan dijalankan
sebanyak dua kali dalam masa seminggu. Jenis-jenis latihan pliometrik yang dijalankan
ialah ‘Single Leg Lateral Box Jump’(SLLBJ) dan ‘Tuck Jump’(TJ).Instrumen ujian yang
dijalankan ialah ujian ’Rejaman Maksimum Bola Statik’(RMBS) iaitu ujian untuk mengukur
tahap ketinggian rejaman yang maksimum dalam keadaan bola sepak takraw yang statik.
Bacaan ketinggian maksimum bola sepak takraw direjam akan diambil dan direkod dalam

borang skor. Keputusan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dalam ujian ‘Rejaman Maksimum Bola Statik’(RMBS) bagi ketiga- tiga kumpulan
dengan nilai p=0.50 > p=0.05 bagi kumpulan kawalan, p=0.10 > p=0.05 bagi kumpulan
‘Single Leg Lateral Box Jump’(SLLBJ) dan p=0.42 > p=0.05 bagi kumpulan ‘Tuck Jump’(TJ).
Peratus perubahan skor dalam ujian ’Rejaman Maksimum’ (RMBS) bagi ketiga-tiga
kumpulan menunjukkan bahawa kumpulan yang menjalani latihan ’Single Leg Lateral Box
Jump’(SLLBJ) menunjukkan peningkatan yang paling tinggi iaitu 20.99 peratus. Kumpulan
kawalan juga menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.76 peratus manakala
kumpulan ’Tuck Jump’(TJ) menunjukkan penurunan sebanyak -1.54 peratus. Ini
menunjukkan latihan pliometrik ’Single Leg Lateral Box Jump’(SLLBJ) sangat berkesan
dalam membantu pemain perejam sepak takraw dan membantu meningkatkan lagi
keputusan dalam ujian RMBS. Latihan pliometrik ‘Single Leg Box Jump’(SLLBJ) adalah
latihan yang sesuai bagi permainan yang memerlukan lompatan. Latihan ini sesuai kepada
perejam yang biasanya melompat dan mendarat dengan menggunakan kaki dominan.
Daripada dapatan kajian, latihan pliometrik SLLBJ sesuai diadaptasikan kepada pemain
berposisi perejam sepak takraw dalam menambahkan kuasa eksplosif dan membantu
meningkatkan keupayaan lompatan dalam melakukan rejaman.

Bagi jurnal kedua iaitu “Keberkesanan Program Latihan Pliometrik Dalam


Meningkatkan Ketinggian Lompatan Vertikel Pemain Badminton” penulis telah
mengenalpasti keberkesanan latihan pliometrik dalam meningkatkan kuasa kaki pemain
terhadap ketinggian lompatan secara menegak . Subjek adalah seramai 15 orang, pemain
badminton lelaki peringkat negeri Johor, pemain amatur MPJBT dan pelajar Sains Sukan
UTM dibahagikan kepada tiga kumpulan . Jenis-jenis latihan pliometrik yang dijalankan ialah
(BJ-Box Jump), kajian (BJSJ-Box Jump Spike Jump) dan tanpa latihan (K-kawalan). Ujian
pra dan ujian pos lompatan menegak (sergeant jump) dijadikan pengukur bagi melihat
peningkatan lompatan selepas empat minggu program latihan. Kajian ini telah
menggunakan latihan ujian lompatan menegak selepas atlet menjalani latihan harian
badminton selama 4 minggu untuk melihat keberkesanan latihan pliomterik yang telah
dijalankan . Untuk kajian ini, instrumen kajian yang digunakan adalah kad skor ujian lompat
menegak untuk mencatatkan skor ujian pra dan pos lompatan menegak yang mana skor
terbaik diantara ke tiga-tiga percubaan akan dikira sebagai skor ujian . Borang skor latihan
pliometrik juga digunakan untuk mencatatkan bilangan set dan ulangan setiap bentuk latihan
yang dijalankan . Kapur tulis juga yang digunakan berukuran 1 inci untuk menanda puncak
tertinggi yang boleh dicapai oleh atlet semasa menjalani ujian lompatan menegak. Bagi
kajian sebenar, keputusan ketiga-tiga kumpulan (BJ, BJSJ, dan K) menunjukkan
peningkatan dari segi lompatan setelah menjalani ujian lompatan lompatan menegak.
Daripada ujian-t, nilai yang diperolehi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi
kumpulan BJ dan kumpulan BJSJ, manakala bagi kumpulan K pula, tidak terdapat
perbezaan yang signifikan dalam ujian lompatan menegak pada aras signifikan yang
ditetapkan iaitu p < 0.05. Berdasarkan kepada norma ujian Sargent Jump, subjek
kumpulan BJ tidak menunjukkan peningkatan purata keputusan ujian. Kumpulan ini berada
pada kedudukan purata yang sama untuk ujian pra dan pos iaitu average. Bagi kumpulan
BJSJ, memperlihatkan perubahan peningkatan purata iaitu daripada fair kepada average
untuk kedua-dua ujian. Ini menunjukkan tambahan latihan yang diberi dapat meningkatkan
ketinggian lompatan pemain badminton. Manakala bagi kumpulan K pula, purata ketinggian
norma untuk kedua-dua ujian berada pada kedudukan sama iaitu fair.
Penyelidik menggunakan latihan spike jump sebagai tambahan kepada program latihan
kerana latihan ini boleh di sesuaikan dan di aplikasi dengan kemahiran smesy dalam sukan
badminton. Dapatan daripada analisis data menunjukkan penerimaan hipotesis alternatif
(HA) dan menolak hipotesis nol (Ho). Ini membuktikan latihan pliometrik bagi kumpulan
kajian ini dapat meningkatkan kekuatan kaki pemain badminton walaupun latihan tambahan
yang diberikan adalah di adaptasi daripada program latihan pliometrik sukan bola tampar.
Dapatan kajian ini menyerupai dapatan kajian Toplica Stojanovic dan Radmila Kostic (2002)
dalam kajiannya tentang keberkesanan latihan pliometrik. Mereka telah menggunakan the
block jump dan the spike jump dalam mencari perbezaan peningkatan bagi ketinggian
lompatan menegak dalam sukan bola tampar. Hasil daripada kajian, mereka secara
statistiknya menemui perbezaan dalam peningkatan lompatan menegak antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan bagi pemain bola tampar tersebut. Ternyata, kaedah
latihan pliomterik ini memberikan kesan yang positif kepada semua atlet. Buktinya, dengan
melakukan Ujian Lompatan Menegak ini, kita dapat lihat peningkatan dari segi ketinggian
lompatan atlet sama ada atlet sukma, pemain badminton amatur atau pelajar Sains Sukan
UTM melakukan lompatan menegak adalah lebih tinggi pada ujian pos berbanding ujian pra.
Jadi jelaslah bahawa kaedah latihan pliometrik ini semamangnya dapat meningkatkan
kekuatan otot kaki seseorang individu. Ujian pra dan ujian pos lompatan menegak (sergeant
jump) dijadikan pengukur bagi melihat peningkatan lompatan selepas empat minggu
program latihan. Setiap rekod data mereka telah dicatat dan dilampirkan dalam bentuk graf
palang berganda. Dengan ini data seperti min dan purata keputusan latihan masing-masing
dapat diperoleh dan mudah dianalisis. Menurut data yang diperoleh, latihan yang telah
memberi keberkesanan yang paling effektif telah dikenalpasti dan perkara ini memberi
dorongan yang baik untuk membuat keputusan mengenai kajian keberkesanan latihan
pliometrik yang telah dilakukan ini.

4.0 Penutup
4.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Secara keseluruhannya , penulisan ketiga-tiga jurnal ini telah berjaya membuktikan
keberkesanan latihan pliometrik ke atas perubahan fizikal otot atlet lompat jauh , terhadap
pemain yang berposisi perejam dalam sukan sepak takraw dan peningkatkan ketinggian
lompatan vertikel pemain badminton . Tuntasnya, dapat disimpulkan bahawa, ketiga-tiga
jurnal ini telah menerangkan dan mengkaji secara terperinci dengan menggunakan kaedah-
kaedah kajian yang sesuai untuk melihat keberkesanan Kaedah Latihan Pliometrik terhadap
kecergasan fizikal . Berdasarkan kajian ketiga-tiga jurnal ini, terdapat kelemahan-kelemahan
yang perlu diperbaiki oleh pengkaji supaya data yang diperoleh adalah lebih tepat dan
menyeluruh. Walaubagaimanapun untuk melihat perubahan pada bentuk otot, latihan
pliometrik haruslah yang dirancang lebih teliti dengan mengambil kira kriteria bebanan
yang sesuai (Nicole, Kathleen, Swanikt & Stephen, 2004), bebanan, jangka masa
latihan dan jangka masa rehat yang secukupnya antara setiap sesi latihan , umur
(Faigenbaum, 2006) perlu dipantau rapi oleh jurulatih supaya latihan dan teknik yang
diaplikasikan tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan atlet. Antara penambahbaikan
program latihan ialah latihan pliometrik hendaklah dititikberatkan dalam sesi latihan sukan
khususnya di peringkat sekolah bagi meningkatkan prestasi sukan. Pelajar juga diminta
melakukan latihan yang telah diprogramkan dengan sebaik mungkin supaya hasil dapatan
lebih tepat. Selanjutnya, latihan pliometrik juga boleh ditambah pada setiap minggu. Begitu
juga dengan set dan ulangan untuk melihat keberkesanan pada setiap intensiti yang
dijalankan tidak hanya melihat pada bebanan, set dan ulangan yang sama setiap minggu.
Kesediaan pelajar sahaja tidak mencukupi tanpa latihan dan bimbingan daripada jurulatih.
Kejayaan sesuatu bidang sukan adalah ekoran daripada tanggungjawab jurulatih dalam
memastikan kejayaan atlet jagaannya (Harre, 1982). Daripada kenyataan ini,
bersesuaianlah bahawa keputusan dan kejayaan kajian ini juga turut dipengaruhi oleh
penglibatan jurulatih dalam melatih dan memberi dorongan kepada atlet yang terlibat
sebagai subjek kajian ini. Dalam konteks ini, mereka perlu menambahbaikan lagi kaedah
latihan pliometrik mengikut prinsipnya bagi meningkatkan kekuatan dan membina daya
tahan. Jurulatih juga perlu memastikan semua pelajar memanaskan badan dengan
sempurna sebelum menjalankan latihan, tidak digalakkan berlatih sendirian, pastikan berat
bebanan yang hendak diambil selaras dengan keupayaan diri.
Walaupun kajian sebelum ini banyak menumpukan kepada atlet yang berusia 18
hingga 25 tahun namun bagi Chu, Faigenbaum dan Falkel (2006) zaman kanak-kanak
merupakan waktu yang sangat sesuai untuk penerapan program latihan pliometrik berikutan
sistem neuromuskular kanak-kanak yang sedia menerima impak latihan berkenaan.
Mackenzie (1997) dan Chu, Faigenbaum dan Falkel (2006) menyatakan pelaksanaan
program latihan pliometrik yang dirancang khusus perlu diberi perhatian. Oleh itu ,
penyelidik telah merancang program latihan pliometrik dengan prosedur latihan yang
sesuai terhadap atlet kanak-kanak untuk melihat impak latihan kepada prestasi
mereka .

4.2 REFLEKSI
Dengan mengkaji jurnal ini, saya turut mempelajari banyak pengetahuan yang baru.
Tugasan ini telah meningkatkan daya pemikiran saya untuk menganalisis dan menilai
tentang kaedah latihan pliometrik ini. Saya semakin memahami tentang prinsip-prinsip
latihan pliometrik, kesan pliometrik terhadap otot seseorang atlet dan contoh aktiviti latihan
pliometrik. Dengan ilmu inilah, saya berharap agar saya mampu untuk mengaplikasikan
kaedah latihan pliometrik dalam kecergasan fizikal setiap individu yang terlibat di dalam
sesuatu latihan itu perlu memahami setiap aspek latihan ini untuk mendapatkan
keberkesanan setiap aktiviti atau gerak kerja dijalankan.

4.3 KESIMPULAN

Latihan pliometrik merupakan salah satu latihan yang ideal untuk meningkatkan
tahap prestasi setiap atlet. Namun keberkesanannya bergantung kepada bagaimana cara
setiap individu itu memahami, menjalankan latihan dan mengaplikasikannya dalam acara-
acara sukan yang disertai. Secara keseluruhannya, sebagai pembaca saya dapat
menganalisis bahawa ketiga-tiga penulis bagi jurnal ini telah membuat penilaian yang sama
atas aktiviti dan permainan mereka. Iaitu mereka telah menguji keberkesanan latihan
pliometrik bagi menigkatkan kemahiran yang tertentu. Secara lanjutnya, keputusan kajian
mereka juga menunjukkan bahawa pelaksanaan latihan pliometrik amat sesuai bagi
meningkatkan kemahiran sesuatu aspek dalam aktiviti dan permainan yang tertentu. Hal ini
kerena, dengan adanya latihan pliometrik dalam jadual yang menujukkan prestasi yang
amat baik selepas pelaksanaanya apabila berbanding sebelum pelaksanaan latihan
pliometrik ini dalam ketiga-tiga kajian jurnal tersebut.

PAUTAN LINK JURNAL

JURNAL 1
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSSPJ/article/view/701

JURNAL 2
https://www.researchgate.net/publication/
49911057_Keberkesanan_latihan_Pliometrik_untuk_perejam_sepak_takraw

JURNAL 3
https://www.researchgate.net/publication/
49910830_Keberkesanan_program_latihan_pliometrik_dalam_meningkatkan_ketinggi
an_lompatan_vertikel_pemain_badminton

RUJUKAN

Chu, D. A., Faigenbaum, A. D. & Falkel, J. E. (2006). Progressive Plyometric for


Kids:
Healthy Learning. Monterey. LA.

Faigenbaum, A. D. (2006). NSCA’s Performance Training Journal. Journal of Plyometric for Kids,
5(2), 13-16.

Nicole, J. C., Kathleen, A. S., Swanikt, C. B., & Stephen, J. S. (2004). Effects of plyo training on
muscle activation strategies and performance in female athletes. Journal of Athletic
Training. 39(1) 24-31.

Mackenzie, B. (1997). Plyometrics. Plyometrics Drills and Their Intensity. Retrieved Mei 04,
2015.
https://brianmac.co.uk/plyo.htm.

Tipton, K. D., & Wolfe, R. R. (2001). Exercise, Protein, Metabolism and Muscle Growth. USA:
Human Kinetics.

Anda mungkin juga menyukai