asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin. Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita
bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur Hasmira Hasbullah pada
pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya
memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin
dalam kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua
pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan.
Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan
inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan
pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan
tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan
sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya,
Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel
datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Selamat datang juga buat saudara. Sebelum saya menyimpang dengan lebih
jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin. Panel
Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan.
Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual kehakiman, rakan-
rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati Allah sekalian. Pada pendapat saya,
tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan sudah semestinya membawa kepada
persoalan yang berkait dengan kawalan individu, pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Kawalan
inilah yang penting dalam menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di
tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan disiplin. Di sekolah,
disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya
tanggungjawab yang digalas oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama ada murid
itu sendiri, guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau masyarakat
umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan disiplin adalah asas penting bagi
membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah yang dipikul
dengan baik adalah tunjang kepada kawalan sosial yang baik. Namun tidak dinafikan, ramai juga
masyarakat di luar sana menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu perkara yang sangat
negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah sedangkan hakikatnya ia merupakan usaha
yang perlu bagi memperbaiki etika dan gaya hidup bertamadun manusia. Contohnya orang Jepun
yang membangunkan negara mereka setelah menjadi padang jarak padang tekukur dan kini
merupakan negara moden seperti sekelip mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah
tanggungjawab dan disiplin yang hebat. Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas
lontaran konsep yang utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, disiplin
dan tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap kecemerlangan yang maksimum. Ia
boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu, iaitu tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan
tanpa tanggungjawab, disiplin tidak akan dapat dibentuk. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan
seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas kepada pendisiplinan pelajar agar
kecemerlangan secara holistik dapat dicapai? Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada
pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.. Baiklah sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah
dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang
ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini
dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu bapa. Seharusnya, pihak ibu bapa perlu sedar akan
kepentingan hubungan yang erat dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan berkala di antara ibu
bapa para pelajar dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini amat
penting kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin anak-anak mereka di
sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan ibu bapa mengambil remeh tentang
masalah disiplin anak-anak mereka di sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan
terbiar sehingga menyebabkan mereka membuat tindakan yang bertujuan untuk mendapatkan
perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan sebagainya yang
mana hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes disiplin di sekolah. Oleh itu, pihak ibu
bapa dan guru di sekolah perlu mengadakan hubungan yang baik supaya segala masalah yang
berkaitan dengan pelajar dapat diselesaikan “sebelum nasi menjadi bubur”. Pengerusi : Terima kasih
kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak asas pendisiplinan yang boleh diimplementasikan
untuk mengawal masalah disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan
tentang konsep tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan selengkapnya tentang asas-
asas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel ketiga tentang persoalan
Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum
ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di
kalangan pelajar sekolah sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media massa.
Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh
terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-
gilir telah disiarkan di Buletin 1.30. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Dengar-dengarkan pantun
ini : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki; Berguru kepalang ajar, Bagai bunga
kembang tak jadi. Pantun empat kerat tadi membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara
yang betul dan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau sia-sia begitu
sahaja. Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir hayat. Sebagaimana sabda Nabi
Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi
setiap Muslim.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya
melalui pembacaan, penelitian, pentaakulan belajar daripada pengalaman lepas serta yang paling
utama menuntut ilmu daripada seseorang yang pakar dalam bidang tertentu yang digelar guru.
Konsep guru merujuk kepada seseorang yang mengajar dan mendidik sama ada untuk mencapai
kejayaan akademik atau kemuliaan akhlak. Guru ada di mana-mana. Ibu bapa boleh menjadi guru
yang paling baik buat anak-anaknya. Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru kepada adik-
adiknya. Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan dalam kelompok
sosialnya. Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru dalam kehidupannya. Guru dalam
konsep ini lebih kepada tugas ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman,
mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku dalam
hidup dengan penerimaan yang baik. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan adalah
tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa, guru, masyarakat, media massa dan semua
yang terlibat adalah bertanggungjawab dalam pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan pelajar.
Seperti kata-kata sahabat Rasulullah SAW tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah baik
pada Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah SWT.