Anda di halaman 1dari 2

1.

PENJIMATAN TENAGA

Penjimatan tenaga adalah perbuatan atau hal menjimatkantenaga. Ia berkaitan dengan perihal
berjimat atau menjimatkan penggunaan sesuatu .Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara
cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan
cahaya matahari dan lain-lain.Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti
memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari
dan lain-lain.

2.MENGAPA PERLU JIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA

Penggunaan tenaga elektrik merupakan salah satu punca peningkatan CO2(karbon dioksida) di
samping pengangkutan, bahan buangan dan pembangunan lain. Pembebasan karbon adalah dari
proses menghasilkan tenaga elektrik dan ini bermakna semakin kurang tenaga elektrik yang
digunakan semakin kurang CO2 dibebaskan dipuncanya.

3.TERDAPAT BANYAK SEBAB MENGAPA ANDA HARUS MENJIMATKAN TENAGA

A) Salah satu penyebab utama perubahan iklim ialah keperluan manusia yang semakin meningkat
untuk tenaga; sama ada elektrik, gas dan minyak dan semuanya ini datang dari bahan fosil.Ketika ini
ramai yang bimbang dan prihatin tentang meningkatnya bil elektrik. Puncanya adalah meningkatnya
kos penjanaan tenaga dan keuntungan yang diperoleh oleh pembekal tenaga. Realitinya, isu yang
lebih kritikal ialah kita menggunakan sumber alam yang terhad pada kadar yang meningkat.

B) Sesetengah sumber ini, terutamanya minyak, kita menggunakannya pada kadar lebih tinggi
berbanding jumlah yang boleh dikeluarkan dan sumber ini semakin berkurangan. Terdapat juga
banyak pilihan sumber tenaga lain yang secara teorinya boleh digunakan tanpa mengurangkan
sumber alam. Bagaimanapun terdapat isu teknikal lain yang perlu diselesaikan sebelum ianya boleh
menjadi sumber yang dominan.

C) Jalan penyelesaian yang mudah ialah mengurangkan penggunaan tenaga yang kita gunakan.
Dengan ini kita menjimatkan wang di samping mengurangkan tumpuan penggunaan sumber alam.
Sesetengah orang mempertikaikan mengapa kita harus melakukan penjimatan sedangkan di tempat
lain, penjimatan tenaga tidak dilakukan. Kita harus bermula pada satu tempat dan menunaikan
tanggungjawab sebagai seorang individu.

D) Dengan menjimatkan tenaga, kita sebagai individu sudah menyumbang kepada pengurangan CO2
dan perubahan iklim. Kita semua sebagai individu boleh memberi impak dan membuat perubahan
kecil untuk memperbaiki keadaan. Kita semua harus berubah dan semakin cepat kita mulakan
perubahan ini, semakin segera pembaikan dari aspek teknologi akan berlaku dan semakin segera
pulangan penjimatan kita rasai.

4. TIPS PENJIMATAN

Semakin banyak anda guna tenaga elektrik, semakin tingginya bil elektrik bulanan anda. Jadi, jika
anda ingin mengurangkan bil elektrik bulanan anda, disini saya sertakan cara mudah untuk
menjimatkan bil elektrik anda.

A) Tukar lampu: Jika anda masih menggunakan lampu mentol yang berwarna kuning, tukarlah
kepada lampu kalimantang (fluorescent) . Ianya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah lampu
fluorescent ini mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun lamanya dan ianya juga menghasilkan
haba yang sedikit.

B) Gunakan kipas: Angin dapat menurunkan sedikit suhu bilik dalam beberapa darjah celcius. Cuma
jangan lupa untuk menutup kipas apabila anda keluar bilik. Ingat, kipas untuk menyejukkan badan
anda, bukannya menyejukkan bilik.

C) Mencabut plug: Gajet seperti pengecas telefon bimbit dan microwave oven menghauskan tenaga
elektrik, selagi mana ia disambungkan ke soket elektrik. Alat elektrik yang tidak digunakan dan
dibiarkan dalam keadaan standby akan menggunakan lebih kurang 5%-10% dari jumlah bil elektrik
bulanan anda. Jadi, sentiasa pastikan alat elektrik yang tidak digunakan ditutup siusnya.

D) Beli alat elektrik jimat tenaga: Jika anda masih menggunakan peti sejuk yang berumur 10 tahun
atau lebih, tukarlah kepada peti sejuk yang terbaru. Ini kerana kebanyakkan alat elektrik pada masa
sekarang lebih cekap tenaga. Beli alat elektrik yang mempunyai rating Energy Star yang tinggi.

E)Pengunanan mesin basuh: Basuhlah baju anda hanya dengan muatan kain penuh. Ini akan
menjimatkan tenaga elektrik dan juga air.

F) Servis penghawa dingin: Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat
untuk menyejukkan bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter
penghawa dingin sekurang-kurangnya setahun sekali.

Anda mungkin juga menyukai