Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG (VIP)

PROTOKOL SEKOLAH .........

Tuan-tuan/puan-puan sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada ALLAH
S.W.T kerana pada pagi yang indah kita dapat bersama-sama dalam Mesyuarat Agung PIBG SK BUKIT
LINTANG Kali ke-53. Bersyukur juga kerana Allah telah mengerakkan hati tuan-tuan dan puan-puan
untuk hadir dalam majlis yang berlangsung secara Google Meet ini.

Pada hari ini kita berada di dalam negara yang aman dan makmur serta membangun dengan
pesatnya. Dan nikmat yang kita kecapi pada hari ini bukannya datang bergolek tanpa usaha dan
ikhtiar dari pelbagai pihak sama ada kita sedar ataupun tidak. Namun, alhamdulillah kerana
kemakmuran dan kejayaan negara hari ini telah kita nikmati bersama. 
Tuan-tuan/Puan-puan

Hasil kajian para bijak pandai, mendapati pendidikan merupakan perkara yang penting yang mampu
mengubah taraf hidup kita. Dengan adanya ilmu pengetahuan kita juga mampu meningkatkan
keupayaan ekonomi, politik, sosial dan agama.

Kerajaan juga telah memperuntukkan jumlah yang amat besar dalam usaha meningkatkan mutu
pendidikan. Syukur kepada Tuhan, hari ini keadaan kebanyakan sekolah-sekolah di Malaysia adalah
sangat memuaskan dan jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, kemudahan
pendidikan di sekolah-sekolah kita jauh lebih baik.

Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

Walaupun berbagai-bagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan kepada kita, namun yang
amat menyedihkan ialah pencapaian anak-anak bangsa kita dalam pendidikan yang kurang
memuaskan. Keadaan ini jika dibiarkan berterusan, sudah pasti masa depan anak-anak bangsa kita
tidak terjamin.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk memastikan anak-anak mendapat
ilmu pendidikan yang sempurna. Ibubapa tidak boleh menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-
anak 100% kepada pihak sekolah. Perlu kita sedar bahawa masa anak-anak di sekolah hanya 6 jam
sehari manakala masa mereka di rumah dan dibawah pengawasan ibubapa adalah lebih baik kurang
18 jam. Maka tidak wajarlah jika terus menuding jari menyalahkan guru-guru di sekolah jika anak-
anak kita tidak berjaya dalam pelajaran. Oleh itu, sebagai ibubapa hendaklah sentiasa memberi
kerjasama kepada pihak sekolah untuk kebaikan anak-anak.

Masanya belum terlambat untuk kita semua memperbaiki perkara ini. Harapan kita di masa-masa
akan datang ialah dapat melihat peratusan belia yang mampu untuk mencapai kecemerlangan.
Sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa masalah sosial yang melanda para belia kita sudah
semakin runcing. Oleh itu, ibubapa mestilah mampu menerokai dunia global yang penuh cabaran ini.
Para belia mestilah yakin pada diri sendiri dan mereka mestilah juga menjadi pemandu dan penentu
bangsa kerana pemuda pemudi adalah tiang negara. Oleh itu, para belia perlukan pendewasaan
sikap dan tingkah laku serta mengamalkan budaya yang sihat agar pemahaman agama dapat
membimbing manusia ke arah kebenaran dan mampu memberikan rasa kedamaian, kerukunan dan
kesejahteraan.
Tuan-tuan/Puan-puan sekalian,

Kita merasa jijik dan amat marah apabila kita melihat di dada-dada dalam akhbar ada ibubapa yang
sanggup membuang bayinya di tempat-tempat awam. Kita menganggap bahawa perbuatan mereka
itu adalah tidak berperikemanusiaan. Namun, jikalau dibandingkan dengan ibubapa yang tidak
menghantar anak-anak ke sekolah, masyarakat tidak pula menganggap ia adalah perbuatan yang
tidak berperikemanusiaan. Walhal perbuatan tidak menghantar ataupun tidak memberi pendidikan
kepada anak adalah satu perbuatan yang kejam kerana masa depan anak-anak mereka tidak
terjamin. Jika anak-anak tidak ada ilmu pengetahuan bagaimana ia menempuh kehidupan pada
masa akan datang yang lebih mencabar.

Kita harus mempersiapkan generasi muda kita dengan berbagai kemahiran hidup dan ilmu
pengetahuan agar anak-anak muda ini tidak menyimpang daripada cita-cita perjuangan bangsanya
sendiri. Kita juga tidak mahu anak bangsa kita dikatakan anak bangsa yang tidak tahu mengenang
budi dan tidak tahu berterima kasih terhadap jasa baik dan pengorbanan yang diberikan oleh
ibubapa, masyarakat dan kepimpinan negara.

Generasi muda harus diberikan pendedahan bahawa kemajuan, keamanan dan kemakmuran yang
kita warisi hari ini bukan diperolehi dengan cara yang mudah dan bersenang-lenang, tetapi dengan
semangat dan perjuangan yang tinggi bagi mempertahankan maruah, bangsa dan negara. Ingatlah,
apa juga gaya dan corak kehidupan belia hari ini, adalah melambangkan masa depan negara dan
bangsa kita akan datang.

Justeru itu, adalah diharapkan dengan adanya seminar ibubapa, belia dan beliawanis pada hari ini,
dapat memberikan kita sedikit sebanyak pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya
pendidikan dalam usaha membangun negara cemerlang. Oleh itu, saya merasmikan majlis ini.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai