Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN – SUKAN DAN REKREASI

Sukan dan rekreasi memainkan peranan penting dalam


melahirkan insan yang sihat dari segi fizikal dan mental.
Namun begitu, ramai diantara kita mencari pelbagai
alasan untuk tidak bersukan. Contohnya mereka
memberikan alasan yang dangkal seperti sibuk mencari
rezeki, sudah berusia dan sibuk menyiapkan kerja
sekolah . Ternyata bersukan banyak faedahnya dan
beriadah banyak pula kebaikannya.

Terdapat banyak faedah sukan dan rekreasi. Antaranya


ialah menjaminkan kesihatan badan seseorang. Ketika
bersukan atau beriadah, peluh dan toksik yang tidak
baik utuk badan dapat dikeluaran. Selain itu, seseorang
itu juga dapat mencapai atau mengekalkan berat
badan ideal sekiranya konsisiten dalam sukan dan
beriadah.

Seterusnya, bersukan dan beriadah juga dapat


mengurangkan stress seseorang setelah penat bekerja
ataupun belajar. Dengan berbuat demikian, seseorag
itu dapat mengeluarkan hormon Endorphin dan
Serotonin. Hormon tersebut akan seseorang itu berasa
gembira dan tenang.

Di samping itu , aktiviti sukan dan riadah mampu


mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga
mahupun rakan-rakan dan merapatkan hubungan
perpaduan rakyat . Begitu juga dengan sifat
bekerjasama dan kekitaan antara ahli kumpulan dalam
sukan. Sifat tersebut datang secara tidak langsung bagi
mencari kemenangan ke atas pihak lawan.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan dan faedah


yang diperoleh daripada aktiviti sukan dan rekreasi dari
semua lapisan masyarakat. Hendak seribu daya tak
hendak seribu dalih. Umur bukanlah halangan untuk
seseorang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Oleh
itu , Kita mestilah berusaha mencari masa untuk
bersukan dan beriadah walaupun sibuk dengan kerja
atau sekolah.

Anda mungkin juga menyukai