Anda di halaman 1dari 2

، ‫احلمد لله الذي هدانا هلذا وماكنا لنهتدي لوال أن هدانا اهلل‬

‫والصالة والسالم على سيد األنام بلغ الرسالة ونصح األمة‬


. ‫وكشف الغمة‬
Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana


telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri
Majlis Makan Malam Tahunan Sekolah kebangsaan
pengkalan kubor 1 pada malam ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang


dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan


rahmat-Mu , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah hari-hari
yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya
kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa


Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan
majlis ini sebagai satu wadah untuk kami bersatu-padu ,
bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami dan
juga demi membangunkan dan memartabatkan sekolah
kami di persada arus perdana kecemerlangan pendidikan
negara.
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para
pendidik dan kakitangan sekolah ini, agar menjadi wadah
perjuangan kami dalam membina sebuah institusi
kekeluargaan.
Amin Ya Rabbal’alamin
Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang
teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi cabaran-
cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi norma
baru hidup masakini

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang


benar dan cara-cara melaksanakan serta
menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga
jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui
keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah pertemuan kami ini sebagai


pertemuan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah
perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang
Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا يف الدنيا حسنة ويف اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫واحلمد هلل رب العالـمني‬

Anda mungkin juga menyukai