Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
5. campur tangan British dalam adat resam masyarakat tempatan merupakan faktor
utama tercetus peristiwa dahagi pada tahun 1857. Nilaikan pernyataan ini (mesti buat
penilaian…ada wacana penilaian untuk soalan ini.)
6. Bincangkan transformasi ekonomi,sosial dan politik dalam gerakan menguatkan diri
(gmd) di china pada tahun1861-1895.
7. Sejauh manakah pakatan tentera merupakan faktor yang mencetuskan perang dunia
pertama.
8. Huraikan kesan-kesan Perang Dunia Pertama dari aspek sosial dan ekonomi
9. Huraikan kesan-kesan perang dingin pada tahun 1945-1955.
10. Huraikankan Perang Dingin di Asia pada tahun 1945-1955
11. “Pendidikan Barat yang diperkenalkan British merupakan penyebab utama
nasionalisme di India.”Setujukah anda dengan pernyataan tersebut?Bincangkan.
12. Nilaikan peranan Maharma Gandhi dalam perjuangan kemerdekaan India.
13. Bincangkan corak dekolonisasi ke atas penjajahan British di India oleh Mahatma
Ghandhi sebelum perang Dunia Kedua.
14. “Peristiwa Gerakan 4 Mei yang berlaku pada tahun 1919 telah memulihkan keadaan
China daripada ancaman kuasa asing ke arah pembentukan sebuah negara yang
merdeka .” Bincangkan
15. Huraikan faktor-faktor yang mendorong penubuhan pertubuhan perjanjian atlantik
utara (NATO)
16. Terangkan penglibatan amerika syarikat dan united kingdom dalam NATO
SOALAN 1 :
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA PEMBERONTAKAN BOXER
DI CHINA PADA ABAD KE-19.
Pemberontakan Boxer yang tercetus di China pada tahun 1899 adalah disebabkan
oleh penguasaan kuasa asing di China yang menimbulkan ketidakpuasaan dalam kalangan
penduduk China. Pemberontakan ini bertujuan untuk menghalau kuasa asing dari negara
China dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong pemberontakan boxer di China.
Faktor yang pertama ialah sentimen anti-orang asing dalam kalangan rakyat
Cinadan penduduk istana. Pencerobohan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat sejak
Perang CanduPertama menimbulkan semangat anti-orang asing dalam kalangan rakyat
Cina. Semangat anti-orangasing juga menebal dalam kalangan sarjana dan pembesar
istana. Misalnya, Kang-I, Maharani Dowager dan Putera Chuang. Semangat anti-orang
asing ini telah menyebabkan rakyat Cina dan pihak istana berganding tenaga untuk
mengusir orang asing dari China. Jelaslah bahawa, semangat anti-orang asing yang kuat
dalam kalangan penduduk rakyat China dan pembesar istana menjadi pendorong utama
tercetusnya pemberontakan Boxer.
Selain itu, sentimen anti-kristian. Mubaligh-mubaligh Kristian bertindak
menyebarkan agama Kristian dengan rakyat Cina. Hal tersebut disebabkan oleh perjanjian
Whampoa dan Konvensyen Peking yang membenarkan mibaligh Kristian menjalankan
aktiviti keagamaan di Pelabuhan-pelabuhan dan Kawasan pedalaman. Tindakan
mubaligh-mubaligh Kristian mencemaskan golongan koservatif yang beranggapan ajaran
krisitan bertentangan dengan ajaran Confucianisme, Buddhisme dan Taoisme yang
menjadi amalan mereka sejak turun-temurun. Campur tangan mubaligh Kristian dalam
hal ehwal tempatan telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Nyatalah bahawa
tindakan mubaligh-mubaligh kritistian di China menyebabkan pemberontakan boxer
berlaku.
Faktor yang seterusnya ialah penguasaan ekonomi oleh kuasa asing. Hal ini
dikatakan demikian kerana kemasukan barang-barang asing menyebabkan perusahaan
tempatan seperti perusahaan tekstil dan pertukangan tangan terjejas. Keadaan bertambah
buruk apabila, bilangan penduduk tempatan yang menganggur meningkat. Ekonomi
negara China yang telah dikuasai oleh kuasa-kuasa asing menimbulkan perasaan benci
rakyat tempatan terhadap orang-orang asing. Ekonomi yang telah dikuasai oleh kuasa
asing mendorong pemberontakan boxer di China tercetus.
Faktor lain ialah masalah kewangan. Kerajaan China menghadapi masalah
kewangan apabila mereka terpaksa membayar ganti rugi perang kepada kuasa-kuasa
Barat. Bagi menangani masalah ini, kerajaan China terpaksa memperkenalkan cukai-
cukai baharu yang membebankan rakyat. Hal yang demikian menyebabkann golongan
petani dan penganggur menyertai pemberontakan bagi menghalau orang asing dari
China. Berdasarkan huraian yang dinyatakan di atas, jelaslah bahawa masalah kewangan
yang membebankan rakyat menyebabkan berlakunya pemberontakan Boxer di China.
Kesimpulannya, penguasaan kuasa asing di China yang menjejaskan hak-hak
penduduk tempatan Cina telah menyebabkan penduduk Cina terdorong menyertai
pemberontakan maka tercetuslah pemberontakan boxer di China pada abad ke-19.
SOALAN 2 :
HURAIKAN TRANFORMASI EKONOMI , SOSIAL DAN PENDIDIKAN
YANG DILAKUKAN UNTUK MEMELIHARA KEDAULATAN CHINA
PADA ABAD KE-19 .
1. PENGENALAN
2. ISI-ISI
1. Mengubah dasar yang lebih terbuka dengan kuasa
barat Oleh itu, tidak dijadikan alasan barat untuk
menyerang dan meluaskan kuasa di China . Putera Kung,
putera kepada Maharaja Tung Shih telah membuka
pejabat hal-ehwal luar dan kelas penterjemahan di China .
- Sebuah institusi ( Tsungli Yamen) ditubuhkan tahun
1861 bertujuan mengendalikan hubungan China dan
negara luar lain .
- Usaha penterjemahan juga dilakukan pada tahun 1880
bagi tujuan mengendalikan hubungan China dengan
negara luar. Contoh karya barat lebih kurang 98 berjaya
diterbitkan pada tahun tersebut .
SOALAN 3:
PELUASANKUASA BARAT DI INDIA TELAH MEMBAWA KEPADA
TRANSFORMA SISOSIAL, EKONOMI DAN PENDIDIKAN PADA ABAD KE-19.
BINCANGKAN.
PENGENALAN
- British ialah kuasa barat yang melakukan imperialisme di India secara berperingkat-
Peringkat mulai pertengahanabad ke-18. pada peringkat awal penjajahan India dilakukan
oleh SHTI dan diikuti pemerintahan Mahkota( Crown Colony ). British telah berjaya
menguasai wilayah2 India melalui cara “pengilhakan”. Antara 3 pegawaiutama British
yang mengetuai pemerintahan British di India ialah. Lord William Bentick, Lord
Elllenborough dan Lord Dailhousie. Penjajahan British telah meninggalkan kesan2 sosio-
ekonomi
ISI PENTING:
Transformasi Sosial (Adat-Adat Tradisional)
Transformasi Ekonomi
- dilakukan oleh Lord William Bentick ekoran masalah kewangan SHTI
- puncanya menanggung kos Perang Inggeris-Burma I
- beberapa langkah drastic untuk penjimatana dilakukan seperti kurangkan kakitangan
awam, tamatkan kerja askar2 SHTI & kurangkan elaun
- langkah2 beliau menambahkan perbendaharaan British namun menimbulkan rasa
tTidak puashati penduduk India
Transformasi Pendidikan
- dilakukan oleh Lord William Bentick
- Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar IPT &tubuhkan Kolej Perubatan Calcutta dan
Eiphstone College di Bombay
- Lord Ellenborough memperkenalkan Akta Pendidikan 1854
Ia menjadi asas penubuhan institusi pendidikan di India secara berperingkat
- Jabatan Pendidikan ditubuhkan di setiap daerah
- geran dan bantuan kewangan turut diberikan kepada sekolah2 swasta
KESIMPULAN
- perubahan sosial dan ekonomi oleh British di India pada tahap awal telah menerima
tentangan penduduk tempatan sehingga mencetuskan Pemberontakan Dahagi 1857
- namun pada jangka masa panjang, ia telah member kesan positif dan melahirkan
golonganintelektual yang menjadi pemimpin gerakan kebangsaan di Inda
Soalan 4:
Gerakan Menguatkan Diri (1861-1895) merupakan satu usaha untuk
membangunkan semula kedaulatan China tetapi telah menemui kegagalan .
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan gerakan tersebut gagal
PENGENALAN
ISI-ISI
KESIMPULAN.
SOALAN 5:
CAMPUR TANGAN BRITISH DALAM ADAT RESAM MASYARAKAT
TEMPATAN MERUPAKAN FAKTOR UTAMA TERCETUS PERISTIWA DAHAGI
PADA TAHUN 1857. NILAIKAN PERNYATAAN INI (mesti buat penilaian…ada
wacana penilaian untuk soalan ini.)
PENDAHULUAN Pada tahun 1857, berlakunya penentangan terhadap pemerintahan British yang
dikenali sebagai Dahagi India. Dahagi India merupakan pemberontakan yang
dilancarkan oleh sepoi-sepoi yang menentang pemerintahan British di india. Orang
India menganggap Dahagi sebagai perjuangan untuk membebaskan Negara dari
penjajahan British. Selain sepoi, golongan putera,nawad, dan pembesar yang
kehilangan gelaran, tanah dan kuasa ,turut menyertai pemberontakan
tersebut. Dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa
buah kawasan tertentu sahaja. Sebahagian besar penduduk tidak terlibat
dalam pemberontakan tersebut. Dalam pada itu ,bukan semua askar bangkit
menentang British. Askar-askar Sikh dan rejimen tempatan yang lain
bertindak menyebelahi British. Campur tangan british dalam adat resam
masyarakat telah menimbulkan kemarahan sehingga mencetuskan peristiwa
dahagi 1857.
FAKTA Campurtangan British dalam adat resam masyarakat tempatan
HURAIAN/ Penghapusan amalan Suttee
Amalan suttee adalah amalan yang di amalkan oleh penduduk beragama Hindu
CONTOH sejak turun-temurun lagi. Mengikut adat ini,balu yang kehilangan suami akan
dibakar bersama-sama mayat suaminya semasa upacara pengebumian.
Pada tahun 1828, Lord William Bentick merupakan Gabenor Jeneral British di
India telah menggubal undang-undang untuk mengharamkan amalan ini.
Penghapusan amalan Thuggee
Amalan thuggee merupakan aktiviti merompak dan pembunuhan yang
dilakukan oleh kumpulan –kumpulan agama yang bersenjata terhadap saudagar
dan pengembara. Kumpulan ini menjalankan kegiatan mereka,iaitu menyamar
dan melakukan pembunuhan atas nama Dewi Kali. Amalan ini menimbulkan
ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan penduduk ,tetapi amalan ini
mendapat sokongan dari pada golongan agama. Lord William Bentick bertindak
mengharamkan amalan ini .
Penghapusan amalan bunuh bayi perempuan
Diamalkan oleh masyarakat India sejak turun-temurun. Mereka menganggap
bayi perempuan adalah beban kepada mereka apabila besar kelak. Hal ini
disebabkan keluarga anak perempuan terpaksa membayar dowri (mas kawin)
yang tinggi kepada bakal suami mereka.
Lord William Bentick mengharamkan amalan ini kerana dianggap tidak
berperikemanusiaan.
Pengenalan Akta Kahwin semula
Lord Dalhousie telah meluluskan akta kawin semula bagi balu-balu Hindu. Akta
ini bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat Hindu.
Tindakan memperkenalkan akta ini menyebabkan penduduk tempatan
mengaggap British menghina amalan trdisi mereka.
Contoh adat resam di India ialah adat suttee, amalan thuggee dan membunuh
bayi perempuan.
PENEGASAN ISI Tindakan British menimbulkan kemarahan penduduk yang beragama hindu
terhadap pemerintahan British. Kemarahan memuncak dengan tercetusnya
Dahagi pada 1857.
FAKTA Pengenalan Sistem Pendidikan Barat
HURAIAN/ British menjadikan bahasa Inggeris sebagai kata penghantar bagi sekolah dan
kolej. Bahasa Inggeris juga dijadikan bahasa rasmi dalam bidang pentadbiran
CONTOH dan kehakiman. Jawatan-jawatan penting di berikan kepada yang penduduk
yang berpendidikan Inggeris. Perubahan ini tidak di senangi oleh penduduk
tempatan kerana jawatan tinggi tidak diberikan kepada penduduk tempatan yang
tidak berpendidikan Inggeris. Pendidikan yang disebarkan oleh orang Inggeris
dianggap sebagai percubaan menyebarkan agama kristian.
Contoh pendidikan barat di India ialah sekolah Inggeris dan Kolej yang
berdasarkan sukatan daripada England.
PENEGASAN ISI Menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat terhadap
penjajah yang akhirnya mencetuskan Dahagi.
FAKTA Pengenalan Teknologi Barat
HURAIAN/ Pemerintahan British memperkenalkan sistem perhubungan dan pengangkutan
moden yang telah mengancam amalan tradisi masyarakat India. Pengenalan
CONTOH sistem pengangkutan Barat turut mengancam amalan kasta yang di warisi sejak
turun-temurun oleh masyarakat India.
Masyaraat India hanya dibenarkan menaiki gerabak kelas ketiga manakala kelas
pertama dan kedua pula untuk pegawai- pegawai Inggeris. Perkembangan ini
menjejaskan imej masyarakar India daripada kasta tinggi kerana mereka juga
terpaksa menaiki gerabak kelas ke-3 bersama dengan penduduk kasta rendah.
Contoh teknologi barat ialah landasan keretapi dan sistem telegraf.
PENEGASAN ISI Pengenalan teknolog Barat di anggap sebagai satu langkah British untuk
mencemarkan adat resam dan agama Hindu. Keadaan ini menimbulkan rasa
tidak puas hati dikalangan masyarakat India dan akhirnya tercetuslah Dahagi
India.
FAKTA Dasar Pengilhakan
HURAIAN/ Menurut dasar ini, lord Dalhausie telah merampas hak dan kedaulatan
pemerintah tempatan dengan mengilhakan wilayah-wilayah yang ditadbir oleh
CONTOH mereka. Dasar pengilhakan ini dilaksanakan berpandu pada tiga alasan, iaitu
undang-undang lesap waris, hak menakluk kuasa agung dan salah tadbir
tempatan. Menerusi dasar ini , Lord Dalhausie mengilhakan beberapa buah
wilayah seperti Punjab, Karnatik, Tanjor, Jhansi, Baghat, Jaitpur, Oudh, dan
Sambalpur.
Seperti Nana Sahed, Nawab dari Karnatik dan raja Tanjor menyertai
penentangan terhadap penjajah British.
Nana Sahed merupakan anak angkat Baji rao (pemerintah wilayah Peshawar)
tidak berpuas hati dengan tindakan British membatalkan bayaran pencen yang
patut diberikan kepadanya serta merampas tanah milik ayahnya.
Nawab menentang tindakan British meletakkan wilayah Oudh dibawah pentadbiran
mereka atas alasan keadaan huru hara di oudh dan amalan rasuah.
PENEGASAN ISI Dasar ini menjejaskan maruah pemerintah tempatan hingga menyebabkan putra-
putra raja tempatan menyertai penentangan terhadap British. Dasar pengilhakan
yang diperkenalkan oleh Lord Dalhausie merancakkan penentangan penduduk
India terhadap penjajahan British.
FAKTA Perasaan dendam terhadap Sepoi India.
HURAIAN British telah melantik sepoi-sepoi daripada kalangan kaum Brahmin dan rajput
yang terdiri daripada golongan berkasta tinggi di Wilayah Oudh. Tindakan British
/CONTOH menghantar sepoi-sepoi India ke luar negara menimbulkan kemarahan kerana
tindakan tersebut mencemarkan imej dan maruah mereka yang berkasta tinggi.
Malah terdapat kepercayaan dalam penganut agama hindu bahawa kesucian kasta
mereka akan hilang apabila mereka melintasi lautan.
Sepoi-sepoi India daripada rejimen 47 yang diarahkan untuk berkhidmat di
Myanmar enggan mematuhi arahan hingga menyebabkan rejimen tersebut terpaksa
dibubarkan
PENEGASAN ISI Faktor serta merta yang menyebabkan Dahagi India tercetus ialah perasaan
tidak puas hati dalam kalangan sepoi-sepoi India.
FAKTA Pengenalan Peraturan Baharu
HURAIAN / Akta penjajahan Punjab 1907. Menerusi akta ini, kerajaan British bertindak
CONTOH meninggikan cukai tanah dan mengenakan bayaran bagi bekalan air.
Tindakan ini telah menambahkan beban golongan petani dan mereka terpaksa
menaggung hutang serta hidup dalam keadaan miskin. Selain itu, pihak
pemerintah British juga tidak menggalakkan kegiatan mengimport barangan
dari negara luar.
Contoh peraturan baru ialah Akta Penjajahan Punjab 1907.
PENEGASAN ISI Tindakan ini telah menimbulkan rasa tidak puashati dalam kalangan masyarakat
India terhadap pentadbiran British sehingga mencetuskan Dahagi india 1857.
FAKTA Akta pengambilan khidmat awam
HURAIAN / Semasa pentadbiran Lord Canning akta pengambilan khidmat awam
CONTOH memberikan kuasa kepada pihak British untuk menghantar tentera berkhidmat
dalam dan luar negara. Akta ini tidak disokong oleh tentera India kerana mereka
tidak mendapat elaun tambahan.
Tentera India juga menentang amalan diskriminasi yang diamalkan oleh
pentadbiran Britsh.
Contohnya dalam soal kenaikkan pangkat dan jawatan.Tentera India diberi gaji
yang rendah dan mendapat layanan yang kurang baik.
PENEGASAN ISI Akta ini menimbulkan kemarahan di kalangan tentera India dan akhirnya
mencetuskan Dahagi India 1857.
FAKTA Kes senapang Riffle Royal Enfield
HUTRAIAN / Sepoi-sepoi India mendapat tahu bahawa minyak yang digunakan untuk
CONTOH membersihkan senapang riffle royal enfield mengandungi lemak babi dan lemak
lembu.
Contohnya sepoi-sepoi India yang menggunakan senapang tersebut perlu
mengigit hujung peluru yang telah disapu dengan lemak babi dan lemak lembu.
PENEGASAN ISI Perkembangan ini menyebabkan sepoi-sepoi yang beragama hindu dan Islam
merasakan bahawa pentadbiran British segaja melakukan hal-hal yang demikian
untuk menghina kedua-dua agama.
KESIMPULAN Selepas berjaya menumpaskan Dahagi, British melakukan rombakan dalam
sistem pentadbiran di India. British membubarkan SHTI dan meletakkan
pentadbiran India dibawah mahkota British.
Peristiwa ini juga menyebabkan pemerintahan Mughal di India berakhir apabila
Maharaja Bahadur Shah II ditangkap dan dibuang negeri ke Myanmar.
SOALAN 6:
BINCANGKAN TRANSFORMASI EKONOMI, SOSIAL DAN POLITIK DALAM
GERAKAN MENGUATKANDIRI (GMD) DI CHINA PADA TAHUN 1861-1895.
PENDAHULUA Menjelang pertengahan abad ke-19, kuasa- kuasa Barat ingin mengukuhkan
N pengaruh di negara China. Kekalahan China dalam Perang Candu Pertama
danP erang Candu Kedua telah member kesedaran kepadapegawai-pegawai
istana dan pemimpin wilayah untuk memodenkan negara China melalui
transformasi yang dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri. Terdapat
pelbagai langkah yang telah dilaksanakan dalam gerakan ini bagi memperoleh
ilmu daripada negara-negara Barat bagi memodenkan China.
FAKTA
Pelaksanaan Projek Ekonomi
PENEGASAN Semua usaha transformasi ekonomi ini adalah bertujuan untuk menambahkan
ISI pendapatan negara danmeningatkan pengeluaran hasil pertanian bagi
membangunkan ekonomi.
Soalan 7
Sejauhmanakah pakatan tentera merupakan faktor yang mencetuskan perang
dunia pertama.
Pengenalan
Perang Dunia Pertama (PD1) yang tercetus pada awal Ogos 1914 merupakan peperangan
yang melibatkan Britain, Perancis, Russia, Austria-Hungary, Belgium, Serbia, Itali,
Bulgaria dan Turki. Peperangan ini bermula dengan serangan Jerman ke atas Belgium
pada 4 Ogos 1914. Penyertaan Amerika di pihak Pakatan Bertiga menyebabkan Jerman
dan sekutunya dapat dikalahkan. Kewujudan pakatan tentera merupakan faktor utama
tercetusnya perang Dunia Pertama. Namun terdapat beberapa punca lain menyebabkan
meletusnya PD1.
Pakatan Tentera
Kemunculan pakatan tentera telah menyebabkan negara Eropah terbahagi kepada dua
blok yang saling bertentangan antara satu sama lain. Kemunculan pakatan ini berpunca
daripada permusuhan antara Perancis dan Jerman. Pada tahun 1879, Jerman telah
membentuk pakatan tentera dengan Austria-Hungary yang dikenali sebagai Perikatan
Berdua. Pada tahun 1882, Itali telah menyertai pakatan ini untuk membentuk Perikatan
Bertiga (Triple Alliance). Pada tahun 1894, Russia pula menjalinkan pakatan tentera
dengan Perancisyang dikenali sebagai Pakatan Berdua. Pada tahun 1907, Britain
menyertai Perancis dan Russia untuk menubuhkan Pakatan Bertiga (Triple Entente) bagi
menghadapi ancaman Jerman. Kemunculan pakatan tentera telah menambahkan
kemungkinan tercetus PD1.
Perlumbaan Senjata
Perlumbaan senjata dalam kalangan negara Eropah untuk memajukan kelengkapan
perang merupakan salah satu faktor yang menyebabkan PD1 tercetus. Negara Jerman dan
Britain bersaing untuk meningkatkan kekuatan tentera laut masing-masing. Misalnya
menjelang 1909, Britain memiliki lapan kapal perang Dreadnought. Jerman pula memiliki
kapal U-Boat dan Zeppelin. Pada tahun 1900, Perancis dan Russia pula masing-masing
telah meningkatan kekuatan tentera darat mereka, iaitu 900,000 dan 1.3 juta orang.
Kuasa besar lain seperti Britain, Jerman, Perancis, Itali, Austria-Hungary dan Russia
mengeluarkan belanja yang tinggi untuk meningkatkan kekuatan masing-masing.
Kebangkitan Nasionalisme
Kebangkitan semangat nasionalisme yang melampau dalam kalangan negara Eropah
mencetuskan permusuhan sesame mereka. Misalnyasikap orang Jerman yang
menggangap diri mereka sebagai bangsa-tuan menyebabkan mereka tidak dapat
menerima kebangkitan negara Eropah lain. Semangat nasionalisme mendorong Perancis
untuk mendapatkan kembali wilayah Alsace dan Lorraine yang diserahkan kepada Jerman
selepas kekalahan mereka dalam perang Perancis-Prussia (1870-1871).
Pengaruh Autokrasi
Golongan aristokrat dan elit yang menerajui pemerintahan di Jerman, Russia dan Austria-
Hungary memainkan peranan penting dalam mencetuskan PD1. Golongan ini
menggunakan perang sebagai alat untuk mengukuhkan kekuasaan dan pengaruh mereka.
Misalnya Maharaja Jerman, Kaiser Wilhem II bercita-cita untuk mewujudkan empayar
Jerman yang kuat dan berpengaruh di benua Eropah. Antara usaha beliau adalah membina
kapal perang, peluru berpandu dan menggali Terusan Keil untuk kapal besar berlabuh.
Persatuan belia di Jermanpula diterapkan perasaan mengagungkan peperangan dan ciri-
ciri keperwiraan sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan pertempuran adalah lebih
baik daripada mati di atas katil. Tindakan Maharaja Jerman ini ini telah menimbulkan
perasaan curiga dan kebimbangan kuasa barat yang lain.
Krisis Balkan
Permusuhan antara Austria-Hungray dengan Serbia menimbulkan ketegangan di rantau
Balkan. Kerajaan Austria-Hungray menganggap negara Serbia menghasut rakat
berketurunan Serb untuk berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan Austria.
Tambahan pula perkembangan nasionalisme etnik kalangan orang Serb ekoran gerakan
Pan Slav melahirkan sentiment anti Austria-Hungray. Penaklukan Bosnia dan Herzogonia
oleh Austria-Hungray telah membangkitkan kemarahan Serbia dan Russia. Tambahan
pula, Jerman menyokong tindakan Austria menakluk Bosnia dan Herzogonia. Kemuncak
kepada krisis Balkan adalah peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand, putera mahkota
Austria dan isterinya oleh seorang pemuda Serb, ahli kongsi gelap Black Hand pada 28
Jun 1914, di Sarajevo. Kerajaan Austria mengambil kesempatan ini untuk menghapuskan
kedaulatan negeri Serbia dengan mengisytiharkan perang pada 28 Julai 1914. Russia telah
membantu Serbia manakala Jerman yang menyebelahi Austria telah mengisytiharkan
perang terhadap Russia.
Kesimpulan
Ringkasnya, krisis Balkan merupakan punca yang membawa kepada meletusnya PD1 di
samping punca-punca lain. PD1 telah meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap
sistem politik, ekonomi dan sosial dunia. Perang ini juga telah melumpukan kekuatan
Jerman serta meletakkan asas penting kepada peletusan Perang Dunia Kedua.
SOALAN 8:
HURAIKAN KESAN-KESAN PERANG DUNIA PERTAMA DARI ASPEK
SOSIAL DAN EKONOMI
Pendahuluan
Perang Dunia Pertama berlangsung antara rahun 1914 hingga 1918. Berlaku
dalam kalangan negara-negara Eropah seperti, Jerman, Britain, Rusia, Perancis,
Australia, Hungary, Serbia, Italia, Belgium dan Turki. Seterusnya, Negara di Asia dan
di Afrika turut terlibat apabila wilayah mereka dijadikan rebutan negara Eropah
untuk dijadikan tanah jajahan. Peperangan ini melibatkan dua pihak.
Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa).
Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin Rusia Berjaya menewaskan Triple Alliance
yang diketuai Jerman.
Isi-isi Penting:
pek Sosial
1. Kehilangan nyawa
Perang dunia pertama telah menyebabkan ramai anggota tentera dan orang awam
terkorban.
Perang menyebabkan 10 juta orang anggota tentera terkorban manakala 20 juta
tercedera.
Dianggarkan lebih kurang 13 juta orang awam terkorban dalam peperangan ini.
Aspek Ekonomi
1. Kos perbelanjaan perang yang tinggi
Di anggarkan US$ 338 billion telah dibelanjakan oleh negara-negara yang terlibat
sepanjang peperangan. Purata 80 juta rupees dibelanjakan oleh negara yang terlibat
setiap hari.
Britain membelanjakan : 1) 15 lac pounds sehingga bulan Mac 1915 dan 60 lac
pounds pada tahun 1917-1918
2. Hutang Antarabangsa
Menanggung hutang yang tinggi. Britain tanggung hutang. Dianggarkan 74350 lac
pound.
Francis 1474720 lac pound Perancis dan Jerman 1606000 lac Marks
3. Peningkatan cukai
Cukai yang tinggi dikenakan terhadap rakyat bagi menanggung perbelanjaan
perang yang tinggi.
Mata wang kerja diperkenalkan.
5. Pasaran dunia
Dikuasai Amerika Syarikat dan Jepun.
Britain sebagai negara industri menguasai peratus perdagangan dunia yang
terbesar.
Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
Penutup:
Kesimpulannya, kesan Perang Dunia pertama dari segi sosial, ramai anggota
tentera dan orang awam terkorban dan semangat perkauman dalam kalangan
bangsa Eropah luntur. Malah, golongan wanita melibatkan diri dalam pembangunan
ekonomi dan politik negara. Disamping itu, institusi pendidikan di tutup dan
peralatan canggih direka. Manakala, dari segi Ekonomi pula ia memakan kos
perbelanjaan yang tinggi dan beban hutang perang yang tinggi. Selain itu, cukai
tinggi dikenakan terhadap rakyat dan berlaku inflasi dan kebuluran.
SOALAN 9:
HURAIKAN KESAN-KESAN PERANG DINGIN PADA TAHUN 1945-1955.
Pendahuluan:
perang dingin merujuk kepada konflik antara negara-negara Komunis yang diketuai
oleh Soviet Union dengan negara-negara Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.
Perang ini melambangkan konflik antara negara-negara untuk memajukan
kepentingan nasional melalui cara-cara politik, ekonomi, dan psikologi.
Apabila tercetus perang dingin, kedua-dua pihak menjalanan kegiatan subversive,
propaganda, pengintipan, dan perang secara tidak langsung menerusi sekutu mereka.
Isi-isi Penting:
Kemunculan Perikatan Tentera
Selepas Perang Dingin Kedua, Soviet Union muncul sebagai kuasa militer yang
paling kuat.
Kebangkitan Soviet Union menyebabkan negara-negara Eropah Barat mewujudkan
Perikatan Tentera.
Antara Perikanan Tentera yang diwujudkan ialah Persetiaan Dunkirk dan Perjanjian
Brusells.
Perikatan Tentera diwujudkan untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
dan ekonomi dalam kalangan negara-negara Eropah Barat.
kesimpulan
Perang Dingin yang bermula di benua Eropah tersebar ke bahagian-bahagian lain di
dunia. Perang ini berlanjutan hingga tahun 1980-an dan berakhir ekoran keruntuhan
negara-negara komunis di Eropah Timur pada tahun 1989.
Soalan 10:
Huraikan Perang Dingin di Asia pada tahun 1945-1955
Pendahuluan
§ Selepas tamat perang dunia kedua, keadaan politik dinegara-negara asia menjadi tidak
stabil. Di China berlaku pertelingkahan antara puak komunis pimpinan Mao Tze Tung
dan puak Kuomintang dibawah pimpinan Chiang Kai-Shek.
§ Keadaan menjadi buruk ekoran penglibatan kuasa-kuasa besar iaitu, Amerika Syrikat
dan Soviet Union dalam hal ehwal dalaman negara-negara. Peperangan ini berlaku
dinegara-negara asia disebabkan pengaruh kedua-dua kuasa besar iaitu, Perang
Korea(1950-1953) dan Perang Vietnam Pertama(1946-1954).
Isi-isi Penting:
1. China menyertai blok komunis
§ Pada tahun 1930-an kerajaan nasionalis China dibawah pimpinan chiang kai-shek
menerima cabaran daripada pihak komunis. Pada tahun 1949, Parti Komunis China
pimpinan Mao Tze Tung berjaya menewaskan Kuomintang dalam perang saudara.
Pemimpin Kuomintang, Chiang kai-shek berundur ke Taiwan dan mendirikan kerajaan
dengan bantuan Amerika Syarikat.
§ Penyertaan China dalam blok komunis telah mengubah imbangan kuasa dunia secara
dramatis. Amerika Syrikat memberikan bantuan kepada Chiang kai-shek untuk
menentang penguasaan komunis namun usaha tersebut menemui kegagalan. Amerika
Syrikat bertindak tidak mengiktiraf kerajaan komunis dan mendesak Taiwan
mengekalkan kerusi China di bangsa-bangsa bersatu.
3. Perang Vietnam
§ Selepas perang Dunia Kedua, Vietnam menjadi medan Perang Dingin antara kuasa-
kuasa besar di Asia. Pada tahun 1954, Perancis menghadapi ancaman daripada komunis
di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Pada 8 Mei 1954, bahagian utara Vietnam jatuh ke
tangan komunis.
§ Rundingan yang diadakan di Geneva bersetuju untuk membahagikan Vietnam kepada
Vietnam Utara dan Vietnam Selatan berdasarkan garis lintang 17 darjah. Kerajaan
komunis telah ditubuhkan di bahagian utara di bawah pimpinan Ho Chi Minh. Kerajaan
bukan komunis ditubuhkan di selatan di bawah pimpinan Ngo Dinh Diem. Pada tahun
1957, golongan komunis mula meluaskan pengaruh di Vietnam Selatan.
§ Saki-baki anggota gerakan Viet Minh (komunis) yang masih berada di Vietnam Selatan
mula menjalankan gerakan untuk menentang pemerintahan Ngo Dinh Diem. Amerika
Syarikat menambah bantuan tentera kepada Vietnam Selatan. Amerika Syarikat bertindak
melancarkan serangan bom di Vietnam Utara mulai tahun 1965.
§ Pada tahun 1967, Amerika Syarikat menempatkan 400 000 tentera untuk berjuang
bersama tentera Vietnam Selatan menentang komunis. Vietnam Utara pula mendapat
bantuan ketenteraan daripada Soviet Union dan China.
Kesimpulan
§ Penubuhan NATO yang merupakan pertubuhan pertahanan unutk membendung
pencerobohan komunis telah merenggangkan hubungan antara Soviet Union dan Amerika
Syarikat. Apabila Perang Dingin tercetus di Asia, Amerika Syarikat bertindak
menghalang komunis berkembang daripada garisan lintang 38 darjah di Korea, persisiran
pantai China di Quemoy dan Matsu dan garisan lintang 17 darjah di Vietnam.
§ Perang Dingin telah menyebabkan muncul blok dunia dan pakatan ketenteraan seperti
NATO, SEATO, dan pakatan WARSAW. Perang ini juga menyebabkan kedua-dua kuasa
besar berlumba-lumba untuk menambahkan senjata dan kekuatan tentera. Menjelang
Perang Dingin juga menyaksikan kemunculan negara-negara yang mengamalkan dasar
berkecuali menerusi NAM.
SOALAN 11:
“PENDIDIKAN BARAT YANG DIPERKENALKAN BRITISH MERUPAKAN
PENYEBAB UTAMA NASIONALISME DI INDIA.”SETUJUKAH ANDA DENGAN
PERNYATAAN TERSEBUT?BINCANGKAN
1 PENDAHULUAN
Sarjana-sarjana berpendapat bahawa Dahagi India 1857
menandakan bermulanya nasionalisme di India.
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama sebelum tahun
1857 menandakan kesedaran politik sudah lahir dalam kalangan
masyarakat India.
Ram Mohan merupakan tokoh reformasi yang memainkan peranan
membangkitkan kesedaran menerusi pembaharuan sosialnya.
2 ISI-ISI.
1.Pendidikan Barat
-Melahirkan ramai golongan cerdik pandai
-rakyat terdedah kepada pandangan pemikir-pemikir Barat seperti
Rousseau
- Rakyat terdedah kepada konsep kebebasan, demokrasi menerusi
karya- karya Barat
-Memberi kesedaran tentang penindasan oleh pemerintah British
di India
-Melahirkan tokoh-tokoh nasionalis berpendidikan Barat seperti
Surendranath.
2.Bahasa Inggeris
-Alat perpaduan yang menyatukan orang India yang terpisah dari
segi
agama, bangsa dan wilayah
-Kewujudan lebih kurang 600 bahasa daerah menjadi batu
penghalang
untuk memupuk persehaman dan menyatukan rakyat India.
-Penggunaan BI sebagai medium perantaraan di sekolah-sekolah
berjaya mengatasi masalah tersebut.
5.Peranan akhbar
-Seperti Bombay Gazette Sebagai medium untuk menyuarakan
pandangan rakyat
-Seperti Kesari mengkritik dasar kerajaan British di India yang
menindas rakyat India
-Menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi
dalam kalangan penduduk tempatan.
-Melahirkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat terutamanya
golongan kelas menengah.
SOALAN 12:
NILAIKAN PERANAN MAHARMA GANDHI DALAM PERJUANGAN KEMERDEKAAN
INDIA.
1 PENDAHULUAN.
-Dilahirkan pada 2/10/1869 dalam kalangan keluarga ortodoks
Hindu.
-Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Britain.
- Memulakan perkhidmatan dalam bidang guaman di Bombay.
-Beliau melancarkan penentangan terhadap dasar Aparteid dan
Undang-
undang dikriminasi oleh kerajaan Afrika Selatan terhadap orang
India dan
penduduk berkulit hitam di Afrika Selatan.
-Setelah kembali ke India, beliau memulakan perjuangan untuk
membela
nasib petani-petani yang hidup dalam kesengsaraan.
2 ISI-ISI.
1.Gerakan Satyagraha
-Menyarankan agar bangsa India terus memperjuangan
kemerdekaan kerana perjuangan kemerdekaan dibenarkan dalam
sistem demokrasi yang diamalkan oleh penjajah British.
-Berjaya membakar semangat perjuangan rakyat India untuk
membebaskan tanah air
-Menyeru rakyat India tidak mematuhi undang-undang baru yang
melarang rakyat menentang penjajah yang termaktub pada Akta
Rowlatt.
-Rakyat India diminta mengadakan bantahan dan tidak bekerja
padam 30 Mac 1919 yang diistiharkan sebagai Hari Bantahan.
-Mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat
India.
-Tunjuk perasaan, mogok, pemberontakan telah diadakan di seluruh
negara.
2. Pergerakan Khilafat
-Beliau sokong pergerakan ini dan menggunakan peluang ini untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan orang Hindu-Islam
-Menggunakan pertubuhan ini untuk merapatkan hubungan antara
Kongres,
Liga Islam -bekerjasama untuk melancarkan penentangan terhadap
kerajaan British.
3 KESIMPULAN.
Persidangan Meja Bulat pada 1932 untuk menyelesaikan isu-isu
yang berkaitan dengan perlembagaan. Usul-usul yang dikemukakan
dalam persidangan tersebut diluluskan sebagai Akta Kerajaan India.
Akta ini telah menjadi asas kemerdekaan India.
SOALAN 13:
BINCANGKAN CORAK DEKOLONISASI KE ATAS PENJAJAHAN BRITISH
DI INDIA OLEH MAHATMA GHANDHI SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.
PENGENALAN
Dekolonisasi di India pada tahun 1905 hingga 1918 dikenali sebagai tahap
militant kerana munculnya gerakan bersifat radikal. Gerakan ini diketuai oleh B.G Tilak,
Lala Lajpat Rai, Bipin Chandra Pal dan Aurobindo Ghosh dan menemui kegagalan. 1920-
an Proses dekolonisasi bersifat lebih sederhana. Pemimpin seperti Shaukat Ali, Maulana
Abdul Kalam dan Muhammad Ali bersifat sederhana. Seperti Gerakan Khilafat yang
memulaukansemua aktiviti dianjurkan olh pihak British. Corak dekolonisasi ini beruabah
semasa Mahatma Gandi mengetuai gerakan kemerdekaan India.
ISI-ISI PENTING
Pada tahun 1920-an, muncul seorang tokoh berwibawa di India iaitu Mahatma
Gandhi. Bermula tahun 1920 hingga 1939, Mahatma Gandhi memimpin Kongres
Kebangsaan India (INC). Beliau menekankan prinsip swadesi (berdikari atanpa
mengharap bantuan dari British) satyagraha (berpegang kepada kebenaran) dan ahimsa
(menolak kekerasan),.
INC mendapat sokongan dari segenap lapisan masyarakat India sehingga menjadi
sebuah parti yang kuat. Atasan desakkan orang India, kerajaan British telah
menggubalAkta Majlis India dan Akta Montague-Chelmsford bagi mempersiapkan orang
India ke arah berkerajaan sendiri. Walau bagaimanapun usaha ini gagal memenangi hati
orang India. Tindakan British memonopoli pengeluaran garam sehingga menyebabkan
harga garam melambung tinggi menambahkan kemarahan orang India. Sebagai tanda
protes, Mahatma Gandhi telah memimpin Perarakan Garam @ Perarakan Dandi. British
bertindak balas dengan mengharamkan INC dan pemimpin utama INC termasuk
Mahatma Gandhi dipenjarakan. Mahatma Gandhi melancarkan mogok lapar di penjara
ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan British tidak bersungguh-sungguh dalam
memberi kuasa kepada orang India memerintah. Beliau juga memperkenalkan Anugerah
Perkauman orang India berkasta rendah dan diberi pilihan raya yang berasingan.
British akhirnya mengalah kepada Mahatma Gandhi dengan membentuk Pakatan
Poona iaitu mengagihkan 148 kerusi kepada kelas bawahan. Pada tahun 1935, British
memperkenalkan Akta Kerajaan India yang antara lainnya memberikan peluang pilihan
raya kepada penduduk India. Walau bagaimanapun, orang India masih tidak berpuas hati
kerana Gabenor Jeneral dan Gabenor Wilayah [pegawai British] masih berkuasa penuh.
Seterusnya pada tahun 1937, INC menang besar dalam Pilihan Raya Umum
India. Kekalahan LigaIslam menyebabkan pemimpinanya iaitu Muhamad Ali
Jinnah menuduh INC hanya memperjuangkan kepentingan orang Hindu dan
meminggirkan orang Islam. Muhamad Ali Jinnah kemudian bertindak menyeru penduduk
Islam di Sind, Bengal dan Punjab bersatu di bawah Liga Islam. Tindakan ini merupakan
titik tolak bermulanya idea penubuhan negara Pakistan. Pergeseran antara orang Hindu
dengan orang Muslim menyebabkan Gabenor Jeneral India iaitu Lord Louis
Mountbatten mengajak pemimpin INC dan Liga Islam berunding. Hasil rundingan
memutuskan bahawa India mesti dibahagikan kepada 2[India dan pembentukan negara
baru iaitu Pakistan] bagi mengelakkan pertelingkahan berterusan. Usaha pemisahan ini
telah mengorbankan ribuan nyawa. Pada bulan Ogos 1947, British memberikan
kemerdekaan kepada kedua-dua negara.Muhamad Ali Jinnah kemudiannya dilantik
sebagai Gabenor Jeneral Pakistan yang pertama. Jawaharlal Nehru pula dilantik
sebagai Perdana Menteri India yang pertama.
Kesimpulannya, peranan besar yang disumbangkan oleh Mahatma Gandhi melalui
INC telah membuka jalan kepada kemerdekaan India. Dasar anti-kekerasan yang diamalkan
oleh Mahatma Gandhi menjadikan British tidak mempunyai alasan kukuh untuk menolak
perjuangan kemerdekaan orang India. Usaha dekolonisasi di India juga menyaksikan
berlakunya perpecahan dalam kalangan pejuang kemerdekaan sehingga membawa kepada
terbentuknya negara Pakistan.
Soalan 14:
“Peristiwa Gerakan 4 Mei yang berlaku pada tahun 1919 telah memulihkan
keadaan China daripada ancaman kuasa asing ke arah pembentukan sebuah negara
yang merdeka .” Bincangkan
1. PENDAHULUAN
-Persidangan Versailies 1919 membuat keputusan agar wilayah
Shantung diserahkan kepada Jepun.
-Keputusan tersebut mengakibatkan satu demontrasi massa oleh
seramai
5000 pelajar untuk menbantah keputusan tersebut.
-Mereka menyerang dan membakar rumah pemimpin-pemimpin
dan
pegawai-pegawai Cina yang pro-Jepun.
-Demontrasi tersebut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak
iaitu
saudagar-saudagar, pekerja-pekerja kilang, golongan hulubalang.
-Pemulauan barangan buatan Jepun telah melumpuhkan ekonomi
Negara China.
2 ISI-ISI.
1.Mempertahankan kedaulatan Negara
-menggelakan daripada pencerobohan kuasa asing
-menyebabkan kerajaan China membuat keputusan untuk menolak
Perjanjian Versailles.
-ahli-ahli politik yang bertanggungjawab bagi penerimaan 21
Tuntutan
Jepun dipaksa meletak jawatan.
-Persidangan Washington 1921, Jepun bersetuju untuk menarik diri
dari
wilayah Shantung.
3 PENUTUP
Perjuangan membebaskan China melalui laluan yang cukup sukar
kerana melibatkan pertumpahan darah sesama sendiri. Kesukaran
ini timbul kerana ideologi yang berbeza serta keadaan geografi
China yang cukup luas untuk mengawal tindakan rakyatnya.
SOALAN 15:
HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PENUBUHAN
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO)
NATO ditubuhkan pada 4 april 1949 . Pada asalnya , dua belas buah Negara
sahaja menganggotai pertubuhan ini. Ibupejabat NATO ialah di paris. NATO telah
menonjolkan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dan keselamatan di Eropah barat.
Pada peringkat awal, Negara yang terlibat dengan NATO ialah Amerika Syarikat, United
Kingdom , Kanada, Perancis, Itali, Belgium, Belanda, Norway, Denmark, Portugal,
Iceland, dan Luxembang. Kini keanggotaan dalam NATO telah meningkat kepada 28
anggota.
Antara faktor yang mendorong penubuhan pertubuhan perjanjian atlantik utara
(NATO) ialah Mengekang perluasan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di
Eropah. Rusia berjaya menyebarkan dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-
negara Eropah Timur. Rusia turut menambahkan kekuatan tentera negara-negara Eropah
Timur yang prokomunis. Perkembangan ini membimbangkan Amerika Syarikat dan
Britain. NATO ditubuhkan bagi menyekat perkembangan ideologi komunis dan
ketenteraan oleh Soviet Union.
Selain itu, untuk menghalang kebangkitan Jerman. Kebangkitan Jerman
selepas Perang Dunia Kedua merupakan salah satu faktor yang mendorong penubuhan
NATO. Kebangkitan Jerman mewujudkan kebimbangan dalam kalangan negara-negara
Eropah seperti Britain dan Perancis. Negara-negara Eropah mahu menyekat kebangkitan
Jerman yang dikhuatiri akan mencetuskan pergolakan dunia.
. Penubuhan Nato juga bertujuan untuk mengheret dan melibatkan secara
langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik
Eropah. NATO megesahkan kehadiran Amerika syarikat dan britian selepas tahun 1945
di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supayakomunisme yang diarah dari moscom
dapat disekat dengan keberkesanan. Tambahan pula, pada tahun 1949 ,Soviat union telah
meletupkan bom atomnya yang pertama.
Akhir sekali, untuk mengambil peranan PBB. Pertubuhan NATO adalah untuk
mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap kemampuan PBB dalam menangani konflik
dunia. PBB tidak berupaya memainkan peranan sebagai pertubuhan yang dapat
mengekang sebarang konflik dengan berkesan. Dalam hal ini, kelemahan utama PBB
dalam menangani sebarang konflik adalah kerana badan dunia tesebut tidak memiliki
pasukan tentera sendiri.
Kesimpulannya, komitmen berterusan Amerika syarikat dalam NATO dilihat
sebagai kunci keseimbangan, keutuhan, dan kestabilan NATO. Fokus NATO sering
berubah mengikut keadaan memberikan tumpuan kepada soviet union
SOALAN 16:
TERANGKAN PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED
KINGDOM DALAM NATO PADA ABAD KE-20 MASIHI.
PENGENALAN
- Amerika Syarikat dan United Kingdom merupakan 2 kuasa besar yang menerajui
NATO
- NATO atauNorth Atlantic Treaty Organizationsmerupakanpakatanketenteraan yang
ditubuhkanberdasarkanPerjanjianAtlantikpada 4/4/1949
- pada peringkatawalNATO dianggotai oleh 12 negara seperti Amerika Syarikat,
Belgium,
Canada, Portugal UK, Perancis, , Luxembourg dll
- ibupejabat NATO asalialah Brussels, Belgium diikuti Paris, Perancissehingga 1966
- matlamatutama NATO ialahmenghalangkebangkitansemulakuasaJerman di Eropah,
- matlamat lain ialahmembendungmengekangperluasanideologikomunis dan ketenteraan
Soviet Union di Eropah
- ahli2 NATObersetujuuntukbekerjasamadarisegiketenteraanjika salah satu negara disera
KESIMPULAN
-kesimpulannya, jelaslah negara Amerika Syarikat dan United Kingdom memainkan
peranan aktif dalam NATO dari segi penubuhannya, perkembangan dan peranan2nya
NATO telah melibatkan diri dalam beberapa peperangan seperti Perang Korea (1950-an )
Perang Vietnam ( 1965 – 1975 ) Perang di Afghanistan ( 1980-an). Selepas tamatnya
Perang Dingin, Soviet Union telah tumbang dan Pertubuhan2 Komunis seperti Pakatan
Warsaw juga berakhir. Maka NATO menjadi pakatan ketenteraan tunggal di dunia
SOALAN EXTRA
BINCANGKAN PERKEMBANGAN DEKOLONISASI INDIA PADA TAHUN
1919 HINGGA 1935
Pendahuluan
§ Pada tahun 1905 sehingga 1918 deklonisasi di India dikenali sebagai tahap
militant .Hal ini kerana munculnya gerakan bersifat radikal yang diketuai oleh B.G.Tilak,
Lala Lajpat Rai , Bipin Chandra Pal dan Aurobindo Ghosh .Tokoh-tokoh tersebut
memainkan peranan penting dalam menggerakan penentangan terhadap British kerana
bagi mereka tindakan yang keras harus dilakukan terhadap penjajah British harus
dipulaukan termasuklah barangan,institusi pendidikan,perkhidmatankerajaan, undang-
undang dan mahkamah.
§ Jika langkah tersebut dijalankan secara berterusan , pastinya melemahkan kedudukan
British di India. Bagaimanapun, menjelang tahun 1920 , usaha golongan militant untuk
membebaskan India daripada British namun menemui kegagalan. Berikut adalah Usaha-
usaha mendaulatkan India.
Isi-isi Penting:
§ Masyarakat islam di India menganggap musuh kerajaan turki juga musuh islam . Abul
kalam azad khan ,Muhammad ali dan shaukat ali melancarkan gerakan yang
dinamakan gerakan khalifah .Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua
aktiviti kerajaan dan penutupan premis perniagaan telah dilakukan pada 27 oktober 1919.
§ Gerakan tersebut mengadakan pemulauan dalam semua aktiviti kerajaan dan penutupan
premis perniagaan telah dilakukan pada 27 oktober 1919.
§ Pemimpin-pemimpin Gerakan Khilafat mendakwa India bukanlah Negara islam dan
menyarankan supaya masyarakat islam berhijrah ke Negara islam iaitu Afghanistan.
2. Perjuangan Bersifat Sederhana
Selepas perang dunia pertama, perjuangan penduduk tempatan bercorak sederhana
tetapi enggan bekerjasama dengan pihak British .Gandhi merupakan pemimpin
kongres kebangsaan India (INC) dari tahun 1920 sehigga tahun 1939. Mahatma Gandhi
memimpin Kongres Kebangsaan India (INC) dan menukar INC daripada sebuah parti elit
kepada gerakan massa yang mewakili semua lapisan masyarakat. Tiga prinsip perjuangan
Mahatma Gandhi ialah satyagraha, ahimsa dan swadesi. Prinsip swadesi ialah berdikari
tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Kesimpulan
Jalan menuju kebebasan yang diharungi oleh India berjalan penuh ranjau dan duri .
Bagaimanapun, semangat kental yang ditunjukkan oleh Mahatma Gandhi dalam
menghadapi tekanan Barat dan mengatasi masalah perpaduan rakyat India yang mencecah
ratusan juta sepatutnya dihargai oleh generasi hari ini tidak kira di mana kita berada