Anda di halaman 1dari 10

ANALISIS WATAK UTAH HEGAN

WATAK : UTAI

1. Who am I?

- Saya Utai, seorang lelaki yang berusia 20 tahun. Menjalani hidup secara nomad

sejak kecil dengan berpindah dari satu kampung ke kampung yang lain. Saya tidak

mempunyai sebarang adik beradik dan penjaga saya telah memberi hak penjagaan

kepada orang lain. Saya tidak mempunyai tahap pendidikan yang normal namun

mengetahui kemahiran hidup. Saya berbadan besar, tidak terlalu rendah dan tinggi

serta berambut kerintin kasar dan tidak melebihi paras rambut. Kulit saya bewarna

sawo matang dan kelihatan seperti tidak terurus kerana saya suka membuka baju.

Pancaindera yang terdiri dari mata, mulut, telinga dan hidung saya dapat rasa dan

gunakan tanpa sebarang kecacatan. Ada yang menggelar saya sebagai gila, buat-buat

gila, tidak siuman ataupun tertekan dengan kehidupan yang saya jalani.

2. Where am I?

- Saya berada dan tinggal di kawasan persisiran pantai, mempunyai banyak tumbuhan

paya bakau dan tumbuhan tropika seperti pokok kelapa. Secara geografinya saya

berada di kawasan Teluk Betung, Bandar Lampung di dalam wilayah Sumatera

Selatan. Sehingga kini, saya masih menikmati keindahan pemandangan dan rasa

pantai serta laut. Hampir setiap rumah mempunyai sampan dan jala yang digunakan

untuk aktiviti nelayan. Keadaan cuaca disini lembap dan panas serta terdiri dari dua

musim iaitu musim hujan dan musim panas. Keadaan disini juga baik dan selesa

bergantung kepada di tempat saya berteduh. Ada sebahagian rumah yang dibina dari

sumber pokok-pokok seperti buluh dan daun pelepah.


3. What surround me?

- Saya sudah lali dengan bau-bau hidupan laut seperti ikan, udang serta sotong yang

telah dijemur dan dikeringkan. Terdapat beberapa tempat yang terdiri dari keadaan

pasir yang lembut dan keras. Ramai orang di sekeliling saya mempunyai rutin harian

seperti menjalankan aktiviti perniagaan jual beli, berjudi, membasuh pakaian,

membasuh sampan, menjalankan aktiviti nelayan dan membela haiwan peliharaan

seperti burung, anjing dan kucing. Pada ketika ini, saya tinggal bersama keluarga

angkat saya iaitu Mat Kontan dan Paijah. Setiap hari saya melihat Mat Kontan

memberi makan dan minum kepada burung-burungnya. Saya juga selalu berjumpa

dengan Soleman untuk bergurau bersama. Orang-orang di sekeliling saya amat sibuk

bekerja pada waktu siang dan ramai di antara mereka akan berehat pada waktu malam

bersama keluarga.

4. What time is it?

- Saya kurang pasti tarikh hari ini kerana saya tidak pandai mengira dan mengenal

hari kerana saya hanya mengenal waktu pagi, siang, tengahari, petang, senja dan

malam. Namun berdasarkan umur saya, mungkin sekarang ini pada tahun 1960-an

kerana saya lahir beberapa tahun selepas negara saya merdeka dan tamat perang dunia

ke dua oleh Belanda. Pemimpin saya pada waktu sekarang ialah Pak Soeharto.

Sekarang ialah waktu senja menuju ke malam kerana saya sedang bermain dan

menunggu Mat Kontan memanggil saya untuk melakukan kerja. Tambahan pula, saya

tidak gemar untuk pergi ke rumah Mat Kontan pada waktu senja kerana anak mereka

yang baru lahir pasti menangis. Saya juga kurang pasti sama ada bayi itu lapar

ataupun sakit.
5. What are the given circumstances?

- Pada ketika ini, keadaan di sekeliling kampung agak sunyi kerana ramai yang pulang

ke rumah awal untuk berehat sebentar sebelum pergi ke pesta ubruk di hujung

kampung. Waktu ketika ini senja menuju ke malam. Saya sedang berjalan-jalan di

kawasan rumah Soleman dan Mat Kontan kerana terdengar suara bayi menangis.

Dalam masa yang sama Soleman sedang menghisap rokok dan saya bergurau dengan

beliau.

6. What is my relationship?

- Saya tidak mempunyai adik beradik kerana saya anak tunggal. Saya mempunyai ibu

bapa tetapi saya lansung tidak mengenali rupa, umur dan diri mereka kerana saya

telah diberi kepada orang lain untuk dijaga. Sejak saya kecil, saya telah menjalinkan

banyak hubungan dengan orang sekeliling kerana menjadi keluarga angkat, orang

suruhan dan rakan kepada mereka sehingga Mat Kontan sudi menerima saya sebagai

kawan dan ahli keluarganya dengan syarat bekerja dan membantu beliau untuk

menangkap ikan, membasuh bot, membersihkan kawasan rumah dan menjaga

keselamatan kawasan rumah. Saya juga menganggap Mat Kontan dan Paijah sebagai

abang serta kakak kandung. Tambahan pula dengan kelahiran bayi di dalam keluarga

ini maka saya menjadi lebih sayang walaupun saya tahu hubungan setiap orang di

kampung. Hubungan saya bersama Soleman seperti kawan biasa sahaja namun saya

merasakan Soleman hanya berpura-pura baik dan rapat dengan selalu bergurau bagi

menjaga perasaan dan hati daripada rahsianya terbongkar. Manakala hubungan saya

dengan Pak Pijat seperti kebanykkan orang. Saya menghormati beliau sebagai salah

satu orang yang berpengalaman di kawasan kampung.


7. What do I want?

- Saya mengharapkan agar hubungan setiap orang disekeliling saya terus terpelihara

tanpa menyimpan perasaan dendam dan tidak puas hati. Saya juga ingin Mat Kontan.

Paijah dan Soleman terus menjadi jiran yang saling membantu dan tidak lagi

mengambil kesempatan di antara satu sama lain. Saya juga ingin menjaga rahsia dan

perkara yang saya tahu bagi menjaga perasaan mereka kerana saya sangat sayang

akan mereka terutama Mat Kontan. Saya juga ingin terus tinggal bersama Mat Kontan

dan Paijah kerana saya akan kehilangan tempat bergantung, dan beradu nasib.

8. What’s in my way?
- Cabaran terbesar saya ialah untuk menjaga mulut, menjaga perilaku dan terus

menjadi Utai yang dikenali ramai bagi menjaga rahsia dan mengelakkan perkara yang

tidak diingini berlaku. Saya juga harus mengawal perasaan saya daripada untuk selalu

bersedih dan marah kerana Utai merupakan seorang yang periang. Tambahan lagi

dengan insiden-insiden yang besar berlaku tanpa pengetahuan Mat Kontan

menyukarkan lagi saya untuk menjaga rahsia.

9. What do I do to get what I want?

- Walapun ada yang menggelarkan saya seperti orang gila, namun pda hakikatnya

saya orang yang waras dan mampu berfikir baik dan buruk. Tetapi bagi menjaga

rahsia, saya selalu bertindak seperti orang yang bodoh, tidak tahu apa-apa dan tidak

bersalah. Saya juga perlu bercakap seperti orang gila dengan selalu bergurau pada

waktu dan tempat yang tidak sesuai.


Physical Qualities

1. What is the pitch, volume, tempo, resonance or quality of my voice?

What do I think of it?

Disebabkan saya tinggal dikawasan laut dan pantai, keadaan angin yang kuat serta

bunyi ombak yang memukul pantai dengan kuat, maka saya perlu berkomunikasi

dengan jelas. Nada suara saya agak tinggi tetapi tidak ke arah menjerit. Hal ini

demikian kerana suara saya agak besar dan di dalam peringkat Alto. Kekuatan suara

saya juga bergantung kepada keadaan bunyi sekeliling. Saya bercakap tidaklah terlalu

perlahan namun sedikit laju kerana perwatakan saya yang kelihatan sedikit gila.

2. Is my articulation careless or precise? Is my articulation standard or

colloquial? Do I have a dialect or accent?

Saya berketurunan campuran Melayu dan Jawa, maka cara percakapan mempunyai

bunyi dan loghat Jawa di daerah Teluk Bentung, Bandar Lampung.

3. What is my hair color and style? Do I like it?

Saya mempunyai rambut yang sangat tebal dan berkerinting kasar. Rambut saya juga

bewarna hitam pekat dan keadaan rambut saya agak kering dan tidak mempunyai zat.

Sudah tentu saya sangat menyukai rambut seperti ini kerana ia menjadi sangat

istimewa dan menjadi perhatian orang sekeliling.


Social Qualities

1. What do I do when I wake up each morning?

Perkara pertama yang saya lakukan setiap kali bangun dari tidur ialah membuang

angin dan menggaru badan menggunakan kedua-dua belah tangan. Kemudian, saya

akan mengeliat badan pada tiang rumah atau pada pokok kelapa. Tambahan pula, saya

perlu mengejut Mat Kontan untuk bersiap ke laut serta mengejut Paijah untuk

menyiapkan bekalan.

2. What is my relationship to my environment? Do I like it?

Saya sebenarnya sangat mencintai suasana sekeliling, alam flora dan fauna. Bagi saya,

saya sangat memahami keadaan cuaca, perasaan haiwan dan tumbuhan, bau serta rasa

setiap daripada satunya. Saya berpendapat bahawa berkawan bersama alam tidak

memberikan saya sebarang masalah dan beban kepada fikiran saya yang terlalu kusut

memikirkan cara untuk menjaga rahsia Paijah, Soleman dan Mat Kontan.

3. How much money do I have? How much do I want?

Saya secara jujur lansung tidak berminat kepada duit kerana ia tidak memberikan

keuntungan lansung kepada saya. Hal ini demikian kerana, saya tidak suka boros dan

membazir seperti Mat Kontan dan Soleman yang selalu berjudi.

4. Am I religious?

Saya mempercayai kewujudan Tuhan selaku Sang Pencipta. Saya juga tahu baik dan

buruk seperti perkara yang telah diajar kepada saya. Namun saya tidak wajib

melakukan sebarang perkara berkaitan agama kerana saya dianggap gila dan .miskin
5. What hobbies or interests do I have?

Saya tidak mempunyai sebarang kerja yang tetap kerana tugas saya hanya membantu

Mat Kontan dan Paijah apabila diperlukan. Namun saya amat tertarik untuk bermain

seorang diri di persisiran laut dan pantai seperti bermain dengan anak ketam dan siput.

6. Do I have children? Do I like them? Why? Do they like

Saya tidak mempunyai anak kerana saya tidak pernah berkhwin. Saya juga tidak

mempunyai rasa untuk jatuh cinta kepada orang lain kerana saya takut menjadi seperti

Soleman dan Paijah yang tidak setia. Namun begitu, saya sangat sayang akan kanak-

kanak kerana mereka juga selalu bergurau dengan saya.


Psychological Qualities

1. What makes me angry? What relaxes me?

Pada dasarnya, saya bukanlah seorang yang mempunyai sebab untuk terus marah

namun ada beberapa perkara yang saya telah pendam dan perkara itu akan buat saya

berdendam. Hal ini demikian kerana jika terdapat perkara yang menyalahi nilai

persahabatan dan rukun manusia. Alam flora dan fauna kebiasaanya akan menjadikan

saya lebih tenang dan berfikiran dengan baik walaupun berlakunya perkara-perkara

yang tidak menyedapkan hati.

2. What do I worry about?

Antara hal yang paling merisaukan saya ialah pergaduhan yang akan tercetus di antara

Mat Kontan dan Soleman jika terdapat rahsia yang terbongkar di kalangan mereka.

Hal ini demikian termasuklah hal yang berkaitan Paijah dan bayi yang baru lahir.

3. Do I have ny instincts?

Saya merasakan saya berasa sedikit istimewa kerana mempunyai kelebihan dengan

merasakan dapat berinteraksi dengan alam serta perkara yang berlaku dengan

sekeliling.
Moral Qualities

1. Are the choices I will make based upon expediency of some ethical
standard?

Benar, terdapat beberapa perkara dan sebab yang akan mendorong saya untuk

membut sesuatu keputusan. Saya juga berfikir tidak menjadi kesalahan sekiranya saya

melakukan sesuatu yang di luar batasan kerana diri saya sendiri dianggap gila dan

kurang siuman.

2. Who do I admire?

Jujurnya, saya tidak meminati sesiapapun kerana saya tidak pernah rasa disayangi

namun saya mempunyai rasa hormat kepada Pak Pijat. Walaupun beliau tidak gila

seperti saya, namun beliau mempunyai penglihatan hati sedangkan beliau seorang

yang buta. Oleh hal yang demikian, beliau sangat arif dalam menentukan perjalanan

beliau dan boleh merawat orang yang sakit.

3. What is my attitude toward the choice I make?

Sudah tentu terdapat rasa ralat sekiranya keputusan yang saya putuskan itu

mempunyai kekurangan dan terpaksa mengenepikan segala perihal rasa termasuk

rakan sendiri.
Play Qualities

1. Why am I included in the play? How do I contribute to the overall idea

the playwright wises to express?

Menurut pandangan saya, Utai merupakan watak yang diletakkan sebagai titik

ubah kepada penceritaan. Jelas secara fizikal dan luaran , watak saya ini sebagai

watak lucu namun saya yakin kewujudan watak ini mampu menenangkan

seketika permasalahan yang sedang kuat melanda di antara Soleman dan Paijah.

Secara tidak lansung, cara Utai berfikir sebenarnya memperlihatkan bahawa dia

bukanlah seorang yang gila namun bijak dalam menentukan sebarang keputusan

bagi mengelakkan sebarang pergaduhan dan permasalahan yang bakal melanda.

2. How does the period of the play affect my actions?

Jika dilihat kepada pembahagian dan pecahan adegan, saya melihat Utai tidak

akan mengalami masalah jika terlibat di dalam persembahan kerana kemunculan

wataknya diperlukan pada permulaan babak, peretengahan dan klimaks

penceritaan. Namun ia lansung tidak akan menjejaskan masalah keletihan dan

masalah pengucapan dialog walaupun perwatakan Utai yang saya wujudkan aktif

dan pasif di beberapa bahagian tertentu.

Anda mungkin juga menyukai