Anda di halaman 1dari 19

UNIT 3 : PRINSIP KEADILAN DAN

KEPRIHATINAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN


CADANGAN NILAI

• Rasional
• Kasih sayang
• Baik hati
• Kejujuran
• Keberanian
Prinsip Keadilan

Sikap dan tingkah laku individu


dalam hubungan antara manusia
untuk menegakkan kesaksamaan
dengan keseimbangan dalam
pemikiran, pertuturan, perasaan dan
perlakuan. Prinsip keadilan melibatkan sebarang
perbuatan adil terhadap diri sendiri
dan orang lain.

Dalam membuat keputusan untuk


sesuatu dilema moral, prinsip
keadilan akan digunakan sebagai
nilai asas.
CoNtoH
Bersikap Menghormati
tidak hak individu Bersikap
berat Layanan Adil dalam rasional
sebelah sama rata mengagihkan
sumbangan
atau bantuan
PRINSIP KEPRIHATINAN
• Perlakuan yang memberikan pertimbangan
moral dalam melaksanakan peranan atau
kewajipan terhadap orang lain.

• Mempertimbangkan kepentingan orang lain


dalam situasi yang dihadapi.

• Dalam membuat keputusan untuk sesuatu


situasi berperikemanusiaan, biasanya prinsip
keprihatinan akan digunakan sebagai asas
ukuran.
CONTOH

Menjaga
Berperikemanusiaan
kebajikan
orang lain Pemurah
melebihi
kepentinga
n diri
sendiri
Menunjukkan
perasaan Kepedulian
kasih sayang
KEPENTINGAN MEMBUAT KEPUTUSAN

PRiNsiP KEADiLAN PRiNsiP KEPRiHAtiNAN


• Tidak menjejaskan • Mengelakkan diri
kepentingan orang lain. daripada menjadi
• Menjaga hak mangsa keadaan.
kemanusiaan sejagat. • Menjamin keamanan dan
keharmonian masyarakat.
AWESOME
WORDS
CONTOH STRATEGI
PENYELESAIAN KONFLIK

Mengenal pasti Membuat


Membuat
konflik atau pertimbangan keputusan dalam
permasalahan moral. pemilihan prinsip
yang timbul
keadilan atau
prinsip
keprihatinan.
Proses
pertimbangan
moral dalam
menyelesaikan
dilema moral
Charles merupakan atlet yang sering mewakili
Dilema moral berikut sekolah ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Minatnya terhadap bidang sukan amat mendalam.
memerlukan Namun begitu, Charles mempunyai masalah
pertimbangan wajar disiplin, terutamanya berkaitan dengan kehadiran
hingga dihukum gantung persekolahan. Semasa
berdasarkan prinsip temasya sukan antara sekolah peringkat negeri
sedang berlangsung, Charles membuat rayuan
keadilan dan kepada pihak sekolah dan berjanji tidak akan
mengulangi perbuatannya. Dia memohon
prinsip keprihatinan. agar diberikan kebenaran untuk mengambil
bahagian dalam acara larian.

Bagaimanakah pihak sekolah dapat membuat


keputusan terhadap rayuan Charles itu?
Konflik: Membenarkan Charles mewakili sekolah
dalam bidang sukan atau terus menggantung
persekolahannya.
Pertimbangan moral

Prinsip keadilan: Murid bermasalah tidak boleh


mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti.

Prinsip keprihatinan: Murid yang menunjukkan minat


dan berbakat dalam bidang sukan tidak patut
dipinggirkan.

Dilema pihak pentadbiran: Murid bermasalah tetapi


berpotensi mengharumkan nama sekolah dalam
bidang sukan.
Pemilihan Prinsip
Prinsip
keadilan: Prinsip
keprihatinan:

1. Setiap murid perlu


mematuhi peraturan 1. Memberikan kebenaran secara
sekolah . bersyarat kepada Charles.
2. Boleh menjadi 2. Charles telah berjanji untuk
pengajaran kepada murid mengubah sikapnya
bermasalah .
Justifikasi

1. Mendorong murid yang berbakat untuk


menunjukkan kebolehannya.

2. Memberikan peluang kepada murid yang


telah sedar dengan kesilapan yang pernah
dilakukannya untuk meningkatkan prestasi
diri.
LATIHAN
Baca keratan akhbar di bawah, kemudian jawab soalan yang
diberikan.
Keldai Dadah Ditahan

Seorang wanita rakyat Malaysia telah ditahan di lapangan terbang


antarabangsa di sebuah negara jiran kerana disyaki menyeludup dadah.
Menurut wanita tersebut, dia ke negara itu kerana dijanjikan pekerjaan
dengan gaji yang lumayan. Ketika bertolak ke sana, dia diberikan
sebuah beg untuk dihantar kepada seorang pekerja di tempat dia akan
bekerja.
SOALAN
1. Pada pendapat anda, bagaimanakah wanita tersebut diadili mengikut prinsip keadilan
atau prinsip keprihatinan?

2. Bincangkan kesan sekiranya wanita tersebut dibebaskan atas dasar prinsip


keprihatinan.

3. Jelaskan amalan nilai universal yang patut dipraktikkan supaya anda tidak terlibat
dalam situasi ini.

4. Bagaimanakah anda boleh mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan


seperti kes ini?
JAWAPAN :
1. i. Prinsip Keadilan
- Penyeludupan dadah merupakan tindakan yang menyalahi undangundang.
- Tidak ada sesiapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang dan patut dikenakan dengan
hukuman yang sewajarnya.
ii. Prinsip Keprihatinan
- Kita patut memahami perasaan seorang wanita yang menjadi mangsa kerana ditipu oleh individu yang
tidak bertanggungjawab.
- Pihak berkuasa sepatutnya prihatin dengan situasi wanita tersebut dan dapat memberikan
pertimbangan yang sewajarnya.
2. - Jenayah akan semakin berleluasa dan masyarakat akan berasa bimbang dengan keselamatan
mereka.
- Semakin ramai wanita yang akan menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab
- Ketenteraman awam terjejas.
3. Bertanggungjawab – Setiap individu bertanggungjawab terhadap tindakannya supaya tidak terlibat
atau bersubahat dengan jenayah.
Rasional – Berfikiran dengan rasional Ketika menerima tawaran yang besar supaya tidak mudah tertipu.
4. - Sentiasa berhati-hati apabila berurusan dengan individu yang tidak dikenali.
- Berbincang dengan anggota keluarga sebelum membuat apa-apa keputusan
- Sentiasa peka dengan kumpulan yang cuba menipu orang ramai.
TAMAT. TERIMA KASIH
ALTERNATIVE RESOURCES

Anda mungkin juga menyukai