Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN PROGRAM 3K

KESELAMATAN , KECERIAAN MENGAMIT PDPc CEMERLANG


SEKOLAH KEBANGSAAN KUANG
BAGI TAHUN 2019

1. PENDAHULUAN

Program ini dirancang dalam Perancangan Takwim Sekolah bagi Tahun 2019.
Program ini dilaksanakan adalah untuk memastikan warga sekolah ini sentiasa
mahukan yang terbaik dan memberikan impak kepada warga murid untuk lebih
prihatin dan peka dengan keselamatan dan tatacara diri untuk menarik murid ke
sekolah khususnya.
Sejajar dengan Pelan Pendidikan yang mahukan murid-murid sekolah sentiasa suka
dan menjaga sahsiah diri, maka program ini diharapkan dapat memberikan suasana
baru kepada murid untuk lebih seronok dan gembira ketika hadir ke sekolah dengan
rasa selamat dan aman.

2. OBJEKTIF

Diharapkan dengan terlaksananya program ini, warga sekolah khususnya murid akan
dapat :

i. Mendidik diri untuk sentiasa mengikut peraturan sekolah dan menghargai


keselamatan diri.
ii. Menjaga keselamatan diri adalah merupakan salah satu instrumen penting
bahawa diri itu amat berharga kepada ibubapa, sekolah dan negara.
iii. Mengetahui bahawa keceriaan sekolah akan memberikan rasa seronok dan
gembira untuk sentiasa hadir ke sekolah.

3. RASIONAL

Sepanjang aktiviti ini dilaksanakan dan terhasilnya rasa tanggungjawab dan sikap
menjaga keselamatan diri menjadi tonggak utama untuk pencapaian akademik
cemerlang apabila keseronokan hadir ke sekolah dengan adanya sikap mematuhi
peraturan sekolah.

4. TARIKH PELAKSANAAN

13 APRIL 2019 – 28 APRIL 2019

5. TEMPAT PELAKSANAAN

Bahagian tangga-tangga sekolah yang merujuk kepada arah turun dan naik yang
dicat untuk penerapan nilai mengikut arahan.

1
6. PERANCANGAN PROGRAM

i. Tangga-tangga sekolah akan dicat dan menonjolkan simbol arah naik dan
turun.
ii. Murid akan bergotong royong mengecat dan memahami simbol-simbol yang
dilukis dan dicat.
iii. Murid mengikut arahan simbol sebagai panduan dan keselamatan sepanjang
simbol yang dibuat.

7. BELANJAWAN PROGRAM

A. Pendapatan
i. PCG Kantin RM

B. Belanjawan
ii. Tin Cat Warna Kuning 1 unit 5 liter x 2 RM172.00
iii. Tin Cat Warna Biru 1 unit 5 liter x 2 RM172.00
iv. Making Tap 12 unit RM18.00

C. Jumlah Keseluruhan RM362.00

8. PENUTUP

Diharapkan dengan adanya program 3K ini akan dapat memberikan impak yang baik
kepada warga sekolah khususnya dan memberikan penilaian sahsiah dengan
mengikut panduan dan merasakan kepentingan menjaga keselamatan diri untuk
memastikan hadir ke sekolah dan menjadi insan cemerlang.

Saya yang menjalankan amanah, Disahkan oleh,

( MAZLY SHAH BIN MUHAMMAD JAMIL ) ( SITI FATIMAH BINTI MAT HASSAN )
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Guru Besar
SK Kuang SK Kuang

Anda mungkin juga menyukai