Anda di halaman 1dari 3

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

َ ‫ف ْال ُم ْر‬
‫س ِليْن‬ ِ ‫علَى اَ ْش َر‬
َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫صالَة ُ َوال‬
َّ ‫وال‬، َ ‫ب ْالعَالَ ِميْن‬ ِ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ِّ ‫هلل َر‬
ْ َ‫علَى آ ِل ِه َوا‬
.‫ص َحابِ ِه اَ ْج َم ِعيْن‬ َ ‫و‬،
َ
Sayang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Illahi,

Ø YANG BERUSAHA, CIKGU ROSLAN BIN DAUD, GURU BESAR SK TAMAN MEGAH RIA
Ø YANG DIHORMATI CIKGU RAMLEE BIN MOHAMED, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,
Ø CIKGU MOHD SYAHRIR BIN ABD GHAFAR ,PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
Ø CIKGU SUZIANA BINTI MARNI, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Ø CIKGU MOHD HUSNI BIN MAHAMAD, PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
TURUT BERSAMA KITA PAGI INI, YANG BERBAHAGIA DATO’ ZULKEFLI BIN AB MANAN, YANG
DIPERTUA PIBG SKTMR
Ø BARISAN GURU-GURU, AKP , IBU BAPA DAN MURID-MURID SEKALIAN.

ASSALAMUALAIKUM WARRAH MATULLAH HI WABARAKATUH

Bersyukur kita ke Hadrat Ilahi, kerana dengan limpah Inayah dan Kurnia-Nya dapat kita
berkumpul bersama-sama menerusi siaran secara maya pada pagi yang hening ini. Marilah kita
mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan pendidikan
dan kebaikan untuk diri kita semua. Tahniah kepada tuan puan serta rakan2 yang sentiasa
menyokong setiap program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya menuntut ilmu
itu tiada had dan batas sempadannya. Pepatah juga ada menyebut, TUNTUTLAH ILMU DARI
BUAIAN SEHINGGA KE LIANG LAHAD. Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insya Allah.
Hadirin yang dimuliakan,
Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
mulakan majlis kita dengan bacaan Ummul furqan . Al-Fatihah.

Selepas bacaan alfatihah

Amiin… ya rabbal alamin…

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, program kita pada hari ini dibahagikan kepada2 slot.
Slot pertama ialah bacaan yasin yang akan dipimpin oleh Mohamad Haikal Bin Nasir dari kelas 4
RIA 1 dibantu oleh Ustaz Akmal
Slot kedua pula ialah bual bicara bersama Guru penolong kanan pentadbiran, Cikgu Ramlee.

Jadi tanpa membuang masa , saya menjemput Ustaz Akmal ,Ketua Panitia Pendidikan Islam
yang juga pengelola slot Bacaan Yasin Mingguan untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Selesai ustaz berucap

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Akmal atas ucapan beliau sebentar tadi.

Seterusnya, kita akan ke slot yang pertama iaitu bacaan yasin.


Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Mohamad Haikal Bin Nasir dari
tahun 4 Ria 1 untuk memimpin bacaan yasin.
Dipersilakan.

Selesai haikal baca yasin


Alhamdulillah dan terima kasih kepada Mohamad haikal Bin Nasir atas kesudian memimpin
bacaan yasin sebentar tadi.
Tuan Guru besar , cikgu-cikgu dan hadirin sekalian,
Nampaknya …
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Mudah-mudahan apa yang yang kita niatkan dan hajati pada hari ini dikabulkan oleh ALLAH
taala.
Sebelum bersurai, Majlis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang
hadir pada hari ini.
Saya, SYAZA HUMAIRA BINTI MOHD HAMIM selaku pengacara majlis pada pagi ini menyusun 10
jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis
sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kurang itu
adalah kelemahan saya.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum wbth dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai