Anda di halaman 1dari 1

Jacob Kounin(1971) seorang pakar psikologi dari Wayne University

● Fokus kajiannya terhadap cara pengurusan bilik darjah dan pengurusan pengajaran dan
pembelajaran.
● Asas keberkesanan model ini bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan teliti
guru.
● Kounin telah mengesyorkan lima teknik pengurusan bilik darjah yang boleh diaplikasikan
oleh guru bagi mengawal disiplin murid. Lima teknik tersebut adalah:

1. Merangkumi semua (Withitness)⇒ Ia merujuk kepada kepekaan guru mengetahui apa yang
sedang dilakukan oleh murid pada setiap masa. Dengan kepekaan ini guru dapat menjangka
masalah yang akan timbul dan seterusnya menghalang masalah tersebut daripada menjadi lebih
serius.
2. Pertindanan (Overlapping)⇒ Pertindanan merujuk kepada keupayaan guru menangani lebih
daripada satu situasi secara serentak. Contohnya, guru berupaya menulis di papan tulis sambil
mengawasi murid yang berada di barisan belakang. Hal ini, akan menjadikan bilik darjah berada
di dalam keadaan yang terkawal.
3. Momentum (Momentum)⇒ Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk meneruskan pengajaran
dengan lancar dan cekap melakukan peralihan sesuatu aktiviti. Hal ini akan membantu murid
bersedia melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4. Kelancaran (Smoothness) ⇒Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan aktiviti bilik darjah, guru
perlulah mengelakkan penerangan yang meleret, mengulangi perkara yang tidak perlu dan
melakukan fragmentasi. Hal ini, perlu dilakukan supaya peralihan dua aktiviti dalam
pembelajaran menjadi lebih licin.
5. Kepekaan kelompok (Group Focus)⇒Kebolehan ini diperlukan bagi mengekalkan penglibatan
aktif murid dan mewujudkan minat mereka. Perkara ini dapat dilakukan apabila guru berupaya
mengemukakan soalan yang boleh mencetuskan minat dan sifat ingin tahu murid.

● Menurut kajian Kounin :


Teguran dan tindakan guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan
memberi kesan kepada murid yang lain. Kesan ini dipanggil sebagai kesan gelombang (Ripple
Effect). Kesan gelombang secara aktif mempunyai 3 ciri:

1. Jelas
● Teguran yang diberikan mestilah jelas
● Guru perlu menyatakan secara spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan
● Elak memberi teguran secara umum

2. Tegas dan Serius


● Memberi arahan dengan tegas dan bernada serius
→Contoh: Siapkan latihan kamu sekarang !
● Nada dan tonasi suara guru perlu tegas dan keras
● Mimik muka guru juga perlu serius
● Pelakuan non-verbal ini akan membantu teguran atau tindakan lebih berkesan

Anda mungkin juga menyukai