Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

Pengenalan 1

Metodologi Kajian 2

Kata Ganti Nama 2

Bahasa Kasar 6

Bahasa Pidgin 6

Bahasa Kreol 8

Bahasa Kolokial 10

Bahasa Rojak 13

Rujukan

Lampiran

1
PENGENALAN

Bahasa ialah maruah bangsa dan negara. Bahasa Melayu akan terus menghadapi
cabaran dalam memenuhi peranannya sebagai wahana kebudayaan moden. Bahasa
sebagai salah satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa, tidak boleh tercicir atau
tersisih bahkan mesti diperkukuh dan diperluas peranannya.

Isu bahasa Melayu baku, bukanlah isu bahasa yang betul atau yang tidak betul.
Pembakuan bahasa Melayu merupakan idealisme dan wawasan yang antara lain bertujuan
untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Usaha pengembangan bahasa Melayu baku di
Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan kerana banyak
perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat
pengguna bahasa Melayu. Sebagai akibat ” perubahan yang mengelirukan pengguna
bahasa Melayu( baku)”, seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa
Melayu baku.

Sebenarnya, tanggapan dan kekeliruan ini memerlukan penjelasan dan kajian


terperinci agar tidak timbul masalah yang serius berkaitan pembakuan bahasa Melayu itu
sendiri. Usaha untuk menjelaskan situasi itu terasa amat perlu bagi mengelakkan
kekeliruan dan krisis ilmu bahasa dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, bahasa
Melayu sekarang ini sedang diancam dan digugat oleh bahasa Inggeris ekoran daripada
era globalisasi dan ekonomi digital. Hal ini demikian kerana kita mahu seluruh
masyarakat tahu akan cara menggunakan bahasa Melayu baku khususnya dalam segala
urusan rasmi. Dalam hal ini juga, setiap ahli masyarakat harus prihatin dan belajar
menguasai bahasa Melayu baku.

2
METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian berbentuk temu bual rakaman yang terdiri daripada pelbagai latar
belakang, jantina, umur dan dan keturunan . Data akan di analisis berdasarkan perkara-
perkara berikut:

a) Penggunaan kata ganti nama


b) Penggunaan perkataan taboo( kata larangan)
c) Penggunaan pidgin
d) Penggunaan kreol
e) Penggunaan kolokial
f) Penggunaan bahasa rojak

KATA NAMA GANTI

Kata nama ganti dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama
tunjuk dan kata ganti nama diri.

a, Kata Ganti Nama Tunjuk

Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi mengarah kepada
sesuatu perkara, benda atau tempat. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua
iaitu kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat.

Kata nama ganti umum ialah yang menunjukkan pada perkara atau benda.
Terdapat dua kata ganti nama umum iaitu ‘ini’ yang menunjuk pada yang dekat
dan ‘itu’ menunjuk pada yang jauh.

3
Kata ganti nama tunjuk tempat pula terdiri daripada ‘sini’ (menunjukkan
pada arah dekat) dan ‘situ’ (arah agak jauh) dan ‘sana’ (arah jauh)

b. Kata Ganti Nama Diri.


Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu
benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama ini terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu:
i) Kata ganti nama diri tanya.
ii) Kata ganti nama diri orang.

Kata ganti nama diri tanya ialah sejenis kata nama yang berfungsi
menanyakan hal benda, perkara tau manusia. Terdapat tiga bentuk kata ganti
nama diri tanya iaitu ‘siapa’ yang merujuk orang. ‘apa’ yang merujuk benda dan
‘mana’ yang merujuk benda atau orang.

Kata ganti nama diri orang ialah sejenis ganti nama yang merujuk manusia
dan terdiri daripada tiga kategori,iaitu orang pertama,orang kedua dan orang
ketiga.Contohnya adalah seperti yang berikut:
Kata ganti nama diri orang pertama:saya,aku,beta,patikkami,kita
Kata ganti nama diri orang kedua:saudara,kamu,awak,engkau,anda
Kata ganti nama diri orang ketiga:ia,dia,beliau,mereka,-nya

Berdasarkan rakaman atau temu bual , didapati responden menggunakan kata


ganti nama bersesuaian dengan penggolongan kata ganti yang dinyatakan dalam buku
Tatabahasa Dewankeluaran DBP. Namun begitu.terdapat juga perubahan yang
dilakukan bersesuaian dengan latar belakang penutur, Contohnya:

Bahasa mat rempit


Kata ganti diri pertama : wa
Kata ganti diri kedua :lu, bro

4
Bahasa guru bersama rakan
Kata ganti diri pertama : saya,kita
Kata ganti diri kedua : cikgu, ustazah, puan
Kata ganti diri ketiga : dia, guru besar

BAHASA KASAR ATAU TABO

Bahasa yang dihamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata kesat ialah


contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.

Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada
manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.

Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana ada kalanya
bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap
mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka dianggap kesat di Selangor, tetapi
dianggap biasa di Melaka.

Berdasarkan rakaman yang dibuat, tiada penggunaan taboo(kata larangan ) yang


digunakan

BAHASA PIDGIN

Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara dua
kelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untuk dituturkan dalam
kelompok masyarakat tersebut. Bahasa ini merupakan penyederhanaan dari dua bahasa
atau lebih. Bahasa pidgin tidak mempunyai penutur asli atau native speaker serta
terbentuk secara alami di dalam suatu kontrak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur
yang masing-masing memiliki bahasa ibunda tersendiri.

5
Bahasa pidgin terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalam suatu
perdagangan dengan pengguna bahasa yang lain. Penggunaan bahasa pidgin juga boleh
terbentuk dalam aktiviti pertanian yang turut terdapat pengguna bahasa asing dan tidak
satu pun antara keduanya memahami bahasa lawan masing-masing.

Terdapat pelbagai versi yang menjelaskan takrif bahasa pidgin ini. Antaranya
dikatakan sebagai bahasa pinggiran, bahasa rekaan atau ( artificial language), bahasa
kacukan atau campuran iaitu (mixed language), bahasa abdi ( slave jargon), bahasa
perdagangan (trade language), serta bahasa gampang (bastard language)

Pidgin adalah bahasa tulen dan berstatus penuh iaitu bukanlah bahasa yang
direka-reka. Strukturnya jika dilihat dari pelbagai aspek memperlihatkan pidgin sebagai
satu sistem linguistik yang kompleks dan tersusun dalam perspektif fonologi. Morfologi
serta sintaksisnya memperlihatkan wujudnya pola-pola yang sistematik. Dengan kata lain
, sistem linguistik pada sesuatu pidgin itu sama kompleks dengan sistem bahasa –bahasa
yang natural, yang tidak bersifat campuran. Pidgin tidak menjadi bahasa ibunda kepada
mana-mana kumpulan dan tidak juga menjadi bahasa pertama sekali diajarkan atau
dipelajari.

Berikut ialah beberapa kriteria bahasa pidgin yang digolongkan berdasarkan


kriteria- kriteria tertentu:

a. Americo – iaitu yang dituturkan di sepanjang pantai Liberia, di barat Afrika


dan Sranan yang digunakan di kawasan pantai Suriname, di timur laut
Amerika Selatan merupakan bahasa pidgin yang dasarnya bahasa Inggeris.
b. Rodrigues Creole – yang dituturkan di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius dan
Reunionals di sebelah timur Madagaskar di anggap sebagai bahasa pidgin
yang berasal daripada bahasa Perancis.
c. Chibaacano – yang digunakan di Zamboanga, Filipina dan Pidgin Spanish
yang dituturkan di barat Venezuela merupakan pidgin berasaskan Sepanyol.

6
d. Tekrur – yanh digunakan di timur Tasik Chad, bahagian tengah atas Afrika
dan Galgaliya di timur laut Nigeria adalah pidgin yang mempunyai pengaruh
Arab sebagai asasnya.
e. Bahasa Goa – di India dan Nikari karu ialah pidgin yang dituturkan di
Guyana, terutama dekat dengan sempadan Brazil adalah pidgin yang
mempunyai pengaruh Perancis.

Kota kata bahasa Pidgin.

Kota kata bahasa pidgin dikatakan mempunyai bilangan yang amat kecil atau
terhad. Ini kerana ketidakmampuan penuturnya menggunakan jumlah perkataan yang
lebih besar ekoran daripada kajian mereka tentang bahasa dasar kepada pidgin berkenaan,
Walau bagaimanapun ,ketidakmampuan ini diatasi dengan kepintaran serta kekreatifan
mereka membentuk perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkan , sama ada hal-
hal remeh ataupun abstrak daripada jumlah perkataan yang terhad itu.

Bahasa pidgin juga tidak mengandungi kata ekamorfis iaitu perkataan –perkataan
yang mengungkap satu konsep yang sama atau hampir seakan-akan sama di bawah
sesuatu kategori . Misalnya cantik, molek, comel, lawa dan indah. Untuk mengisi
kekurangan kosa kata itu, para penutur sesuatu pidgin biasanya mengungkapkan
“Circumlocution” iaitu cara berbelit-belit untuk menyatakan sesuatu Sementara itu, bagi
perkataan “grass” (rumput) bahasa Inggeris yang dianjakkan makna untuk
mengungkapkan makna : janggut” melalui ungkapan “grass bilong fes” ( grass belongs to
the face) dan perkataan rambut” diungkapkan sebagai gras bilong hed”
Berdasarkan rakaman, tidak terdapat penggunaan pidgin

BAHASA KREOL

Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa
bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penutur yang telah
menuturkannya sebagai bahasa pertama. Bahasa Kreol jika dibandingkan dengan bahasa

7
pidgin, mempunyai perbendaharaan kata yang lebih luas, sintaksis yang lebih banyak dan
bentuk gaya yang bertambah . malah bahasa kreol akan digunakan bagi semua tujuan
dalam situasi-situasi sosial yang tidak terbatas. Dengan perkataan lain, bahasa kreol
adalah bahasa yang normal namun menjadi sedikit luar biasa akibat faktor sejarahnya.

Walaupun bahasa Pidgin dan bahasa kreol adalah berasal sebagai bahasa
vernacular tertentu yang terhad, namun terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua
bahasa tersebut apabila bahasa kreol mampu mencapai status atau kedudukan sebagai
bahasa baku dalam keadaan- keadaan tertentu.

Asmah Hj. Omar (1991) , pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa
kacukan yang sudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya dua
bahasa. Bahasa kreol merupakan bahasa yang bukan berasal daripada bahasa tempatan
sesebuah Negara tetapi datang dari luar Negara tersebut. Bahasa kreol juga telah lama
digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan . Bahasa tersebut kemudiannya
menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompok penutur-penutur dalam
masyarakat berkenaan.

Dalam masyarakat Malaysia, antara faktor –faktor yang telah mempengaruhi


kewujudan bahasa kreol adalah faktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.
Penelitian dari aspek geografi ini ditinjau kerana setiap kawasan mempunyai dialek yang
berbeza. Maka apabila bahasa ini dipertemukan di sesuatu tempat , bahasa tersebut akan
mengalami percampuran atau lebih dikenali dengan istilah kacukan. Sebagai contoh ,
pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidgin iaitu kacukan antara bahasa Melayu
dan bahasa cina yang bersifat sementara.

Akhirnya bahasa baba berubah menjadi bahasa kreol apabila bahasa kacukan ini
menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya. Kewujudan bahasa kreol ini
adalah akibat daripada pertembungan bahasa atau budaya yang terdiri daripada faktor
geografi yang berlainan seperti bahasa cina dan bahasa Melayu yang telah berlaku
semenjak dulu lagi.

8
Contoh bahasa kreol Baba-Nyonya ialah:
- Saya mahu masak nasi (Ayat Bahasa Melayu)

- Gua mo masak nasik ( Ayat baba – Nyonya )

Sebagai kesimpulan nya, bahasa kreol adalah berasal daripada bahasa pidgin atau
bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatan dan telah
diterima sebagai bahasa pertama mereka. Bahasa kreol adalah bahasanya yang tersendiri
dan turut mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Bahasa kreol juga telah berperanan sebagai
bahasa komunikasi yang berguna kepada penuturnya kerana bahasa tersebut disesuaikan
antara bahasa asal-usul mereka dengan masyarakat setempat.
Terdapat penggunaan kreol dalam rakaman yang berasal dari baba nyoya tetapi telah
dicampur-adukkan dengan penggunaan bahasa inggeris.Contohnya:

1) Wa ni ada career.
2) Esok pagi, wa ada keje penting.

BAHASA KOLOKIAL.

Banyak definisi telah diberikan berkenaan bahasa kolokial. Antaranya, menurut


Kamaruddin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), menyatakan bahawa bahasa
kolokial perlu ditakrifkan dengan berpandukan beberapa sumber. Bahasa basahan juga
disebut sebagai bahasa kolokial . (Za’ba) menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap
mulut, bahasa kolokial merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks yang tidak
rasmi. Menurut kamus Dewan bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan
atau bahasa basahan dan bukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan
harian. Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan
ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak digunakan dalam tulisan
rasmi. Bentuknya pula sering di pengaruhi olek dialek daerah dan slanga daerah.

9
Menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak (1999), mengatakan bahawa perkataan
kolokial dimaksudkan dengan perkataan yang digunakan dalam perbualan sehari-hari
ataupun dalam penulisan yang mempunyai tujuan tersebut.

Oleh itu, dapatlah didefinisikan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa pertuturan
dalam kehidupan seharian tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betul, namun
dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya bahasa kolokial dipengaruhi oleh dialek daerah
penutur berkenaan.

Ciri Bahasa Kolokial

Antara ciri-ciri bahasa kolokial ialah:


a. Cara penyampaian

Bahasa kolokial disampaikan secara lisan . ia meliputi perhubungan secara terus


antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian.
Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan perkataan
sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.

b. Mewujudkan Kemesraan

Kemesraan akan wujud dalam penggunaan bahasa kolokial. Ini dapat dilihat
apabila penutur menggunakan penanda-penanda mesra. Dalam pertuturan, dapat
didengar penutur yang menggambarkan nama atau gelaran tersendiri dalam
pertuturan. Mereka biasanya akan dapat melahirkan kemesraan dengan panggilan
yang bersahaja serta intonasi yang menggembirakan. Sebagai contoh:

Hai mat, nak ke mana tu? Tak singgah dulu? Kami tengah minum ni. Marilah
rasa kuih Kak Mah ni. Bukan main sedap lagi, panas-panas lagi.

10
Terdapat juga penutur yang menggunakan unsur ‘kan’ sebagai bukan dan ‘dah’
sebagai sudah yang menunjukkan kemesraan dalam pertuturan. Sebagai contoh:

Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi.

c. Penggunaan Dialek

Dialek ialah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung
dengan satu kawasan atau kumpulan masyarakat . Oleh itu dalam bahasa kolokial
wujud penggunaan dialek dalam perhubungan mereka. Biasanya perbezaan dialek
ini berdasarkan kelas, latar belakang pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, status
ekonomi dan sosial yang berlainan.

d. Penggunaan Tatabahasa

Dalam bahasa kolokial penggunaan tatabahasa tidak begitu dipentingkan.


Bahasa ini menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta
menggugurkan bahagian tertentu dalam ayat. Ayat-ayatnya juga banyak
meninggalkan penggunaan imbuhan, sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur
isyarat dan gerak geri untuk difahami oleh pendengar.

e. Percampuran Kod

Dalam penggunaan bahasa kolokial, kod yang berbagai sering digunakan


terutama oleh terpelajar. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan
disebabkan rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan.

11
Penggunaan Bahasa Inggeris dan bahasa Arab dapat dikesan dalam percakapan
yang penuh kemesraan, terutamanya antara Melayu dengan Melayu atau berlainan
keturunan.

f. Bahan yang Diperkatakan.

Perbincangan dan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada


penuntut dan pendengar yang terlibat. Namun biasanya, mereka berbincang
tentang perkara yang agak ringan serta mudah untuk mencapai maksud yang
diberikan. Keadaan ini wujud kerana mereka tidak berada dalam keadaan rasmi.
Biasanya tajuknya agak ringan dan santai,. Ini kerana mereka sering bertemu dan
wujud kemesraan antara mereka.

g. Cara Penggunaannya..

Bahasa kolokial digunakan oleh penutur dalam pergaulan harian. Dalam


perhubungan ini, mereka tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa serta imbuhan.
Kata singkat serta dialek daerah sering digunakan dalam perbualan mereka. Dalam
perbualan juga, aspek kemesraan dan pemahaman maksud yang lebih diutamakan
berbanding susunan dan aturan tatabahasa yang betul.

Berdasarkan rakaman, penggunaan kolokial telah digunakan dengan banyak dan


meluas sama ada dari golongan bawahan , dalam ruang bual bicara mahupun di
kalangan golongan terpelajar. Ini mungkin disebabkan sifatnya yang mudah difahami,
tidak terikat dengan penggunaan sistem tatabahasa yang betul dan dapat difahami
dengan mudah oleh pendengar .contoh penggunaan kolokial ialah;

1) Kito pulak yang nak kono tobuko.

2) Si artis dikatokan tidak menjawab tuduhan si mangso.

12
3) Bape kotak cikgu nak

4) Ni, saya edar ke kelas dulu.

5) Eh, apasal ngan kau ni?

BAHASA ROJAK

Bahasa Rojak adalah suatu jenis percakapan di Malaysia yang menakrifkan


campuran pelbagai bahasa dalam satu pertuturan yang serupa dengan pidgin, Manglish
dan Singlish. Walau bagaimanapun, bahasa dasarnya merupakan bahasa Melayu.

Bahasa Rojak boleh dikesan seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila
satu entrepot antarabangsa didirikan oleh Parameswara pada tahun 1402 di Melaka dan
pelabuhan ini menarik ramai pedagang yang secara keseluruhannya bertutur lebih 80
bahasa dari pelbagai bangsa dan budaya. Pedagang dunia dan penduduk yang
mengunapakai pelbagai bahasa dalam satu perbualan amat biasa berlaku.

Mengikut kata Ensiklopedia Malaysia (vol. Bahasa dan Budaya) ini merupakan
sebahagian daripada pijin bahasa penghubung yang dikenali sebagai Bahasa Rojak di
Malaysia. Keunikan bahasa ini terdapat dalam gaya alihannya, seseorang mungkin
memulai perbualan dalam bahasa Melayu dan kemudian menyambung dengan bahasa
Inggeris, dan seterusnya mencampurkan satu atau dua perkataan bahasa Kantonis dan
bahasa Tamil dan menamatkan ia dengan istilah bahasa Mandarin atau bahasa Jepun.

Semasa pemerintahan Parameswara apabila dua kumpulan pedagang tanpa satu


bahasa kongsian, mereka akan cuba untuk bertutur dalam apa jua bahasa untuk mendapat
keputusan yang terbaik dalam memahami antara satu sama lain, dan hasilnya mungkin
suatu pijin atau Rojak. Untuk memahami asal-usul Bahasa Rojak Malaysia, seseorang
mungkin perlu membaca sejarah Malaysia terutama Melaka sewaktu Parameswara.

Isu Bahasa Rojak

13
Bahasa Rojak digunakan secara meluas terutama di kalangan remaja bandar
Malaysia, yang sekaligus membimbangkan orang dewasa tetang penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Baru-baru ini kerajaan Melaysia memutuskan hendak melaksanakan
penggunaan bahasa Melayu yang betul terutama di sektor swasta dengan tidak
menggalakkan penggunaan Bahasa Rojak. Sebagai contoh, TV 3 telah menukar nama
Karnival Sure Heboh menjadi Karnival Jom Heboh oleh sebab kebimbangan orang ramai.

Majalah komik sering disalahkan kerana menjadi punca Bahasa Rojak dan isu ini
sering diperdebatkan. Perkataan atau frasa yang ditulis dalam Bahasa Rojak sering
ditekstebalkan untuk memungkinkan pembaca mengenalpasti mereka (seperti dalam
majalah Ujang dan Apo?). Secara khususnya, menjelang akhir tahun 2003, majalah
Gempak dan Kreko menggunakan bahasa yang lebih formal dan meminimakan
penggunaan Bahasa Rojak.

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Inggeris)

* Kau memang terror la!


* Tempat makan ni best sangat!

Bahasa Rojak (Bahasa Cina campur bahasa Inggeris)

* Can meh? That one can like that meh? – Boleh berbuat begitukah?

* Tonight ar we’all go KLCC, after that we’all can go Cheong Kor (singing) mah. –
Malam ini kita semua pergi ke KLCC dan kemudiannya kita semua pergi menyanyi.

Bahasa Rojak (Bahasa Melayu campur bahasa Cina campur bahasa Inggeris)

* Eh boss cakap ar, after makan ah, we’all go mabuk, want or not, once in a while only
mah, taikah happy mah, ok. – Pengurus! Selepas makan kita semua pergi minum arak
beramai-ramai mahukah? Sekali-sekala sahaja untuk bergembira!

14
Selain daripada bahas kolokial, bahasa rojak juga digunakan dengan meluas
dalam masyarakat Malaysia. Contoh penggunaannya berdasarkan rakaman yang dibuat

1) Direct ngan sape name die ye.


2) Kalau dia mahu advaance, saya suruh dia datang.
3) Rata-rata sma bagus tapi ada band yang lain sikit. Standard semua sama.
4) Bagi extra ye.

RUJUKAN:

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1997), Daya Pengaruh dan Perubahan Sikap, Kuala
Lumpur: UP&D.

Abdullah Hassan, Soenjono Dardjowidjoyo (2007) Psikolinguistik – Memahami Asas


Pemerolehan Bahasa (2007). Kuala Lumpur PTS Publication & Distributurs.

Abdullah Yusof (2009) HBML 3403. Linguistik dan Sosiolinguistik. Selangor. Open
Universiti Malaysia

Kamaruddin Haji Husin (1995) Laras Bahasa, Selangor Utusan Publication dan
Distributurs Sdn. Bhd.

15
Nik Safiah Karim (1993). Tata Bahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
.

Lampiran rakaman

Sound clip 3

1. Kalau dia mahu advance, saya suruh dia dating.


2. Tapi ada band yang lain sikit.Rata-rata bagus.
3. Kemudian kita buat perancangan supaya mereka dikenali di Arena country.
4. Rata rata semuanya bagus tapi ada band yang lain sikit. Standard semua sama.

Sound clip 12

1. Oh, macam tu ye.


2. bape kotak cikgu nak?
3. Saba je lah kite oghang
4. Direct,direct,direct ngan tu.
5. Direct ngan sape die.
6. Eh, Ton kau tak boleh tengok pameran dulu.
7. Ton, kau kene buat tanye-tanye dulu.
8. Boleh aje.
9. Eh, ambiklah guru besar punye kau ni..

16
10. Ha…tengok Fatihah jugak dapat markah lebih sebab die yang ambik untuk guru
besar.
11. Ustazah, nampa tak yang sebelah saya tu.
12. Puan Norley, Puan Norley akhirnya baca sampai mane
13. Oh, nak tunggu nil ah
14. Sape ka?

Sound clip 13

1. Oh, macam tu ye, kalau jatuh.


2. Bape kotak cikgu nak?
3. Saba je lah kite oghang.
4. Ustazah nampak yang sebelah saya.
5. Sape yang akan buat dokementasi
6. Eh, bagi kat gurubesar.
7. Oh, duo pulang balik satu.
8. Saye punya tau
9. Extra ye.
10. Tak pe kak,saye amik satu untuk akak.
11. Ni,saya edar kat kelas dulu.

Sound clip 16

1. Awat hang tak nyanyi sama?Hang tak suka ka?


2. Cukupla..wa dah penat denga suare lu,de
3. You tak payah nak feeling-feeling sangat.
4. Pasal lu lah wa check in kat sini tau.
5. Nak ajak tengok race kono.
6. Macamlah takde keje.
7. Ooi,keja peon je bro.
8. Hang jangan nak dok kalut la bro.
9. Rempit dengan lokap,ni aku nak cite kat hang,ibarat aur dengan tebing.
10. Lagi satu,mat rempit macam kite ni manalah ade duit nak buat parti reunion bro.
11. Haa..masa nilah kite dok kumpul ngamai-ngamai,meghiah.
12. Ooi,wa ni ade career de.
13. Esok pagi wa ade keje penting kene buat.
14. Kalau wa takde,susah de..
15. Bro,hang cita kat gua,apa yang penting tu bro
16. Wa kene potostet kertas-kertas.
17. Lu ingat bos-bos kat sane tu ,ngeti ke potostet kertas-kertas yang harga berjuta tu.
18. Oi..penting sangat la tu.Keje macam tu,mak bidan pun boleh buat bro.
19. Oi,jangan nak dok berlagak.

17
Sound clip 17

1. Hari-hari,ade je kita denga pasal kutu mat rempit kan.


2. Awak tau tak,kalau saya tak terlibat same,saya pu malaslah nak ambil tau pasal
hal ni.
3. Nape?
4. Entahlah,tapi bagi saye,mat rempit tu semuenye tak dapat diselamatkan lagi.
5. Abis macam mane?Yang bawak moto,yang keluar bersiar-siar tu.Takde buat hl
pun.Itu pun jadi manusia jahanam ke?
6. Awak terase ke?
7. Adelah siket.

1.
2. Bang,burger banjo dua,lebih bawang,lebih ‘mayo’
3. Oklah.
4. Abang,jangan lupe tau,cepat siket tau
5. Ha,yelah.
6. Lu,apahal dengan dagu lu?
7. Tak de ape.
8. Nak ambik angi.
9. Ape ni?
10. Aku cuba cari die meghate-ghate tempat tapi tak dapat.
11. Ape kene-mengene dengan aku?
12. Kau ambik la…
13. Memang taka de kene-menene dengan kau,Wa.Tapi kau kesian siket kat die , Wa
12. Saya punye satu.
13. Exta ye.
14. Tak apaelah kak , saye amik satu untuk kak
15. Ni, saya edar ke kelas dulu.

Sound clip 16

1. Awat hang tak nak nyanyi sama., hang tak suka ka?
2. Cukuplah . wad ah penat dengar suara lu de….
3. You tak payah nak feeling-feeling sangat

18