Anda di halaman 1dari 6

PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 2022

KERTAS MAKLUMAN
SEMINAR PEMANTAPAN
FASILITATOR MUDA 2022
DAERAH PETALING
ANJURAN :

MAJLIS BELIA INDIA MALAYSIA


CAWANGAN PUCHONG

DENGAN KERJASAMA :

PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH PETALING


PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 2022

KERTAS KONSEP PELAKSANAAN


SEMINAR PEMANTAPAN FASILITATOR MUDA 2022 DAERAH PETALING

1. TUJUAN

Kertas ini disediakan bertujuan untuk menyatakan secara lebih terperinci berkaitan
pelaksanaan Program Seminar Pemantapan Fasilitator Muda 2022 Daerah Petaling.

2. PENDAHULUAN

Secara dasarnya kepimpinan adalah suatu seni untuk mendorong dan menghalakan
seseorang atau sesuatu kumpulan kearah sasaran yang telah ditetapkan serta
difahami bersama dalam suasana kerjasama dan ransangan untuk terus mencapai
peralihan tingkah laku kearah kebaikan dan kejayaan dalam hidup. Kepimpinan
samaada terhadap diri sendiri seseorang individu atau sesuatu kumpulan sasar
memerlukan ketajaman akal dan latihan yang berterusan agar matlamat yang telah
ditetapkan itu Berjaya dicapai.

Sejajar dengan aspirasi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor untuk melahirkan
kepakaran belia dalam bidang fasilitator dan penceramah muda, maka melalui
Majlis Belia India Malaysia Cawangan Puchong dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah
Petaling mencadangkan untuk menganjurkan Seminar Pemantapan Fasilitator Muda
2022 ini untuk belia-belia seluruh Daerah Petaling yang mempunyai kebolehan dan
bakat dalam bidang fasilitator dan penceramah.

Seminar ini akan menitikberatkan keperluan di kalangan belia melalui penerapan


keupayaan dan bakat mengajar, mengurus dan memimpin sebenar yang
tersembunyi dalam diri mereka. Para belia akan diberi pendedahan secara langsung
dan tidak langsung serta ransangan untuk membina ketokohan, keterampilan dan
keyakinan diri sebagai tenaga pengajar yang hebat. Mereka akan berkomunikasi dan
menyatakan idea dengan lebih terbuka menggunakan pendekatan yang akan
mengasah bakat mereka dalam aspek berkaitan kepimpinan, kerjasama dan
kesungguhan.

1
PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 2022

3. OBJEKTIF
3.1 Menjadi platform bagi belia mengenalpasti keistimewaan dan bakat
kepimpinan peribadi mereka.

3.2 Melahirkan belia yang berfikiran secara kreatif serta berani dan berwawasan
agar sentiasa bersedia mengambilalih teraju kepimpinan masa hadapan.

3.3 Membantu peserta agar lebih yakin dan mengenali personaliti diri bagi
memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang
tepat.

3.4 Membentuk sekumpulan agen perubah di kalangan belia bagi menggerakkan


sebarang aktiviti/program untuk mempengaruhi/membimbing rakan-rakan
lain secara lebih professional.

3.5 Memberi pendedahan kepada belia tentang Cabaran Minda seorang pengajar
dan pemimpin mengikut perspektif Islam dan Globalisasi.

4. KUMPULAN SASAR

4.1 Belia berumur 18 – 30 tahun.


4.2 Memegang jawatan dalam pertubuhan belia Induk dan Daerah.
4.3 Belia berkejaya.

5. KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Program ini akan dilaksanakan dengan penglibatan belia seramai 50 orang.

5.2 Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Pejabat Belia dan Sukan Daerah bersama
Persatuan/Kelab Belia Daerah bersama agensi-agensi awam atau lain-lain
yang bersesuaian bertanggungjawab dalam pelaksanaan Program ini.

5.3 Program ini boleh dilaksanakan di Insitut Latihan Awam (ILA) atau premis-
premis awam yang bersesuaian.

2
PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 2022

5.4 Metodologi program :


a)      Taklimat dan ice breaking
b) Pengenalan dan Kriteria Fasilitator Professional
c) Strategi Komunikasi berkesan
d) Latihan dalam Kumpulan dan Pembentangan

6. TARIKH DAN TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAM

Dilaksanakan pada 5 Mac 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Puchong.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan kewangan bagi program ini adalah seperti di lampiran A.

8. JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM

Jadual Pelaksanaan bagi program ini adalah seperti di lampiran B

9. PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar dengan pendekatan proaktif dan terkini dalam
perlaksanaan program ini akan menghasilkan impak yang positif dan seterusnya
dapat melahirkan kumpulan fasilitator yang lebih professional dan
berketerampilan.

3
PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 2022

LAMPIRAN A

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

KOS
BIL PERKARA
(RM)

Penceramah
1 300.00
( RM 150.00 x 2 orang )

Makan dan Minum Peserta/Penceramah


2. 900.00
(RM 15.00 x 60 orang)

Kit peserta
3 500.00
( RM 10.00 x 50 orang)

4 Sewaan dewan / bilik kuliah 300.00

JUMLAH 2,000.00

4
PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 2022

LAMPIRAN B

JADUAL PROGRAM

MASA PENGISIAN

8.00 – 8.30 pagi Pendaftaran Peserta

Modul 1
8.30 – 10.30 pg
Pengenalan dan Kriteria Fasilitator Professional
Modul 2
10.30-12.30 tgh
Strategi Komunikasi Berkesan

12.30-1.00 tgh LDK Dan Pembentangan

1.00-2.30 ptg Rehat, Solat dan Makan Tengahari

2.30-4.00 petang LDK Dan Pembentangan

4.00-5.00 petang Majlis Penutup dan Bersurai

Anda mungkin juga menyukai