Anda di halaman 1dari 2

Blok dunia bermaksud pembahagian dunia kepada dua buah blok yang berasaskan

pegangan dan fahaman politik serta amalan sistem ekonomi negara berkenaan. Blok dunia
terbahagi kepada dua iaitu blok komunis dan blok kapitalis. Blok komunis diterajui oleh
Soviet Union manakala blok kapitalis pula diterajui oleh Amerika Syarikat. Kewujudan
kedua-dua blok ini adalah disebabkan kerana masing-masing menganggap pegangan dan
amalan mereka adalah yang terbaik. Dengan ini, ia mengakibatkan berlakunya perang
Dingin. Dikenali sebagai perang dingin kerana tidak berlaku sebarang konflik bersenjata
secara langsung antara kedua-dua blok ini. Tetapi kedua-dua blok ini ingin membuktikan
kekuatan masing-masing. Mereka berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan
kepentingan masing-masing di Eropah dan Asia melalui propaganda serta bantuan ekonomi
dan ketenteraan. Negara penyokong akan diberikan pelbagai anugerah manakala negara
musuh akan dikenakan pelbagai sekatan termasuk ekonomi dan diplomatik.
Dari segi dominasi, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang
didominasi. Hal ini bertujuan untuk kelompok yang didominasi menerima nilai-nilai moral,
politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Dalam hal ini,
hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok
dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini
diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat
terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Misalnya, Barat yang diketuai oleh Amerika
Syarikat dan sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi
dunia khususnya negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang iaitu:
a. Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata
nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.
b. Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat
c. Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.

Seterusnya, hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat
kerana mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini
termasuklah bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama
peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala urusan
pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan sosial menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa utama. Barat juga mampu mendominasi dunia dengan polisi-polisi
mereka kerana mereka jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Tamsilnya, sistem
perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World
Bank adalah di bawah penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal
mata wang di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata wang dunia.
Selain itu, kita pergi pula kepada jaringan pengaruh. Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke
atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan
negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun
globalisasi memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke
mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah
negara. Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip
hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negara-negara lain
dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-
negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri.
Contohnya, pemberian bantuan ekonomi kepada negara-negara bermasalah seperti
Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya
percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran.
Akhir sekali, globalisasi dunia. Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam
mentadbir dasar luar Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan
antarabangsa mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika
Syarikat dengan negara-negara lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan
antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah merentasi
sempadan. Akhirnya, jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia tanpa
sempadan yang diamalkannya.

Anda mungkin juga menyukai