Anda di halaman 1dari 6

  

Definisi komuniti pembelajaran

1. KOMUNITI PEMBELAJARAN Definisi komuniti Secara keseluruhannya, komuniti menurut Kamus


Pelajar Dewan Bahasa dan Pustaka merujuk kepada orang yang tinggal di sesuatu tempat, daerah, negara
dan sebagainya (di bawah satu pemerintahan), masyarakat keseluruhannya. Komuniti turut menerangkan
tentang tempat yang didiami oleh sesuatu masyarakat, kumpulan haiwan dan tumbuhan yang hidup di
sesuatu tempat serta saling bergantung dan berhubungan antara satu dengan yang lain. Secara rumusannya,
komuniti bolehlah diertikan sebagai individu yang tinggal disesuatu tempat dan saling berinteraksi antara
satu sama lain termasuk benda hidup dan benda bukan hidup yang lain.

Definisi Pembelajaran Biasanya pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan individu yang disebabkan
oleh pengalaman (Slavin, 1997; Mazur, 1990; Rocklin, 1987). Pembelajaran tidak merujuk kepada
perubahan akibat perkembangan seperti mengalami pertambahan ketinggian. Dalam mendefinisikan
pembelajaran, Stalling (1973) telah menetapkan tiga kriteria penting iaitu : 1) Pembelajaran harus
menampakkan perubahan dalam tingkah laku. 2) Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran. 3)
Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Mengikut apa yang
dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu
berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau
latihan.Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang
mengatakan, ‘….. learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an
individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for
worse’. Crow dan Crow (1983) pula menyifatkan pembelajaran merupakan pemerolehan tabiat,
pengetahuan dan sikap serta melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja. Ini berlaku dalam percubaan
individu untuk mengatasi rintangan atau menyesuaikan diri kepada situasi baru.
1. 2. Manakala menurut Rahil Mahyuddin (2000), pembelajaran merupakan perubahan tingkahlaku yang
melibatkan keterampilan kognitif; iaitu penguasaan ilmu dan penguasaan intelek. Sebagai
rumusannya, pembelajaran berlaku apabila adanya perubahan tingkah laku yang kekal. Dalam proses
pembelajaran, perubahan tingkahlaku adalah akibat mendapat kefahaman daripada maklumat baru,
latihan, pengalaman, celik akal atau cuba jaya. Pembelajaran berlaku secara disedari atau tidak
disedari dan merupakan proses yang berterusan yang berlaku sepanjang hayat. Konsep komuniti
pembelajaran Komuniti pembelajaran merupakan persekitaran yang melibatkan hubungan kerjasama
antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku. Persekitaran ini melibatkan
unsur kerjasama, bantu-membantu, perkongsian alat/idea, perasaan saling, persaingan yang sihat dan
sebagainya. Teori Ekologi Bronfenbrenner (Komuniti Pembelajaran) Teori ekologi telah
diperkembangkan oleh Urie Bronfenbrenner (1917), yang mana fokus utamanya ialah konteks sosial
di mana seseorang kanak-kanak membesar dan individu-individu yang mempengaruhi kehidupan dan
perkembangan kanak-kanak tersebut. Individu berbeza disebabkan konteks sosial yang berbeza dalam
perkembangan sepanjang hayatnya. Sistem Mikro Sistem mikro adalah seting di mana seseorang
individu menghabiskan sebahagian besar masanya iaitu persekitaran yang paling hampir dengan
individu. Situasi ini termasuklah bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada disekolah, atau
kawasan setaman atau sekampung. Dalam sistem mikro, individu mempunyai hubungan yang
langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Bagi Bronfenbrenner,
pelajar atau individu bukanlah penerima yang pasif kepada pengalaman persekitaran tetapi adalah
merupakan seorang yang berinteraksi timbal balik dengan orang lain dan merupakan salah seorang
yang membina seting tersebut. Sistem Meso Sistem meso melibatkan hubungan antara sistem mikro.
Contohnya, menghubungkan antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman di sekolah;
antara pengalaman bersama keluarga dengan pengalaman bersama rakan sebaya. Pengalaman dalam
satu sistem mikro boleh mempengaruhi pengalaman dalam sistem mikro yang lain. Contohnya,
seorang pelajar yang
2. 3. merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga, mungkin akan menghadapi masalah menjalin hubungan
yang positif dengan gurunya. Sistem Ekso Sistem ekso adalah keadaan di mana pengalaman dalam
sesuatu seting (di mana pelajar tidak aktif) mempengaruhi pengalaman pelajar dan guru dalam konteks
yang langsung. Contohnya, Lembaga Penyeliaan Sekolah dan Taman Permainan di sesuatu daerah
(sama seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam konteks Malaysia). Mereka mempunyai
peranan yang besar dalam menentukan kualiti sekolah, taman permainan, kemudahan rekreasi dan
perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara-perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan
pelajar-pelajar di daerah tersebut. Sistem Makro Sistem makro melibatkan budaya yang lebih luas di
mana pelajar dan guru tinggal; termasuklah nilai dan adat resam masyarakat. Contohnya, ada budaya
(seperti budaya Islam di Mesir dan Iran) sangat menegaskan peranan tradisi mengikut jantina. Dalam
budaya lain (seperti di Amerika Syarikat), peranan mengikut jantina yang lebih pelbagai dapat
diterima. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki atau
lelaki memainkan peranan yang dominan dalam budaya tersebut. Di Amerika Syarikat, di sekolah-
sekolah telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan.
Sistem Krono Sistem krono merujuk kepada keadaan sosio-sejarah perkembangan seseorang pelajar.
Contohnya, pelajar pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah
generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak (taska) atau diasuh di rumah
orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Mereka adalah generasi pertama yang hidup dalam buih
elektronik (electronic bubble) yang dicirikan oleh komputer dan bentuk baru media, generasi “post-
sexual-revolution” dan generasi yang dibesarkan dalam kawasan perbandaran yang tersebar
(dispersed, deconcentrated cities) Your Online Store Builder : http://bit.ly/123sell
3. 4. Penambahbaikan Prestasi Sekolah Melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) 1. Pada masa
kini, banyak negara di seluruh dunia sedang bergelut dengan reformasi untuk mengubah sistem
pendidikan mereka bagi memenuhi tuntutan kualiti dan prestasi pelajar. 2. Walaupun terdapat banyak
penyelidikan dalam bidang sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah mencadangkan kepada kita
tentang cara mengubah seluruh sistem sesebuah sekolah supaya menjadi lebih baik, tetapi jelas di sini
bahawa dengan mengubah seluruh sistem pendidikan sesebuah sekolah pada satu-satu masa tidak lagi
membantu dalam peningkatan prestasi sebaliknya menimbulkan banyak masalah. 3. Mengulangi
semula strategi penambahbaikan yang pernah dilakukan sebelumnya juga tidak banyak membantu
dalam peningkatan prestasi sesebuah sekolah. 4. Selain itu, mengulangi semula strategi-strategi yang
dipinjam daripada tempat lain dan ditambah dengan sedikit pengubahsuaian juga hanya akan
mengembalikan prestasi sekolah tersebut di takuk lama. 5. Terdapat banyak reformasi yang
diperkenalkan di dalam sistem pendidikan sekarang, namun kesannya hanya sedikit sahaja perubahan
yang berlaku dan ini juga akan hanya mengekalkan status sesebuah sekolah ketinggalan di takuk lama.
6. Mengapakah reformasi pendidikan yang diperkenalkan kadang kala gagal mengubah sesebuah
sekolah menjadi lebih baik? 7. Antara sebabnya ialah tempoh masa pelaksanaannya yang begitu
singkat sedangkan sesebuah organisasi pendidkan mengambil masa yang begitu lama untuk
memahami kehendak-kehendak reformasi dan bertindak balas. 8. Selain itu reformasi pendidikan juga
gagal disebabkan terletak di tangan 'pemandu yang salah'. 9. Isu kritikal dalam pelaksanaan reformasi
pendidikan ini membawa kepada pertimbangan untuk pelaksanaan pendekatan pembinaan kapasiti
(capacity building) dalam institusi pendidikan. 10. Pembinaan kapasiti atau pembangunan kapasiti
(capacity building)adalah satu pendekatan konsep
4. 5. pembangunan yang memberi tumpuan kepada usaha-usaha bagi memahami bentuk halangan yang
mengganggu institusi pendidikan dalam merealisasikan matlamat pembangunan mereka dan pada
masa yang sama membantu peningkatan keupayaan yang akan membolehkan pencapaian institusi
dapat diukur bagi menghasilkan keputusan yang mampan. 11. Ini secara tidak langsung akan
membantu perubahan di dalam sesebuah institusi pendidikan. 12. Pembinaan kapasiti dapat
dilaksanakan melalui amalan bergotong-royong iaitu guru-guru bekerja bersama-sama untuk
membangunkan amalan pengajaran yang berkesan. 13. Komitmen yang tinggi inijuga membantu
mereka meningkatkan amalan-amalan yang lain serta mampu membangunkan profesionalisme mereka
sendiri. 14. Kesan besar terhadap pembelajaran pelajar akan berlaku apabila guru-guru sendiri menjadi
pelajar terhadap bidang pengajaran mereka. 15. Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) ditakrifkan
sebagai sebuah komuniti profesional di sekolah yang terdiri daripada pentadbir dan guru-guru yang
sentiasa berusaha secara berterusan belajar ,mencari dan berkongsi ilmu untuk meningkatkan
keberkesanan pengajaran mereka, melalui tindakan terhadap perkara yang telah mereka pelajari. 16.
Dalam hal ini, komuniti pembelajaran profesional dapatlah dianggap sebagai kumpulan profesional
yang melakukan perjumpaan secara berterusan dan tetap dengan tujuan untuk meningkatkan
pembelajaran mereka sendiri dan pelajar-pelajar mereka. 17. Walaupun ahli komuniti pembelajaran ini
mempunyai perbezaan dalam bentuk dan konteks, tetapi mereka berkongsi beberapa kepercayaan dan
nilai -nilai teras asas. 18. Dengan berdasarkan idea bahawa pendidik boleh belajar antara satu sama
lain, komuniti pembelajaran profesional mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang
menggalakkan kerjasama,kejujuran, dan komitmen terhadap pertumbuhan dan pembangunan ahli -ahli
sama ada secara individu atau kumpulan secara keseluruhannya. 19. Mereka bekerjasama dengan
andaian bahawa guru tidak semata-mata melaksanakan idea-idea orang lain, tetapi seorang intelektual
yang melakukan kerja-kerja keilmuan. 20. Ini bermakna bahawa dalam komuniti pembelajaran ini
meletakkan keistimewaan teori seiring dengan praktikal. Mereka juga menggalakkan dan menyokong
ahli-ahli untuk sentiasa mengkaji amalan pengajaran mereka, mencuba idea-idea baru, dan mereka
menyediakan peluang untuk pembinaan secara kolektif perkongsian pengetahuan baru. 21. Konsep
komuniti pembelajaran profesional adalah berhubungan antara profesional dan
5. 6. pembelajaran pelajar. 22. Sebagai pendidik mereka akan sentiasa mengenal pasti dan
menyelesaikan masalah amalan pengajaran secara bersama-sama, membina kapasiti secara bersama
dalam meningkatkan pembelajaran dan pencapaian semua pelajar di sesebuah sekolah. 23. Terdapat
beberapa ciri sekolah yang mengamalkan PLC, antaranya kepimpinan bersama yang saling
menyokong, perkongsian nilai-nilai dan visi, aplikasi pembelajaran secara kolektif dan amalan-amalan
yang dikongsi bersama. 24. Dengan memupuk ciri-ciri tersebut, PLC akan dapat dilaksanakan dengan
berkesan di sesebuah sekolah. 25. Bagi mendapat hasil yang maksimum, pihak sekolah seharusnya
mampu menyediakan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi guru-guru menjana, bertukar dan
mencabar idea masing-masing secara berterusan untuk meningkatkan mutu pengajaran mereka. 26. Di
samping itu, penambahbaikan secara berterusan terhadap kualiti guru dan kualiti pengajarannya juga
merupakan elemen penting dalam peningkatan prestasi pelajar. 27. Dalam hal ini, tidak ada gunanya
menyediakan ruang untuk PLC dilaksanakan di sekolah tanpa peningkatan kualiti guru dan
pengajarannya. 28. Seterusnya, pelaksanaan PLC memerlukan fokus yang jelas serta tepat tentang
keperluan dan masalah pelajar. 29. Di sini dicadangkan langkah - langkah bagi melaksanakan PLC
dalam institusi sekolah. a. Sesi Pengenalan oleh Fasilitator : Tahap ini merupakan permulaan
perbincangan. Pencatat dan penjaga masa dilantik bagi membantu perbincangan. Pada tahap ini juga
dilakukan tinjauan tentang matlamat perbincangan dan agenda-agenda perbincangan. Sesi ini
berlangsung selama lebih kurang 3 minit. b. Sesi Perbincangan Analisis Data : Peserta berbincang
tentang kedudukan status semasa berdasarkan data yang ditayangkan. Pada tahap ini, peserta
mengenalpasti aspek kekuatan dan bahagian yang boleh dilakukan penambahbaikan. Akhirnya selepas
perbncangan, fasilitator akan membuat rumusan berdasarkan persetujuan semua peserta. Sesi ini
berlangsung selama 10 sehingga15 minit. c. Perbincangan Strategi Pengajaran : Pada tahap ini
dilakukan 'brainstroming' yang melibatkan semua peserta memberikan pendapat dan cadangan
masing-masing secara terbuka. Semua idea dan cadangan diterima dan dicatat untuk pertimbangan
selanjutnya. Sesi ini mengambil masa lebih kurang 10 sehingga 15 minit.
6. 7. d. Perbincangan Pelan Tindakan : Pada tahap ini, dilakukan perbincangan secara terbuka terhadap
semua idea atau pendapat yang diberikan semasa sesi 'brainstroming' bagi memilih idea yang sesuai.
Setelah persetujuan dicapai tentang tindakan selanjutnya,perbincangan ditumpukan pula kepada
agihan tugas, pelajar sasaran, fokus aspek yang disasarkan, tentang tarikh-tarikh penting pelaksanaan
dan tarikh perjumpaan semula untuk tujuan penilaian. Perbincangan ini mengambil masa dalam
lingkungan 10 minit. e. Sesi Komen Pemerhati : Pada sesi ini, pemerhati yang boleh terdiri daripada
Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia atau Pegawai Pejabat Pelajaran akan
memberi komen secara keseluruhan tentang perbincangan tersebut. 30. Dalam usaha meningkatkan
standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah terbukti bahawa komuniti pembelajaran
profesional merupakan komponen penting di dalam usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu
reformasi pendidikan. 31. Peningkatan dalam standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha
secara berterusan untuk melakukan penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama
dalam aspek pengajarannya. 32. Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan
sebarang reformasi pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita
bagi menghadapi masa depan yang semakin mencabar. Komuniti Pembelajaran Profesional  
Category: Kurikulum Administrator Tuesday, 09 September 2014 09:52 Hits: 732
7. 8. KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (Professional Learning Community-PLC) Pn
Hjh Halijah binti Ariffin Pensyarah kanan IAB, Guru merupakan sasaran utama dalam usaha
membangunkan peningkatan kualiti instruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan
kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan Professional Learning Community (PLC)
serta profesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlu menggembleng
tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikan amalan melindungi masa
instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharap dapat memberikan sumbangan yang
bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM 2013 – 2025’. [Petikan Kata Alu-aluan Timbalan Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan), YB Dato’ Haji Sufa’at bin Tumin dalam
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (2013) DEFINISI PLC Sebahagian daripada pembaca
mungkin sudah mengetahuinya tetapi bagi yang masih menjadi tanda tanya, teruskan membaca.
Artikel ini akan membentang
8. 9. konsep PLC secara ringkas yang dipetik daripada DuFour, R. (2004) dan Hord, S.M (1997) iaitu
penyelidik yang menemui dan mempopularkan PLC. Professional Learning Community (PLC) atau
dalam Bahasa Melayu dikenali dengan Komuniti Pembelajaran Profesional, namun di Malaysia,
istilah PLC lebih popular dan kerap digunakan. Pada tahun 1990, Peter Senge telah membuat kajian ke
atas organisasi korporat yang berjaya dan mendapati organisasi yang berjaya adalah organisasi yang
mengamalkan pembentukan visi secara bersama dengan semua warga, berlaku perkongsian visi dan
nilai, menyokong pembelajaran dan penyelesaian masalah secara bersama dengan ahli-ahli organisasi.
Peter Senge (1990) akhirnya menamakannya sebagai ‘Learning Organisation’. Dalam dunia
pendidikan pula, ramai penyelidik mencari formula yang tepat bagaimana sesebuah sekolah itu boleh
berjaya. Hord (1997) yang pada masa itu terlibat dengan kajian di bawah Southwest Educational
Development Laboratory (SEDL) telah mendapati sekolah yang Berjaya mempunyai ciri-ciri seiring
dengan ‘learning organisation’ seperti yang diperkenalkan oleh Senge (1990). Hasil kajian ini
membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali sebagai ‘Professional Learning
Communities’. Hasil kajian ini membawa satu model baru kepada dunia pendidikan yang dikenali
sebagai Professional Learning Communities’. PLC adalah kolaborasi antara guru, pemimpin, ibu bapa
dan murid, bekerjasama dan secara berterusan untuk mencari kaedah pengajaran terbaik, untuk
meningkatkan prestasi murid. Sekolah yang mempunyai PLC memberi fokus kepada apa yang murid
belajar bukannya apa yang guru mengajar (DuFour, 2004). PLC adalah sekumpulan guru 6-12 orang
yang sentiasa berhubung dan mengadakan perbincangan tentang pengajaran mereka. Kumpulan PLC
berjumpa
9. 10. secara kerap, mengadakan dialog tentang pembelajaran murid mengikut protokol dengan
penerimaan kritikan adalah bukan peribadi tetapi untuk meningkatkan pencapaian murid (Yendol, D.
2010). Pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional menyediakan perkakasan kepada guru untuk
membentuk wawasan kaedah pengajaran mereka melalui maklum balas pelajar dan rakan guru.
Apabila guru memberikan fokus kepada waktu instruksional yang berkualiti, kaedah bertanya yang
berkesan, pengurusan bilik darjah yang baik dan berbincang kesukaran pelajar menerima apa yang
diajar bersama rakan, satu bentuk kaedah pengajaran yang berkesan akan dapat dihasilkan
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011). Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah
memberi fokus kepada pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa
yang dipelajari oleh murid. Peralihan fokus ini membawa kepada situasi di mana guru-guru sentiasa
mencari kaedah terbaik untuk memastikan murid dapat menerima pelajaran yang disampaikan.
Penghayatan slogan atau misi seperti ‘pembelajaran untuk semua’ menjadikan semua guru atau warga
sekolah berusaha memastikan pembelajaran diterima oleh semua murid. Sekiranya ada murid yang
ketinggalan, guru akan berusaha membantu memberikan bimbingan dan kelas tambahan sehingga
murid berkenaan menguasai pembelajaran yang diharapkan. Perkara kedua dalam PLC ialah budaya
kolaborasi yang kukuh dalam kalangan guru-guru. Secara tradisionalnya, guru-guru bekerja secara
solo atau bersendirian. Guru merancang rancangan pengajaran, membina alat bantu mengajar dan
membuat soalan secara bersendirian. Keadaan ini tidak wujud dalam sekolah yang mengamalkan
PLC.
10. 11. Guru yang membudayakan PLC akan bekerjasama dalam merancang pengajaran, membina modul
pengajaran dan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk memastikan pembelajaran berlaku. Selain itu,
mengajar bukan lagi secara bersendirian, rakan guru secara sukarela membantu atau mengikuti
pengajaran guru. Kelas terbuka kepada rakan guru untuk membantu dan memantau pengajaran.
Perbincangan dan kritikan secara terbuka sentiasa berlaku dan hasilnya satu kaedah pengajaran terbaik
tercipta. Mengutamakan pembelajaran dan kejelekitan sesama guru menyebabkan tiada guru
menerima kritikan secara peribadi. 3 Perkara utama dalam PLC  Fokus kepada pembelajaran  Fokus
kepada keputusan  Kolaborasi Perkara utama dalam PLC ialah semua warga sekolah memberi fokus
kepada pembelajaran iaitu tidak lagi menumpukan kepada apa yang diajar tetapi apa yang dipelajari
oleh murid ` Warga sekolah yang digelar PLC memberi fokus kepada pencapaian. Bekerjasama untuk
meningkatkan pencapaian murid menjadi perkara rutin kepada semua warga di sekolah. Pencapaian
murid bukan lagi tanggungjawab seorang guru tetapi menjadi tanggungjawab semua. Dalam konteks
ini, data pencapaian murid menjadi bahan utama perbincangan dan guru-guru lain sentiasa bersedia
membantu dalam
11. 12. pencambahan idea, bahan-bahan dan kaedah pengajaran serta juga memberi bimbingan kepada
murid yang rendah pencapaian. Hasilnya pencapaian murid meningkat dan bilangan murid yang
ketinggalan semakin berkurangan hari demi hari. Selain itu, ‘stress’ dalam kalangan guru-guru
berkurangan ataupun mungkin tidak wujud kerana bebanan telah dikongsi bersama rakan guru lain.
Perkongsian nilai dan visi – sekolah yang mempunyai PLC melibatkan semua warga dalam membina
visi, dan menjadikan visi tersebut sebagai panduan dalam membuat keputusan terutama dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian kepimpinan – kepimpinan dan keputusan dibuat bersama
dengan warga sekolah. Pengetua sekolah tidak lagi dianggap sebagai seorang arkitek yang mereka
bentuk pelan sekolah. Guru-guru diberi kebebasan untuk membuat perubahan dan keputusan tetapi di
bawah batasan dan kuasa yang dimiliki. Keputusan bersama menyebabkan rasa kesepunyaan kepada
keputusan dan tindakan yang dibuat, yang akhirnya meningkatkan Perkongsian kreativiti – setiap
warga berusaha meningkatkan kapasiti peribadi melalui perbincangan dan dailog bersama rakan guru
yang lain. Perbincangan dan dailog membawa kepada penemuan baru yang dikongsi bersama.
Perkongsian amalan terbaik – PLC mengamalkan budaya kolaborasi yang tinggi, hormat menghormati
serta bersikap terbuka kepada kritikan rakan. Pengajaran guru terbuka kepada rakan yang lain untuk
dilihat dan dikongsi bersama. CIRI-CIRI PLC
12. 13.  Perkongsian Nilai & Visi  Perkongsian  Kepimpinan Perkongsian  Amalan Perkongsian 
Kreativi Struktur yang menyokong PLC Struktur yang menyokong – struktur yang menyokong dilihat
daripada sokongan daripada struktur fizikal dan hubungan kemanusiaan yang menyokong kepada
pembentukan dan pembudayaan PLC. Struktur fizikal termasuk struktur bangunan, masa, struktur
komunikasi, kuasa autonomi dan pengagihkan kuasa. Sebagai contoh, struktur fizikal bangunan yang
besar menyukarkan guru-guru berjumpa manakala masa pula, sekiranya tiada perancangan yang rapi
untuk pertemuan guru dan perbincangan dilakukan akan menghalang untuk pembentukan PLC.
Hubungan kemanusiaan pula dilihat kepada sikap dan kesediaan warga sekolah menerima kritikan,
memberi bantuan dan berkongsi bahan dan modul pengajaran. Hubungan yang renggang dan lebih
suka kepada pengajaran secara solo menyukarkan pelaksanaan PLC. APAKAH STRATEGI UNTUK
MEMBENTUK PLC DI SEKOLAH ? Di bawah digariskan beberapa strategi secara ringkas untuk
membentuk PLC di sekolah.
13. 14. 1. Perjumpaan bulanan untuk membincangkan artikel dan ilmu baru dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran 2. ‘Book Clubs’ – sekumpulan guru mengadakan perbincangan dan perkongsian
mengenai buku atau artikel yang dibaca, dicadangkan secara bulanan. 3. ‘Study Group’ – sekumpulan
guru mengadakan perbincangan tentang sesuatu topik dengan mengabungkan pelbagai latar belakang
dan jurusan akademik guru. 4. ‘Video critiques of teaching moments’ – melihat dan menganalisa
teknik pengajaran guru yang telah divideokan. 5. ‘Learning walks’ – berjalan disepanjang kelas
dengan tujuan memerhati guru mengajar dan diikuti dengan perbincangan kekuatan dan kelemahan
pengajaran. 6. ‘Peer coaching/ instructional coaches’ – membimbing guru setelah menyaksikan
pengajaran yang berlaku di dalam kelas 7. ‘Lesson study’ – sekumpulan guru bersama-sama membina
rancangan mengajar, seorang guru mengajar manakala guru-guru lain memerhati. Akhir pengajaran,
guru-guru tersebut berbincang dan membuat penambahbaikan kepada rancangan mengajar atau modul
pengajaran. 8. ‘Data analysis’ – guru secara berkumpulan berbincang pencapaian murid dan
membantu mencari penyelesaian dan bersama-sama membimbing murid yang masih belum menguasai
sesuatu pembelajaran. 9. ‘New teacher induction/mentoring’ – guru pakar dan guru senior
membimbing dan memberi sokongan kepada guru baru. 10. ‘Vision activity’ – sekumpulan guru
membina matlamat dan pelunjuran pencapaian murid dan merancang aktiviti untuk mencapai
matlamat tersebut. RUMUSAN Pelancaran Akta ‘No child Left Behind’ pada tahun 2001 oleh
Amerika Syarikat telah mengalakkan model PLC dilaksanakan di sekolah-sekolah di negara Barat.
PLC dikatakan sebagai salah satu kaedah untuk memastikan hasrat pendidikan untuk semua tercapai.
Di Malaysia, PLC telah diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru melalui pendekatan ‘lesson
study’ kepada 289 buah sekolah pada tahun 2011.
14. 15. Gerakan ini telah disokong oleh Institut Aminuddin Baki yang telah memberikan pendedahan
kepada pemimpin sekolah untuk membangunkan PLC di sekolah. Pada tahun 2013 pula, PLC telah
disarankan dalam usaha melindungi masa instruksional dan menjadi satu kaedah utama pembangunan
profesional guru. Oleh itu adalah langkah bijak sekiranya kita sama-sama memahami konsep PLC dan
menjadi pengerak PLC di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai