Anda di halaman 1dari 8

DALAM MAHKAMAH PERUSAHAN

NO. KES: 11/4-1825/20

ANTARA
HARIDAS A/L KOLANDAVELLU ...Yang Tuntut
DAN
HARTA MAINTENANCE SDN. BHD ...Yang Kena Tuntut

NOTIS PERMOHONAN

AMBIL PERHATIAN bahawa saya Yang Tuntut yang dinamakan di atas bercadang
untuk memohon kepada Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur pada
untuk beberapa perintah bagi mendapatkan maklumat beberapa saksi untuk tujuan
sepina dan juga bagi mendapatkan beberapa bukti dokumen berhubung kes ini.

Bertarikh , 2021.

………………………………..
Pendaftar/ Penolong Pendaftar
Mahkamah Perusahaan di Kuala Lumpur
Kepada:

1. HARTA MAINTENANCE SDN. BHD (Yang Kena Tuntut)

NOTIS PERMOHONAN ini difailkan pada 24.12.2021 oleh Haridas Kolandavellu (Yang
Tuntut) yang beralamat 201, Jalan BSS 1/3G, Bandar Seremban Selatan, 71450, Seremban,
N.S.D.K.
DALAM MAHKAMAH PERUSAHAN
NO. KES: 11/4-1825/20

ANTARA
HARIDAS A/L KOLANDAVELLU ...Yang Tuntut
DAN
HARTA MAINTENANCE SDN. BHD ...Yang Kena Tuntut

AFFIDAVIT SOKONGAN

Saya, Haridas A/L Kolandavellu seorang warganegara Malaysia yang cukup umur yang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mechatronic (robotik) di UTM,
Skudai pada tahun 2005. Saya juga adalah pengasas bagi ‘Defend People’s Rights Group’ dan
Presiden NGO (Pertubuhan Mengutamakan Kejujuran) dengan sesungguhnya dan sebenarnya
menyatakan seperti berikut:

1. Permohonan ini berhubung perkara yang saya telah memohon dalam 2 surat yang bertarikh
20.12.2021 & 21.12.2021. Oleh kerana, pihak Yang Kena Tuntut enggan untuk memberikan
maklumat para saksi dan bukti dokumen tersebut maka saya ingin membuat permohonan ini.
Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia juga masih tidak
menjawab permohonan dokumen saya berhubung sesi rundingan damai kes ini di Jabatan
tersebut di Negeri Sembilan. Hanya wakilnya telah membalas surat saya dan kemudian
apabila saya membuat bantahan terhadap balasan tersebut dan suruh Ketua Pengarah tersebut
menjawab permohonan saya mengikut bantahan saya tersebut tapi sehingga sekarang tiada
sebarang jawapan oleh beliau. Maka saya ingin membuat permohonan ini berhubung masalah
yang ditumpulkan oleh 2 pihak ini.

2. Disebabkan kini pihak Yang Kena Tuntut membuat penipuan dalam kes ini dengan
menukarkan pertikaian asal mereka dan lebih-lebih lagi bukti rakaman CCTV tersebut juga
telah dihapuskan oleh kesemua orang yang bersubahat dalam komplot ini, walaupun seawal
seminggu dari hari kejadian saya telah pun memohon dengan pihak Yang Kena Tuntut bagi
suatu siasatan yang telus dengan menggunakan bukti rakaman CCTV tersebut mengenai
fitnah yang telah dibuat terhadap saya di tempat kerja tersebut. Maka kini saya memerlukan
saksi-saksi dan juga dokumen tambahan bagi membuktikan kebenaran kepada Mahkamah.

3. Dengan itu, saya telah memohon kepada pihak Yang kena Tuntut bagi maklumat 4 saksi iaitu
Pn. Sumathi (Team Leader) iaitu pekerja Yang Kena Tuntut, dan 3 tiga saksi yang berikut
sebelah pelanggan Yang Kena Tuntut (semuanya pengurus di Kilang ON Semiconductor)
yang dikenali sebagai Mr. Maran, Mr. Mohd Nizam Kamaruzaman dan juga General Manger
Kilang ON Semiconductor ketika 12.2.2020 (tarikh saya telah hantar aduan kepada pihak
General Manager tersebut). Selain itu, saya juga telah memohon kepadanya suatu bukti
dokumen iaitu email aduan terhadap saya oleh pelanggan Yang Kena Tuntut tersebut yang
pertama kali dihantar kepada Yang Kena Tuntut. Bagi kesemua permohonan saya tersebut,
Yang Kena Tuntut tidak bekerjasama. Sila rujuk Eksibit-1 semua email antara kami
berhubung permohonan-permohonan tersebut.

4. Apa yang saya pasti adalah maklumat saksi bernama Sumathi dan dokumen email aduan
tersebut harus diberikan oleh Yang Kena Tuntut untuk kes ini kerana saksi tersebut adalah
pekerja Yang Kena Tuntut yang berkaitan dengan kes ini dan dokumen email aduan tersebut
pula hanya boleh diperolehi dari sistem email Yang Kena Tuntut. Maka saya memohon satu
perintah dari Mahkamah Yang Mulia ini agar mengarahkan Yang Kena Tuntut bagi
mendedahkan maklumat saksi bernama Sumathi bagi tujuan sepina dan juga harus
mendedahkan bukti dokumen email aduan tersebut sebagai bahan bukti kes ini.

5. Apa yang saya kurang pasti adalah sama ada Mahkamah boleh mewajibkan Yang Kena
Tuntut bagi mendedahkan maklumat saksi sebelah pelanggan mereka. Oleh yang demikian
saya memohon salah satu perintah atau kebenaran di bawah yang mana Mahkamah Yang
Mulia ini rasa wajar:-

i) Memberi suatu perintah bagi mengarahkan Yang Kena Tuntut bagi mendedahkan
maklumat nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat 3 saksi sebelah pelanggan
mereka yang dikenali sebagai Mr. Maran (Pengurus Kilang), En. En. Mohd Nizam
Kamaruzaman (HR Manager) dan juga General Manger Kilang ON Semiconductor
ketika 12.2.2020 (tarikh saya telah hantar aduan kepada pihak General Manager
tersebut).

ii) Memberi suatu kebenaran sepina terhadap pihak pengurusan Kilang ON


Semiconductor bagi mendedahkan maklumat nama penuh, nombor kad pengenalan
dan alamat 3 saksi tersebut yang dinyatakan dalam perenggan 5.i)

iii) Memberi suatu kebenaran sepina terhadap pihak pengurusan Kilang ON


Semiconductor agar 3 saksi tersebut yang dinyatakan dalam perenggan 5.i)
diwajibkan untuk hadir sebagai saksi bagi kes ini.
Maklumat Kilang Tersebut Bagi Hantar Sepina Tersebut:
a) Nama Kilang: ON Semiconductor Sdn Bhd (Site 2)
b) Alamat Kilang: ON Semiconductor Sdn Bhd (Site 2), Lorong Senawang 2/2, 70450
Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

6. Berhubung permohonan saya tersebut kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan


Perusahaan Malaysia, sila rujuk Eksibit-2 di mana saya menyertakan surat permohonan saya,
email-email antara kami berhubung permohonan saya tersebut. Secara khususnya pihak
Jabatan tersebut cuba mengelak dari memberikan bukti dokumen tersebut dengan alasan
kononnya mereka dihalang dari memberi maklumat tersebut oleh seksyen 54(2) akta 177
Perhubungan Perusahaan. Berikut adalah kandungan seksyen 54(2) akta 177 Perhubungan
Perusahaan:-

“In a proceeding before the Court on a reference to the Court under subsection 20(3), no
evidence shall be given of any proceeding before the Director General under subsection
20(2) other than a written statement in relation thereto agreed to and signed by the parties to
the reference.”

7. Seksyen tersebut jelas menyatakan pengecualian tersebut bukan untuk dokumen-dokumen


yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak semasa sesi rundingan damai. Tujuan
permohonan saya tersebut hanya bagi mendapatkan fakta kes yang asal bagi membuktikan
bagaimana kini Yang Kena Tuntut mengubahkan pertikaian asal mereka dan permohonan
saya tersebut tidak kaitan dengan perkara rundingan yang berlaku semasa sesi rundingan
damai tersebut. Saya percaya pengecualian yang dimaksudkan oleh seksyen tersebut hanya
terhadap rundingan-rundingan semasa sesi rundingan damai bukan terhadap fakta-fakta kes
yang dibangkitkan semasa sesi tersebut. Oleh yang demikian saya memohon satu perintah
dari Mahkamah Yang Mulia ini agar mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan
Malaysia agar mendedahkan maklumat yang saya telah memohon kepada mereka atau
dokumen-dokumen dalam sesi rundingan damai tersebut (No. Kes / Rujukan
S20/2020/50500/00048) yang telah ditandatangani oleh saya (Perayu) dan juga oleh pihak
Yang Kena Tuntut (Syarikat) iaitu pihak-pihak sesi rundingan damai tersebut.

8. Tujuan permohonan ini adalah bagi mendapatkan saksi dan bukti bagi menunjukkan
kebenaran kepada Mahkamah berhubung kes ini. Oleh yang demikian, Saya memohon
kepada Mahkamah Yang Mulia ini untuk memberikan perintah-perintah atau kebenaran
seperti di minta dalam Notis Permohonan ini.

Diikrarkan oleh Haridas A/L Kolandavellu )


(No. K/P: 810605-0505413) pada )
Di Seremban, Negeri Sembilan )

Dihadapan saya

……………………………….
Pesuruhjaya Sumpah

AFFIDAVIT SOKONGAN ini difailkan pada 24.12.2021 oleh Haridas Kolandavellu (Yang
Tuntut) yang beralamat 201, Jalan BSS 1/3G, Bandar Seremban Selatan, 71450, Sungai Gadut,
N.S.D.K.
DALAM MAHKAMAH PERUSAHAN
NO. KES: 11/4-1825/20

ANTARA
HARIDAS A/L KOLANDAVELLU ...Yang Tuntut
DAN
HARTA MAINTENANCE SDN. BHD ...Yang Kena Tuntut

PERAKUAN MENGENAL PASTI EKSIBIT

Saya dengan ini mengakui bahawa Eksibit “1” yang dirujuk dalam AFFIDAVIT SOKONGAN
yang diikrarkan oleh Haridas A/L Kolandavellu (No. KP: 810605-05-5413) di hadapan saya pada

……………………………….
Pesuruhjaya Sumpah

DALAM MAHKAMAH PERUSAHAN


NO. KES: 11/4-1825/20

ANTARA
HARIDAS A/L KOLANDAVELLU ...Yang Tuntut
DAN
HARTA MAINTENANCE SDN. BHD ...Yang Kena Tuntut

PERAKUAN MENGENAL PASTI EKSIBIT

Saya dengan ini mengakui bahawa Eksibit “2” yang dirujuk dalam AFFIDAVIT SOKONGAN
yang diikrarkan oleh Haridas A/L Kolandavellu (No. KP: 810605-05-5413) di hadapan saya pada

……………………………….
Pesuruhjaya Sumpah

Anda mungkin juga menyukai