Anda di halaman 1dari 14

GLOBALISASI

Memula tu terang le globalisasi tu apa...

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat. Manakala orang barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan
yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan
ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh manusia dunia ini. Ini bermakna segala-galanya
menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama
tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini,
dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit. Sesebuah
negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi
pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik,dan teknologi
siber. Perkembangan ini mungkin melahirkan perhubungan antara sesebuah negara dengan
negara yang lain dan perhubungan sesama manusia. Dunia bukan sahaja tidak
bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi,
teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah
masyarakat.1

• Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini, semakin
banyak tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama lain dalam
bentuk yang sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah geografi, proses ini
dikenali sebagai perhubungan kompleks, dimana semakin ramai tempat-tempat
dihubung dalam semakin banyak cara. Arjun Appadurai mengenalpasti lima jenis
perhubungan global:
o Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang, pelarian,
dan pejalan bisnes.
o Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik. Sebagai
contoh, Green Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran global.
o Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran wang
yang diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.
o Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul pada
skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.
o Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh
dunia. Sebagai contoh, Revolusi Hijau dalam membajakan memperkenalkan
amalan pertanian barat ke dalam banyak negara membangun.

Walaupun taksonomi Appadurai boleh dipertikai, ia boleh menjadi tunjuk sebab


globalisasi sebagai sesuatu yang lebih daripada ekonomi pada skala global.

CIRI-CIRI GLOBALISASI

Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan
kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan
komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa,
serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang

1
: http://www.oppapers.com/essays/Maksud-Globalisasi/194940
membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini
diperdebatkan.

• Anjakan dari segi ekonomi


o Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding
pertumbuhan ekonomi dunia
o Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan
langsung asing
o Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC
melalui perjanjian
o Pembangunan sistem kewangan global
o Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan
urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting
o Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan
multinasional
• Anjakan dari segi budaya
o Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,
o Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya
melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang
diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya
menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan,
tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.
o Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah
o Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat
o Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan
makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa
tempatan)
o Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti
Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan
pelbagai lagi yang lain.
o Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan
"Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami
kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa
Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.
• pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara
sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai
internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.
• Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-
undang hak cipta dan paten
• Pembentukan nilai-nilai universal
• Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-
gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

• Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana


serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat
perjuangan mereka sendiri [5][6].2

2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi
PAKAIAN –JEANS
Penyebaran budaya menyebabkan berlakunya penerimaan budaya luar dalam masyarakat
asal di Malaysia. Budaya tempatan:

- masyarakat Melayu: baju Melayu dan baju kurung

- masyarakat india : saree

- cina : cheongsam

- Industri tekstil Malaysia : Batik dan songket

Ini disebabkan oleh:

• Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun.


• Globalisasi ekonomi — ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat
pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan barangan/perkhidmatan,
iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya perdagangan lebih bebas),
pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal dan akhirnya pergerakan
teknologi. Satu hasil globalisasi ekonomi adalah pergiatan perhubungan antara ahli
suatu industri dalam bahagian-bahagian berlainan dunia (globalisasi suatu industri),
dengan pada masa yang sama diikuti penghakisan kedaulatan kebangsaan pada
sphera ekonomi. IMF menakrifkan globalisasi sebagai “perkembangan pergantungan
antara negara di serata dunia melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian
urusniaga dalam barangan dan perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas,
dan penyebaran teknologi maklumat yang lebih meluas dan kerap” (IMF, World
Economic Outlook, May, 1997). Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai
"Kebebasan dan keupayaan para individu dan firma-firma untuk melakukan
urusniaga ekonomi secara sukarela dengan penduduk negara lain".

• Dalam bentuk budaya, globalisasi telah digunakan sebagai label untuk


mengenalpasti cubaan untuk menghakis budaya-budaya kebangsaan di Eropah dan
Asia, dan memasukkan ia kedalam satu budaya global yang ahlinya lebih mudah
dipengaruhi melalui media massa dan kerajaan boneka. Dalam konteks ini, imigrasi
besar-besaran telah dibenarkan di kebanyakan negara-negara Eropah, sama ada
sah atau haram di sisi undang-undang.3

Masalahnya

– ia menghakis identiti sesuatu bangsa dan kaum

- permintaan pakaian tradisi menurun

- syarikat batik tempatan gulung tikar

- tidak menepati tuntutan menutup aurat – jean ketat, sendat (wanita), fesyen sengaja
dikoyakan antara pusat ke lutut (lelaki),

- mengundang maksiat

CARA MENGATASI

3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi
- Memperkenalkan dan menguatkuasakan pemakain batik untuk kakitangan awam
pada setiap Sabtu yang kemudiannya ditukar kepada hari Khamis. (cari pekeliling)
- Meletakkan kod pakaian batik dalam jemputan majlis-majlis tertentu. (cari pekeliling)
- Menggalakkan pemakaian baju Melayu bagi lelaki Muslim pada hari Jumaat. (cari
pekeliling)
- Memberi galakan dan insentif atas perusahaan batik dengan memperkenalkan
produk baru seperti kraftangan untuk dipasarkan keluar negara
- Mempromosikan hasil batik dalam dan luar negara
TELEFON BIMBIT
Evolusi komunikasi

- Asap

- Gendang

- Binatang : burung,

- Utusan surat: orang

- Kabel : telegragh, telefon berkabel

- Gelombang : telefon bimbit

- Satelit

KEBAIKAN

• Pembentukan satu perkampungan global— hubungan lebih dekat antara tempat-


tempat berlainan dunia, dengan peluang-peluang penukaran peribadi semakin
muncul, kefahaman dan persahabatan antara "rakyat dunia" dan pembentukan satu
tamadun global.4

• Mudah dihubungi
• Cepat
• Banyak fungsi

- SMS, pemain MP3, perakam video, pemain video, perakam suara, radio, TV,
internet, WiFi, kamera, panggilan video
- Tiada had masa panggilan
- Tiada kabel
- Bertanya khabar keluarga terdekat
- Dapat jodoh
- Boleh tipu lokasi
- Tutup talian bila tidak diperlukan

MASALAH TELEFON BIMBIT

- Kurang liputan
- Gangguan perkhidmatan
- Kos tinggi untuk telefon dan perkhidmatan
- Membazir duit dan masa – download nada dering dan nada suara
- Perlu isian semula
- Terlupa letak
- Kena curi, rompak, samun
- Servis pembekal perkhidmatan mahal
- Identiti pemanggil tidak dikenali

4
http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi
- Penyamaran pemanggil/ sms : bank, polis
- Boleh diguna sebagai media untuk ugutan, gangguan seksual, lucah, muat turun
video xxx.
- Ganggu tumpuan semasa memandu,
- Ganggu orang sekitar – cakap kuat-kuat, dalam librari
- Virus
- Agen pengganas
- Dapat talak
- Putus jodoh
- Dikenakan cas tambahan dan tersembunyi dari pembekal perkhidmatan dan pihak
tidak bertanggungjawab
- Bateri habis

Cara mengatasi

- Menghadkan tempat penggunaan telefon seperti di semua kaunter-kaunter


perkhidmatan, perpustakaan
- Meluaskan kawasan liputan
- Memperbanyakan pusat mengecas bateri
- Tambah pembekal perkhidmatan untuk menurunkan kos
Makanan segera
Makanan tradisi

Melayu – Nasi lemak


Cina – babi golek
India – roti canai/ capati

Kenapa berlaku revolusi makanan segera?

- Restoran bersih

- Persediaan makanan yang bersih

- Mudah disediakan

- Servis cepat

- Kualiti makanan dan kesegaran

- Pengiklanan berkesan

- Menarik

- Pekerja yang sopan dan ramah

- Khidmat penghantaran dan pandu lalu

- Menyediakan menu yang diubahsuai dengan citarasa tempatan

- Mengambilkira budaya tempatan dan pegangan agama sesuatu tempat

• Dalam bidang pengurusan, globalisasi adalah satu istilah pemasaran atau strategi
koperat yang merujuk kepada kemunculan pasaran-pasaran antarabangsa untuk
barangan pengguna yang bercirikan serupa pada keperluan dan kehendak
pengguna dan memungkinkan, sebagai contoh, menjual kereta, sabun atau
makanan dengan kempen iklan yang serupa kepada orang dalam budaya berlainan.
Penggunaan ini dipertentangkan dengan keantarabangsaan yang menerangkan
tentang aktiviti-aktiviti syarikat multinasional yang berdagang merentasi sempadan
dalam instrumen kewangan, komoditi, atau produk yang diperkhaskan kepada
pasaran tempatan. Globalisasi juga bermaksud aktiviti pengurusan antara sempadan
atau proses-proses pembangunan untuk diadaptasikan kepada kemunculan suatu
pasaran global atau untuk mencari dan merealisasikan manafaat dari ekonomi skala
atau skop atau dari pemelajaran merentasi sempadan antara organisasi-organsasi
yang lain negara asalnya.
• Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun.
• Globalisasi ekonomi — ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat
pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan barangan/perkhidmatan,
iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya perdagangan lebih bebas),
pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal dan akhirnya pergerakan
teknologi. Satu hasil globalisasi ekonomi adalah pergiatan perhubungan antara ahli
suatu industri dalam bahagian-bahagian berlainan dunia (globalisasi suatu industri),
dengan pada masa yang sama diikuti penghakisan kedaulatan kebangsaan pada
sphera ekonomi. IMF menakrifkan globalisasi sebagai “perkembangan pergantungan
antara negara di serata dunia melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian
urusniaga dalam barangan dan perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas,
dan penyebaran teknologi maklumat yang lebih meluas dan kerap” (IMF, World
Economic Outlook, May, 1997). Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai
"Kebebasan dan keupayaan para individu dan firma-firma untuk melakukan
urusniaga ekonomi secara sukarela dengan penduduk negara lain".5

MASALAH MAKANAN

- Pengiktirafan halal oleh JAKIM untuk umat Islam: Terdapat restoran segera dari luar
negara yang tidak memohon pengiktirafan halal JAKIM. Oleh itu status makannya
diragui halal dimakan seperti di Kopi Tiam dan Starbuck.
- Harga makanan yang mahal : tanggung kos pekerja yang ramai, lesen perniagaan,
pengiklanan, cukai perkhidmatan, pengurusan, sewa tapak, utiliti dll

CARA MENGATASI

- Buka kedai makan dan medan selera yang kondusif dengan berpintu, pengudaraan,
hawa dingin
- Latih pekerja dengan sistem yang mesra pelanggan
- Meningkatkan kebersihan premis
- Kualiti makanan yang standard
- Memenuhi kepuasan pelanggan

5
http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi
ANTI GLOBALISASI
Globalisasi yang bersifat global merangkumi pelbagai aspek dari ekonomi sehingga budaya
dan meliputi seluruh pelosok bumi. Tinjauan PENITA menunjukkan bahawa proses
globalisasi sudah melebihi batasan kebaikannya. Kini ianya sudah menyerong mengambil
jalan negatif. Pesongan proses globalisasi menuju ke arah negatif didorong oleh tiga sebab
yang utama.

Pertama adalah kerana nafsu mencari keuntungan. Kedua adalah bagi menguasai pasaran.
Ketiga adalah bagi memperluaskan kuasa. Ketiga-tiga aspek ini nampaknya sudah menjadi
prinsip utama proses globalisasi ini. Mari kita menganalisa keadaan ini dan mengupas erti
sebenar globalisasi dan masalah-masalah yang timbul akibatnya?

Pertama tujuan asas globalisasi membuka ruang mencari keuntungan dengan konsep
liberal dan ekonomi bebas . Apa yang diusahakan melalui liberalisasi dan ekonomi bebas
adalah usaha memansuhkan kawalan, subsidi, tarif dan semua jenis perlindungan yang
diberi kepada pengusaha dan pedagang tempatan. Ini bertujuan mewujudkan satu keadaan
saingan bebas di peringkat antarabangsa.

Pada dasarnya ini adalah usaha yang baik sekiranya semua negara ada pada satu tahap
kemajuan dan kebolehan yang sama. Pada hakikatnya keadaan hari ini bukan sebegitu.
Negara-negara yang sudah membangun mempunyai jauh lebih daya keupayaan dengan
teknologi canggih, modal yang cukup, kemahiran pengurusan yang tinggi dan informasi
khasnya mengenai pasaran yang serba lengkap. Justeru itu bagaimanakah negara-negera
sedang membangun dapat bersaing?

Misalnya seperti dalam permainan golf, pemain-pemain baru dan yang kurang mahir
menguasai permainan diberi “handicap” supaya pemain baru dan kurang berupaya boleh
main dengan saingan yang lebih adil. Malangnya apa diusahakan melalui globalisasi adalah
penghapusan “handicap” perdagangan dan membesarkan lagi jurang ketidakadilan ekonomi
antara negara-negara yang sudah membangun dengan negara-negara yang sedang
membangun. Ketidakadilan ini sekianya tidak diatasi akan meleluasa sehingga menjadi ciri
utama tamadun dunia kita. Inilah aspek pertama yang diperjuangkan oleh kumpulan yang
menentang globalisasi.

Mereka mahukan supaya wujudkan satu system “handicap” perdagangan dalam sistem
liberalisasi dan ekonomi bebas yang boleh wujudkan keadaan persaingan yang lebih adil
seperti dalam permainan golf.

Kedua, proses globalisasi ini memerlukan ruang dibuka untuk menguasai pasaran. Dengan
itu, konsep pasaran terbuka (free market) dan dunia tanpa sempadan (borderless world)
dikemukakan dan dipraktikkan. Apa yang diusahakan adalah untuk menyeragamkan
peraturan – peraturan pengurusan pasaran tanpa kawalan pihak berkuasa. Lantas seperti
dunia tanpa sempadan. Usaha ini giat dijalankan melalui APEC (Asia Pacific Economic
Caucus) dan WTO (World Trade Organisation).

Pasaran terbuka dan dunia tanpa sempadan adalah konsep baik seperti rumah terbuka
tanpa pagar. Keadaan ini hanya boleh dipraktikan didalam keadaan tamadun dunia yang
serba ada, yang adil dan saksama, aman dan damai.

Dalam dunia dimana tujuannya adalah menguasai pasaran, maka akan timbul pula gejala
monopoli dan saingan kurang sihat dalam pasaran. Inilah apa kita alami sekarang. Justeru
itu kita perlu pagar dan juga kunci rumah bagi melindung diri dari pencerobohan ini. Kita
boleh membuka rumah dan memberi kebenaran masuk kepada kawan sekiranya kita mahu.

Pendek kata apa yang diperjuangkan oleh kumpulan menentang globalisasi adalah supaya
jangan kita gadaikan hak kita semata-mata mahu mencari keuntungan dan kekayaan.
Sudah tentu kita mesti berwaspada dengan APEC, WTO dan lain-lain institutsi
antarabangsa yang inginkan globalisasi. Ini adalah untuk kepentingan negara-negara maju
dan bukan bagi negara-negara sedang maju seperti Malaysia.

Ketiga, demi mencapai hasrat membuka ruang pelaburan asing dan modal asing sebagai
strategi utama pembangunan ditawarkan oleh negara-negara maju kepada negara-negara
membangun. Keadaaan ini juga akan menjamin kuasa mereka dapat diperluaskan khasnya
keatas negara-negara sedang membangun. Pelaburan dan modal asing ditawarkan dengan
syarat-syarat tersendiri.

Pendekatan tambahan tawaran negara-negara maju terutamanya melalui bantuan


pembangunan, iaitu official development assistance sebenarnya untuk mengukuhkan
pengaruh.. Disebalik tirai kononnya untuk membina keupayaan dan memindah teknologi
(capacity building and technology transfer), pengaruh dan kuasa oleh negara-negara sudah
bangun keatas negara-negara sedang membangun dijalankan.

Ramai penentang globalisasi berpendapat bahawa pelaburan asing, pinjaman modal,


tawaran bantuan bagi membina keupayaan dan usaha pindah teknologi negara-negara
membangun kepada negara-negara sedang membangun adalah kata-kata indah.
Pengalaman telah menunjukkan jarang dikotakan. Malah semua ini sudah menjadi helah
dan strategi bukan sahaja meluaskan kuasa ke atas negara-negara membangun tetapi
untuk menjajah negara-negara tersebut. Banyak negara-negara terjerat dalam strategi ini
menjadi negara terhutang dan negara yang bergantungkan kepada bantuan semata-mata.
Mereka tidak bebas dalam ertikata sebenar. Mereka sudah dijajah ala baru iaitu melalui
ekonomi.

Kesannya globalisasi terhadap kaum wanita

Sememangnya globalisasi sudah melebihi batasan kebaikannya dan kini terpesong


didorong tiga sebab yang utama. Pertama adalah nafsu mencari keuntungan. Kedua adalah
bagi menguasai pasaran. Ketiga adalah bagi memperluaskan kuasa. Dalam keadaan ini
sudah ternyata golongan yang menerima kesan negatif nampaknya kaum wanita.

Nafsu mencari keuntungan telah mendorong globalisasi menumpukan perhatian keatas


kaum wanita. Kaum wanita seboleh–bolehnya dididik, mengasuh dan dipengaruhi menjadi
pengguna yang boros. Ego dan nafsu mereka diapi-apikan supaya mereka jadi pengguna
yang tidak lagi waras dalam pemikiran. Mereka ikut seruan hati lebih daripada pemikiran
otak. Wanita dijadikan manusia satu dimensi bertagih kepada membeli-belah sebagai satu
keperluan hidup.
Bagi menguasai pasaran, proses globalisasi juga telah menumpukan perhatian kepada
kaum wanita. Kaum wanita dieksploitsikan dalam iklan-iklan mempromosi jualan barang-
barangan dan perkhidmatan. Kaum wanita diperalatkan sebagai objek seks. Nafsu kaum
wanita diapi-apikan bagi mencari kekayaan dengan senang melalui kerja-kerja luar batasan
moral. Ini adalah satu strategi memperluasan pasaran mereka khususnya dalam bidang
hiburan, berjudian dan sebagainya. Dengan tidak langsung tonjolan ini memberi kaum
wanita satu watak steorotype yang merendahkan kedudukan serta martabat mereka dengan
kaum lelaki.

Bagi meperluaskan kuasa pula proses globalisasi menawarkan pekerjaan dan bantuan
kepada kaum wanita. Kaum wanita dipandang sebagai punca tenaga kerja yang murah dan
mereka boleh membuat kerja halus saperti dikilang memasang alat-alat cangih dan
sebagainya. Eksplotasi pekerja-pekerja wanita sememangnya wujud. Proses globalisas ini
juga mengakibatkan kuasa kesatuan-kesatuan sekerja yang dapat memastikan kebajikan
para pekerja berkurangan.

Dengan timbulnya budaya gaya hidup kaya raya ramai keluarga terperangkap dalam
budaya hidup dimana suami-isteri terpaksa kerja bagi menampung gaya hidupan ini. Dalam
proses ini kaum wanita terpaksa pikul kerja dan tanggungjawab bertambahan. Mereka
bukan sahaja bekerja penuh masa tetapi terpaksa uruskan hal rumahtangga dan jaga
kepentingan keluarga. Pendek kata kesan globalisasi adalah lebih ketara dialami oleh kaum
wanita daripada kaum lelaki dari segi tanggungjawab, kerja tambahan dan menjaga
kesejahteraan keluarga.

Dalam hal ini kaum wanita dan kaum lelaki mesti sedar kesan-kesan negatif globalisasi dan
mengambil tindakan bersama memperjuangkan keadilan jantina dan memajukan kesan-
kesan positif globalisasi. Kaum lelaki dan masyarakat perlu bangun dan mengkaji semula
pegangan hidup dan peranan mereka bersama kaum wanita dalam era globalisasi yang
sedang kita harungi.6

CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA REMAJA

DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang dapat menggambarkan
situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah "kekeliruann dan "kepalsuan".

Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu keadaan sedang
menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan dan kesamaran untuk
menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu golongan muda kita diperdengarkan
mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan
yang zalim dan pemalsuan di atas nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.

Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan dan
kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi yang amat besar
kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama kebersamaan, monopoli
kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi budaya di atas nama liberalisasi,
penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi, hedonisme di atas nama kebebasan individu
peminggiran di atas nama urbanisasi dan penjajahan di atas nama pasaran bebas.

Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang yang palsu
jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah, akhirnya akan menjadi
persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta kadangkala dipertahankan tanpa soal.

6
http://penita.org/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=81
Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat dari sogokan yang
bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman ini tidak ada ungkapan dan
laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap sebagai benar oleh hampir semua
pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan Globalisasi.

Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi adalah suatu
realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya globalisasi akan membawa kita
hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama oleh pelbagai pemikir dan perancang.

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat
ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan globalisasi, kita sudah hampir pasti
mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur
mengatakan bahawa globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya
jelas membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir semua
aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret
kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor
pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan glabalisasi. Namun begitu
kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal terhadap proses ini.

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita
sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah
semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah
satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Murni

Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman dan
penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua". Globalisasi dilihat sebagai suatu faham
bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia secara
objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh faham dan
pandangan hidup barat, maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan
pegangan agama tidak lagi dapat diterima.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan. Dengan lain
perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup hendaklah diseragamkan tidak kira
dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-
kecil perilaku seperti berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan
antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan konglomerat dunia
yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan globalisasi pada hakikatnya tidak
lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada hakikatnya tidak lebih daripada maksud
dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan universal yang cuba dikaitkan dengan proses
globalisasi hanya merupakan suatu pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas globalisasi sebagai
suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat difahami apatah lagi dianalisa dengan
kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu kenyataan yang
diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh dipersoalkan lagi. Keghairahan
pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-
badan antarabangsa di atas pelbagai nama yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi
mereka mengatakan bahawa fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang
perlu diterima oleh semua negara.
Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-perancang
pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga terhadap kesan prosesnya yang
dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat.

Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan mengatakan,


kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana mereka terus beranggapan
bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah kemuncak kemajuan. Dengan demikian
mereka berasa puas untuk menjadi alat dan hamba kepada pelbagai institusi global yang
mengeksploitasi seluruh kepakaran dan keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala
halangan yang menyebabkan sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu
kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah membuat komitmen
untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah manakah tujuan dan apakah
implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang diutamakan adalah semua pihak perlu
menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan
kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak
menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar
sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan
konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu"
jualah yang kini menjadi agenda barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja,
sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian kritikal bagi mempersiapkan
golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada
dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan
konglomerat teknologi.

Cabaran

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas adalah cabaran ke
atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah
terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok masyarakat belia dapat disempurnakan maka
segala usaha untuk menerobos bidang — bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio budaya.
Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi
yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah
mengejutkan apabila sistem sosio budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala
nilai tradisi kita kini sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda
semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam
keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat,
anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat
budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan
golongan belia.

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan insiden-
insiden dan trend berikut:

• Pakaian jenama barat.


• Makanan segera keluaran barat.
• Minuman global yang ditaja oleh barat.
• Hiburan yang menonjolkan budaya barat.
• Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.
• Rekreasi yang meniru ala barat.
• Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat
• Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.
• Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri golongan muda.
Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai
keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi globalisasi yang
semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani untuk menyanggah arus
globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak akan digadai. Hanya golongan muda
yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan
dunia luar kita tetap akan terus yakin dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa
kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan
pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu.

UTUSAN PENGGUNA, NOVEMBER 1997, M/S 237

RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Globalisasi

http://www.oppapers.com/essays/Maksud-Globalisasi/194940

http://penita.org/index.php?option=com_content&view=article&id=49&Itemid=81

http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_remaja/cabaran_globalisasi.htm

7
http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_remaja/cabaran_globalisasi.htm