Anda di halaman 1dari 5

Ikan Pelampong Jaring (TIGER BARB)

Ikan Pelampong Jaring

Status pemuliharaan

Terlindung

Pengelasan saintifik

Alam:
Haiwan
Filum:
Kordata
Kelas:
Actinopterygii
Order:
Cypriniformes
Keluarga:
Cyprinidae
Genus:
Puntius
Spesies:
P. tetrazona

Nama binomial

Puntius tetrazona

(Bleeker, 1855)

Ikan Pelampong Jaring (Puntius tetrazona) [1] merupakan sejenis spesies ikan air


tawar tropika dari genus Puntius dalam famili Cyprinidae. Ikan ini sering dijumpai
di Semenanjung Melayu, Sumatera dan Borneo, tetapi boleh juga ditemui di
beberapa tempat lain di Asia.

Ciri
Ikan ini boleh membesar sehingga 7 sentimeter panjang dan 3 sentimeter lebar.
Warnanya perak hingga kuning keperangan dengan empat jalur hitam menegak.
Muncung dan siripnya berwarna merah.
Ikan ini selalunya dijumpai di air yang bersih dan tidak dalam sangat. Ia boleh hidup
dalam suhu 20–26 °C dengan pH 6.0–8.0.

Nama
Ikan Pelampong Jaring juga boleh merujuk kepada Puntius
partipentazona dan Puntius johorensis[2][3]. Beza utamanya ialah Puntius
partipentazona mempunyai lima jalur manakala Puntius johorensis enam jalur.
Kedua-duanya juga lebih kecil dari Puntius tetrazona.

Rujukan
1. ^ Laporan tahunan Zoo Negara Malaysia.
2. ^ Kelvin K P Lim dan Peter K L Ng. "Family Cyprinidae Genus Puntius". A Guide to Common
Freshwater Fishes of Singapore (dalam bahasa Inggeris). Singapore Science Centre dan Raffles
Museum of Biodiversity Research. Parameter |accessdaymonth= yang tidak diketahui
diendahkan (bantuan); Parameter |accessyear= yang tidak diketahui diendahkan (|access-
date= dicadangkan) (bantuan)
3. ^ "Malaysian Freshwater Fish" (dalam bahasa Inggeris). Institut Penyelidikan
Perikanan. Parameter |accessdaymonth= yang tidak diketahui diendahkan
(bantuan); Parameter |accessyear= yang tidak diketahui diendahkan (|access-
date= dicadangkan) (bantuan)
KELAPA PANDAN (idris bald)

KELAPA PANDAN dikenali juga dengan nama kelapa wangi atau ‘aromatic dwarf’ (cocos
nucifera) diminati dikalangan penanam kelapa dan juga peminat air kelapa. Ia mula diperkenalkan di
Thailand pada sekitar tahun1971 dan dikenali dengan nama ‘Makprow Nam Horn’, kini mula popular
di negara ini. Ini disebabkan airnya yang beraroma wangi atau berbau daun pandan. Enak diminum
dan dimakan segar atau dibuat sarbat.

Isi kelapa pandan tua juga sesuai dibuat kuih. Kelapa pandan jenis rendah dihasilkan secara
pendebungaan terbuka dan ketinggian pokok boleh mencapai 6 meter. Buahnya berwarna hijau,
kecil berbentuk bulat berbiku tiga. Boleh mengeluarkan sehingga 10 – 22 biji bagi setandan.

Anak benih pokok pandan mudah dikenali melalui aroma pandan pada hujung akar yang
dihancurkan atau aroma pandan yang terhasil apabila bahagian bawah lai daun dilayur dengan api.
Purata hasil kelapa pandan adalah diantara 30,000 biji/ha/tahun dengan jarak tanaman 6.5m X 6.5m
yang menggunakan system tiga segi dengan menghasilkan 272 pokok/ha.
SUDUT TERAPI MINDA
Sudut ini dibina dengan ilham Ayahnda pengetua sebagai satu
inovasi buat warga Ikem untuk ketenangan yang membantu sebagai
pemangkin kejayaan warga ikem samaada pelajar malah guru dan
kakitangan untuk lebih bersemangat bekerja sebagai satu ibadah
kepada Allah s.w.t .

Sudut ini menonjolkan kolam ikan yang mempunyai ikan jenis


selat. Sedikit demi sedikit dekorasi itu cuba dilengkapkan mengikut
situasi dan persekitaran.

Keserasian ruang lobi dengan kombinasi warna lembut dan harmoni


turut memberi tempias kepada ruang pelbagai guna bersebelahannya.
Cuma berbeza pendekatan apabila mini air terjun menjadi kolam
tersebut lebih tenang..
Dibantu dengan kehadiran tepi kolam dan laluan tepi hiasan putih unik,
ruang itu sering menjadi tempat tetamu melepak atau pelajar duduk
sambil membaca Al Quran .
Ada kalanya ia menjadi tempat menyambut tetamu sekolah yang
hadir .Ruang ini tidak seluas mana, tapi cukup sebagai tempat
“melepaskan kepenatan selepas bekerja.
Namun, berbeza sedikit dengan ruang lain apabila dilihat unik dengan
menampilkan gaya ala “bali”
KENALI SELAT

Terdapat pelbagai nama tempatan bagi spesis ini iaitu selat,belida selat,potok mahupun
tongkos. Walaubagaimana pun ia lebih popular sebagai selat dengan nama Inggeris Asiatic
knifefish atau common knifefish.

Secara fisiologi ikan selat tidak banyak beza dalam keluarga Notopteridae. Ikan selat
mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar
maksimum ikan belida lainnya. Ada yang mengatakan ikan selat tidak memiliki badan yang
bongkok seperti belida.

Namun ia agak sukar untuk dibuat perbandingan ini pada pandangan mata kasar kecuali
dapat meletakkan dua spesies yang sama saiz bersebelahan.

Anda mungkin juga menyukai