Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami
banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di
peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini memerlukan negara meningkatkan kecemerlangan imej
dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamik
pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti
yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas,
‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam
membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamik.

Untuk melaksanakan informasi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan negara yang bertaraf
dunia adalah dengan penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian
Pendidikan.Ini adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk
meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara
tidak langsung perlaksanaan penggredan universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil
inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti
khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Selain itu,melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi
maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi
meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang
perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan
dinamis.

Seterusnya,penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi
yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar
oleh insitusi-institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi
dari segi penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus
menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian Pendidikan adalah satu
langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi
selaras dengan wawasan pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan
universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk mempertingkatkan kualiti
dan status pengajaran pensyarah dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak
mempunyai pengetahuan pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti teknologi
maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-langkah penting bagi
meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap sebagai satu program perkembangan staf yang
perlu dilaksanakan oleh institusi pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan
dinamis.

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai implikasi yang besar
kepada perkembangan industri pendidikan negara. Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-
institusi swasta ini, membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi
penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar, sekaligus
menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung kepada universiti-
universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian negara untuk melahirkan bakal-bakal
pekerja berilmu sebagaimana yang disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik untuk melahirkan
lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi pembangunan sumber manusia
yang penting untuk mempercepatkan proses pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020,
Malaysia sedang menyusun dan merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan
Malaysia negara maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan pembangunan
sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta dasar liberalisasi sistem
pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja berilmu, rajin, tekun dan produktif.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga mahir dan
tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang merupakan agenda
pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat mendesak bagi meliberalisasikan peluang
pendidikan dan latihan ke arah pembentukan pekerja berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara memperuntukan pelaburan
yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini juga selaras dengan Teori Modal Manusia
(Human Capital Theory) yang menganggap pendidikan sebagai satu strategi penting bagi
meningkatkan potensi modal manusia seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisyen,
produktif, berdedikasi dan kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun
individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu
dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang
berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras
dengan falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah meletakkan
seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi haruslah memberikan
komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

KBAT :

Salam sejahtera saudari.

Izikan saya menyuarakan buah fikiran tambahan berdasarkan ulasan saudari,KBAT melibatkan
kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan melibatkan merujuk kepada empat aras
teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.KBAT juga
mengaplikasikan pemikiran secara kritikal, pemikiran kreatif, pemikiran logical, pemikiran reflektif
dan meta kognitif. Secara mudahnya murid mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian
diproses dalam minda dan akhirnya dikeluarkan semula dalam pelbagai bentuk. Kemahiran berfikir
ini juga dikatakan sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk
membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut
pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh
memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut. Di sinilah
dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan mereka cipta di kalangan
murid.Secara tuntasnya,perkara ini akan menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif
bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia.

Terima Kasih.
Penggunaan Teknologi ICT kepada murid :

Salam sejahtera saudari.

Saya amat setuju dengan huraian saudari tentang penggunaan teknologi ICT kepada
murid.Dalam usaha membina modal insan yang seimbang dari sudut intelek,emosi dan
spiritualnya,maka keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak boleh
mengabaikan peranan teknologi dalam membangunkan sahsiah dan personaliti unggul manusia
lebih-lebih lagi pada era digital ini.Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran wajar diberikan
tumpuan dalam usaha untuk merealisasikan harapan untuk melahirkan generasi yang bijak pandai
menjelang abad 2020 dan tranformasi pendidikan ke arah kecemerlangan pendidikan negara yang
bertaraf dunia dapat direalisasikan

KBAT ini juga mempunyai kelebihan lain iaitu dapat meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan
sedia ada pada murid. Mereka akan dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang
telah mereka kuasai. Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing.
Seterusnya sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuh pembelajaran dalam
apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

Anda mungkin juga menyukai