Anda di halaman 1dari 6

MKA213 AUDIT

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI TIGA SOALAN YANG BERJUMLAH 100


MARKAH.
ARAHAN: Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1 (20 MARKAH: 36 MINIT)

Nurisa Bakery merupakan syarikat yang mengeluarkan produk makanan


seperti biskut madu, biskut almond, biskut cinta, biskut kismis dan pelbagai
lagi. Sejak 10 tahun yang lepas, Nurisa Bakery telah menjalankan operasi
syarikat secara desentralisasi dimana pengeluaran dan penjualan biskut
dilakukan oleh cawangan Nurisa Bakery. Nurisa Bakery mempunyai enam
cawangan yang diuruskan oleh pengurus cawangan. Setiap pengurus
cawangan akan membangunkan perancangan masing-masing dan akan
dipantau secara minimum oleh Nurisa Bakery.

Dalam tiga tahun terakhir, cawangan di Alor Setar menunjukkan pencapaian


yang tidak memuaskan. Kos telah meningkat dengan mendadak di cawangan
ini akibat beberapa kontrak perjanjian berkaitan pembekalan produk telah
diubahsuai serta kos bahan mentah yang meningkat. Cawangan ini juga telah
kehilangan pelanggan-pelanggan sediada disebabkan oleh persaingan hebat
dari pesaing-pesaing. Tuan Salman selaku pengurus cawangan telah diberikan
peringatan oleh Nurisa Bakery mengenai penutupan cawangan sekiranya
cawangan masih tidak dapat mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Nurisa
Bakery. Tuan Salman memberitahu kepada semua pekerja berkenaan perkara
tersebut dan menasihatkan semua pekerja bekerja dengan bersungguh-
sungguh. Tuan Salman juga menasihatkan pegawai kewangan cawangan iaitu
Megat Putera untuk menambahbaik pendapatan cawangan atau cawangan
akan ditutup.

Setelah enam bulan, cawangan telah menghantar satu laporan kewangan


yang menunjukkan peningkatan dalam pendapatan cawangan. Pendapatan
yang dilaporkan adalah sebanyak RM600,000 walaupun mengalami kerugian
besar dalam beberapa tahun kebelakang. Nurisa Bakery merasakan perkara ini
sangat mengagumkan memandangkan margin produk menyusut dengan
ketara di lima cawangan yang lain. Walaubagaimanapun, Nurisa Bakery telah
mendengar khabar angin yang mengatakan terdapat pemandu trak cawangan
yang perlu mengesahkan beberapa borang penghantaran produk walaupun
tiada penghantaran yang dibuat. Wang juga telah diberikan kepada pemandu
trak tersebut dengan mengatakan pelanggan sendiri yang akan menguruskan
pengambilan tersebut. Upah tersebut telah diberikan oleh pelanggan.

Dikehendaki:

A. Bezakan frod dan kesilapan dan berikan DUA (2) contoh yang sesuai
bagi setiap satu.
(4 markah)
B. Huraikan ENAM (6) jenis simptom frod yang boleh berlaku dalam
sebuah organisasi.
(6 markah)

2
MKA213 AUDIT

C. Kenalpasti dan jelaskan jenis simptom frod yang wujud dalam situasi di
atas.
(6 markah)

D. Bincangkan DUA (2) tatacara audit yang boleh dijalankan untuk


mengesan frod dalam situasi di atas.
(4 markah)

SOALAN 2 (50 MARKAH: 90 MINIT)

A. Ainur Julos telah menjalankan perniagaan hampir satu tahun. Butik Ainur
merupakan syarikat pembekal tudung, selendang, anak tudung, jubah,
baju kurung dan beberapa aksesori wanita. Produk keluaran Butik Ainur
mendapat sambutan memandangkan kualiti dan harga yang di tawarkan
sangat menarik. Semenjak butiknya beroperasi Ainur mendapati pelbagai
masalah yang timbul tetapi sebagai seorang usahawan muda yang baru
berkecimpung dalam dunia perniagaan, beliau masih tidak dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku. Ainur telah mendapatkan
khidmat firma perakaunan untuk membantu beliau menyelesaikan
masalah yang berlaku dalam syarikat. Puan Julia, pegawai yang dilantik
untuk membantu Ainur telah menjalankan pemerhatian mengenai
operasi harian Ainur Butik yang dikendalikan oleh beberapa orang
pekerja. Dapatan yang diperolehi Puan Julia boleh diringkaskan seperti
berikut:

1. Kerani tempahan merangkap jurujual


a. Merekod tempahan pelanggan dalam buku register.
b. Menerima bayaran daripada jualan tunai dan kredit.
c. Mengeluarkan resit kepada pelanggan.

2. Kerani Inventori
a. Melihat semua tempahan di buku daftar.
b. Memasukkan tempahan pelanggan ke dalam kotak
c. Melabel kotak-kotak dengan alamat dan nombor telefon
pelanggan
d. Memastikan semua kotak di beri kepada pemandu.

3. Pemandu
a. Perlu mengisi buku daftar dengan menyatakan tempahan yang
akan dihantar kepada pelanggan. Tarikh dan masa juga perlu
dinyatakan.
b. Memastikan borang penghantaran di tandatangani oleh
pelanggan dan menyerahkan salinan asal kepada pelanggan.
c. Salinan borang penghantaran akan diserahkan kepada kerani
akaun.

4. Kerani Akaun
a. Merekod semua urusniaga yang terlibat berdasarkan buku daftar
dan borang penghantaran.

3
MKA213 AUDIT

b. Resit terimaan tunai akan diambil di kaunter bayaran dan


direkodkan
c. Jualan secara hutang yang dicatit di buku daftar akan di rekod ke
akaun belum terima. Amaun ini juga akan di bandingkan dengan
amaun di borang penghantaran yang ditandatangani oleh
pelanggan.
d. Bayaran daripada jualan secara kredit akan di rekod ke akaun
belum terima pelanggan berdasarkan salinan resit di kaunter.

Setelah memahami operasi harian Ainur Butik, Puan Julia mengenalpasti


pula masalah-masalah yang berlaku berdasarkan rungutan-rungutan dari
pelanggan butik. Rungutan-rungutan pelanggan boleh diringkaskan
seperti berikut:

1. Lewat mendapat barang tempahan


2. Terdapat pelanggan yang tidak menerima barang yang
ditempah.
3. Jualan secara tunai ada yang tidak direkodkan
4. Pelanggan yang telah membayar secara tunai di kaunter tidak
mendapat barang yang di tempah.
5. Terdapat akaun belum terima yang melebihi tempoh yang
sepatutnya.
6. Pelanggan yang mempunyai baki akaun belum terima dalam
jumlah yang besar, masih boleh menempah barang dan barang
dihantar seperti biasa
7. Rekod baki akaun belum terima tidak sama antara rekod butik
dengan salinan pelanggan.
8. Terdapat barang yang dihantar kepada pelanggan bukan barang
yang ditempah.
9. Barang yang dihantar kepada pelanggan tidak cukup.

Puan Julia mendapati Ainur Butik tidak mempunyai dokumen-dokumen


yang lengkap dalam menjalankan operasi harian perniagaan di dalam
kitaran hasil dan jualan syarikat. Sebagai pemilik, Ainur perlu
mewujudkan dokumen-dokumen berkaitan dalam kitaran hasil dan
jualan untuk setiap transaksi yang berlaku dapat direkod, dijejaki serta
dipantau. Dokumen-dokumen yang lengkap di dalam kitaran yang
berkaitan akan memastikan operasi syarikat berjalan dengan lancar.

Dikehendaki:

Bincangkan dokumen-dokumen yang perlu ada dalam situasi yang


dibincangkan di atas. Jawapan perlu menghuraikan setiap dokumen
dengan transaksi yang berlaku dalam kitaran hasil dan jualan Ainur
Butik.

(30 markah)

4
MKA213 AUDIT

B. Puan Mazliah merupakan seorang pegawai di Jabatan Inventori. Tugas


beliau termasuklah memproses borang permintaan inventori, menempah
inventori daripada pembekal, membuat pemeriksaan stok pada setiap
bulan dan lain-lain tugas yang berkaitan. Bagi meningkatkan kualiti
perkhidmatan, pihak pengurusan telah menjalankan satu pemerhatian
bagi melihat kelemahan-kelemahan yang berlaku di jabatan inventori.
Hasil pemerhatian tersebut boleh diringkaskan seperti dibawah:

1. Permintaan terhadap stok barang yang kerap diminta oleh


Jabatan Jualan selalunya tidak mencukupi. Dengan itu, Jabatan
Jualan terpaksa menunggu selama dua hari untuk mendapatkan
stok tersebut. Ini menimbulkan banyak rungutan daripada pihak
pelanggan dan pegawai di Jabatan Jualan sendiri.

2. Baki yang berbeza antara stok yang ada di dalam setor dengan
baki yang ada di dalam sistem inventori. Apabila disiasat selalu
berlaku kesilapan dalam memasukkan data di dalam sistem
inventori.

3. Terdapat kelebihan bagi stok barang yang jarang diminta oleh


Jabatan Jualan. Kadangkala stok barang tersebut perlu
dilupuskan begitu sahaja.

4. Terdapat stok barang yang rosak di dalam simpanan inventori.


Apabila perkara ini diberitahu kepada pihak pembekal selepas
seminggu, pihak pembekal tidak mahu bertanggungjawab.

5. Barang yang dipulangkan oleh pelanggan selalunya tidak


dipulangkan ke Jabatan Inventori. Apa yang berlaku barang-
barang tersebut hilang dan ia menyebabkan kerugian kepada
syarikat.

Dikehendaki:

Bincangkan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak


pengurusan untuk menangani masalah yang dibincangkan di atas.
(10 markah)

C. Syarikat 3angel Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang membekalkan gas


memasak kepada agen-agennya di sekitar Daerah Pontian. Encik Syaffi,
pengurus syarikat telah membeli sebuah sistem perisian perakaunan
bagi membantu memudahkan operasi harian syarikat. Sejak
menggunakan perisian tersebut, Encik Syaffi mendapati operasi harian
syarikat berjalan dengan lebih lancar dari sebelumnya dan rungutan-
rungutan dari pelanggan dapat dikurangkan. Walaubagaimanapun, Encik
Syaffi merasakan perlu ada satu sistem kawalan dalaman bertujuan
untuk mengawalselia perisian tersebut.

5
MKA213 AUDIT

Dikehendaki:
Huraikan set kawalan dalaman yang perlu ada untuk memantau perisian
yang digunakan oleh syarikat.
(10 markah)

SOALAN 3 (30 MARKAH: 54 MINIT)

Situasi-situasi di bawah merupakan dapatan-dapatan yang diperolehi daripada


audit penyata kewangan yang dijalankan oleh Firma Audit Hakami.

1. Atira Butik Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang mengeluarkan pakaian


Muslimah berjenama Noora. Syarikat ini telah bertapak di dalam industri
fesyen hampir 15 tahun. Namun sejak beberapa tahun yang yang lepas,
syarikat telah mengalami kerugian akibat persaingan yang tinggi dari
syarikat-syarikat yang mengeluarkan pakaian busana muslimah. Audit
yang dijalankan bagi tahun kewangan berakhir 2020 mendapati
pengiraan inventori yang dijalankan beberapa hari sebelum juruaudit
datang ke Atira Butik tidak mempunyai sebarang laporan berkenaan
jumlah inventori di gudang kecuali pelarasan berjumlah RM87,000 di
dalam buku inventori. Juruaudit telah berbincang dengan akauntan
berkaitan perkara tersebut. Atira Butik juga tidak dapat menunjukkan
bukti audit berkaitan inventori yang berjumlah RM875,000. Perbincangan
yang dibuat juga tidak dapat menentukan kaedah yang boleh
mengesahkan nilai inventori tersebut. Jumlah asset Atira Butik adalah
RM1,200,000.
(10 markah)

2. Audit yang dijalankan ke atas Syarikat Prasan Sdn. Bhd. terbukti sangat
sukar memandangkan syarikat tidak menyimpan rekod-rekod
perakaunan bagi tahun yang di audit. Rekod perakaunan tidak
dikemaskini bagi 10 bulan pertama kerana syarikat tidak mempunyai
akauntan sepanjang tempoh tersebut. Akauntan syarikat meletak
jawatan secara mengejut atas alasan peribadi. Pada bulan Oktober
2020, syarikat telah mengambil seorang akauntan, Puan Onie. Puan
Onie cuba untuk mendapatkan segala dokumen-dokumen berkaitan bagi
tujuan penyediaan penyata kewangan. Puan Onie juga gagal untuk
membuat penyata penyesuaian bank. Juruaudit tidak berpuashati
dengan semua transaksi yang dinyatakan dalam penyata kewangan bagi
tahun berakhir Disember 2020. Kerugian yang dilaporkan oleh syarikat
adalah sebanyak RM35, 615.
(10 markah)

6
MKA213 AUDIT

3. Zalimi Sdn. Bhd. mempunyai pinjaman bernilai RM8 juta dengan sebuah
institusi kewangan berdaftar. Pinjaman tersebut perlu dilunaskan
sepenuhnya pada 31 Mac 2020. Syarikat telah melanggar kontrak
perjanjian pinjaman dan institusi kewangan tersebut telah menolak
permohonan syarikat untuk memperbaharui perjanjian pinjaman.
Syarikat telah cuba memohon pembiayaan dengan institusi kewangan
yang lain, namun gagal. Kedudukan kewangan syarikat berada pada
tahap yang tidak memuaskan dan tidak mungkin syarikat akan berjaya
untuk memperbaharui atau membiayai semula pinjaman RM8 juta
tersebut dan sekiranya demikian, lembaga pengarah tidak akan
mempunyai pilihan lain selain menutup operasi perniagaan. Institusi
kewangan tersebut telah bersetuju untuk mengambil tindakan
perundangan terhadap syarikat jika syarikat masih tidak mahu menutup
perniagaan dan menjual aset-aset yang berkaitan untuk mendapatkan
wang bagi tujuan melunaskan sebahagian daripada pinjaman. Lembaga
pengarah syarikat tidak mendedahkan situasi ini di dalam penyata
kewangan bagi tahun berakhir 31 Mac 2020.
(10 markah)
Dikehendaki:

Bincangkan jenis laporan audit yang perlu dikeluarkan beserta justifikasi anda
bagi setiap situasi di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai