Anda di halaman 1dari 4

GARIS PANDUAN KEPADA PENJAWAT AWAM YANG MANGSA DISKRIMINASI

OLEH PIHAK ATASAN.

FAKTA-FAKTA PENTING

1. Negara Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan dan


bukannya negara komunis mahupun negara Monarki.

2. Peelembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.

3. Segala undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan negara adalah tidak terpakai
dan terbatal dan boleh dicabar di Mahkamah.

4. Penjawat Awam terikat kepada Etika Rasmi Penjawat Awam (Rujuk Lampiran 1).

5. Antara yang wajib dipatuhi oleh Penjawat Awam adalah:-

“4) Mematuhi Dan Mendaulatkan Undang-Undang

Mengambil berat akan peraturan yang sedang berkuat kuasa dan perlu
mematuhi undang-undang (rule of law) dalam melaksanakan tugas dan
tanggugjawab serta menguatkuasakan peraturan tanpa gentar atau
berpihak kepada mana-mana pihak. Kejahilan terhadap undang-undang
tidak boleh dijadikan alasan di dalam ketidakpatuhan (ignorance of law is
not an excuse)”

6. Perlembagaan Persekutuan (Lampiran 2) jelas menggariskan seperti berikut:-

Bahagian II
KEBEBASAN ASAS
Kebebasan diri

5. (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan


kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang

Kesamarataan

8. (1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

7. Dasar Kerajaan Malaysia berkaitan Pengambilan Vaksin Ujikaji adalah jelas dan nyata adalah
sukarela dan bukan mandatori. Sila rujuk pekeliling JPA berkaitan pengambilan Vaksin Ujikaji
(Lampiran 3).
8. Maka yang mengambil Vaksin Ujikaji dan yang tidak mengambil Vaksin Ujikaji perlu dilayan
secara sama rata oleh semua pihak tanpa apa-apa diskriminasi. Hak kesamarataan ini
dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

9. Hubungan antara penjawat awam dan pihak atasan adalah hubungan rasmi dan segala
arahan hendaklah dibuat secara rasmi dengan bertulis dan ditandatangani oleh pihak yang
diberikan kuasa. Arahan secara lisan tidak menjadi peraturan dan arahan yang terpakai.

10. Penjawat Awam perlu elakkan diri daripada melakukan tuduhan tidak berasas atau fitnah
terhadap pihak atasan. Elakkan menyatakan nama tertentu kecuali perkara yang dinyatakan
adalah benar dan terdapat bukti yang kukuh.

(Nota: Elakkan dari membuat tuduhan tanpa bukti nyata dan jelas terhadap pihak atasan
kerana ianya boleh menyebabkan tindakan undang-undang seperti Saman fitnah dan
tindakan tatatertib. Oleh itu, segala arahan pihak atasan perlu direkodkan secara jelas dan
nyata dalam bentuk rasmi)

11. Kesemua Penjawat Awam tidak boleh melanggar etika yang telah digariskan kerajaan.

12. Penjawat Awam tidak boleh melanggar Perlembagaan Persekutuan.

13. Penjawat Awam tidak boleh memaksa mana-mana pihak untuk melakukan apa-apa
pengambilan ubat ubatan termasuklah Vaksin Ujikaji kerana ianya merupakan hak asasi
manusia untuk memilih.

14. Penjawat Awam tidak boleh memberikan hukuman kepada mana-mana pihak yang tidak
mengambil Vaksin Ujikaji memandangkan tidak ada undang-undang yang mewajibkan
pengambilannya.

15. Penjawat Awam tidak boleh mengurung dan membataskan pergerakan mana-mana pihak di
dalam satu bilik selama beberapa jam sebagai hukuman kerana tidak mengambil Vaksin
Ujukaji.

16. Penjawat Awam tidak boleh menghukum mana-mana pihak yang tidak mengambil Vaksin
Ujikaji dengan pelbagai hukuman termasuk menukar tempat kerja dan lain-lain hukuman.

17. Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dilanggar oleh mana-mana pihak termasuk Penjawat
Awam.

18. Untuk memastikan aduan berkaitan Penjawat Awam yang melanggar Perlembagaan
Persekutuan dan Etika Rasmi Penjawat Awam, satu bukti yang kukuh dan nyata hendaklah
dikemukakan oleh pihak pengadu. Aduan tidak boleh diperbuat dalam bentuk fitnah dan
tuduhan tidak berasas dan tiada bukti rasmi.

19. Berdasarkan fakta di atas, maka di bawah ini adalah garis panduan kepada Penjawat Awam
telah melakukan kesalahan melanggar Perlembagaan Persekutuan dan sekaligus melanggar
Etika Rasmi Penjawat Awam.
20. Bukti-bukti kukuh perlu direkodkan untuk tujuan aduan kepada pihak atasan, Pihak Polis,
Biro Pengaduan Awam, SUHAKAM, Ahli-ahli Parlimen, Kumpulan NGO Hak Asasi Manusia,
Majlis Peguam, Persatuan Penjawat Awam dan sekiranya perlu untuk tindakan sivil di
Mahkamah.

GARIS PANDUAN

1. Pihak atasan akan mengadakan perjumpaan dengan Penjawat Awam yang tidak mengambil
Vaksin Ujikaji.

2. Sila rekod dan simpan segala arahan panggilan tersebut.

3. Semasa perjumpaan, sila bawa alatan untuk merekodkan segala perbualan di antara
Penjawat Awam dengan pihak atasan. Bawa juga pekeliling berkaitan Vaksin Ujikaji,
Perlembagaan Persekutuan dan Etika Penjawat Awam untuk diberikan sesalinan kepada
pihak atasan sebgai rekod dan tujuan perbincangan.

4. Maklumkan kepada pihak atasan bahawa perbualan dan arahan di dalam perjumpaan
direkod.

5. Serahkan sesalinan Surat Pekeliling, Perlembagaan Persekutuan dan Etika Penjawat Awam
kepada pihak atasan dan rekodkan serahan di dalam minit perjumpaan.

6. Buat catatan terhadap segala arahan dan pernyataan yang telah dinyatakan dan diberikan
oleh pihak atasan.

7. Maklumkan kepada pihak atasan bahawa segala arahan dan pemberitahuan oleh pihak
atasan akan ditulis secara rasmi dalam bentuk MINIT PERJUMPAAN (Lampiran 4) dan pihak
atasan akan diserahkan sesalinan yang diakui kandungannya oleh pihak atasan tersebut.

8. Bawa surat rasmi tersebut di hadapan pihak atasan tersebut untuk pengesahan secara
bertulis dan rasmi dan minta pihak atasan menandatangani surat tersebut.

9. Catatkan di dalam surat tersebut bahawa surat ini akan dijadikan bukti untuk aduan bertulis
dan rasmi dilakukan terhadap pihak atasan tersebut kerana kesalahan MELANGGAR
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN ETIKA RASMI PENJAWAT AWAM yang
mengkehendaki semua penjawat awam mengikut dengan patuh Perlembagaan Persekutuan
dan tidak sesekali melanggarnya.

10. Tunjukkan kepada pihak atasan bahagian di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Etika
Rasmi Penjawat Awam untuk rujukan pihak atasan tersebut.

11. Kemudian, buat SURAT ADUAN SECARA RASMI (Lampiran 5) terhadap pihak atasan
tersebut secara surat peribadi kepada pihak-pihak berikut:-

a) DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG;


b) SULTAN DI NEGERI MASING-MASING;
c) BIRO PENGADUAN AWAM;
d) SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA;
e) MAJLIS PEGUAM MALAYSIA;
f) PERDANA MENTERI MALAYSIA;
g) KETUA PEMBANGKANG MALAYSIA;
h) AHLI-AHLI YANG BERHORMAT;
i) MUFTI NEGERI;
j) PERTUBUHAN ANTARA BANGSA BERKAITAN HAK ASASI MANUSIA;
k) MENTERI DI JABATAN MASING-MASING;
l) PERSATUAN PENJAWAT AWAM;
m) PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA;
n) GERAKAN POST MORTEM COVID 19;
o) FREEDOM MOVEMENT;
p) LAIN-LAIN PIHAK BERKAITAN.

12. Elakkan buat aduan terhadap Jabatan dan tumpukan aduan kepada individu yang telah
memberi arahan melanggar Perlembagaan Persekutuan tersebut kerana dibimbangi
tindakan tatatertib boleh dikenakan kerana melapurkan Jabatan kepada pihak berkaitan.

13. Segala bukti yang direkodkan mestilah disimpan rapi supaya dapat dikemukakan ketika
tindakan susulan perlu diambil.

14. Kumpulkan aduan dan bawa aduan yang telah direkod dan dikumpulkan kepada Ketua
Jabatan dan Menteri Jabatan masing-masing.

15. Sekiranya pihak atasan tetap ingin melakukan perlanggaran Perlembagaan Persekutuan,
lantik peguam untuk membuat SEMAKAN KEHAKIMAN (“JUDICIAL REVIEW”) terhadap
arahan yang salah dan tidak berpelembagaan dengan tujuan untuk ianya dibatalkan dan
dikembalikan seperti sediakala.

TAMAT