Anda di halaman 1dari 2

8.

2 KAWAD STATIK

PERBARISAN MASUK PADANG / LITAR

1. Peserta memasuki litar pertandingan dari laluan masuk sebelah kanan secara
berjalan lalu dan berhenti di tengah litar menggunakan bahasa hukuman
Skuad....henti.
2. Ketua Platun memberi arahan supaya semua ahli menghadap ke pentas utama
menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan....kanan pusing.
3. Sekiranya posisi Ketua Platun agak rapat dengan barisan hadapan, Ketua Platun
boleh berundur dengan kaedah melangkah ke belakang ( kaedah Buka
Barisan). Pergerakan adalah mengikut bahasa sendiri tanpa sebarang
bahasa hukuman.
4. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan maju 1 langkah dan
barisan belakang berundur 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam
keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Buka barisan ...gerak.
5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah dibuka diluruskan
dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya
Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.
6. Ketua Platun kemudiannya akan berpusing menghadap ke hadapan pentas
utama melalui arah kanan. Seterusnya mara ke hadapan ( beberapa langkah)
jika perlu. Ketua Platun akan berhenti di hadapan Ketua Pengadil dan memberi
tabik hormat, seterusnya memberi lapor pertandingan selepas tabik dijatuhkan.
Bahasa hukuman lapor pertandingan ialah ;

Assalamualaikum / Selamat sejahtera Tuan. Platun .........


seramai 31 orang siap sedia untuk diuji, Tuan.

Setelah diberi keizinan Ketua Platun sekali lagi memberikan tabik hormat dan
menyebut Terima kasih Tuan selepas tabik dijatuhkan. Selepas itu Ketua Platun
akan bergerak ke kiri dan berjalan menuju semula ke posisi asal dan berhenti
mengahadap ke arah ahli untuk memulakan pergerakan kawad statik.
KAWAD STATIK

1. Ketua Platun mengarahkan ahli supaya berpusing ke arah kiri dengan


menggunakan bahasa hukuman Bergerak ke kiri...kiri pusing.
2. Ketua Platun mengarahkan ahli bergerak ke kanan dengan menggunakan
bahasa hukuman Begerak ke kanan....belakang pusing.
3. Ketua Platun mengarahkan ahli menghadap ke belakang menggunakan bahasa
hukuman Ke kanan...pusing.
4. Ketua Platun mengarahkan ahli mengahadap ke hadapan pentas hormat
menggunakan bahasa hukuman Mengadap ke hadapan...belakang pusing.
5. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan hadapan berundur 1 langkah
dan barisan belakang maju 1 langkah secara serentak. Barisan tengah dalam
keadaan statik. Bahasa hukuman yang digunakan ialah Tutup barisan ...gerak.
6. Ketua Platun memberikan arahan supaya barisan yang telah ditutup diluruskan
dengan menggunakan bahasa hukuman Ke kanan lurus dan seterusnya
Pandang depan setelah kekemasan barisan dalam keadaan memuaskan.

Anda mungkin juga menyukai