Anda di halaman 1dari 1

Tajuk cerita: Angsa yang Bertelur Emas

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Guru Besar dan guru-guru yang
saya kasihi. Tajuk cerita saya ialah “Angsa yang Bertelur Emas”.
Seorang petani dan isterinya menternak angsa dan menjual telurnya
di pasar. Mereka tidak kaya, tetapi gembira dengan hidup mereka. Suatu
hari, pasangan itu mendapati sebiji telur emas berkilauan di sarang angsa
mereka. Tiap-tiap hari, angsa itu akan mengeluarkan telur emas.
Tidak lama selepas itu, pasangan itu menjadi semakin kaya dengan
menjual telur emas. Tetapi, mereka tidak puas dengan hanya sebiji telur
emas sehari. Pasangan itu percaya badan angsa itu penuh dengan telur
emas. Mereka ingin mendapatkan semua telur emas sekali gus.
Oleh itu, mereka pun membunuh angsa itu. Mereka terperanjat
apabila mendapati tiada telur dalam badan angsa itu. Lebih teruk, mereka
tidak akan mendapat telur emas lagi.
Pengajaran daripada cerita ini ialah orang yang tamak sudah tentu
akan menimpa kerugian. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai