Anda di halaman 1dari 5

(PKB3108

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

TAJUK 2 MASALAH DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK

2.0 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan berbagai punca masalah yang telah menghalang
murid daripada menguasai kemahiran matematik. Selain daripada masalah yang
berpunca daripada diri murid, pelbagai masalah lain yang boleh mengganggu
penguasaan dalam kemahiran matematik mereka.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda akan dapat:

1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian


murid dalam matematik
2. Dapat membuat pentaksiran berasaskan faktor-faktor ini bagi
menempatkan murid mengikut keupayaan mereka dalam
matematik
3. Dapat menggunakan faktor-faktor ini bagi membantu murid untuk
meningkatkan pencapaian mereka dalam matematik

2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pengmatan
Visual
Pengamatan
Psikomotor
Auditori

Sosial dan MASALAH


DALAM Ingatan
Emosi
MATEMATIK

Metakognitif Bahasa

Kognitif

17
(PKB3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

KANDUNGAN ISI
PENGENALAN

2.3 Pengamatan Visual

Kecelaruan pemprosesan visual atau perseptual merujuk kepada


ketidakupayaan untuk menjana maklumat yang diperoleh dari mata. Ia
melibatkan penglihatan atau ketepatan penglihatan. Kesukaran dengan
pemprosesan visual mempengaruhi bagaimana maklumat visual diintepretasi
atau diproses oleh otak. Beberapa kesukaran yang dialami:

1. hubungan ruang
2. diskriminasi visual
3. visual closure
4. pengenal pastian objek (visual agnosia)

2.4 Pengamatan Auditori

Kecelaruan pemprosesan auditori menghalang keupayaan individu untuk


menganalisis maklumat yang diperoleh dari telinga. Kesukaran dengan
pemprosesan auditori tidak mempengaruhi apa yang didengar oleh telinga tetapi
ia mempengaruhi bagaimana maklumat diintepretasi atau diproses oelh otak.
Defisit pemprosesan auditori boleh mengganggu pertuturan dan bahasa secara
langsung bahkan boleh mempengaruhi kesemua bidang pembelajaran terutama
bacaan dan ejaan. Apabila pengajaran di sekolah bergantung sepenuhnya
menggunakan bahasa lisan, individu yang mengalami kecelaruan pemprosesan
auditori mungkin mempunyai kesukaran yang serius untuk memahami pelajaran
dan arahan. Beberapa kesukaran yang dialami:

1. kesediaan fonologikal
2. diskriminasi auditori
3. auditori memori
4. auditori sequencing
5. auditori blending

2.5 Ingatan (memory)

Defisit ingatan memainkan peranan yang signifikan bagi murid yang mengalami
masalah dalam matematik. Masalah ingatan adalah bukti utma apabila murid
memamerkan kesukaran untuk mengingat asas operasi tambah, tolak. darab dan
bahagi. Defisit ingatan juga memain peranan yang signifikan apabila murid
berusaha melaksanakan kemahiran penyelesaian masalah matematik. Murid-
murid mengalamai masalah ingatan dari aspek penyimpanan maklumat. Ada
murid yang boleh membuat latihan matematik dengan pada hari ini tapi esok dia
lupa. Murid sebegini perlu dilatih kemahiran mengurus maklumat, memberi

18
(PKB3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

tumpuan dan kaedah mengingat (Swanson & Sáez, 2003). Terdapat dua prinsip
bagi membantu murid untuk mengingat maklumat (McGrath, 2010):

1. Imaginasi
2. assosiasi

MENGUMPUL MAKLUMAT
http://repository.nie.edu.sg/jspui/bitstream/10497/42/1/ME-1-1-
25.pdf
Baca artikel dalam laman web di atas. Catat maklumat tentang
faktor-faktor mempengaruhi pembelajaran matematik

2.6 Bahasa

Kebanyakan murid bermasalah pembelajaran mempunyai masalah dalam


bahasa. Menurut American Speech-Language-Hearing Association, masalah
bahasa adalah “impaired comprehension and/or use of a spoken, written, and/or
other symbol systems” (ASHA, 1993). Kecelaruan mungkin melibatkan bentuk,
kandungan atau kefungsian bahasa. Dalam kelas, masalah bahasa merupakan
bukti apabila murid bermasalah menggunakan simbol matematik, menzahirkan
konsep matematik kepada orang lain dan mendengar penjelasan tentang
matematik. Masalah juga berlaku semasa membaca atau menulis ayat
penyelesaian masalah matematik. Bahasa boleh menjadi penghubung di antara
perwakilan konkrit dengan bentuk simbolik yang lebih abstrak.

2.7 Kognitif

Murid-murid bermasalah pembelajaran mempunyai halangan dalam


pembelajaran disebabkan oleh faktor kognitif. Ianya mungkin pengamatan,
ingatan atau faktor penaakulan. Pengamatan terlibat dalam pengumpulan
maklumat dari persekitaran dan memprosesnya untuk simpanan serta
digunakan. ia bukan sekadar melihat simbol nombor tetapi memegang,
menyebut dan menulis nombor tersebut. Ia juga bukan sekadar melihat dan
mendengar sahaja malah berusaha mendiskriminasi dan mengintepretasi hasil
daripada visual dan auditori.

2.8 Metakognitif

Metakognitif adalah berkaitan dengan keupayaan murid untuk memantau


pembelajaran mereka:

1. menilai sama ada mereka belajar


2. menggunakan strategi apabila diperlukan
3. mengetahui sama ada strategi itu berjaya
4. membuat pertukaran apabila diperlukan.

19
(PKB3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

Semua kemahiran tersebut diperlukan bagi sebarang penyelesaian masalah.

2.9 Sosial dan Emosi

Kadang kala dalam situasi akademik kita terlepas pandang bahawa faktor sosial
dan emosi boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Tahap
berlakunya masalah ini berbeza antara individu. Sesetengah murid mempunyai
masalah untuk bergaul dengan individu lain. Manakala sesetengah murid lain
mempunyai konsep kendiri dan harga diri yang rendah. Murid-murid sebegini
sangat mudah untuk melakukan kesilapan. Murid yang berasa sangat takut
dengan matematik akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam kelas dalam
mata pelajaran matematik.

2.10 Motor

Masalah motor terutama dalam tugasan menulis merupakan bukti yang jelas
bahawa murid menghadapi masalah dengan pembentukan nombor dan
simbol.Kemahiran motor melibatkan lebih daripada satu proses seperti ingatan
berkaitan dengan simbol berasaskan ingatan visual dan motor. Kemahiran motor
juga melibatkan pengamatan visual dan pemindahan. Di samping itu, indikator
bagi masalah motor ini mudah dikenal pasti melalui pembentukan simbol,
pengawalan tulisan dari segi ruang dan mengelak diri dari membuat kerja
bertulis.

LATIHAN 1
Dengan membuat rujukan, huraikan faktor-faktor yang
menghalang penguasaan murid dalam kemahiran matematik.
(Jawapan dalam bentuk peta minda)

REHAT
Adakah kita selalu bersorak, gembira dan bercerita tentang
kejayaan orang lain sedangkan kita tidak berbuat sesuatu untuk
mencapai kejayaan tersebut itu sendiri?

LAYARI INTERNET
http://www.mce.su/archive/doc21876/doc.pdf
Buat rumusan setelah anda membaca artikel ini.

20
(PKB3108
KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK)

LATIHAN 2
Dalam usaha membina pemahaman murid bagi asas operasi
tambah, Apakah perkaitan yang murid mungkin lakukan di
antara simbol : 5 + 3 = 8 dengan
(a) bahasa matematik formal,
(b) pengalaman praktikal menggunakan jari dan bahasa
matematik tidak formal,
(c) membilang nombor berpandukan gambar seperti ini:
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Jawapan anda hendaklah dibuat dalam bentuk persembahan
menggunakan powerpoint).

BIBLIOGRAFI

McGrath, C. (2010). Supporting early mathematical development: practical


approaches to play-based learning. London: Routledge Taylor & Francis
Group.

Tucker, K. (2006). Mathematics through play in early years: Activities and ideas.
London: Paul Chapman Pubilshing.

Wright, R.J., Martland, J. and Stafford A.N. (2006). Early Numeracy: Assessment
for teaching & intervention. 2nd Edition. London: Paul Chapman Publishing.

TAMAT
SELAMAT MAJU JAYA

21