Anda di halaman 1dari 7

Obesiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.

Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis
atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada
masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau
jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.

This message box is using an invalid "type=custom" parameter and needs fixing.

Lelaki yang gemuk gedempol. Lukisan oleh Alessandro del Borro, abad ke-17.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan
seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi
keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan
seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan
fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

Isi kandungan

1 Siapakah yang tergolong dalam obesiti

2 Makanan dan kesesuaian

3 Apakah berat badan sepatutnya?

4 Pemakanan

5 Apakah Indeks Jisim Badan?

6 Kandungan lemak dalam makanan

7 Risiko kesihatan

8 Senaman yang boleh dilakukan

9 Kenapa perlu bersenam?

10 Lihat juga
11 Pautan luar

[sunting]Siapakah yang tergolong dalam obesiti

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;

Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;

Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);

Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis); dan

Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang
disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

[sunting]Makanan dan kesesuaian

Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Ini kerana diet pemakanan yang sihat
sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan
lebih baik. Tentu ramai di kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen.
Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktiviti seperti ini sebenarnya tidak
bagus untuk tubuh badan anda. Aktiviti ini dipanggil sebagai aktiviti statik kerana anda hanya duduk dan
tidak sedikit pun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh
mendatangkan kegemukan. Untuk itu, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda
bolehlah melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan,
mengemas rumah atau mencuci kereta di waktu lapang atau apa sahaja aktiviti yang dirasakan sesuai
dengan keupayaan anda. Dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita
menjadi kuat.

[sunting]Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang
mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan
sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini,
anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar
sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan
berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan
tersebut.
[sunting]Pemakanan

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran
makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat
mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan
makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.

Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat
membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.

[sunting]Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat
badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung
komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta
ketinggian seseorang individu itu.

Indeks Jisim Badan

Status BMI

Kurus Kurang 20.6

Normal 20.7 - 26.4

Gemuk 26.5 - 30.9

Obesiti 31.0 - 45.2

Bahaya Lebih 45.3

[perlu rujukan]

Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau
tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI =

berat(kg)

------------------------------

tinggi(m) x tinggi(m)
Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama
ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

[sunting]Kandungan lemak dalam makanan

Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di
bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makanan Gram lemak setiap sajian % kalori dari lemak

Makanan tinggi lemak

Hamburger saiz biasa 11.8 39

Hot dog14.5 54

Kentang goreng 20-25 keping (saiz biasa yang

digoreng dengan minyak sayuran) 12.247

Keropok kentang - 1 aun 10.1 61

Mentega/marjerin - 1 sudu teh 4 94

Sos salad - 2 sudu makan 11.1 85

Kek keju 16.3 57

Makanan rendah lemak

Kacang hijau - direbus = cawan 0.2 9

Roti - 1 keping 1.1 16

Mil oat - 1 cawan 2.4 15

Buah epal - 1 biji 0.5 6

Ubi kentang - 1 biji dipanggang 0.2 1

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda
seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.
[sunting]Risiko kesihatan

Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)

Strok (angin ahmar)

Tekanan darah tinggi

Batu hempedu

Diabetes (kencing manis)

Paras kolestrol darah yang tinggi

Gout

Sakit di bahagian bawah belakang badan

Sukar bernafas

Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut

Gangguan pembuangan air kecil

Penyakit hati

Barah usus

[sunting]Senaman yang boleh dilakukan

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada
penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal
anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:

Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.

Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.

Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.

Berjalan-jalan, berkebun.

Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.


[sunting]Kenapa perlu bersenam?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan
jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada
bersenam ialah:

Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.

Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.

Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah
tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh
membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).

Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.

Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.

Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan
proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh
menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain.

Kanak-kanak yang kurus lebih aktif berbanding kanak-kanak yang gemuk.

[sunting]Lihat juga

Obesiti di Malaysia

[sunting]Pautan luar

Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Obesity

(Melayu) Kesilapan Ketika Bersenam

(Melayu) Petua Makan Secara Sihat

(Indonesia) Diet kalkulator dan Lemak Badan Kalkulator

(Indonesia) Jauhi Gemuk Kendalikan Diabetes

(Melayu) Mengira BMI

(Melayu) Berat badan berlebihan


Kategori: Wikipedia message box parameter needs fixing | Rencana pilihan | Penyakit

Anda mungkin juga menyukai