Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENYAMPIAN CEK BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD


KEPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
20 JANUARI 2004
DEWAN MAJLIS, UTM SKUDAI
JOHOR

NO PERKARA TINDAKAN

1. Saudara dan saudari / tuan-tuan dan puan-puan dipersilakan untuk


mengambil tempat duduk kerana Majlis akan bermula sebentar lagi.

2. Mengumumkan ketibaan: Tetamu berdiri


Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia.
Tetamu duduk
3. Bismillahi al-Rahmani Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

4. Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor Pembuka kata
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia

Yang Berbahagia Encik Wan Ismail bin Wan Yusoh


Pengurus Besar (Perbankan Pengguna)
Bank Islam Malaysia Berhad

Yang Berbahagia Encik Saadon bin Giman


Regional Manager
Bank Islam Malaysia Berhad

Yang Berbahagia Encik Mohamed bin Abdullah


Bendahari
Universiti Teknologi Malaysia

Yang Berbahagia Puan Siti Hawa binti Man


Timbalan Pendaftar
Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

5. Selamat Datang ke Meninggikan suara


Majlis Penyampian Cek Bank Islam Malaysia Berhad kepada Universiti
Teknologi Malaysia.

Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 1


6. Untuk memberkati Majlis pada petang ini, dijemput Ustaz mengambil tempat
Ustaz Nasir bin Masroom
untuk membacakan doa, di persilakan.
MC duduk
7. Terima kasih, Yang Berusaha Ustaz. Ustaz duduk
MC bangun
8. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Bank Islam Malaysia Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1983
bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan orang Islam dan
masyarakat Malaysia amnya.

Yang Berbahagia Profesor,

Tujuan Majlis ini adalah untuk menyerahkan SumbanganTabung


Wang Ehsan Pendidikan Bank Islam Malaysia Berhad yang merupakan
sumbangan zakat daripada Bank Islam Malaysia Berhad kepada
pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan di UTM.

Keperihatinan BIMB ini bermatlamat untuk membantu pelajar-pelajar


yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pengajian
mereka.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada BIMB di


atas usaha murni ini.

9. Saudara dan saudari yang dihormati sekalian,

Izinkan saya menjemput:

Encik Saadon bin Giman


Regional Manager BIMB untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.
MC duduk
10. Terima kasih Encik Saadon. MC bangun

Yang Berbahagia Profesor,


Izinkan saya menjemput:
Yang Berbahagia Encik Wan Ismail bin Wan Yusoh
Pengurus Besar Bahagian Perbankan Pengguna
Bank Islam Malaysia Berhad
Untuk menyampaikan sepatah dua kata bagi pihak BIMB.

Majlis dengan sukacitanya, dipersilakan.


MC duduk

Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 2


11. Terima kasih Yang Berbahagia Encik Wan Ismail.
MC bangun
12. Tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan daripada tetamu khas
Majlis ini, oleh itu untuk tidak membuang masa lagi, saya menjemput:

Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor,


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia

untuk menyampaikan ucaptama dari UTM. Majlis dengan segala


hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Profesor.
MC duduk
13. Terima kasih Yang Berbahagia Profesor. Semoga kata-kata beliau tadi
boleh dijadikan iktibar kepada semua pada petang ini.
MC bangun
14. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. Tibalah kepada
kemuncak Majlis kita pada petang ini.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput:

Yang Berbahagia Encik Wan Ismail bin Wan Yusoh diiringi oleh Encik
Saadon bin Giman untuk menyampaikan
replica cek bernilai RM________ kepada Yang Berbahagia Mengenal pasti jumlah
Profesor Ir. Dr. Alias bin Mohd. Noor. cek

SETERUSNYA;

Majlis mempersilakan Encik Wan Ismail bin Wan Yusoh untuk


menyampaikan cek kepada pelajar-pelajar terpilih dari Universiti
Teknologi Malaysia.
Pelajar beratur
Saya menjemput:

Saudara / saudari

1.
2.
3.
4.
5.

Saya bagi pihak Universiti Teknologi Malaysia mengucapkan ribuan


terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Wan Ismail dan wakil-
wakil dari BIMB dan ucapan penghargaan kepada tetamu khas kita
pada petang ini, Yang Berbahagia Profesor Alias kerana sudi hadir dan
menyempurnakan Majlis ini.

Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 3


Ucapan tahniah kepada semua pelajar-pelajar yang terpilih menerima
cek sumbangan BIMB, semoga saudara/i menggunakannya dengan
cermat dan kami akan mendoakan agar Allah S.W.T sentiasa
mencurahkan rezeki bagi mambantu saudara/i mencapai cita-cita
yang diingini.

Sebagai tanda penghargaan Universiti di atas usaha dan niat murni Penyampian
BIMB itu tadi, Majlis memjemput Yang Berbahagia Profesor Ir. Dr. cenderamata
Alias bin Mohd. Noor diiringi oleh Puan Siti Hawa binti Man untuk
menyampaikan cenderamata kepada Encik Wan Ismail bagi pihak
warga kerja BIMB.

Terima kasih Yang Berbahagia Profesor.

15. Bukan kota sebarang kota, Pantun penutup


Kota teguh di negeri tuanku;
Kata bukan menjerat cinta,
Lahir dari hati yang satu.

Bukan taut sebarang taut,


Taut terlekat di pohon pinang;
Doa mu ikhlas hati ku terpaut,
Budi sedikit pasti ku kenang.

16. Yang Berbahagia Profesor, Encik Wan Ismail, Encik Saadon dan Jemput jamuan
semua para hadirin, dijemput menikmati jamuan ringan yang
disediakan di Dewan Jamuan.

17. Bagi pihak warga kerja Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan semua staf Penutup
yang terlibat dengan mengurus dan menjayakan Majlis ini, saya
sebagai pengacara majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan
selamat berjumpa kembali di lain masa dan tempat. Saya sudahi
dengan:

Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh.

Tarikh kemaskini terakhir: 20 Januari 2004 4

Anda mungkin juga menyukai