Anda di halaman 1dari 1

A) Minit mesyuarat Kali ke 4:

-Masukan Post mortem rancangan tahun semasa (keberkesanan program,


penambahbaikan, pembatalan), Tahap pencapaian program tahunan, Dialog
prestasi
B) Perangcangan tahunan merangkumi berikut:
3.1.2.1
Keperluan pelaksanaan mata pelajaran diurus secara sistematik.
Mengurus keperluan pelaksanaan mata pelajaran dengan memperoleh dokumen
terkini, menyelaras penyediaan RPT dan RPH, pentaksiran, tugasan dan latihan,
menganalisis dan memanfaatkan data dan maklumat pentaksiran dengan mematuhi
arahan yang berkuat kuasa, berdasarkan keperluan pelaksanaan kurikulum dan secara
menyeluruh.

3.1.2.2
Program peningkatan kualiti pengajaran guru diurus secara terancang.
Merancang dan melaksanakan program pembangunan profesionalisme yang berkaitan
dengan mata pelajaran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan
susulan dengan berfokus kepada keperluan guru, perkembangan pendidikan semasa
dan secara berterusan.

3.1.2.3
Program peningkatan pencapaian murid diurus secara terancang.
Merancang dan melaksanakan program yang menjurus ke arah peningkatan ilmu dan
kemahiran, menilai keberkesanan program dan mengambil tindakan susulan dengan
berfokus kepada isu pembelajaran, mengambil kira tahap keupayaan murid, secara
menyeluruh dan berterusan.

3.1.2.4
Bantuan geran per kapita mata pelajaran dimanfaatkan secara optimum.
Merancang dan melaksanakan pembelian, merekod dan menggunakan inventori/bahan
habis guna berkaitan mata pelajaran mengikut prosedur yang ditetapkan, berdasarkan
keperluan, secara menyeluruh dan berterusan.
*Perkara di atas juga boleh dimasukkan ke dalam Minit Mesyuarat kali ke-1

Anda mungkin juga menyukai