Anda di halaman 1dari 7

Teks ucapan YDP PIBG sempena Hari Guru

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


selamat pagi dan salam 1 Malaysia.

Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis,


Yang Berbahagia, En. Jamal @ Salleh bin Abdullah Thani, Guru Besar SK
(LKTP) Keratong 7.
Yang Berusaha, En. Johari bin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Pn. Zuwariah binti Mahmud, Penolong  Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Suriani binti Abdullah @ Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Pertama sekali, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah


S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah bagi tahun 2017 pada pagi yang mulia ini.
Semoga Hari Guru ini disambut dan diraikan dengan penuh bermakna dalam
suasana yang ceria dan harmoni.

Sidang hadirin yang berbahagia,


Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya ingin mengambil peluang
ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan “Terima Kasih Cikgu” kepada
semua warga pendidik SK (LKTP) Keratong 7.

Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun merupakan satu pengiktirafan dan
penghargaan kepada guru yang diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa.
Jadi, amat wajar sekali jika Sambutan Hari Guru ini diraikan oleh murid, ibu bapa
dan masyarakat sebagai pengiktirafan kepada guru yang telah banyak berjasa.
Inilah cara yang terbaik untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan
penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

Saya selaku YDP PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada para guru, bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun 2017.
Sungguh bertepatan sekali tema pada tahun ini, “GURU PEMBINA NEGARA
BANGSA”.

Sebagai wakil ibu, bapa dan penjaga murid, kami amat menyedari kegigihan para
guru untuk menyerlahkan lagi kemampuan murid-murid. Para guru berperanan
serta bertanggungjawab untuk mengembangkan minat murid dalam bidang
masing-masing. Sebagai guru, besar sungguh peranan kalian dalam bidang
pendidikan. Para guru jugalah yang amat menyedari kesungguhan murid-murid
dalam merealisasikan impian masing-masing.

Kepada semua murid yang dikasihi sekalian. Hargailah jasa guru-guru kamu! Jika
seorang doktor dikagumi kerana boleh menyelamatkan nyawa, jika polis dan
tentera disanjung kerana boleh mempertahankan negara, jika tokoh korporat
dibanggakan kerana menjana ekonomi negara, jangan lupa bimbingan seorang
guru biasa sahaja boleh menjadikan seseorang yang biasa kepada insan luar biasa.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan
cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan
disanjung tinggi.
Pada kesempatan ini saya menyeru semua warga guru supaya berusaha menjadi
lebih kreatif, inovatif, dan mampu mencipta kelainan yang boleh memberi manfaat
kepada murid-murid. Sesungguhnya, mendidik adalah tugas yang amat mulia dan
tidak ternilai harganya. Jalankanlah tugas dengan lebih gigih, jujur dan terus
bekerja sebagai satu pasukan.

Sekian, wabillahi taufik wal-hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.
TEKS  UCAPAN  YDP  PIBG
SEMPENA  SAMBUTAN  HARI  GURU  TAHUN   2012

Bismillahirrahmanirrahim,  Assalamualaikum  w.b.k,  selamat sejahtera  dan  Selamat


menyambut  Hari  Guru tahun 2012

Yang Berusaha  En. Ibrahim  Bin  Omar,  Pengetua  SEMAKMUR,  

Yang Berusaha  En. Abd. Razak Bin Mohd Noah, GPK Pentadbiran,  Tn. Hj. Said  Bin 
Bohari  GPK Hal Ehwal Murid,  Pn. Hajah  Zamzam Bt  Abas,  GPK  Kokurikulum.

Yang Dihormati  Guru-Guru  Kanan  Mata Pelajaran,  Guru-guru  Cemerlang,   Guru-


Guru  SMK LKTP Kahang  Timur, 

Yang Dikasihi  para  pelajar  dan para pelajar SEMAKMUR

            Bersyukur saya kehadrat Ilahi  kerana dengan limpah dan kurnianya ,  dapatlah
saya menyampaikan ucapan   dan  penghargaan kepada semua guru dan para pelajar
hari ini,  sempena dengan Sambutan  Hari  Guru  Peringkat sekolah.  

“GURU  INOVATIF  MELONJAKKAN  TRANSFORMASI  PENDIDIKAN  NEGARA”


          Tema Hari  Guru  pada tahun  ini  bukan sahaja  kedengaran indah tetapi juga
mencerminkan guru sebagai agen perubahan yang  sangat penting dalam masyarakat.
Apa yang menjadi ukuran, bukannya kekayaan harta, kemewahan hidup, tetapi
kemenjadian pelajar yang  menjadi penilaian.

Pencapaian dan kecemerlangan seluruh hidup pelajar  yang menjadi tumpuan. 


Kemurnian hati pelajar, tingkah laku yang sopan  dan segala aspek yang berkaitan
dengan pelajar adalah fokus utama para guru.
          ‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’, demikianlah perbandingan yang
mengaitkan didikan dan ajaran para guru untuk melahirkan para pelajar yang
berpotensi, berbakat dan cemerlang.  

          Saya selaku YDP  PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih  dan
penghargaan kepada para guru, bersempena dengan sambutan  Hari  Guru pada
tahun  2012. Sungguh bertepatan sekali tema pada tahun  ini, “GURU  INOVATIF 
MELONJAKKAN  TRANSFORMASI  PENDIDIKAN  NEGARA”.
Sebagai wakil ibu, bapa dan penjaga pelajar, kami amat menyedari kegigihan
para guru untuk menyerlahkan lagi kemampuan para pelajar. Para guru berperanan
serta bertanggungjawab untuk mengembangkan minat para pelajar dalam bidang
masing-masing.  Sebagai guru, besar sungguh  peranan para guru. Para guru jugalah
yang amat  menyedari kesungguhan para pelajar dalam merealisasikan impian masing-
masing. Pelajar merupakan tunjang negara pada masa hadapan. Para pelajar juga
mesti menanamkan azam untuk mencapai kecemerlangan.  

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah
pembangunan pada masa akan datang. Dengan tujuan membangunkan potensi murid-
murid secara menyeluruh. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi
untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke
arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta
mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani,
intelek dan sosial.

Tn.  Pengetua  dan para guru yang dihormati,


Di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada para guru di
SEMAKMUR  yang terus berusaha dengan gigih dan cemerlang demi tanggunggjawab 
dan  amanah  yang  sangat besar serta bermakna kepada masyarakat, agama dan
Negara. 
          Akhir kata saya ingin merakamkan  ucapan Selamat Hari  Guru kepada semua
guru di SMK  LKTP Kahang  Timur.   Terima  kasih  daripada kami   para  ibu  bapa  , 
penjaga  pelajar.  Teruskan usaha murni dan disanjung  tinggi  guru-guru  dalam bidang
pendidikan.

Selamat  Hari  Guru kepada semua guru di  SEMAKMUR,   “GURU  INOVATIF 
MELONJAKKAN  TRANSFORMASI  PENDIDIKAN  NEGARA”.

Sekian, terima kasih.  Wabilahitaufiq,  walhidayah. Assalamualaikum  warahmatulllah


w.b.k