Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL MURID SEMPENA MAJLIS RESTU ILMU

SK (LKTP) KERATONG 7

Terima kasih kepada Pengacara majlis


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatu dan salam sejahtera

Yang Berusaha, ,Ust Hazim b Ismail, Penolong Kanan Petang SMK Hamzah  Barisan Guru-guru
Pembantu PK Petang,  Semua guru sesi Petang ,Barisan pengawas serta rakan-rakan pelaRjar
yang di kasihi sekalian.

Bersyukur kita, ke hadrat Allah swt kerana dengan kurniaNya kita sama-sama dapat berkumpul
di majlis yang penuh rahmat ini. Semoga majlis ini menjadi penyemarak jiwa kita bersama
dalam menghadapi Peperiksaan akhir tahun 2014 yang tinggal 3 hari lagi.
Saya Mohd Syafrullah b Sudin, mewakili rakan-rakan seperjuangan mengambil kesempatan ini
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang begitu sabar mengajar dan mendidik
kami selama ini. Budi yang guru berikan tidak terbalas oleh kami. TERIMA KASIH CIKGU

Letih berjalan di tengah pekan


Singgah sebentar di gerai Siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti

Guru-guru dan rakan-rakan,


Dikesempatan ini , saya dan rakan-rakan  memohon ampun dan maaf seandainya ada kata-kata
atau perbuatan kami yang mengguris perasaan guru-guru samada secara sedar atau tidak sedar.
Kami memohon agar guru-guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan dan sudilah kiranya
memaafkan kami. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik adalah
datang dari kami sendiri.

Insyallah, dengan iringan doa guru-guru kami berjanji dan sehabis daya akan berjuang dalam
medan peperiksaan dan kehidupan seharian berbekalkan amanat pesanan dan tunjuk ajar cikgu
demi memastikan kejayaan menjadi milik kami.

Seterusnya saya dan rakan-rakan yang akan meneruskan usaha kami di sekolah menengah pada
tahun depan dan seterusnya mengharungi cabaran Peperiksaan PT3 berjanji semua ilmu yang
cikgu curahkan tidak akan kami persiakan.  Cikgu halalkan segala ilmu untuk kami
pergunakannya bukan sahaja untuk menjawab kertas-kertas peperiksaan tetapi untuk menempuhi
kehidupan di hari mendatang

Saya akhiri ucapan saya dengan serangkap pantun,

Terima kasih kami ucapkan


Kerana guru selalu membantu
Jasa dan bakti jadi taruhan
Akan dikenang setiap waktu
UCAPAN WAKIL PELAJAR (II)

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Yang Berusaha bonda yang kami hormati, Pn Hajah Robiah Bt Ahamad, Pengetua SMK Sungai
Tiram, Yang Dihormati ayahanda yang disayangi En Johan Bin Abd Rahim, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran, bonda Puan Halis Bt Sumali Guru Penolong Kanan Kokurikulum, barisan ketua bidang, guru-
guru yang disayangi serta rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ucapan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan ini saya tujukan khusus kepada pihak
sekolah kerana mengadakan Majlis Mohon Restu PMR 2013, serta memberi kepercayaan dan
peluang kepada saya untuk mewakili rakan-rakan menyampaikan sepatah dua kata dalam
majlis ‘keramat’ yang dianjurkan khusus buat kami yang akan menduduki pepriksaan PMR,
pada pagi hari Rabu, 2 Oktober 2013 ini. Kesempatan pada hari ini merupakan suatu detik
bersejarah bagi diri saya kerana dapat menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar dalam
majlis mohon restu ini.

Pada hari ini,terlebih dahulu saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga rakan-rakan
sekalian bahawa kita sebenarnya sudah tiba di medan pertempuran perjuangan kita sebagai
seorang pelajar. Bulan demi bulan, hari demi hari jam demi jam di hitung dengan begitu teliti
bagi menantikan tarikh keramat 2 Oktober 2013. Persoalannya disini,adakah kita sudah benar-
benar bersedia untuk menempuhnya dengan penuh yakin dan bersemangat? Justeru,dengan
hanya berbaki beberapa hari sahaja ini sebelum kita menempuh peperiksaan yang sebenar,
saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekalian untuk kita sama-sama melakukan pecutan
terakhir semampu kita supaya kita dapat bersama-sama menggengam kejayaan.

Sesungguhnya kita datang ke sekolah dengan segunung harapan baik daripada ibu bapa
keluarga sahabat mahupun guru-guru yang mengharapkan kita semua melakukan suatu
kejutan,bukan untuk mereka tetapi untuk diri kita sendiri.Kalau sekiranya kita tidak mampu
pulang dengan segunung kejayaan,sekurang-kurangnya pulanglah dengan segenggam
keberhasilan.

Para pendidik yang dihormati sekalian,


Bagi mewakili seluruh pelajar tingkatan 3 pada tahun ini, saya ingin menyusun sepuluh
jari memohon ampun dan maaf daripada guru-guru sekelian andai kata kami terkasar
bahasa,tersilap bicara, dan berperilaku buruk berlaku sepanjang kebersamaan kita
selama ini. Kami ingin guru-guru tahu bahawa jauh di sudut hati kami,kami tidak pernah
berniat untuk melukai hati mu guru yang sudah kami anggap sebagai ibu dan bapa
kami di sekolah

Dengan perasaan rendah diri,kami ingin memohon agar guru-guru menghalal dan
merestui semua ilmu yang telah dicurahkan kepada kami Insya-Allah ilmu yang di
perturunkan, akan kami manfaatkan sebaik mungkin. Doakan agar kami mendapat
kejayaan yang cemerlang dalam PMR.

Sebagai mengakhiri ucapan saya ini, sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak
terhingga atas jasa yang telah di taburkan oleh guru-guru kepada kami.

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat


Maju Jaya.