Anda di halaman 1dari 1

Karangan Fakta

Kita sentiasa digalakkan menabung. Tulis sebuah karangan tentang kepentingan amalan
menabung.

Kepentingan Amalan Menabung

Menabung ialah amalan meyimpan wang yang diperoleh. Wang ini disimpan di tempat yang
selamat seperti di bank atau dalam bentuk saham atau bon. Menabung juga dapat
dikatakan seperti menyediakan payung sebelum hujan. Banyak kebaikan yang akan kita
peroleh jika kita menabung.

              Salah satu daripada kebaikan menabung ialah kita akan mendapat keuntungan.
Hal ini kerana wang yang disimpan di bank akan dibayar faedah manakala saham akan
dibayar dividen. Sebagai contoh, jika kita menyimpan wang di dalam akaun simpanan
tetap,kita akan dibayar faedah mengikut kadar dan tempoh simpanan. Oleh itu,lebih lama
wang itu disimpan,lebih tinggi kadar faedah yang akan diperoleh.

Selain itu, apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Wang simpanan
ini boleh digunakan untuk menampung wang perbelanjaan kita untuk melanjutkan pelajaran
ke universiti. Selain itu, wang simpanan juga membantu kita membeli barang-barang
keperluan diri kita sendiri. Ibu bapa pasti akan berasa bangga dengan sikap kita yang
pandai berjimat cermat dan berdikari itu.

Di samping itu, amalan menabung akan mendidik kita supaya sentiasa berjimat
cermat. Sikap berjimat cermat sebenarnya merupakan satu amalan yang baik kerana kita
akan lebih berhati-hati dalam membuat perbelanjaan. Oleh itu,dapat mengelakkan
pembaziran. Sebagai contoh,apabila mempunyai wang lebihan,seseorang yang tidak
menabung akan bertindak membelanjakan wang tersebut untuk membeli barang yang
dikehendakinya. Tegasnya,sikap suka menabung akan menjadikan seseorang itu tidak
membazir.

Seterusnya, malan menabung juga dapat membantu kita dalam keadaan


kecemasan yang memerlukan wang. Kita sebenarnya tidak dapat menjangka hal yang akan
berlaku kepada diri kita atau keluarga kita,bak kata orang malang tidak berbau. Oleh itu,jika
kita ditimpa kemalangan atau dijangkiti penyakit,kita boleh menggunakan wang simpanan
untuk mendapatkan rawatan yang baik di hospital. Justeru,wang simpanan yang ada dapat
menyelamatkan nyawa anda dalam keadaan yang darurat.

             Kesimpulannya,kita mesti mengamalkan sikap suka menabung. Kanak-kanak harus


digalakkan supaya menabung sejak kecil lagi. Wang yang disimpan itu mungkin sedikit
tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Anda mungkin juga menyukai