Anda di halaman 1dari 22

BUKU PENGURUSAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN

2021
KATA-KATA ALUAN

Kata Alu-Aluan Guru Besar

Assalamualaikum wrth.wb dan Selamat Sejahtera serta Salam Menjulang Pendidikan

Syukur Alhamdulillah, dengan keizinan dan inayahNya jua, Buku Pengurusan Sekolah 2021 telah dapat
diterbitkan untuk rujukan dan tatapan bersama. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
ditujukan kepada semua pihak yang terlibat khasnya kepada semua Guru Penolong Kanan Kurikulum, ,
Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, serta guru-guru / staf sokongan
sekolah yang turut membantu menyediakan buku panduan ini. Sesungguhnya dengan dedikasi, komitmen
dan keikhlasan anda semua, buku ini telah dapat disediakan dengan baik sekali.

Mudah-mudahan dengan adanya Buku Pengurusan Sekolah 2021 ini, warga Sekolah Kebangsaan Pandan
akan dapat melaksanakan segala tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab dan dapat
berganding bahu sesama rakan sejawat untuk merealisasikan objektif, misi dan visi sekolah. Begitu juga
kepada pihak-pihak yang berkepentingan terutama PIBK sama ada secara individu mahu pun agensi atau
badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan, buku panduan ini boleh menjadi rujukan dan dapatan
maklumat berkaitan sekolah ini.

Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada warga sekolah ini,semoga
kita dapat menjalankan amanah dan institusi sekolah menjadi lebih dinamik dan bersama melestarikan
ukhwah dalam pendidikan.Dipohonkan kemaafan jua jika terdapat kesilapan dan kekurangan yang
terdapat di dalam buku panduan ini.

Terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah ,

( MOHAMMAD ARBIE BIN SA’EE)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pandan Sebauh.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup yang demokratik
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana Kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama
secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA
KAMI,
rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:-

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

KAMI YANG TELAH DILANTIK BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN MALAYSIA,


MEMBUAT IKRAR DI SINI, BAHAWA SEMASA DAN SELAGI KAMI BERKHIDMAT DENGAN
KERAJAAN MALAYISA, KAMI PATUH DAN MENGAMALKAN TERAS-TERAS PERKHIDMATAN
SEMASA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS KE ARAH INI, KAMI:

  BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN



 BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB

BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI

BERKHIDMAT DENGAN MUHIBBAH DAN KEMESRAAN
 BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PENBANGUNAN NEGARA
  BEKERJASAMA DALAM MEMBANTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH-MUSUH NEGARA
  BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA 

3 Writer/Buku Panduan Tugas Guru dan Staf Sekolah

 

IKRAR INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA


Kami Penjawat awam Malaysia berikrar dengan sepenuh hati mempertahankan dan memperkukuhkan
intergriti Perkhidmatan Awam dengan mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah,salah guna
kuasa dan penyelewegan melalui tindakan-tidakan berikut:
Pertama : Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah.
Kedua : Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;
Ketiga : Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,peraturan dan etika
jabatan
Keempat : Berkerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan
Jenayah rasuah.

Kelima : Bertindak tegas terhadap mereka yang mencuba mengugat intergriti dan imej pegawai
Awam; dan

Keenam : Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan
Ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Pandan Cemerlang Menjelang Tahun 2011

MISI SEKOLAH
SK Pandan Ingin Memberi Sumbangan Positif Dalam Proses Pembinaan Insan Dan
Negara Dengan Menyediakan Perkhidmatan Bermutu Kepada Semua Muridnya Tanpa
Mengira Perbezaan Daripada Keupayaan Dan Keturunan.

FALSAFAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sekolah Anda berazam untuk Melahirkan murid yang berkembang secara
harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan Jasmani untuk memenuhi
keperluan dan cabaran Masa hadapan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MATLAMAT SEKOLAH
Murid boleh menguasai 3M, Murid Islam boleh menguasai PAFA Murid boleh bertutur, membaca dan
menulis dalam Bahasa Inggeris Murid mempunyai kesedaran dan mengamalkan kebersihan, Kesihatan
dan kecerdasan diri, Membina daya kepimpinan, daya keyakinan dan semangat patriotism

VISI MISI

SEKOLAH KEBANGSAAN PANDAN SK PANDAN INGIN MEMBERI SUMBANGAN POSITIF


PENDIDIKAN BERKUALITI DALAM PROSES PEMBINAAN INSAN DAN NEGARA
DENGAN MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN BERMUTU
INSAN TERDIDIK KEPADA SEMUA MURIDNYA TANPA MENGIRA
PERBEZAAN DARIPADA KEUPAYAAN DAN
NEGARA SEJAHTERA
KETURUNAN

MOTTO SLOGAN

QUALITY FUNDAMENTAL OF
BERILMU BERBAKTI SUCCESS
LOGO SEKOLAH
LAGU SEKOLAH :

BERILMU BERBAKTI

Sekolahku yang tercinta,


Jasa baktimu tersemat di jiwa,
Bersatupadu berbilang bangsa,
Mendidik,membina negara,
Sekolah Kebangsaan Pandan,
Menjulang amanatmu Tuhan,
Budaya ilmu jadi amalan,
Tercapai hasrat wawasan,
Berilmu dan berbakti,
Visi suci wawasan kami,
Rukun Negara dijulang tinggi,
Makmur Sarawak Malaysia abadi.

Latar belakang Sekolah

BACKGROUND OF KAMPUNG PANDAN, SEBAUH, BINTULU, SARAWAK, MALAYSIA.

Kampung Pandan dari Daerah Sebauh terletak 55 kilometer dari Bandar Bintulu. Kampung ini
terletak di tebing sungai Sungai Kemena dan Sungai Kuala Pandan. Di seberang kampung, terdapat
sebuah rumah panjang milik suku Punan. Perjalanan ke Kampung Pandan mengambil masa satu
setengah jam dari bandar sama ada melalui sungai atau jalan raya. Kampung Pandan juga dikenali
sebagai Kampung Haji Johari untuk memperingati Pamanca Haji Johari atas sumbangan besarnya
kepada kampung tersebut. Pada hari-hari awal di kampung ini, terdapat tujuh ketua kampung yang
tergolong dalam dewan di bawah Pimpinan Haji Sulaiman Rusan. Kampung Pandan kini mempunyai
banyak kemudahan asas seperti sekolah, masjid, balai raya, bekalan elektrik dan sumber air bersih.
Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh penduduk kampung ialah mendapatkan pekerjaan berkaitan
sektor getah, kelapa sawit, perikanan, swasta dan kerajaan. Penduduk kampung boleh dikatakan
memeluk Islam sebagai agama rasmi mereka.

MAKLUMAT KAMPUNG
Nama Kampung: Kampung Pandan Melayu
Nama Ketua Kampung / KETUA KAMPUNG: JUHAIDI BIN ROSE
Alamat: Kampung Pandan, 97100 Sebauh, Bintulu.
Etnik: Melayu / Melanau / Punan / Melanan Vaie / Iban / Penan

• Bilangan penduduk kampung (setakat 2017): 497 orang (240 Lelaki dan 253 Perempuan)
• Bilangan rumah (setakat 2017): 65 rumah.
• Bilangan penduduk kampung (setakat 2018): 530 orang
• Bilangan rumah (setakat 2018): 79 rumah.
MAKLUMAT PENGURUSAN KAMPUNG

1. Alamat: JKK Kampung Pandan, 97100 Sebauh, Bintulu, Sarawak


2. Presiden: JUHAIDI BIN ROSE
3. Naib Presiden: Daud Bin Rose
4. Setiausaha: Mohd Zulkarnaen Abdullah
5. Naib Setiausaha: Ali Bin Nyileng
6. Bendahari: Daud Bin Rambli
7. Naib Bendahari: Amir Bin Eton

BIRO:
1. Kebersihan: Bohari Bin Mustapha
2. Tanah NCR: Madahi Bin Rambeli
3. Agama: Fadzil Bin Ahmad
4. Pendidikan: Mohidi Bin Mud
5. Belia Dan Sukan: Mohd Azlan Bin Juhaidi
6. Pertanian: Hepni Bin Junaidi
7. Keselamatan: Madihi Bin Rambli
8. Wanita: Janis Bt Nyileng
9. Budaya: Hatiah Bt Padan

AKTIVITI INFRASTUKTUR DAN EKONOMI VILLAGERS / RUMAH PANJANG

Di Kampung Pandan, berikut adalah infrastruktur:

• 1. Jalan raya
Jalan dan jalan raya diperbuat daripada tar. Laluan kayu juga dibina di beberapa kawasan sebagai pilihan.

• 2. Air bersih
Penduduk kampung juga dibekalkan dengan air bersih. Airnya berasal dari air hujan yang disimpan di tangki
besar. Tangki itu disediakan oleh organisasi kampung untuk semua penduduk kampung yang diperlukan.

• 3. Elektrik
Kampung Pandan dibekalkan dengan elektrik. Tenaga elektrik berasal dari SESCO.

• 4. Pusat Pendidikan
Kampung Pandan mempunyai satu sekolah rendah iaitu SK Panan. Di sekolah ini, terdapat juga sebuah
tadika. Sekolah ini juga menyediakan asrama untuk para pelajar, dan mempunyai penjagaan seharian untuk
para pelajar.

• 5. Jeti
Kampung Pandan mempunyai jeti yang diperbuat daripada kayu tetapi memerlukan pengubahsuaian dan
pembaikan
Latar Belakang waris/Demografi Penduduk
Masyarakat Perkmpungan Pandan memiliki 13 kaum dimana majoritinya adalah kaum Melanau
atau melayu Bintulu iaitu sebanyak 36%,Kemudian diikuti Iban sebanyak 29%,kaum punan 16%
dan selebihnya kaum-kaum lain.Perkerjaan penduduk di kawasan ini adalah banyak kepada
berkerja di Ladang Kelapa Sawit,menangkap ikan,bercucuk tanam,dan ada diantaranya berkerja
di Bintulu dalam pelbagai bidang.

Taraf kehidupan penduduk disini dibahagikan kepada dua kategori iaitu sederhana dan
miskin,namun ibu bapa di sini amat mementikan pembelajaran anak-anak dan sebilangan kecil
yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak.
Ini kerana ramai ibu bapa yang hanya bersekolah sehingga ke tahap sekolah rendah dan
sebilangan kecil mendapat pendidikan sekolah Menengah.

Kaum Melanau di sini duduk di sekitar kampung dan rumah sebuah-sebuah,manakala kaum
iban dan punan duduk di rumah panjang yang dekat dan ada juga jauh dari kawasan
sekolah.Pengangkutan utama di sini adalah perahu iaitu untuk perjalanan menyeberang sungai
dan menggunakan kereta serta motosikal sebagai pengangkutan mereka.
Di sini terdapat 4 rumah panjang yang terletak tidak jauh dari sekolah.Rumah panjang tersebut
antaranya adalah Rumah Panjang Nyipa dan setiap rumah panjang diketuai oleh Tuai
Rumah..Penduduk Melanau di sini pula kebanyakan duduk di sekitar kampung pandan dimana
sekolah terletak di dalam kampung Pandan dan juga diketuai Ketua Kampung.

Masyarakat Pandan adalah masyarakat yang menyantuni pendidikan di sekolah,semasa


adanya gotong royong,perjumpaan ibu bapa,mereka akan datang untuk membantu disamping
menjalin hubungan yang baik dengan pihak sekolah.
PERSEKITARAN SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pandan,Sebauh merupakan sekolah luar bandar yang terletak berhampiran pekan Sebauh lebih
kurang 15 meter dari tebing sungai Kemena.Ianya terletak 70 Kilometer dari bandar Bintulu.Pengangkutan utama
yang digunakan oleh penduduk setempat di kawasan ini adalah air dan darat.Setiap keluarga mempunyai pelbagai
kaum dan masyarakat di perkampungan mereka.
SENARAI GURU BESAR (KETUA JABATAN)
YANG BERKHIDMAT DI SEKOLAH PANDAN
BI NAMA GURU BESAR TAHUN BERKHIDMAT
L
1 EN SEKALAI ANAK SERANG 1951 Hingga 1957
2 EN DUSTAN LOUIS 1958 Hingga 1960
3 EN PETER LANGGONG MANI 1961 Hingga 1962
4 EN DAVID EMPADING 1963 Hingga 1964
5 EN MASLEH HAJI WEN 1965 Hingga 1967
6 EN VOON CHOON KONG 1968 Hingga 1969
7 EN.ROLAND KHAN ENJOP 1969 Hingga 1971
8 EN ABANG SUHAILI ABANG MOHAMMAD 1972 Hingga 1982
9 EN DANIAL GASAN ABUN 1982 Hingga 1984
10 EN RICKY LAWAT 1985 Hingga
11 EN ALI SABERI KHAN ALI SABER FEBUARI 1987 Hingga Ogos
1994
12 EN YUSUP BIN YUNUS 1994 Hingga 2007
13 EN EDWARD IKAU AK 2007 Hingga 2011
14 PUAN AISHAH BINTI YUSUF 2011 Hingga 2020
15 EN MOHAMMAD ARBI BIN SAEE 2021 Hingga Kini
ETIKA KERJA

Setiap perkerja hendaklah berusaha menunaikan tugas mereka masing-masing.Sesebuah


organisasi amat bergantung kepada perkerja yang produktif dan cemerlang dalam melaksanakan
tugas-tugas yang diberikan.Terdapat etika kerja yang boleh dipraktikkan dalam tugas seharian
untuk mendapat keredhaan tuhan seterusnya meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.

Berkerja Dengan Azam Mengabdikan diri kepada Tuhan.


Sebagai seorang pekerja,seseorang itu hendaklah menyedari bahawa tugas yang dilaksanakan
adalah amanah Tuhan.Sekiranya dia tidak menunaikan tugas tersebut sebaik-baiknya,maka
bererti dia tidak menunaikan amanah Tuhan.Berkerja juga adalah seperti ibadat,Maka sewajarnya
setiap perkerja menunaikan tugas sebaik-baiknya demi kebahagiaan hidup di dunia dan di
akhirat.Sesungguhnya Tuhan itu maha melihat dan mendengar.Setiap gerak seseorang itu tidak
lepas daripada pandangan-nya.

Berkerja dengan ikhlas dan Amanah.


Seseorang perkerja itu harus menyedari bahawa jawatan adalah hasil permohonan sendiri,oleh
yang demikian,wajarnya dia menjalankan tugas dengan penuh kerelaan dalam usaha
mengabdikan diri kepada tuhan di samping berusaha untuk menyara diri dan keluarga dengan
rezeki yang halal.

Berkerja dengan tekun dan cekap.


Ketekunan adalah sifat yang perlu ada dalam setiap individu yang bergelar pekerja akan dapat
meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas masing-masing sekiranya mereka
tekun,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang
melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun”.Mutu kecekapan seseorang itu akan meningkat
sekiranya pekerja itu sanggup belajar dan menambahkan ilmu pengetahuan yang berkaitan
dengan tugasnya sepanjang masa.

Berkerja dengan semangat satu pasukan dan berpadu fikiran.


Untuk menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang,semangat bekerja sebagai satu pasukan
dalam melaksanakan tugas amat penting.Sikap saling bantu membantu di antara pekerja akan
menimbulkan suasana bekerja yang aman dan gembira.
Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pandan,Sebauh merupakan sekolah luar bandar yang terletak berhampiran pekan Sebauh lebih
kurang 15 meter dari tebing sungai Kemena.Ianya terletak 70 Kilometer dari bandar Bintulu.Pengangkutan utama
yang digunakan oleh penduduk setempat di kawasan ini adalah air dan darat.
Sekolah Kebangsaan Pandan telah diaasaskan oleh Bintulu Authority Cauncil pada tahun 1974.Jabatan Pelajaran
Sarawak telah mengambil alih pengurusan dan telah menbina sebuah blok banggunan baru yang terdiri daripada
sebuah bilik pengurusan,bilik guru dan 3 buah kelas.Sebuah asrama dan dua buah rumah guru Kelas IV juga telah
dibina.

Sekarang sekolah ini mempunyai :

1)2 Blok bilik pembelajaran termasuk pentadbiran


2)2 Blok Asrama
3)1 blok dewan dan dapur
4)2 rumah guru kelas IV
5)4 unit chalet rumah guru
6)4 unit rumah guru
7)4 unit rumah guru baru
8)1 unit makmal computer.

Anda mungkin juga menyukai