Anda di halaman 1dari 7

KELAS PENDIDIKAN KHAS SMK PERMATA JAYA,83100 RENGIT,BATU PAHAT,JOHOR

KERTAS KERJA
PENDIDIKAN LUAR BILIK DARJAH(PLBD)
PROGRAM ZIARAH KE RUMAH GURU

PADA
26 MAC 2010 ( JUMAAT )

AKTIVITI ZIARAH KE RUMAH GURU


(PN. NORFADZILAH BT SADON)

ANJURAN:
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI(PPKI)
SMK PERMATA JAYA
Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SMK Permata Jaya

1.0 PENGENALAN

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD ) merupakan satu program


yang memberi peluang kepada para pelajar khasnya pelajar - pelajar Kelas
Pendidikan Khas untuk menambah pengetahuan dan pengalaman mereka
tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti ini
( permainan bowling ), ianya sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan
kepada pelajar tentang teknik bermain bowling yang betul. Memandangkan para
pelajar ini sangat kurang didedahkan kepada persekitaran luar, maka dengan
adanya aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini dapat meningkatkan
pengetahuan, keyakinan diri dan kemahiran bergaul dengan masyarakat di
sekeliling mereka.

2.0 RASIONAL

Permainan bowling merupakan satu permainan yang memerlukan


kemahiran yang tinggi untuk dipraktikkan. Memandangkan Terdapat
pertandingan bagi acara bowling di peringkat daerah dan negeri bagi kelas
Pendidikan Khas, maka dengan adanya aktiviti Pembelajaran Luar Bilik Darjah
seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman serta meningkatkan
kemahiran para pelajar tentang teknik bermain bowling dengan betul. Ini secara
tidak langsung memberi peluang untuk pelajar berlatih secara intensif sebelum
pertandingan bowling Pendidikan khas peringkat daerah dijalankan.
Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SMK Permata Jaya

3.0 OBJEKTIF

Melalui aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini, diharap ianya dapat:
a) Melatih para pelajar supaya mampu berdikari dan menerokai
keadaan persekitaran mereka
b) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tentang teknik permainan
bowling yang sebenar
c) Menjalinkan silaturrahim di antara guru-guru dan para pelajar
Pendidikan Khas .
d) Mewujudkan suasana riang dan mesra di kalangan pelajar PK seta
guru-guru di samping membentuk kestabilan diri mereka.

4.0 TARIKH

24 Mac 2010 ( Rabu )

5.0 TEMPAT

BP Mall, Batu Pahat

6.0 SASARAN

Pelajar Pendidikan Khas - 22 orang

Guru Pendidikan Khas - 7 orang

Pembantu Pengurusan Murid - 1 orang

Penjaga - -

Jumlah - 30 orang
Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SMK Permata Jaya

7.0 KOS

Butiran Anggaran Perbelanjaan:

BIL. PERKARA ANGGARAN


PERBELANJAAN( RM )

1 Pengangkutan
 Kereta ( RM 30.00 x 6 ) RM 180.00

2 Wang Saku
 22 orang X RM 5.00 RM 110.00

3 Permainan bowling dan sewa kasut RM 154.00


 RM 7.00 X 22 orang

Jumlah keseluruhan RM 444.00

8.0 SUMBER KEWANGAN

 Peruntukan PCG Pendidikan Khas

- Kaunseling : RM 444.00

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM


a) Kertas kerja
b) Mesyuarat
c) Agihan tugas
d) Pelaksanaan program

Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SMK Permata Jaya

10.0 JADUAL AKTIVITI

HARI : RABU
TARIKH : 24 MAC 2010

8.00 – 8.30 pagi : Berkumpul dan taklimat ringkas di Kelas Pend.Khas


8.30 – 9.30 pagi : Bertolak ke BP Mall
9.30 – 10.00 pagi : Sarapan pagi
10.00 – 1.00 petang : Bermain bowling di tempat permainan bowling
BP Mall
1.00 – 2.00 petang : Bertolak pulang ke SMK Permata Jaya

11.0 AHLI JAWATANKUASA

PENASIHAT : PN. HAJAH FARIDAH BINTI HAJI KALAM


PENGERUSI : TN. HAJI SUBARI BIN JUBRI
TIMBALAN PENGERUSI : PN. NOR RAFIDAH ABDULLAH
SETIAUSAHA : SASLIZAWATI BINTI IZAM
BENDAHARI : EN. HARON BIN SELAN
PENGANGKUTAN : 1. EN. SUBARI BIN JUBRI
2. EN. IZUDDIN EFFENDY BIN ABU BAKAR
3. EN. ZAKARIA BIN SAHRI
4. CIK NURSHUHAIDA BINTI MOHD. SALLEH
5. EN. IRWAN BIN SANIP
6. PN. AZILAH BINTI MISWAN

Program Pend.Khas Integrasi ( PPKI ) SMK Permata Jaya

11.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, Program Lawatan Luar ini sangat penting bagi


membolehkan pelajar-pelajar melihat dan mengalami sendiri sesuatu kemahiran
dari pengalaman yang sangat berharga ini. Selain daripada itu, ia juga akan
mendidik para pelajar untuk berdikari dan mengurus diri dan aktiviti ini juga
secara tidak langsung memberi terapi psikomotor dan lokomotor kepada
mereka. Kami guru-guru Pendidikan Khas SMK Permata Jaya amat
mengharapkan agar program ini dapat membantu meningkatkan keyakinan
kendiri pelajar-pelajar ini apabila berhadapan dengan masyarakat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... .........................................
( SASLIZAWATI BINTI IZAM ) (TN. HAJI SUBARI BIN JUBRI)
GURU PENOLONG KANAN
PENDIDIKAN KHAS
SMK PERMATA JAYA
Disahkan oleh,

.............................................
(PUAN HAJAH FARIDAH BINTI KALAM)
PENGETUA
SMK PERMATA JAYA