Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SENTOSA

JALAN KUCHAI LAMA 58200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA PERTANDINGAN E-SPORTS AMONG US 2021

1.0 Pengenalan
Kertas cadangan ini bertujuan untuk menerangkan pertandingan E-Sports Among Us di
peringkat sekolah. Kertas cadangan ini juga disediakan untuk menerangkan hala tuju
penganjuran program tersebut dan peruntukan yang diperlukan

2.0 Latar Belakang

2.1 Permainan “Among Us” dinamakan sebagai “Space Mafia” dalam URL Google
Play iaitu permainan video multi pemain penekaan sosial dalam talian, yang
dibangunkan dan diterbitkan oleh studio permainan Amerika Syarikat InnerSloth
dan dilancarkan pada 15 Jun 2018.

2.2 Pertandingan Among Us ini merupakan anjuran Unit Kokurikulum Sukan


Permainan Tingkatan 6. Pertandingan ini dibuka kepada para semua pelajar SMK
Seri Sentosa. Aturcara pertandingan dan kewangan adalah seperti dilampirkan.

3.0 Objektif

1. Memberi peluang kepada pelajar SMK Seri Sentosa untuk mengenali dan menimba
lebih banyak pengalaman dalam bidang sukan dan permainan.

2. Mengeratkan hubungan antara ahli-ahli kumpulan yang sedia ada bagi membina
semangat Kerjasama.

3. Membina “critical thinking” dalam kalangan pelajar SMK Seri Sentosa.

1
4. Melahirkan pelajar SMK Seri Sentosa yang mempunyai kemahiran dalam mengatur
strategi.

NAMA PERMAINAN:
AMONG US
TARIKH:
20 JULAI 2021 (SELASA)
TEMPAT:
SMK SERI SENTOSA atau LOKASI MASING-MASING
MASA:
8.00 PAGI – 1.00 PETANG
ANJURAN:
KELAB BOLA JARING TINGKATAN 6 SMK SERI SENTOSA

4.0 Ahli Jawatankuasa

Pengerusi: Nor Alisa bt Madar (6A3)


Naib Pengerusi: Kavitha Ambhigay a/p Alagan (6A4)
Setiausaha: Nur Afiqah bt Azzaliazamin (6A3)
Bendahari: Sharmila Gracemit AK Julai (6A3)
Penolong Setiausaha: Nur Irdina Syahirah binti Hamdan (6A3)
Penolong Bendahari: Kartina Rau a/p Raman (6A6)

Ahli Jawatankuasa :
1. Pendaftaran –
 Nur Syuhada bt Azhar (6A3)

2. Buku Program –
 Ayu Nor Safitri bt Masrokhan (6A1)

3. Perhubungan Luar –
 Kavishani a/p Chandran (6A4)

4. Teknikal –
 Rahmawati bt Rusdi (6A3)
 Subashini a/p Sekar (6A4)

5. Promosi –
2
 Harshini a/p Shreetharan (6A4)

6. Pengacara Majlis/Moderator –
 Wan Nur Aini Shafiqah binti Wan Zabani

7. Penyelia Peserta –
 Amera Balqis binti Azman (6A3)

8. Hadiah & Cenderamata –


 Shazatul Balqis binti Mohamad Zairi (6A3)
 Nurhidayana binti Fairulazhar (6A1)

9. Fotografi –
 Reiysha Krishna (6A3)

10. Dokumentasi –
 Syakirah binti Syed Nazir (6A3)

5.0 Format Pertandingan


Pertandingan yang diadakan ialah E-Sports Space Mafia. Peserta bertanding secara
berkumpulan. Pemenang akan ditentukan melalui jumlah markah yang paling tinggi selepas
tamat masa yang diperuntukkan.

6.0 Sumber Kewangan


Peruntukan Kewangan Kokurikulum Tingkatan 6 sebanyak RM180.

7.0 Anggaran Perbelanjaan


Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk anjuran program ini:

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM)


1. HADIAH PERTANDINGAN & HAMPER RM30.00 x 5 RM150.00
SIJIL PASUKAN

2. CENDERAMATA PENGADIL 2 ORANG X RM30.00


RM15.00

JUMLAH KESELURUHAN RM180.00

8.0 Penutup

3
Program ini diharap dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada semua pelajar SMK Seri
Sentosa. Selain itu, semangat kerjasama dan toleransi dapat dipupuk antara pelajar dan
guru yang mengendalikan program berikut. Dengan adanya kerjasama dan komitmen yang
tinggi dalam kalangan pelajar- pelajar di SMK Seri Sentosa, program seumpama ini dapat
dilaksanakan dengan berkesan.
“MAJULAH E-SPORTS UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh:

……………………………………..
(NUR AFIQAH BT AZZALI AZAMIN)
Setiausaha Pertandingan

Disemak oleh:

………………………………………….
(IRNI HAFIZAN BINTI IBRAHIM BEY)
Guru Penasihat

Diluluskan oleh:

…………………………………………….
(Doreen Veronica D’Souza)
Penolong Kanan Tingkatan 6
SMK Seri Sentosa

Anda mungkin juga menyukai