Anda di halaman 1dari 4

Gejala Ponteng Sekolah

Author: Gee Wai Cheak

Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia


yang mendadak menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca
sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya tercatat bilangan
yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan
tumbuh selepas hajan walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi
menangani masalah ini.

      Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh
keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Timbulnya pertelingkahan antara ibu
dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak di hiraukan. Segala tindak-tanduk anak-
anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang
dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah
akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi
keluarga mempengaruhi masalah displin di kalangan pelajar terutamanya masalah
ponteng sekolah. Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap
materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan
anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata.
Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Jadi
tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-
rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

      Selain itu, pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng
sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng
sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional.
Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa
berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang bercadang untuk
ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi
mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktifiti ponteng sekolah untuk
menenangkan fikiranmenjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan
pengaruh rakan menjadi satu faktor berlakunya ponteng sekolah di kalangan pelajar-
pelajar sekolah.

      Didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan masalah
ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah, anak-anak tidak
dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap tanggungjawab tidak diterap ke
dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak langsung mempengaruhi pembentukan peribadi
mereka dan amalan ponteng sekolah merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab
dipraktikkan oleh mereka. Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh
menyebabkan mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai
kesalahan yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh
mereka. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara tidak
langsung mem pengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.

      Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini


adalah dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti
digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajaar yang
mempunyi kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem
pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif patut dilaksanakan supaya pelajar-
pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan.
Khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi
memastikan masalah yang mereka hadapi lalu langkah membantu boleh dilaksanakan.

      Ibu bapa turut perlu meluangkan lebih banyak masa bersanma anak-anak mereka dan
memberi perhatian yang secukupnya terhadap tingkah laku anak-anak mereka di sekolah.
Kebebasan bergaul dengan rakan di luar sekolah turut patut dikawal demi mengelakkan
anak-anak dipengaruhi dengan amalan suka ponteng sekolah. Didikan tidak formal sejak
kecil lagi perlu dilakukan kerana melentur buluh biar ddari rebungnya. Anak-anak perlu
dididik untuk bersikap lebih bertanggungjawab dam berupaya berfikir secara rasional.

      Masyarakat sekeliling turut perlu berkerjasama dalam usaha menangani masalah ini
dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis di kalangan
masyarakat. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan ceramah dan kempen yang
berkaitan dengan keburukan kegiatan ponteng sekolah di setiap sekolah. Ini sedikit
sebanyak dapat mrmbantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar
mengenai keburukan gejala ponteng sekolah kerana belakang parang diasah, lagikan
tajam.

      Kesimpulan, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum
nasi menjadi bubur. Demi mewujudkan generasi jang lebih berguna pada masa hadapan
juga, langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu
pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-sama kita berganding bahu untuk
menangani masalah ini.

http://www.angelfire.com/pq/smkti/ponteng.html

GEJALA PONTENG SEKOLAH

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB PONTENG

 
Semakin lama semakin banyak kes-kes ponteng dilaporkan sama ada di dalam media
cetak mahupun elektronik.hal ini amat membimbangkan kerana ia akan mempengaruhi
pembelajaran mereka disekolah.

           kes ponteng adalah disebabkan oleh beberapa fakor. Antaranya adalah

suasana persekitaran sekolah yang berubah secara mendadak akibat dari proses

pembandaran. Pembinaan pusat membeli belah dan pusat-pusat hiburan yang terlalu

hampir dengan sekolah akan menjadi faktor penarik kepada gejala ponteng sekolah.

Manakala suasana persekitaran dalam sekolah seperti stail kepimpinan pengetua,

pendekatan warga guru dan persekitaran sekolah yang tidak kondusif menjadi faktor

penolak kejadian ponteng di kalangan pelajar

         Pengaruh media elektronik yang saban hari memaparkan tentang gejala ganas dan

kebebasan remaja yang keterlaluan banyak mempengaruhi pemikiran golongan muda

terutama yang baru meningkat remaja juga menjadi penyumbang kepada berlakunya

gejala ponteng. Manakala kurangnya didikan agama dan kasih sayang dari ibu bapa,

perasaan ingin tahu serta desakan atau pengaruh dari rakan sebaya boleh menjadi

penyebab terjadinya masalah ponteng yang kian sukar dibendung lagi.

         Selain itu, faktor sekolah juga menjadi salah satu penyebab kepada permasalahan

ponteng dan mengganggu suasana pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan datangnya


dari suasana sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu

amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang baik di kalangan pelajar. Kewujudan

suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan

sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin

pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

         Sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya

penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail
rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, mereka rela ponteng sekolah untuk

bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu

mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu

akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah.

          Kajian perlu dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor utama yang mendorong

para pelajar melakukan kegiatan ponteng. Dalam kajian ini, penyelidik akan menyelidik

menggunakan soal selidik bagi mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan

antara faktor-faktor yang mempengaruhi gejala ponteng iaitu faktor sikap pelajar, suasana

sekolah, guru, rakan sebaya, keluarga dan media elektronik dengan pendapatan keluarga.

http://bicarapelajar.blogspot.com/2009/04/gejala-ponteng-sekolah.html

Anda mungkin juga menyukai