Anda di halaman 1dari 3

1.

Permulaan

Warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung telah


dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong. Kim Yong telah hilang
sewaktu keluar rumah untuk mencari kumbang di pinggir hutan di
kampungnya. Berita kehilangan ini bukan sahaja menggemparkan
warga sekolah dan penduduk setempat, malahan seluruh negara.

Farhani dan rakan-rakannya turut bersimpati dan sedih atas


kehilangan Kim Yong. Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong
berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan 1 Arif telah
memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari
serangga bagi menjayakan zoo mini serangga sekolah mereka. Dalam
pembahagian tugas itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk
menari kumbang.

2. Perkembangan

Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersepakat untuk mencari kumbang
di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun
datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan rakannya dengan
mencari kumbang terlebih dahulu sehingga membawanya jauh ke
dalam dusun datuknya. Di dusun itu dia menemukan sebuah rumah
usang. Farhani memasuki rumah usang itu. Dia menemukan anak
tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke
dimensi kerajaan kumbang.Farhani telah memasuki alam kumbang
dan telah ditawan oleh Komander Caucasus. Dia telah dimasukkan ke
dalam balang kaca untuk dijadikan bahan uji kaji. Dia telah bertemu
dengan Kim Yong yang turut ditawan oleh Komander Caucasus.
Farhani dan Kim Yong telah diselamatkan oleh Bara dan Dara Bintik.
Mereka dibawa ke tempat persembunyian Puteri Coleoptera.

3. Perumitan

Haikal, Wei, dan Devnath muncul di dunia kumbang selepas


menjumpai pintu dimensi semasa mencari Farhani. Mereka telah
ditangkap oleh Bara dan berjumpa dengan Farhani dan Kim Yong.
Tentera Komander Caucasus menangkap Bara, Puteri Coleoptera,
Haikal, Wei, dan Devnath

selepas Dara Bintik berpaling tadah. Farhani dan Kim Yong sempat
menyelamatkan diri. Komander Caucasus telah merampas kuasa
Maharaja Tanduk. Farhani dan Kim Yong telah diselamatkan oleh Dara
Merah dan pengikutnya. Mereka telah bekerjasama untuk
menyelamatkan Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, dan Devnath.

4. Klimaks

Dara Merah telah menyamar sebagai Dara Bintik. Dia telah berjaya
untuk memujuk Maharaja Caucasus meminum minuman yang telah
dicampurkan dengan racun serangga. Farhani, Bara, dan pasukannya
telah menyelamatkan Bara, Puteri Coleoptera, Haikal, Wei, Devnath,
serta Maharaja Tanduk. Dara Bintik dan pasukan tentera Caucasus
mencuba untuk menyerang pasukan mereka. Farhani telah
menyemburkan racun serangga kepada mereka. Dara Bintik,
Komander Caucasus, serta pasukan tenteranya dimasukkan ke dalam
bilik kurungan.

5. Peleraian

Puteri Coleoptera ditabalkan menjadi pemimpin utama kerajaan


kumbang. Farhani dan rakan-rakannya pulang ke dunia manusia.
Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga
mereka. Oleh yang demikian, mereka mengambil keputusan untuk
kembali ke dunia kumbang semula. Bara memberikan mereka formula
penawar untuk menghapuskan serum yang terdapat dalam badan
mereka. Mereka kembali ke dunia manusia semula. Ibu bapa mereka
sangat gembira dengan kepulangan mereka. Mereka tidak
menceritakan hal sebenar tentang kehilangan